Moisturizer Terbaik Untuk Kulit Kering Tekstur Krim Pelembap Muka Jenis Water Based Buat Muka Lembap Glowing


Jadi orang perempuan ni banyak nak kena jaga bab kulit muka kan? Sebab itu first impression kebanyakan orang tengok pada kita. Nak tak nak, memang kena invest la untuk pastikan kulit muka kita in tip top condition. 

Paling nak elak sekali dah tentulah masalah kulit muka kering. Sebab apa? Haaa..korang kena baca la entri aku sampai habis






Punca Kulit Muka Menjadi Kering
Kalau korang perasan, kulit muka kita adalah kawasan kulit yang paling banyak sekali terdedah, kan? Ye laa, kawasan kulit lain macam di tangan, badan dan kaki semuanya terlindung dengan pakaian. Jadi, peratusan untuk kita mempunyai masalah kulit di bahagian muka memang sangat tinggi. 

Kebiasaanya kulit muka kita ni terdedah kepada cahaya matahari berlebihan atau duduk dalam bilik berhawa dingin dalam tempoh yang lama. Kedua-dua situasi ni memang boleh menyebabkan kulit muka kita yang terdedah menjadi kering kontang. 

Tapi, bukan yang ini saja tau faktor membuatkan kulit muka kita jadi kering. Faktor genetik atau memang semulajadi kulit jenis kering pun salah satu punca juga. 

Sebenarnya banyak faktor lain juga yang boleh menjadi punca kepada masalah kulit muka kering. Antaranya :
1. Kurang minum airBila kita tak minum air yang secukupnya dengan keperluan badan, kulit kita jadi dehidrasi. Dehidrasi maksudnya tak cukup air untuk menjadikan kulit kita lembab. Kulit pun jadi tak elastik

2. Tak pakai moisturizer Kesilapan kebanyakan dari kita adalah suka skip rutin penjagaan kulit wajah yang ini. Sebenarnya penting tau kita pakai moisturizer. Aku dulu pun pemalas jugak. Hahaha. Sekarang je dah insof. 
3. Kulit jenis sensitifMasalah orang yang ada kulit jenis sensitif ni memang tak best tau. Bila kulit jenis sensitif, semua masalah kulit yang lain dia nak tapau jugak la kalau tak jaga betul-betul. Lepas tu tak boleh nak pakai sebarangan produk. Salah pakai je, dapat la habuan. 
4. Guna pencuci muka yang tak sesuaiIni pun masalah besar jugak. Bila kita tak tahu jenis kulit muka sendiri, memang main hentam je pakai pencuci muka ikut suka hati. Dah tak pepasal buat kulit muka jadi kering sebab tak sesuai dengan kandungan dalam pencuci muka tu. 
Jadi, kalau boleh kena la usaha elakkan kesemua punca yang buat kulit muka jadi kering. Kalau tak, nanti muncul la tanda-tanda yang kulit muka kita dah alami masalah kekeringan. 

Tanda-tanda Kulit Muka Kering
Mungkin korang pun kekadang tak perasan sebenarnya kulit muka tu ada masalah kekeringan. Sebabnya setiap orang akan alami tanda kulit kering yang berbeza. Semuanya bergantung kepada faktor seperti usia, kesihatan, dan juga warna kulit. 

Tapi ada beberapa tanda kulit kering yang korang boleh alert. Contohnya seperti:
Kulit rasa tegang.Kulit kasar dan mengelupas.Kulit jadi berminyak overdose.Terbentuk garis kedut halus, terutama di tulang pipi (smile line), sekitar mata dan dahi.Kulit yang cerah nampak kemerah-merahan, manakala kulit yang sedikit gelap akan kelihatan kelabu asap. Hihi. 
Haa, bila perasan ada tanda-tanda macam kat atas ni, boleh la cari cara untuk atasi masalah kulit kering tu supaya tak jadi lebih teruk. Sebab kalau korang ignore, sendiri tanggung la akibatnya eh. 


Korang kena cuba Pelembab Muka Aqua Whitening Cream ni tauuuu! 


Akibat Kulit Muka Kering
Tak best tau bila kulit muka kering ni. Kenapa? Kalau korang nak tahu, inilah akibat nya bila kulit muka kita kering :
1. Kulit Nampak Kusam dan Tak BermayaKorang tahu tak? Kulit yang terlalu kering dan kurang kelembapan boleh menghasilkan sebum atau minyak yang berlebihan. Bila kulit muka kurang kelembapan, kulit memang akan nampak kusam dan tak bermaya. Nampak macam orang sakit pun iye jugak. Huhu. 
2. Nampak Lebih Berusia Dari Umur SebenarKulit kering akan menyebabkan garis penuaan di muka terbentuk. Pasal tu la kita akan nampak lebih tua walaupun sebenarnya masih muda. Arghhh..sadisnya weh! 

Jadi, kalau nak kulit muka nampak sihat dan glowing serta tak tua sebelum masanya, kena la cari penyelesaian untuk atasi masalah kulit kering sebelum melarat. 

Cara Atasi Masalah Kulit Muka Kering
Macam mana cara nak atasi masalah kulit muka kering ni? Senang je korang. Kita counter back je dari puncanya. Dari situ boleh la kita usahakan apa yang patut untuk atasi masalah kulit muka kering. 

Kena pastikan kita sentiasa minum air yang cukup supaya kulit kekal lembap. Semak dulu bahan yang terkandung dalam barangan kosmetik dan penjagaan wajah yang kita nak guna untuk kurangkan potensi tersalah guna produk. 

Paling penting sekali, jangan skip pakai pelembab muka (moisturizer) dalam rutin penjagaan kulit muka untuk pastikan kulit sentiasa terhidrasi. Wajib! Jadi, carilah moisturizer/pelembab muka yang sesuai dengan keadaan kulit kita. 

Moisturizer/Pelembab Muka Terbaik Untuk Kulit Kering
Bila sebut pasal pelembab muka, aku nak kongsi dengan korang pelembab muka yang aku duk guna. Memang terbaik punya moisturizer untuk kulit kering tau. Sangat sesuai untuk orang yang kulit sensitif macam aku. Sebab kandungan moisturizer ni langsung tak memudaratkan kulit manja aku ni ha


So, kalau dah sesuai dengan kulit sensitif maksudnya sesuai la untuk semua jenis kulit yang lain. Termasuklah kulit kering samada memang semulajadi jenis itu atau kering disebabkan keadaan sekeliling yang mempengaruhi. 

Ya. Macam yang tertulis di tajuk entri aku, ini la pelembab muka yang dimaksudkan itu. Moisturizer water based dari Hansaegee Nature iaitu Aqua Whitening Cream. Sumpah best gila moisturizer ni. Sebab tu aku suka! 


Moisturizer Terbaik Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream


Kenali Moisturizer Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream
Jenis kulit yang sensitif, kulit kering dan kulit berminyak sangat recommended untuk pakai moisturizer water based macam Aqua Whitening Cream ni tau. Sebab moisturizer jenis ni ada effect soothing. Nyaman je bila sapu kat kulit muka. 
Yang menariknya, Aqua Whitening Cream bukan je bertindak sebagai moisturizer malah boleh menjadi krim siang terbaik yang dapat memulihkan kulit sunburn. Kulit yang jadi gelap tu boleh cerah balik tau. Sebab tu nama dia Aqua Whitening Cream. 
Lagi unik sebab bila sapu di kulit dan kita gosok perlahan-lahan, akan terhasil titisan air (water drop). Macam megik weh! Hihi. Sebab tu dia mudah meresap dalam kulit dan buat kulit kita sentiasa lembap. 

3 Bahan Utama dan Terbaik Yang Terkandung Dalam Aqua Whitening Cream 
Aqua Whitening Cream juga diformulasikan dengan 8 jenis Ekstrak Herba selain Niacinamide dan Glycerin. Bahan-bahan inilah yang membuatkan moisturizer ni dapat bertindak dengan lebih efektif dan memberikan kesan lembapan yang extra. 
Banyak kan bahan-bahan terbaik yang ada dalam moisturizer water based ni? Tapi dalam entri ni aku cuma nak kongsi info tentang 3 bahan utama dalam Aqua Whitening Cream yang memang terbaik untuk kulit kering. 

Glycerin Apa Itu Glycerin? Glycerin ialah humektan, sejenis agen pelembap yang menarik air ke lapisan luar kulit dari paras kulit dan udara yang lebih dalam. 
Kebaikan GlycerinSangat bagus untuk menjaga kelembapan kulit. Membantu memperkuatkan lapisan pelindung kulit (skin barrier). Mempertahankan keseimbangan air di kulit. Menjaga keanjalan kulit. 

Niacinamide Apa Itu Niacinamide? Dikenali juga sebagai Vitamin B3, iaitu sejenis vitamin larut air. Niacinamide dikatakan superstar penjagaan kulit sebenar yang telah menjalani banyak kajian dan mempunyai banyak manfaat untuk kulit. 
Kebaikan NiacinamideMelembapkan kulit wajah. Mencerahkan tona kulit tak sekata. Memperbaiki kulit yang rosak. Mengawal kulit berminyak. Mengurangkan garis halus dan kedutan di wajah. 

Camellia Japonica Seed OilApa Itu Camellia Japonica Seed Oil? Minyak yang dihasilkan dari cold pressing biji bunga Camellia Japonica, tumbuhan yang banyak ditemui di wilayah Asia Timur seperti Cina dan Jepun. Bahan ini juga banyak dimanfaatkan industri kecantikan kerana memiliki fungsi melembapkan kulit dan rambut. 
Kebaikan Camellia Japonica Seed OilNon-comedogenic, yang mana ia tak sumbatkan pori. Dapat memudarkan parut dengan menyamaratakan warna tona kulit. Mengelakkan kehilangan air daripada kulit untuk mengekalkan kelembapan kulit. 
Korang perasan tak, ketiga-tiga bahan ni ada persamaan kat fungsi dia iaitu menjaga kelembapan kulit. Sebab itulah Aqua Whitening Cream ni sangat sesuai menjadi krim muka untuk kulit kering. 

Tekstur Moisturizer Water Based Aqua Whitening Cream 
Kalau korang nak tahu, Aqua Whitening Cream ni adalah sejenis krim walaupun nama dia aqua. Bila dengar aqua kan automatik kita terbayang air. Tapi produk ni bukan dalam bentuk liquid/cecair tau. Lembut je tekstur krim dia. Warna putih. 



Tapi kenapa diberi nama aqua? Haaaa, inilah yang uniknya krim ni macam yang aku dah tulis kat atas. Dia boleh transform jadi titisan air tau korang bila kita dah apply kat kulit. Memang magik la! 
Meh aku tunjuk kat korang tekstur Aqua Whitening Cream ni dalam gambar untuk lebih jelas. 

Tekstur Pelembap Muka Terbaik Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream




Pengalaman Sendiri Menggunakan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream 
Sebelum ni aku memang tak pakai moisturizer yang khas tau. Yang memang fungsi dia semata-mata moisturizer macam Aqua Whitening Cream ni. Aku just pakai krim anti-aging yang ada fungsi moisturizer juga. Konon all in one sebab aku kan pemalas gila nak buat banyak-banyak rutin. Hahaha. 
Aku dah pakai moisturizer Aqua Whitening Cream ni dalam sebulan. Memang nampak la perbezaan kat kulit aku ni sebelum aku add on pakai moisturizer dengan lepas dah guna moisturizer. Kulit aku jadi lebih lembap dan nampak lebih fresh serta glowing tau. Teruja betul aku dibuatnya. 
Aku memang takda masalah kulit muka kering tapi kulit aku kan jenis sensitif. Tu yang takut nak pakai macam-macam tu. Tapi bila dah cuba Aqua Whitening Cream, terus aku jatuh cinta dengan moisturizer terbaik dari Hansaegee Nature ni. Best weh bila tengok kulit sendiri makin sihat dan lembap dari sebelumnya. 

Cara Pakai Moisturizer Yang Betul


Meh aku kongsi dengan korang cara pakai pelembab muka yang betul guna moisturizer Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature. Pastikan kulit muka korang dah bersih dan dalam keadaan lembab. Tempek moisturizer kat 5 bahagian macam dalam gambar kat atas. (Dahi, hidung, pipi kiri dan kanan, dagu) Usap lembut muka sambil urut-urut sikit. Nanti korang akan perasan yang moisturizer tu bertukar jadi water drop. Nampak tak kat dahi aku tu ada water drop?Muka nampak segar dan glowing. Suka! 
Moisturizer kena pakai waktu bila? 
Kalau basic skincare routine korang simple dan tak complicated macam aku, boleh la follow cara aku ni okay. Aku selalunya pakai Aqua Whitening Cream ni selepas cuci muka. Dua kali sehari je, pagi dan malam. 
Ramai yang masih tak tahu, kena pakai sunscreen dulu atau day cream (moisturizer)

Rutin aku waktu malam :Cuci muka - apply moisturizer Aqua Whitening Cream - tempek krim anti-aging 
Ini rutin aku setiap pagi :Cuci muka - apply moisturizer Aqua Whitening Cream - tempek krim anti-aging - tenyeh sunscreen 
*Nota : Sunscreen tu kena rajin re-apply tau kalau korang jenis banyak terdedah kat luar. Macam aku terperuk dalam rumah ni, memang tak berapa rajin sangat nak re-apply. Ikut suka hati aku je. Jangan tiru tau. 
Sebenarnya berapa kali kita kena pakai moisturizer dalam sehari? 
Kalau macam aku ni, 2 kali dah memadai sebab aku bukan jenis kulit kering. Tapi kalau korang jenis kulit kering, pakai la ikut keperluan kulit korang supaya kulit kekal terhidrat dan lembap.  
Feedback Selepas Guna Moisturizer Untuk Kulit Kering - Aqua Whitening Cream 
Sebabkan aku sangat berpuas hati dengan result hasil pakai moisturizer Aqua Whitening Cream ni, jadi aku nak racun korang untuk pakai jugak. Hihi. Jom la cuba korang. Serius korang takkan menyesal tau

Macam yang aku kongsi kat Pengalaman Sendiri guna Aqua Whitening Cream ni kat perenggan atas tu. Sebelum ni aku memang takda pakai apa-apa moisturizer. Bila aku add on pakai moisturizer Aqua Whitening Cream ni, kulit aku makin lembap dan glowing. Suka sangat

As usual, aku berani recommend apa-apa produk yang aku cuba sebab yakin bila aku pakai takde kesan mudarat, ianya akan sesuai untuk korang yang ada skin condition macam aku. Kulit aku kan over manja gituhh. 
Yang best tu, moisturizer Aqua Whitening Cream ni bebas paraben, bebas alcohol dan juga tiada kandungan sulfat. Jadi untuk korang yang ada masalah kulit kering, this is the best moisturizer for you. Aqua Whitening Cream memang moisturizer untuk kulit kering. Cuba tau! 
Kalau nak info lebih banyak, korang boleh tengok kat laman sosial dan website dorang okay. Lepas tu korang timbangtara la nak pakai ke tidak. Tapi percayalah, review aku ni memang sebab betul-betul puas hati dengan produk Aqua Whitening Cream ni. Benda menjadi, kita gebang la. Gituhhhh. 🤭



Klik je link kat bawah ni tau! 🍁Brand: Hansaegee Nature 🍁Website: www.hansaegee.com/shop🍁IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature🍁FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature 🍁Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia 


Bisik-bisik :: Kalau nak kulit sihat dan cantik kena pakai pelembap tau! 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.shahadafauzi.com/2023/11/moisturizer-terbaik-untuk-kulit-kering.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pencuci Muka Untuk Kulit Berminyak Dan Sensitif Semestinya Pencuci Muka Aloe Vera Terbaik Dari Hansaegee Nature

Pencuci Muka Untuk Kulit Berminyak Dan Sensitif Semestinya Pencuci Muka Aloe Vera Terbaik Dari Hansaegee Nature

papar berkaitan - pada 31/10/2023 - jumlah : 261 hits
Pencuci Muka Hansaegee Nature Aloe Vera Terbaik Mencuci muka adalah salah satu langkah penting dalam rutin penjagaan kulit wajah Sudah pasti tujuannya untuk membersihkan sisa kotoran solekan serta bakteria Bakteria yang terkumpul pada permu...
13 Pencuci Muka Untuk Kulit Kombinasi Di Watsons

13 Pencuci Muka Untuk Kulit Kombinasi Di Watsons

papar berkaitan - pada 31/10/2023 - jumlah : 262 hits
Pencuci Muka Untuk Kulit Kombinasi di Watsons Anda tidak mempunyai masalah kulit berminyak tetapi hanya berminyak di sesetengah kawasan pada wajah sahaja Ini bermakna anda memiliki kulit kombinasi Kulit kombinasi kebiasaannya hanya berminya...
Sup Fungus Jika Diamalkan Selalu Kulit Jadi Anjal Glowing Awet Muda

Sup Fungus Jika Diamalkan Selalu Kulit Jadi Anjal Glowing Awet Muda

papar berkaitan - pada 2/11/2023 - jumlah : 211 hits
Sup fungus memang elok diamalkan bukan hanya untuk kecantikan sahaja tetapi juga kesihatan Biasanya ramai kaum Cina mengamalkan sup ini Sup fungus juga ada dalam minuman sarang burung yang dijual di pasaran Penjagaan dalaman juga amat penti...
Suami Ditangkap Khalwat Angkara Fitnah Jiran Demi Jaga Air Muka Mak Mertua Aku Terpaksa Bermadu

Suami Ditangkap Khalwat Angkara Fitnah Jiran Demi Jaga Air Muka Mak Mertua Aku Terpaksa Bermadu

papar berkaitan - pada 26/10/2023 - jumlah : 157 hits
Baca perlahan lahan Moga semua mendapat ikhtibar Assalam Terima kasih kerana sudi menyiarkan secebis kisah dari hidupku Terima kasih kepada penulis yang sudi olah kisah ini menjadi sebuah cerita yang tersusun Hari ini genaplah 3 tahun aku b...
Dr Malar Kongsi Tip Cantik Cuci Muka Dengan Air Mineral Bila Travel

Dr Malar Kongsi Tip Cantik Cuci Muka Dengan Air Mineral Bila Travel

papar berkaitan - pada 30/10/2023 - jumlah : 170 hits
terutama yang mengandungi kandungan siliki yang tinggi memang elok kita amalkan setiap hari Selain bagus diminum air mineral juga boleh digunakan untuk mencuci kulit wajah Jika diamalkan secara konsisten kulit wajah akan lebih sihat dan beb...
Tuil Jenis Pemegang Lebih Praktikal Berbanding Tombol Pintu Ini Fakta Yang Dikongsi Doktor Rehabilitasi

Tuil Jenis Pemegang Lebih Praktikal Berbanding Tombol Pintu Ini Fakta Yang Dikongsi Doktor Rehabilitasi

papar berkaitan - pada 8/11/2023 - jumlah : 185 hits
Terdapat banyak tombol atau pemegang pintu di pasaran Pelbagai jenama dan berbeza beza harganya Pemilik kediaman bebas membuat pilihan dan disesuaikan dengan konsep kediaman dan juga bajet Bagaimanapun selain rupa yang cantik dipandang soal...
Muka Macam Intan Najuwa Sufian Suhaimi Dah Selamat Merisik Wanita Bergelar Sayang

Muka Macam Intan Najuwa Sufian Suhaimi Dah Selamat Merisik Wanita Bergelar Sayang

papar berkaitan - pada 22/10/2023 - jumlah : 225 hits
Penyanyi Sufian Suhaimi dilaporkan ada menghantar rombongan merisik kepada keluarga teman wanitanya yang dikenali sebagai 8216 Sayang 8217 semalam Menerusi satu hantaran video TikTok ini ibu Sufian dilihat menyarungkan cincin ke jari manis ...
Suami Masam Muka Dengan Aku Sebab Pergi Melawat Abah Sakit Tenat Bila Abah Meninggal Dia Paksa Aku Balik Rumah Cepat

Suami Masam Muka Dengan Aku Sebab Pergi Melawat Abah Sakit Tenat Bila Abah Meninggal Dia Paksa Aku Balik Rumah Cepat

papar berkaitan - pada 4/11/2023 - jumlah : 163 hits
Ayah meninggal subuh itu Saya buka telefon nak bagitau suami Saya buka mesej suami membebel lagi tak payah jaga ayah saya Saya bagitau dia ayah dah meninggal tetap dia bebel pasal jaga anak Sebelum balik saya sempat beli makan tengahari unt...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Jangan Buang Masa Cari Kerja Atau Perniagaan Yang Anda 100 Suka Tak Akan Jumpa

Sarat Hamil 8 Bulan Comel Je Baby Bump Maryam Durian Kimchi

First Time Jaga Anak Berkhatan Doktor Beri Tip Mudah Cepat Sembuh

10 Petua Dapur Berguna Untuk Memudahkan Hidup

Christmas With Tears In 2024

Precious Metal Recycling Malaysia Turning Waste Into Value