Kluster Baharu Covid 19 Babitkan Pelajar Upsi Ums Kontak Dijejaki
Kumara Sabapatty                                                                                                                                                                                                                                                                                                                  

Foto  hiasan - Anggota bomba menjalankan sanitasi ke atas beg pakaian para  pelajar sebelum dibenarkan pulang ke kampung halaman masing-masing. -  foto IQBAL BASRI
             PUTRAJAYA – Lima pelajar institusi pengajian tinggi (IPT)  dikenalpasti sebagai kluster baharu setelah dikesan positif Koronavirus  2019 (Covid-19).
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, kluster  pelajar berkenaan adalah masing-masing dua dari Universiti Pendidikan  Sultan Idris (UPSI) dan tiga lagi di Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Katanya, pasukan perubatan mengesyaki pelajar terbabit dikesan  positif virus akibat terdedah kepada pekerja yang keluar masuk di kampus  terbabit atau di kafe universiti tersebut.
“Semua pelajar di IPT yang diasingkan selama empat minggu sebelum ini  hanya menjalani saringan kesihatan yang biasa dan bukan ujian saringan  Covid-19 melainkan mereka menunjukkan gejala.
“Mereka diasingkan selama empat minggu dan kalau tidak bercampur dengan orang luar, ia seolah-olah dikuarantinkan.
“Dalam kes ini, kita ada lima kes yang mana dua kes pelajar UPSI  pulang ke kampung dan ada gejala sebelum ujian calitan (swab)  mendedahkan mereka positif Covid-19,” katanya dalam sidang media situasi  semasa Covid-19.
Tambah beliau, pelajar di kampus masih dikawal dan diasingkan serta  dilibatkan dalam ujian swab dan besar kemungkinan mereka terdedah kepada  pekerja yang keluar masuk ke dalam kampus.
Menurutnya, kes di UMS menyaksikan tiga pelajar positif dan proses  pengesanan kontak dalam kalangan pelajar di kampus itu sudah dimulakan  dan siasatan sedang dijalankan.
Pada Isnin 11 Mei lalu, Sabah mencatatkan peningkatan mendadak kes  baharu positif Covid-19 apabila merekodkan 10 kes baharu dan dua  daripada kes itu melibatkan pelajar universiti yang tiba dari  Semenanjung.-MalaysiaGazette
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/05/kluster-baharu-covid-19-babitkan.html