2020 Pengalaman Bersalin Di Htar Klang


Assalamualaikum & Hye!
Nampaknya minggu ni dah hampir 7 bulan lebih usia putera sulungku yang bijak soleh dengan panggilan Uwais. Syukur alhamdulillah. Semoga yang masih menanti dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. 
Sebelum aku teruskan detik2 cemas aku bersalin di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang, korang boleh terjah Checklist Lengkap Persediaan Bersalin... Klik sahaja link tu okayh.. 
Ok jom kita sambung cerita pengalaman detik cemas aku bersalin ye. Huhu macam seram je kan.. Jangan risau sebab ada 2 part je. Hehe


Tanda nak bersalin 6 Jan 2020

Jam menunjukkan pukul 3 pagi time tengah tidur tiba-tiba aku rasa macam ada air mengalir. Mula2 aku ingat air discharge biasa tapi ni macam banyak sikit dari biasa. 
Sebenarnya 6 jan tu aku ada checkup jugak dekat KK (klinik kesihatan) so aku fikir biar jela, nanti checkup baru bagitau nurse or doctor.

Tapi, lepas 10 minit macam tu aku rasa tak sedap hati sebab rata2 yang aku baca and based on story kawan2, kalau dah rasa air keluar tu cepat2 pergi hospital sebab tu mungkin tanda air ketuban dah pecah dan kalau lambat boleh buat baby lemas dalam perut.

Aku pon tanpa berlengah bangun balik kejut suami aku. Dia pon kelam kabut bangun bila aku cakap air ketuban dah pecah dia suruh aku siap cepat2 haha.. Aku buat rilek je cakap "takpela siap2 bersihkan diri semua baru gerak sebab takde sakit apa-apa lagi".

Daftar di HTAR, Klang

Dah siap2 semua dengan tenang kitorang pon gerak pergi ke HTAR sebab aku tak nak nanti kelam kabut sangat since aku pon takda rasa sakit apa2 lagi. 
Jam 3 lebih pagi macam tu kitorang sampai. Jalan clear sangat sebab pukul 3 pagi kan. Kalau jem time peak hour mahu sejam lebih baru sampai HTAR. huhu

Aku tak pernah ada rekod or buat checkup kat HTAR sebab aku pernah call dia kata datang je kalau rasa dah nak bersalin. Yang penting bawaklah buku pink and lain2 dokumen yang berkaitan. 

Sampai je kat HTAR bahagian klinik bersalin, suami aku tolong daftarkan semua, aku plak nurse suruh masuk dalam bilik PAC untuk buat assessment yela nak cek dulu betul ke aku ni nak bersalin ke kan? 
Masa buat assessment ni kena tahan fizikal dan mental sikit sebab nak cek tu sakit sikit. Macam aku dah biasa so relax jela sebab masa pregnant 5 bulan macam tu aku dah pernah rasa sebab ada bleeding. So doktor cek ada bukaan ke apa ke takut keguguran kan.
Time ni sebab semua benda buat sendiri angkat barang naik turun tangga sebab pjj dengan suami. Segan nak minta tolong housemate or opismate sebab banyak kali jugak minta tolong ='). Banyak sangat bleeding nasib baik time ni suami ada tenangkan aku. huhu..

Ok sambung balik time kat bilik PAC, time ni aku tengok tak ramai orang so aku pon dapatla baring kat katil sementara menunggu Doktor datang cek. Nasib baik Doktor ada sebabnya situasi aku ni macam dah emergency sebenarnya. 
Sebab masa aku dah nak masuk labour room (LR) ada patient sorang ni takde sorang pon Doktor yang attend sampai terbersalin kat bilik PAC tu. Ni pon suami aku yang bagitau lepas sembang2 dengan suami patient tu.

Confirm Emergency

Dari pukul 4 pagi sampailah 6 pagi lebih macam tu ada dua tiga orang Doktor datang nak sahkan kes aku. Bukaan aku baru 1 cm je. Aku pon redha jelah kena cek bawah tu. Serius sakit haha pakai mulut itik.. 
Ni paling orang tak suka. Tapi sebab dah banyak kali so aku dah immune, lolz. Tips dia rileks je jangan stres2... Nanti kurang la sakit dia. 
Memandangkan bukaan aku baru 1 cm, aku pon doa tak henti-henti harap2 takdela Doktor suruh aku balik. Serius mood malas tahap apa je time tu. Rasa nak bersalin terus lepas tu setel dah.

Last2 Doktor cakap ade cecair hijau dah keluar and tu maksudnya baby dah berak dalam perut. So confirm emergency. Diorang semua macam kelam kabut bila dapat tahu ada cecair hijau keluar. 
Aku muka blur duduk baring atas katil. Aku nak tanya pon macam takut menggangu. So aku pon search kat google. Kalau kes macam aku ni kena induce means kena paksa beranak tak kisahla normal or Czer.

Tapi aku just double cek dengan staff nurse yang lalu kat situ. Dengan sopan santun nya aku tanya aku ni kena induce ke? Pastu dengan pantas dia jawab haah awak kena induce. 
Aku nak sambung tanya lagi yang aku boleh normal ke? Tapi dah tengok semua macam kelam kabut tak berani nak tanya. Aku just doa jela harap2 semua dipermudahkan tak kisahla normal or Czer.

Then mesin ECG pon dipasang kat perut aku untuk cek jantung baby. Jantung baby semua normal tapi mesin tu dipasang sampai lah aku kena transfer masuk labour room.

Terus Masuk Labour Room (LR)

Bila dah masuk LR ni macam2 ada dalam fikiran aku. Yela sebab aku macam tak percaya and tiba2 rasa macam tak ready lagi. Asyik2 tertanya2 betul ke diorang ni? 
Masuk LR ni selalunya kalau betul2 sakit nak meneran tapi aku sakit macam senggugut yang under control. Aku dengar2 kalau betul nak bersalin dia sakit lama paling kejap pon dalam 3 ke 4 jam rasa contraction atau semalaman sebelum betul-betul nak bersalin.
Makin kerap 10 minit then 5 minit sakit contraction tu datang. Tapi aku takde sakit tu. Time tu memang aku lapar sangat walaupun dah makan kurma 3 biji and roti coklat 2 ketul. 
Bila masuk labour room memang tak boleh makan dan baring jela kat situ. Kadang2 je nurse2 kat situ suapkan aku minum air pakai straw. Kat LR tu nak duduk pon dia tak kasi cuma golek2 ke kiri ke kanan. Aku dengan suami asyik bangun tidur balik sementara tunggu bukaan lepas kena induce.
Melalui info yang aku dapat, baru tahu aku kena kurangkan pergerakan sebab takut baby kurang oxygen nanti. Nak pergi toilet pon tak boleh. Nurse akan masukkan catheter untuk keluarkan air kencing. Kalau kena cara memang tak sakit pon, tapi ada nurse tu buat sakit skit entah macam mana dia masukkan.

And baru aku tahu kenapa baby berak dalam perut sebab dia stress dalam tu since oxygen kurang atau faktor2 lain. Puncanya ibu dia ni terlebih aktif. 
Penat2 pon duk panjat sana sini badan letih pon tak kisah dah yela gigih nak tolong abah dia hias rumah baru pindah. Ibu memang larat lagi tapi sebenarnya effect kat baby... Huuu nasib baik baby takde pape =`).

Aku memang dari first trimester aktif terlebih angkat berat naik tangga 3 tingkat sampai minor bleeding. Yela suami jauh sampailah aku dah 7 bulan lebih baru suami dapat transfer sini. Aku ni jenis nak minta tolong orang segan sangat. 
Kadang2 tu xpela kan. Huhu.. Tanpa fikir dalam badan aku ni ada lagi satu bayi kecil yang sedang membesar.

Bagi aku, takpelah bila aku redah macam tu nanti baby yang keluar pon jadi kuat. Tapi sebenarnya aku macam selfish and sebab tu la walaupun ibu kuat buat itu ini, dia kena fikirkan effect yang jadi kat baby tu nanti. 
Termasuklah puasa... Walaupun ibu masih larat tapi jangan push sangat, kena memikirkan keadaan baby juga.. Kalau baby tak gerak selalunya aku buka je puasa. huhu...
Ok, sambung balik dalam LR, tunggu punya tunggu akhirnya ada seorang Doktor datang cek lagi dan inform keadaan aku. Nak tahu apa doktor cakap? sambung part 2 okayh.. =)

Aku FAIL Meneran dalam LR (bersambung Part 2)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://cinqleafclover.blogspot.com/2020/02/detik-cemas-ketika-bersalin-di-htar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
2020 Pengalaman Bersalin Di Htar Klang

2020 Pengalaman Bersalin Di Htar Klang

papar berkaitan - pada 4/11/2023 - jumlah : 178 hits
Assalamualaikum Dalam entry sebelum ni aku ada cerita pengalaman sampai masuk ke LR Dari mula mula tanda nak bersalin sampailah masuk LR Korang boleh refer kat Kali ni aku nak cerita pengalaman sepanjang dalam LR termasuklah detik detik cem...
2022 Sop Baru Bersalin Di Htar Klang Dan Tips Mudah Bersalin

2022 Sop Baru Bersalin Di Htar Klang Dan Tips Mudah Bersalin

papar berkaitan - pada 4/11/2023 - jumlah : 281 hits
Assalamualaikum 2022 SOP Baru Bersalin di HTAR Klang dan Tips Mudah Bersalin Tengok tajuk ada tips mudah bersalin ye Kemain ye ibu nak share tips mudah bersalin huhu Apa apa pon yang ni based on pengalaman dan pembacaan sis amalkan dan alha...
Klinik Pergigian Redha Pengalaman Scaling Polishing Gigi Terbaik Di Lembah Klang

Klinik Pergigian Redha Pengalaman Scaling Polishing Gigi Terbaik Di Lembah Klang

papar berkaitan - pada 4/11/2023 - jumlah : 311 hits
Agaknya bila kali terakhir anda berjumpa doktor gigi Umi pulak rasanya kali terakhir berjumpa doktor gigi pada tahun 2019 kemudian terhenti sebab PKP Sebenarnya ramai yang takut untuk berjumpa doktor gigi sampai rasa kecut perut dan seram s...
Hari Hari Tengok Cermin Ibu Baru Bersalin Tertekan Sering Ditegur Gemuk Amp Kulit Perut Hitam Menggeleber

Hari Hari Tengok Cermin Ibu Baru Bersalin Tertekan Sering Ditegur Gemuk Amp Kulit Perut Hitam Menggeleber

papar berkaitan - pada 7/11/2023 - jumlah : 162 hits
Perubahan bentuk badan seorang wanita yang baru bersalin adalah perkara normal dan hal itu tidak sepatutnya ditegur oleh orang keliling kerana ia akan memusnahkan tahap keyakinan diri seseorang Bagaimanapun melalui perkongsiaan seorang indi...
Elisya Sandha Buktikan Bersalin Caesar Bukan Alasan Tak Boleh Bersenam Kongsi Rahsia Langsing

Elisya Sandha Buktikan Bersalin Caesar Bukan Alasan Tak Boleh Bersenam Kongsi Rahsia Langsing

papar berkaitan - pada 8/11/2023 - jumlah : 134 hits
secara caesar tidak menjadi masalah buat untuk kembali langsing Malah ibu jelita ini sudah mula aktif bersenam selepas tiga bulan bersalin Pelakon yang juga menantu kepada penerbit terkenal Shiela Rusly ini memang aktif bersenam Bercerita t...
Sikit Je Lagi Baby Dah Dekat Nak Bersalin Ayda Jebat Makin Tak Lena Tidur

Sikit Je Lagi Baby Dah Dekat Nak Bersalin Ayda Jebat Makin Tak Lena Tidur

papar berkaitan - pada 8/11/2023 - jumlah : 106 hits
Penyanyi Ayda Jebat yang kini berada di trimester ketiga kehamilannya mengakui tidurnya kini semakin tidak selesa Dan itulah yang kerap berlaku kepada ibu hamil lain Malah kongsi Ayda lagi menerusi Instagramnya waktu tidurnya seakan serba t...
Checklist Lengkap Persediaan Bersalin Sebelum Semasa Di Hospital Berpantang

Checklist Lengkap Persediaan Bersalin Sebelum Semasa Di Hospital Berpantang

papar berkaitan - pada 4/11/2023 - jumlah : 168 hits
Assalamualaikum Sumber Google Harini just short entry untuk rujukan mommies kat luar sana especially bakal new mommies Rujukan ni untuk aku jugak di masa akan datang Ecewah Korang boleh rujuk link2 di bawah ok Aku sarankan bukak link ni sea...
Usai Bersalin Isteri Aril Pilus Terpaksa Jalani Pembedahan Buang Rahim Pula

Usai Bersalin Isteri Aril Pilus Terpaksa Jalani Pembedahan Buang Rahim Pula

papar berkaitan - pada 25/10/2023 - jumlah : 242 hits
Dalam kegembiraan menyambut kelahiran cahaya mata kedua penyanyi dan pengacara Aril Pilus memberitahu hatinya masih bimbang memikirkan isteri iaitu Puteri Erma Adlina Megat Ami yang kini berada di unit rawatan rapi selepas menjalani pembeda...
Senaman Cepatkan Bukaan Bersalin Mama Boleh Jadikan Amalan Harian Semasa Hamil

Senaman Cepatkan Bukaan Bersalin Mama Boleh Jadikan Amalan Harian Semasa Hamil

papar berkaitan - pada 31/10/2023 - jumlah : 264 hits
Tahukah mama bahawa ada senaman yang boleh dilakukan untuk membantu memudahkan bukaan jalan untuk melahirkan bayi Bagi yang sedang hamil dan hampir bersalin ini ada tip berguna untuk anda amalkan Mama mama boleh amalkan Senaman ini hanya me...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Soodap Fish N Chip Dublin Sg Tangkas Kajang

Makan Mee Champa Di Itu Kopi X D Nara Meesup Melayu Champa

Beragam Manfaat Air Tajin Kalau Tahu Pasti Bakal Simpan Air Beras Ini

36 Hours In Palm Springs Calif

Hiburan Beg Bagasi Rosak Norman Hakim Luah Rasa Kesal 30 Saat Saya Istighfar Dan Kawal Nafas

Saya Lalui Banyak Masa Sukar Sebagai Seorang Song Hyekyo Song Hyekyo