Makhluk Itu Berhenti Mengunyah Memandang Lelaki Tua Itu Kisah Mistik Di Linggi Negeri Sembilan


The Reporter



Setiap orang mempunyai pengalaman paranormal/mistik masing-masing. Ini sekadar perkongsian sahaja. Bagi yang lemah semangat, anda tidak digalakkan untuk terus membaca. 


Saya nak kongsikan pengalaman saya sewaktu bercuti di rumah saudara di Linggi, Negeri Sembilan beberapa tahun lalu. Peristiwa itu sehingga kini masih melekat di fikiran dan membuatkan saya tertanya-tanya apakah yang berlaku pada hari itu benar atau sebaliknya?


Saya mempunyai keluarga di Linggi, tak ingat sangat bagaimana ada pertalian dengan mereka kecuali semuanya sudah tua dan beruban. Saya dan abang saya datang melawat mereka semasa cuti. Bagi seorang kanak-kanak yang berasal dari bandar, ia bagaikan satu kejutan budaya. Udaranya yang sejuk, bunyi kicauan burung sepanjang masa, jeritan monyet di sebalik hutan hijau dan dialek penduduk yang tidak begitu difahami. 


Tidak banyak aktiviti yang dapat dilakukan selain merayau di hutan atau pergi berjalan di pasar. Rumah yang kami duduk itu adalah rumah tradisional (rumah kayu + tiang tinggi). Saya pernah mengintip melalui celah papan lantai kayu ke bawah tanah bila ternampak sesuatu yang sedang bergerak, menakutkan juga. 


Saudara mara melarang kami keluar pada waktu malam, kononnya ada hantu yang berkeliaran di luar rumah. Kalau berdegil, kami akan diculik oleh hantu. Kisah seperti ini kita semua pernah dengar sebelum ini. Tetapi kali ini, kisahnya mungkin berlainan. 


Nenek saudara saya kebiasaannya akan mengumpul sisa makan malam di atas daun pisang dan diletakkan di luar pintu belakang rumah. Bila saya bertanya, apakah makanan itu untuk anjing? Dia sekadar menggelengkan kepala dan enggan menjelaskan lebih lanjut. Pintu belakang pula ditutup dengan parang besar. 


Hairan dengan perbuatannya itu, saya menghabiskan beberapa malam menunggu di pintu itu dan berharap dapat mendengar sesuatu yang datang untuk makan sisa makanan tersebut. Pernah terdengar bunyi sesuatu di sebalik pintu, tetapi tiada apa-apa. Namun di sebelah pagi, sisa makanan itu hilang. 


Pada satu malam, ada sesuatu yang berlaku. Keadaan di luar gelap, hanya ditemani cahaya bulan yang mengubah segala-galanya menjadi hitam putih. Terdengar bunyi loceng dari kuil berdekatan diketuk beberapa kali. Katanya ada orang gila yang sedang membunyikan loceng tersebut. 


Tidak lama kemudian datang seorang wanita mengetuk pintu depan rumah kami. Dia datang dari bandar, dia kelihatan bingung dan letih. Jelasnya, dia dan suaminya sedang dalam perjalanan ke destinasi melalui lebuhraya berhampiran. Tiba-tiba kenderaan mereka rosak. Jalan raya pula gelap dan sunyi, tiada apa-apa di sekeliling kecuali hutan. Kawasan yang paling dekat adalah pekan Linggi. 


Menurutnya, suami sedang menunggu di kereta sementara dia datang untuk mencari mekanik atau trak tunda untuk meminta bantuan. Sebaik saja mendengar penjelasan wanita itu, wajah saudara mara saya menjadi pucat. Mereka terus mengumpul semua penduduk. Kanak-kanak yang sedang tidur dikejutkan, makan malam terganggu dan radio ditutup. Semua lelaki diarahkan berkumpul dengan membawa parang dan kayu sebagai senjata. 


Seorang lelaki tua (Melayu) memberitahu wanita berkenaan bahawa adalah satu kesilapan meninggalkan suaminya bersendirian di jalan yang gelap. Mereka perlu pergi ke tempat itu bersama dengannya untuk mendapatkan semula suaminya. 


Sebagai remaja, saya dibenarkan mengikuti mereka. Dalam perjalanan itu, saya sempat bertanya kepada saudara-mara, apa sebenarnya yang berlaku? Tetapi mereka meminta saya mendiamkan diri. Hal itu membuatkan saya berasa tidak sedap hati dan berfikir saya bakal menyaksikan sesuatu yang buruk berlaku. Saya rasa kami semua yang ada pada ketika itu mesti berfikir perkara yang sama. 


Semakin hampir ke lokasi, kami ternampak cahaya lampu kereta pasangan berkenaan. Kami melangkah keluar dari hutan dan pergi mendekati kenderaan itu. Apabila sudah berada dalam jarak yang agak dekat, kami ternampak seorang lelaki kelihatan terbaring tidak bernyawa di tepi kereta dan ada sesuatu yang sedang duduk di atas badannya. 


Pada awalnya saya menyangka makhluk itu adalah monyet berwarna putih, berbulu panjang dan kusut. Sebaik saja mahkluk itu mendongakkan kepala, baru saya sedar makhluk itu adalah seorang wanita dengan wajahnya yang amat mengerikan dan mulutnya berdarah. Begitu juga dengan leher lelaki itu. 


Si isteri mula menjerit, kami yang juga menyaksikan kejadian itu kaku sehingga tidak dapat berkata apa-apa. Makhluk itu tidak mengendahkan kami dan menyambung menjamah mangsanya. Ketika itulah si lelaki tua itu mengeluarkan Al-Quran dan mula membaca beberapa ayat yang saya tidak fahami. Saya masih terpaku melihat makhluk tersebut mengunyah dan menjilat mangsanya. 


Bacaan lelaki tua itu tadi membuatkan makhluk tersebut berhenti dan memandangnya. Ia seolah-olah berkata sesuatu dan merayu agar lelaki tua itu berhenti dari meneruskan bacaannya. Makhluk itu ketakutan dan menangis sebelum melarikan diri masuk ke dalam hutan dan hilang dalam kegelapan. Sesekali dia sempat memandang ke arah kami. 


Tidak beberapa lama kemudian, kawasan itu diterangi dengan cahaya lampu dari kereta polis dan ambulans. Orang ramai berbisik antara satu sama lain. Salah seorang saudara menghantar kami pulang ke rumah. Sepanjang perjalanan itu, tiada seorang pun yang bercakap. 


Itulah kejadian yang saya nampak Linggi yang sehingga kini saya masih mempersoalkannya apa yang saya lihat pada malam itu adalah benar atau sebaliknya? Adakah saya melihat makhluk yang disebut sebagai pontianak? Atau saya melihat seorang wanita gila yang tinggal di dalam hutan? Atau kedua-duanya mungkin? 


Di malam yang lain, saya bermimpi duduk berdekatan dengan pintu belakang rumah, menunggu 'sesuatu' datang untuk makan sisa makanan yang diletakkan di luar pintu. Pintu belakang terbuka, terdengar bunyi yang amat mengerikan sedang mengunyah sesuatu. Apabila diintip, saya ternampak satu sosok badan berambut kelabu sedang mencangkung di atas lantai sambil perlahan-lahan mengunyah tulang ayam.


Sumber: Reddit Rajjiv


November 03, 2021 at 05:37PM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://atmknews.blogspot.com/2021/11/makhluk-itu-berhenti-mengunyah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Banjir Dua Pps Masih Dibuka Di Negeri Sembilan

Banjir Dua Pps Masih Dibuka Di Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 256 hits
Oleh ZAKINAWATI AHMAD TARMIZI MOHD Syukri Madnor menyantuni seorang mangsa terjejas banjir yang menghuni PPS yang dibuka di SMK Dato Mohd Said Nilai Seremban hari ini SEREMBAN Hanya dua pusat pemindahan sementara masih dibuka di Negeri Semb...
Hiburan Duhai Wanita Yang Muda Atau Tua Henti Buat Konten Joget Malu Itu Iman Ustazah Asma

Hiburan Duhai Wanita Yang Muda Atau Tua Henti Buat Konten Joget Malu Itu Iman Ustazah Asma

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 322 hits
Pendakwah wanita terkenal Ustazah Asma tampil memberi teguran kepada kaum wanita yang kini dilihat lebih kerap memuat naik di plaftom media sosial melakukan aksi tarian demi mengikut trend ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementMenerusi akaun Faceb...
24 Pemain Pegawai Positif Covid 19 Negeri Sembilan Tarik Diri Daripada Piala Malaysia

24 Pemain Pegawai Positif Covid 19 Negeri Sembilan Tarik Diri Daripada Piala Malaysia

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 317 hits
NSFC berkata ujian pengesanan Covid 19 scara berterusan sedang dilakukan bagi mengesan kontak rapat pemain dan pegawai NSFC itu Negeri Sembilan tarik diri daripada Piala Malaysia Negeri Sembilan FC menarik diri daripada baki saingan Piala M...
Senarai Dewan Undangan Negeri Melaka Dan Calon Bertanding

Senarai Dewan Undangan Negeri Melaka Dan Calon Bertanding

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 209 hits
Berikut adalah nama Dewan Undangan Negeri Melaka berserta calon yang bertanding N1 Kuala Linggi Rosli Julah Puan Hajjah N2 Tanjung Bidara Ab Rauf Zainal Hassan MAS Ermieyati N3 Ayer Limau Hameed Mytheen Maznah Nordina N4 LenduSulaiman Ali M...
Maki Dorong Kejagung Buru Aset Terdakwa Dan Tersangka Asabri Hingga Ke Luar Negeri

Maki Dorong Kejagung Buru Aset Terdakwa Dan Tersangka Asabri Hingga Ke Luar Negeri

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 189 hits
Boyamin menyebutkan melandainya kasus COVID 19 dapat dimanfaatkan Tim Penyidik Kejaksaan Agung untuk melakukan pelacakan aset ke sejumlah negara yang diduga tempat terdakwa atau tersangka melakukan pencucian uang
Berita Palsu Polis Tutup Sempadan Negeri Semasa Prn

Berita Palsu Polis Tutup Sempadan Negeri Semasa Prn

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 274 hits
AGENDA DAILY Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Majid Mohd Ali Polis Melaka menafikan akan menutup sempadan negeri selama 15 hari sempena Pilihan Raya Negeri seperti ditularkan menerusi media sosial Ketua Polis negeri Datuk Abdul Majid Mohd Ali...
Sekolah 5 Negeri Buka Mulai 21 22 November

Sekolah 5 Negeri Buka Mulai 21 22 November

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 212 hits
Oleh Institusi pendidikan di Kedah dibuka 21 November Perak Perlis Pulau Pinang dan Sabah mulai 22 November foto hiasan BERNAMA KUALA LUMPUR Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan pengoperasian institusi pendidikan di bawah seliaannya ...
Prnmelaka Kemenangan Pertama Bn Diharapkan Di N01 Kuala Linggi

Prnmelaka Kemenangan Pertama Bn Diharapkan Di N01 Kuala Linggi

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 169 hits
Oleh Wahida Amanah diserahkan dari bapa untuk anaknya itulah suasana yang berlaku di Kompleks Japerun Kuala Linggi di hari penamaan calon hari ini Mantan ADUN Kuala Linggi selama 2 penggal Datuk Ismail Othman turut hadir dan bersama sama me...
Prnmelaka Mantan Adun N01 Kuala Linggi Contoh Terbaik Berjuang Hanya Demi Umno

Prnmelaka Mantan Adun N01 Kuala Linggi Contoh Terbaik Berjuang Hanya Demi Umno

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 235 hits
Oleh Wahida Matlmat sebuat perjuangan hanyalah untuk menang Siapa sahaja yang diberi amanah untuk memimpin digalas dengan penuh rasa tanggungjawab Tauladan terbaik serta sikap terpuji yang ditunjukkan mantan ADUN N01 Kuala Linggi Datuk AR I...
Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Resepi Bbq Kambing

Wisma Putra Confirms 8 Students Hurt In Egypt Road Crash

Games Outlets Damansara Aliff

Sarapan Pagi Di Warong Onie Corner Ayer Keroh Melaka

The Tyranny Of Excuses Why We Must Question Power

Happy 10th Birthday Ilham Syamil 27 Jan 2025

Is Our Tap Water So Bad That We Need Third Party Filtration Systems


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Why Content Marketing Is A Priority

Keanggotaan Dalam Who Dasar Yang Tidak Bijak Ppim Malaysia Gazette Tv 24 01 2025

Aftershine Feat Dinda Teratu Matursuwun Gusti Chord

Resipi Kari Daging Perap Lagi Lama Perap Lagi Sedap

Bapa Borek Anak Rintik Maksud Contoh Peribahasa

Myhelp Kkm Sistem Aduan Buli Warga Kerja Kkm