Klinik Pakar Pergigian Pediatrik Dental Valet Shah Alam


KLINIK PAKAR PERGIGIAN PEDIATRIK DENTAL VALET SHAH ALAM | Assalammualaikum semua! Selamat Tahun Baru 2023! Apakah resolusi tahun baru korang? Tahun baru, mestilah gigi cantik bersih kan? Barulah senyuman kita indah! Dulu, rawatan gigi memang tiada dalam senarai resolusi tahun baru Ruby tau. 
Sejak ada Adam dan Alif, baru Ruby masukkan dalam senarai perkara wajib dilaksanakan setiap tahun. Alhamdulillah sudah 9 tahun mengubah gaya hidup seisi keluarga. 
Pentingnya pendidikan dan pendedahan rawatan gigi seawal Ruby hamil lagi, dari situ wujud kesedaran tentang kesihatan gigi seisi keluarga. Anak-anak paling Ruby utamakan. Sebab Ruby tidak mahu mereka takut atau trauma dengan rawatan gigi di klinik pergigian seperti Ruby

Tahniah Ruby ucapkan kepada Dental Valet yang telah membuka cawangan kedua di Shah Alam. Cawangan pertama di Bangi Sentral pastinya memberi impak hebat kepada pengasasnya iaitu Dr. Nazatul Sabariah Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif DV Group Berhad kerana beliau terus melangkah untuk membuka lebih banyak cawangan Dental Valet

KLINIK PAKAR PERGIGIAN PEDIATRIK DENTAL VALET SHAH ALAM
Dental Valet menjadi pilihan ramai kerana layanan dan keselesaan yang diberikan. Sesiapa yang mengalami trauma Klinik Pergigian, mesti faham apa yang Ruby maksudkan. Sebab, ramai mengelak menerima rawatan ke klinik pergigian pada awal usia kerana pengalaman rawatan oleh kenalan. Malah, mereka hanya akan pergi apabila tidak dapat menahan sakit dan tiada pilihan lain

Hakitkatnya, kita perlu menjaga kesihatan oral dengan sebaiknya agar lebih memahami tentang keadaan kesihatan gusi dan gigi kita. Namun, bagi mereka yang kurang pendedahan tentang kesihatan oral, perkara ini amat membimbangkan. Bukan sahaja merisaukan empunya badan, tetapi doktor gigi juga risau apabila pesakit yang datang dengan pelbagai masalah oral

Pengalaman kerja di lapangan yang sering berhadapan dengan rawatan kepada masyarakat adalah asbab utama mengapa Dr. Nazatul bersemangat membuka cawangan Dental Valet. Beliau ingin terus memberi kesedaran kepada masyarakat untuk mendapatkan rawatan pergigian dan memahami tentang kesihatan oral

Dental Valet adalah sebuah pusat pergigian one stop family dental centre yang menawarkan semua jenis perkhidmatan pergigian, dari rawatan am sehingga rawatan pakar. Dental Valet tidak mahu pesakit dirujuk keluar dan mencari pakar, tetapi pakar yang datang ke klinik ini dan memberi rawatan. 

Klinik Pakar Pergigian Pediatrik Dental Valet Shah Alam mempunyai 2 tingkat, 9 bilik rawatan, 2 buah bilik pensterilan, bilik x-ray, surau, bilik menyusu dan persalinan bayi serta bilik rehat untuk doktor dan staf bertugas

Dekorasi tingkat satu khas untuk kanak-kanak dengan tema underwater world yang ceria dan memberi keterujaan kepada pesakit, ruang menunggu juga disediakan dengan bilik khas untuk kanak-kanak bermain dan ini mengurangkan rasa gementar. Ibu bapa yang membawa anak-anak ke klinik akan berasa tenang dan santai di ruang ini. 
SASAR BUKA 70 KLINIK PAKAR PERGIGIAN DALAM TEMPOH 10 TAHUN
Dental Valet juga sedang aktif mencari lokasi yang sesuai untuk pembukaan beberapa klinik bagi perancangan syarikat pada tahun-tahun akan datang. Dalam tempoh 10 tahun, Dental Valet menyasarkan untuk membuka sebanyak 70 cawangan klinik, sebuah akademi latihan pergigian dan juga penghasilan produk penjagaan oral Dental Valet.
DV Group Berhad juga menyasarkan untuk disenaraikan di Bursa Malaysia dalam masa lima tahun dengan nilaian RM300 juta. Pengumpulan dana yang pertama telah dijalankan pada April 2022 yang lepas. Hasil daripada pengumpulan tersebut kami telah menyiapkan Klinik Pakar Pergigian Pediatrik Dental Valet Shah Alam di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor.
Kini DV Group Berhad di fasa pengumpulan dana pusingan kedua (co-founder 2) yang dijangka berakhir pada Jun 2023. DV Group Berhad ingin menjemput pelabur-pelabur yang berminat untuk menjayakan misi ke bursa. Pulangan pelaburan dijangkakan sebanyak enam belas kali selepas lima tahun dengan pembayaran dividen sehingga 70 peratus dari keuntungan selepas penolakan cukai. 
Hingga suku ke-2 tahun hadapan, satu lagi cawangan klinik akan dibuka di Damansara dan merancang untuk melengkapkan fasiliti di Klinik Pakar Pergigian Pediatrik Dental Valet Shah Alam dengan menambah kerusi pergigian dari enam buah kepada sembilan termasuk fasiliti xray dan bilik pesakit berkeperluan khas

KLINIK PAKAR PERGIGIAN PEDIATRIK DENTAL VALET SHAH ALAM MESRA KANAK-KANAK
DV Group Berhad membuka cawangan ke dua Dental Valet dengan nama Klinik Pakar Pergigian Pediatrik Dental Valet Shah Alam selepas kejayaan cawangan pertama di Bandar Baru Bangi yang beroperasi sejak tahun 2016. 

Syarikat Pemegang Pelaburan yang diasaskan oleh Dr. Nazatul Sabariah Ahmad, 41 turut mengendalikan klinik pergigian ini dan fokus pesakit di kalangan kanak-kanak sejak bayi sehingga remaja berusia 17 tahun termasuk kanak-kanak di kalangan Orang Kurang Upaya (OKU)

Dr. Nazatul juga merupakan Pakar Perunding Pergigian Kanak-Kanak dan merupakan Ketua Pegawai Eksekutif DV Group Berhad untuk rangkaian Klinik Pergigian Dental Valet dan anak-anak syarikat

Pakar pergigian kanak-kanak sangat terhad jumlahnya di Malaysia, statistik mendapati ramai pesakit kanak-kanak tidak mempunyai tempat yang sesuai untuk mendapatkan rawatan. Kekangan latihan di kalangan doktor pergigian umum juga telah menyebabkan ramai pesakit kanak-kanak mempunyai pengalaman yang negatif

Namun untuk pesakit dewasa yang telah mengalami trauma sejak kecil dengan rawatan pergigian tidak dilupakan. Dental Valet juga memfokus kepada pesakit dewasa yang ‘anxious’ dan dental phobic. Mereka ini juga mempunyai ruang untuk mendapatkan rawatan pergigian yang istimewa oleh pakar-pakar Dental Valet kami. 
Penjagaan anak kecil bermula dari ibu, jadi kumpulan ibu mengandung juga merupakan sasaran untuk pemberian kesedaran penjagaan pergigian dan seterusnya mereka ini dapat menjaga kesihatan gigi anak-anak sedari awal

Dental Valet menyediakan rawatan painless dentistry dan juga sedation. Di klinik, kami melakukan sedasi pernafasan (Inhalation sedation) dan jika pesakit kanak2 yang tidak bekerjasama atau factor umur yang muda maka rawatan di bawah bius penuh dijalankan di hospital oleh saya dan pakar lain dengan bantuan pakar bius. 
Rawatan ini juga sesuai untuk pesakit dewasa yang memerlukan pembedahan mulut dan rahang. Selain pergigian kanak2, Dental Valet juga menyediakan rawatan pakar braces, restorative, implant dan maksilofasial.  

Klinik Pakar Pergigian Pediatrik Dental Valet Shah Alam dirasmikan oleh Yang Berhormat ADUN Kota Anggerik, Tuan Mohd Najwan Halimi. Semasa perasmian, YB sangat teruja dengan pembukaan klinik pergigian yang bakal memberi pilihan kepada masyarakat setempat terutamanya warga Shah Alam. Selain itu, perancangan kerjasama bersama dalam program Tanggungjawab Sosial Korporat untuk memberi kesedaran kesihatan oral turut menjadi initipati ucapan. Ini kerana pendedahan dan pendidikan kesihatan oral harus diteruskan melalui program kesihatan

KLINIK PAKAR PERGIGIAN PEDIATRIK DENTAL VALET SHAH ALAM SELESA UNTUK KANAK-KANAK KURANG UPAYADental Valet juga menyediakan rawatan kepada kanak-kanak berkeperluan khas seperti autism, downs syndrome, cerebral palsy dan ADHD. Rawatan pergigian di Dental Valet disediakan untuk semua. Sebelum mendapatkan rawatan di Dental Valet, pasukan khas akan menghubungi ibu bapa atau penjaga untuk memaklumkan bagaimana ingin memberi keyakinan kepada anak-anak


Gambar atau video klinik akan diberikan kepada ibu bapa agar boleh dikongsikan kepada anak-anak. Apabika mereka seronok, mereka akan teruja untuk mendapatkan rawatan. 
Kanak-kanak ini memerlukan rawatan, bimbingan, bantuan, dan perhatian khusus daripada orang di sekeliling mereka. Janganlah kita menyisihkan mereka. Bantulah sedaya upaya, kerana mereka mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri. Kesihatan oral sangat penting untuk mereka. 
AKADEMI DENTAL VALETSelain itu, Dental Valet juga membangunkan Akademi Dental Valet dan mula mengambil pelajar mulai bulan Januari 2023. Akademi ini bertujuan memberi latihan kepada doktor gigi am yang mempunyai minat di dalam bidang pergigian kanak-kanak dan juga memberi latihan kepada pembantu pembedahan pergigian. Selain itu asas mengendalikan perniagaan klinik pergigian juga akan menjadi salah satu silibus di akademi

12 ORANG PAKAR PERGIGIAN TERSEDIA DI DENTAL VALET

Dental Valet telah mengumpulkan seramai 12 orang Pakar Pergigian Kanak-Kanak untuk berkhidmat di klinik-klinik ini. Jumlah keseluruhan pakar di dalam kumpulan kami melebihi 20 orang dan dentist seramai lebih 10 org. Selain itu Dental Valet juga mewujudkan sistem latihan kepada doktor pergigian am yang berkhidmat di DV di mana mereka boleh mendapatkan latihan dari pakar semasa berkhidmat (live training and observation). 
Buat masa ini hanya terdapat lebih kurang 3000 klinik pergigian swasta yang didaftarkan sehingga bulan Disember 2021. Namun jika mengikut populasi rakyat Malaysia iaitu seramai 32 juta jumlah tersebut tidka mencukupi. Klinik pergigian kerajaan juga menawarkan segala rawatan namun terdapat senarai menunggu yang panjang untuk sesetengah jenis rawatan terutama bius penuh

Mengikut data jabatan perangkaan, statistik populasi kanak-kanak di Malaysia ialah 9.19 juta pada 2022 manakala jumlah pakar pergigian kanak-kanak yang terdapat di negara ini adalah lebih kurang 80-100 orang. Jadi nisbah pakar adalah 1: >100000 kanak-kanak

RAWATAN PERGIGIAN BERMULA SEAWAL GIGI PERTAMA TUMBUH SEMASA BAYIIbu bapa digalakkan membawa anak-anak seawal umur setahun atau gigi pertama tumbuh. Ini kerana doktor gigi dapat mengenal pasti dengan awal cara penjagaan gigi di rumah dan seterusnya dapat memberi nasihat yang sewajarnya


Kekangan utama adalah masa dan kesedaran dari pihak ibu bapa sendiri. Ramai ibu bapa menganggap bahawa gigi susu tidak memerlukan penjagaan rapi, namun persepsi itu adalah silap. 
Rawatan kesihatan gigi jika tidak dijaga akan rosak lebih teruk dan kes ini dipanggil early childhood caries. Ia boleh menyebabkan jangkitan bakteria dan bengkak muka. Sesetengah pesakit terpaksa dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut. 
Jadi, ibu bapa lebih mengambil berat tentang penjagaan gigi anak setelah lahir. Lawatan secara berkala ke klinik pergigian akan mendorong doktor gigi juga memberi nasihat yang sesuai untuk ibu bapa tentang teknik penjagaan kesihatan gigi yang betul si samping penggunaan ubat gigi berflorida di umur yang sesuai

PENGALAMAN RAWATAN PERGIGIAN SEHARUSNYA LEBIH MENGGEMBIRAKAN
Melalui pengalaman sakit gigi, kebiasaannya rawatan yang diterima di klinik kerajaan adalah paling ramai mengalami trauma. Dari kecil sampai dah dewasa. Trauma masih lagi ada. Sehinggakan ada yang skip rawatan susulan dan pemeriksaan 6 bulan sekali. 
Ruby sendiri mengalami trauma rawatan gigi di klinik kerajaan. Trauma yang di alami adalah sakit gigi beberapa hari, kemudian ke klinik gigi, tiada tempahan rawatan, hanya datang mengikut waktu operasi, waktu menunggu terlalu lama. Sehingga abah perlu ambil cuti kerja. Apabila tiba waktu rawatan, hanya proses tampalan sahaja berlaku. Tiada proses membersihkan gigi seperti scalling. Kemudian siap. Sangat cepat. 

Namun, di Dental Valet tidak akan sesekali menghakimi para pesakit. Malah, ia sememangnya tugas mereka untuk pesakit pulang dengan senyuman yang lebar. Seterusnya membawa pulang memori indah selepas rawatan gigi

Rawatan yang paling popular adalah ‘teeth polishing’ atau pemberusan gigi dengan menggunakan mesin, fluoride varnish dan juga tampalan. Melalui kaedah pujukan terhadap pesakit kanak-kanak ini lazimnya mereka merasa gembira dan ingin datang semula ke klinik. 
Lawatan ke klinik gigi bukan sahaja untuk merawat tetapi untuk pencegahan seperti- Fluoride varnish dan fissure sealant. Setelah rawatan dijalankan, kanak-kanak ini akan diberi hadiah jadi mereka sentiasa teruja dengan apa yang mereka perolehi terutamanya apabila berjaya menjalani rawatan tanpa tangisan

Dalam perawatan pergigian kanak-kanak, terdapat teknik pengendalian pesakit yang dipanggil non-pharmacological behaviour management. Teknik ini termasuk lah bercakap dengan nada yang berbeza-beza untuk menarik perhatian pesakit, melekakan pesakit dengan bercerita (distraction) dan juga positive reinforcement. Terdapat banyak lagi kaedah yang digunakan untuk pengendalian pesakit ini namun ia memerlukan latihan intensif dan praktikal

Tindak balas pesakit bersifat subjektif namun apabila mendapat rawatan daripada pakar pergigian kanak-kanak, mereka yang takut akan di beri masa bertenang kerana reaksi mereka akan berubah daripada masa ke masa. 
Untuk meredakan keadaan, Dental Valet berusaha menyediakan hadiah-hadiah yang menarik pada setiap kali lawatan yang bertujunan mendorong serta memberi motivasi kepada pesakit cilik ini. 
Manakala yang pernah menghadapi trauma daripada pengalaman yang sebelumnya dan tidak dapat memberi kerjasama yang baik, rawatan di bawah bius penuh akan disarankan. Setelah masalah mereka selesai, pesakit akan datang ke klinik dengan lebih positif

ASPIRASI DENTAL VALET
Dental Valet telah menubuhkan ‘outreach team’ sejak mula beroperasi. Unit ini akan mengadakan lawatan ke sekolah-sekolah swasta yang tidak dilawati oleh pasukan pergigian KKM. Kami juga aktif menyertai program-program bersama NGO dan juga sekolah pendidikan khas atau pusat terapi kanak-kanak istimewa. Selain itu pakar-pakar kami aktif memberi ceramah untuk meningkatkan kesedaran penjagaan gigi kanak-kanak melalui platform atas talian atau secara bersemuka


Sebagai seorang pakar pergigian kanak-kanak yang sangat terhad jumlahnya di Malaysia, saya mendapati ramai pesakit kanak-kanak tidak mempunyai tempat yang sesuai untuk mendapatkan rawatan. Kekangan fasiliti mesra kanak2 dan latihan di kalangan doktor pergigian umum juga adalah faktor menyebabkan ramai pesakit kanak-kanak mempunyai pengalaman yang kurang positif

Aspirasi Dr. Nazatul adalah untuk membantu kanak-kanak mendapatkan rawatan pergigian dalam suasana yang menggembirakan, menarik dan menenangkan di Dental Valet (DV)

50 klinik pergigian di Shah Alam sahaja. Maka untuk bersaing merupakan satu cabaran besar. Namun kami memandang ia dari sudut positif. Rezeki adalah dari Allah subhanahuwataala. Kami tidak berniat untuk bersaing tetapi menyediakan support system kepada klinik pergigian umum untuk rujukan kes2 pakar

DAFTAR JANJI TEMU DAN DAPAT BAUCAR DISKAUN DARI APLIKASI DR MOMMY BABY
Perbezaan Dental Valet dengan klinik pergigian yang lain adalah memudahkan para pesakit atau penjaga membuat janji temu. Melalui aplikasi Dr Mommy Baby, anda berpeluang untuk mendapatkan baucar diskaun untuk rawatan pergigian di Dental Valet

Muat turun aplikasi Dr Mommy Baby dan daftar sekarang untuk menikmati tawaran istimewa ini. 
MENGENAI PENGASAS DENTAL VALET
Dr. Nazatul mendapat kelulusan sebagai doktor pergigian dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tahun 2004. Beliau mula berkhidmat di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selama tiga tahun sebelum menyertai Fakulti Pergigian Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 2007 sebagai pensyarah pelatih. 

Beliau menyambung pengajian dalam bidang Paediatric Dentistry di Eastman Dental Institute, University College London pada 2008 dan memperoleh Doctorate in Dentistry, Pediatric Dentistry tahun 2012. Dr. Nazatul pulang berkhidmat di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sehingga tahun 2018 sebelum menyertai Darul Ehsan Medical Centre (DEMC) seterusnya Avisena Specialist Hospital yang merupakan sebuah hospital pakar wanita dan kanak-kanak dan mengasaskan klinik pergigian di sana. 
Kini beliau masih menjalankan kerja-kerja klinikal di samping menguruskan syarikat DV Group Berhad dan anak anak syarikat di bawahnya. Buat masa ini Dental Valet berada di Bangi Sentral, Bandar Baru dan di Seksyen 13, Shah Alam Selangor dengan jumlah kakitangan melebihi 30 orang di unit klinikal dan unit pengurusan pejabat

Beliau memilih bidang ini kerana sejak kursus sarjana muda lagi telah mempunyai pesakit di kalangan kanak-kanak yang sangat sukakan rawatan yang diberikan. Situasi tersebut berterusan apabila memasuki alam pekerjaan dan beliau teruja setiap kali memberikan rawatan yang terbaik kepada mereka dengan teknik yang betul. 
Begitu juga dengan golongan anak istimewa dan mempunyai masalah perubatan seperti cerebral palsy dimana mereka ini tidak dapat berjalan atau mempunyai kemahiran motor yang lemah. Melalui kesabaran dan minat yang mendalam, menjadikan Dr. Nazatul sangat bermotivasi untuk terus memberi rawatan kepada golongan ini. 
Setiap hari pelbagai ragam dan cabaran yang dilalui namun ia sedikit pun tidak mematahkan semangat. Sebaliknya memacu beliau untuk terus ke hadapan di samping menarik minat pakar-pakar di dalam kumpulan yang sama untuk konsisten dalam perkhidmatan seterusnya menambah cawangan. Tujuannya memberi peluang rawatan yang terbaik dengan lebih luas lagi

DENTAL VALET | INSTAGRAM | FACEBOOK

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2023/01/klinik-pakar-pergigian-pediatrik-dental.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Minum Kopi Di Bendang Cafe Eco Ardence Shah Alam Selangor

Minum Kopi Di Bendang Cafe Eco Ardence Shah Alam Selangor

papar berkaitan - pada 22/12/2022 - jumlah : 316 hits
Assalamualaikum semua Ingat lagi tak mam pernah cerita yang kami pergi Lunch di Restoran Bendang Eco Ardence Shah Alam Selangor Selepas tu dah beberapa kali mama pergi lunch sana En hubby suka lauk lauk kat sana sebab sedap dan fresh Bebera...
Jakel Shah Alam Terbakar Jakel Rugi Rm100 Juta

Jakel Shah Alam Terbakar Jakel Rugi Rm100 Juta

papar berkaitan - pada 1/1/2023 - jumlah : 266 hits
Kebakaran bangunan tiga tingkat milik Jakel di Seksyen 7 di sini mengakibatkan syarikat tekstil tersebut kerugian awal dianggarkan hampir RM100juta Pengarah Urusan Kumpulan Jakel Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata beliau dimaklu...
Lelaki Di Tahan Gara Gara Bertelekung Curi Beg Jemaah Wanita Di Shah Alam

Lelaki Di Tahan Gara Gara Bertelekung Curi Beg Jemaah Wanita Di Shah Alam

papar berkaitan - pada 24/12/2022 - jumlah : 132 hits
SHAH ALAM Taktik seorang lelaki bertelekung untuk mencuri beg jemaah wanita di dua masjid di sini terbongkar selepas polis menerima dua laporan membabitkan kerugian kira kira RM3 500 Ketua Polis Daerah Shah Alam Iqbal Ibrahim berkata suspek...
Awani Tonight Jakel Shah Alam Catches Fire Again

Awani Tonight Jakel Shah Alam Catches Fire Again

papar berkaitan - pada 4/1/2023 - jumlah : 168 hits
Days after a fire almost destroyed Jakel Shah Alam a second fire broke out at the curtain storeroom at the premises SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Berita lanjut di http grid astroawani com As...
Telemovie Kompas Cinta Lakonan Amyra Rosli Shah Iskandar

Telemovie Kompas Cinta Lakonan Amyra Rosli Shah Iskandar

papar berkaitan - pada 24/12/2022 - jumlah : 236 hits
Tonton telefilem Kompas Cinta bersiara pada 18 Disember ini Ahad pukul 2 30 petang di tv okey JUDUL Kompas CintaWaktu Siaran Ahad 18 Disember 2022 2 30 petangRangkaian TV OkeyPengarah Bade Hj AzmiProduksi Mega Dally ProductionPelakon Amyra ...
Kontroversi Filem Pathaan Gambar Shah Rukh Khan Dibakar

Kontroversi Filem Pathaan Gambar Shah Rukh Khan Dibakar

papar berkaitan - pada 21/12/2022 - jumlah : 176 hits
HANISAH SELAMATAKSI Shah Rukh Khan bersama pasangan heroinnya menggunakan menggunakan kostum warna saffron dianggap menghina kesucian agama Hindu KONTROVERSI filem Pathaan lakonan Shah Rukh Khan dan Deepika Padukone yang didakwa menyentuh s...
Seronok Belajar Tentang Alam Bawa Anak Berseronok Di Zoo Melaka Taman Burung

Seronok Belajar Tentang Alam Bawa Anak Berseronok Di Zoo Melaka Taman Burung

papar berkaitan - pada 5/1/2023 - jumlah : 153 hits
Lumrah anak anak nak membesar mereka suka bermain dan explore perkara baru Sepanjang proses tumbesaran mereka dedahkan seberapa banyak ilmu yang boleh kerana semua itu akan menjadi pengetahuan untuk anak dalam menjalani kehidupan mereka Ken...
Denai Kabus Gerik Perak Pagi Pagi Mendaki Bukit Lihat Alam Dari Puncak

Denai Kabus Gerik Perak Pagi Pagi Mendaki Bukit Lihat Alam Dari Puncak

papar berkaitan - pada 24/12/2022 - jumlah : 304 hits
assalamualaikum salam sejahtera selamat pagi berada di Denai Kabus memang best pagi pagi bangun mesti intai bukit bukit di sekitar berkabus semuanya sebelum sebelum ni camping view sungai dgr deruan air sungai celup celup kaki di tebing sun...
T19c16 Aina Di Mamakiddies Alam Nusantara

T19c16 Aina Di Mamakiddies Alam Nusantara

papar berkaitan - pada 30/12/2022 - jumlah : 306 hits
Kami pergi ke kenduri kahwin anak saudara Mummy di Shah Alam Alang alang ke sana kami merayau sebentar ke kedai barangan bayi Mamakiddies di Shah Alam iaitu di tingkat 3 nombor 42 Jalan Setia Perdana BE U13 BE Alam Nusantara 40170 Shah Alam...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik

Comment On Pengalaman Menginap Di Teluk Bayu Floating Chalet Kota Kuala Muda Kedah By Munirah