Klinik Pergigian Redha Pengalaman Scaling Polishing Gigi Terbaik Di Lembah Klang
Agaknya bila kali terakhir anda berjumpa doktor gigi? Umi pulak rasanya kali terakhir berjumpa doktor gigi pada tahun 2019, kemudian terhenti sebab PKP. Sebenarnya ramai yang takut untuk berjumpa doktor gigi, sampai rasa kecut perut dan seram sejuk untuk membuat pemeriksaan kerana pelbagai tanggapan atau kerana mendengar pengalaman ngeri orang lain. Ada yang tidak endahkan kesihatan gigi dan ada yang sanggup menahan sakit daripada mendapatkan rawatan.
Pentingnya Rawatan GigiCuba bayangkan bila anda berbicara, ada yang menutup hidung kerana mulut anda berbau dan pastinya anda berasa malu untuk mengukir senyuman kerana kelihatan gigi kekuningan dan nampak jelas adanya karang gusi
Tahukah anda, kita disyorkan untuk membuat pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya setiap enam bulan sekali bagi memastikan gigi kita dalam keadaan baik dan sihat. Memberus gigi setiap hari itu tidak mencukupi kerana berus gigi tidak dapat menembusi segenap ruang dalam mulut. Tanpa di sedari bakteria akan berkumpul dalam mulut menyebabkan gigi berlubang termasuk pertumbuhan karang gusi.
Jadinya, umi nak kongsi pengalaman umi ke sebuah klinik gigi setelah sekian lama tak membuat pemeriksaan gigi. Risau pulak kalau nanti gigi sakit walau pada pandangan mata, gigi kelihatan elok, jadi langkah sebaiknya kita kena jumpa doktor gigi. Ini bagi memastikan tahap kesihatan gigi kita dan mengenal pasti masalah gigi serta mengelak masalah pada gigi.
Temujanji Di Klinik Pergigian Redha, BTHO
Jadual harian umi memang sibuk dan waktu terluang pula pada hari Ahad, jadi agak jenuh nak cari klinik gigi yang mengikut hari dan masa tersebut. Selepas Google dan umi jumpa klinik pergigian yang sesuai, jadi terus je buat panggilan ke Klinik Pergigian Redha dan temujanji di cawangan Bandar Tun Hussein Onn.
Terdapat 4 cawangan klinik tapi umi pilih di BTHO bila diberitahu doktor yang bertugas disitu pada tarikh yang umi pilih adalah doktor wanita. Jadi boleh bertanya itu ini tanpa rasa segan, tambahan pula kalau ada pilihan, memang umi memilih untuk mendapat rawatan dari pakar perubatan wanita.
Waktu nak ke klinik tu memang rasa cuak dan risau juga tapi bila kaki melangkah masuk ke klinik tu hilang rasa risau sebab tona warna ruangan klinik yang luas, tak serabut dan sangat minimalis.
Bila dah buat temujanji ni, prosesnya jadi lebih cepat dan umi hanya perlu sahkan nama di kaunter dan isikan borang keterangan diri menggunakan ipad. Memang cepat dan efisen bila penggunaan teknologi tanpa perlu pen dan kertas seperti di sesetengah klinik.
Selepas pendaftaran, umi tak perlu tunggu lama di ruang menunggu kedua yang terletak disebelah bilik rawatan. Ruangan di sini pun selesa dengan kemudahan water dispenser buat pesakit.
Pengalaman Rawatan scalling dan polishing
Memang tak sangka yang bilik rawatan pun sangat lapang dan dalam bilik rawatan pun tiada bau ubat-ubatan seperti kebiasannya di sesetengah klinik pergigian yang pernah umi kunjungi.
Sebelum rawatan dijalankan, Dr Arisya terlebih dahulu memperkenalkan diri dan mula memberi penerangan sebelum membuat pemeriksaan gigi.
Walau bukan pertama kali umi ke klinik gigi tapi rasa risau ada juga sikit juga sewaktu melangkah masuk ke bilik rawatan. Bila mendengar penerangan Dr Arisya terus lenyap kerisauan. Lembut dan jelas penerangan yang diberikan tentang keadaan gigi umi
Siapa tak bangga bila Dr Arisya kata gigi umi ni ok. Fuhh memang berbunga rasa sebab dapat jaga gigi dengan sebaiknya. Kata Dr Arisya lagi, ada tiga bahagian yang perlu tampalan tapi untuk kali ni umi harus buat scaling dan polishing supaya karang gigi yang sedia ada tu dibuang sebelum ianya menebal dan memberi masalah lain pula.
Menurut Dr Arisya lagi sewaktu proses scaling ni akan ada rasa ngilu pada gigi dan mungkin ada sedikit pendarahan dan rasa tidak selesa pada gigi akan mengambil masa 2-3 hari.
Kalau sebelum ni, pengalaman umi buat scaling memang terasa tak selesa dan ngilu tapi Alhamdulillah tidak untuk kali ini. Mana taknya, memang cukup professional dan terbaik cara Dr Arisya merawat gigi dan rasa tenang mendengar muzik yang beralunan lembut yang dimainkan di klinik ini.
Alhamdulillah, rawatan scalling dan polishing memang lancar tanpa ada masalah pendarahan yang timbul.
Jujurnya memang umi tak rasa ngilu sewaktu scaling dan bila diminta berkumur memang tiada langsung darah. Kalau ikut pengalaman umi bila buat scaling yang lepas-lepas, memang akan ada kesan darah sewaktu berkumur keluar.
Selesai scaling, proses polishing pula dilakukan bagi membersihkan kotoran yang terdapat pada permukaan gigi. Proses polishing ini dilakukan dengan penggunaan “polishing paste” dan berus “rubber cup”
Memang puashati dengan cara Dr Arisya menjalankan tugasan scaling serta polishing dengan sungguh professional dan terbaik. Malahan layanan para kakitangan di klinik ini pun cukup bagus. Memang rasa berbaloi buat rawatan gigi di sini. Memang terbaiklah hasil kerja Dr Arisya!
Kalau anda ke Klinik Pergigian Redha BTHO, sila request untuk Dr Arisya! Eh, tu bergantung pada jadual Dr Arisya ya.
Kenapa Scaling Gigi PentingProses scaling gigi amat penting dilakukan kerana karang gigi atau plak terbentuk dari air liur, bakteria dan protein dari mulut. Bakteria yang hidup pada karang gigi boleh menyebabkan penyakit gusi dan kerosakan gigi jika dibiarkan untuk tempoh lama.
1. Karang gigi adalah masalah biasa pada kebanyakan orang terutamanya pada bahagian belakang gigi. Pertumbuhan plak ini disebabkan oleh air liur dan campuran baki sisa makanan yang tidak mampu dibersihkan walau gigi digosok beberapa kali sehari sehingga menyebabkan ia mengeras dan melekat pada gigi.
2. Karang gigi yang terdapat pada gigi boleh menyebabkan penyakit gusi seperti berdarah dan bengkak.
3. Proses scalling dan polishing bukan memutihkan tetapi apabila karang dibersihkan ia dapat mencegah perubahan warna gigi. Jika tidak dilakukan gigi bukan sahaja cepat rosak tetapi warna gigi juga menjadi kuning.
Nasihat umi, anda jangan takut nak berjumpa doktor gigi dan kalau nak rasa tenang dan selesa untuk berjumpa doktor gigi, sila ke mana-mana klinik Pergigian Redha yang berdekatan
Bilik Rawatan Kanak-Kanak
Kalau anak-anak takut ke klinik gigi, umi syorkan anda bawa ke Klinik Pergigian Redha yang mempunya bilik rawatan khas untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. Dekorasi bilik yang cukup menarik supaya anak-anak rasa lebih relax dan tak takut.
Memang confirm tak takut la sebab kerusi rawatan dan peralatan dalam bilik ni akan buat anak-anak rasa selesa.
Jenis-Jenis RawatanKlinik Pergigian Redha menawarkan pelbagai rawatan gigi antaranya
- Dental Check up
- Scaling, Extraction & Filling
- Surgery
- X-ray
- Whitening
- Braces
- Scaling & Polishing
Cara PembayaranMemang cukup mudah cara pembayaran yang anda boleh buat selain secara tunai, kredit, debit atau online di Klinik Pergigian Redha.
Untuk membuat membuat pemeriksaan dan rawatan gigi, anda disyorkan membuat temujanji terlebih dahulu atau walk-in pun boleh.
Lokasi Dan Waktu Operasi
Lokasi: No 9, Town Park, 5, Jln Suarasa 8/7, Bandar Tun Hussein Onn, 43200 Cheras, Selangor
Waktu Operasi : 10 pagi - 6 petang
Nombor Telefon: 014-9082 042
E-Mail:
[email protected]Info Tentang Klinik Pergigian RedhaKlinik Pergigian Redha diasaskan oleh Allahyarham Dr Yuszahanim Yusoff pada tahun 2020 dengan klinik pertamanya terletak di Taman Bukit sementara cawangannya di Bandar Tun Hussein Onn telah beropreasi sejak tahunn 2019.
Cawangan Klinik Pergigian Redha
1. Redha Dental Bandar Tun Hussein Onn
2. Redha Dental Taman Bukit Cheras
3. Redha Dental Semenyih
4. Reda Dental TTDI Grove, Kajang
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Klinik Pergigian Redha, anda boleh layari yang berikut :
IG: https://www.instagram.com/redhadental/
TT: https://www.tiktok.com/@redhadental
Website: https://redhadental.com/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.iamfuzy.com/2023/11/klinik-pergigian-redha-pengalaman.html