Seronok Belajar Tentang Alam Bawa Anak Berseronok Di Zoo Melaka Taman Burung


Lumrah anak-anak nak membesar, mereka suka bermain dan explore perkara baru. Sepanjang proses tumbesaran mereka, dedahkan seberapa banyak ilmu yang boleh kerana semua itu akan menjadi pengetahuan untuk anak dalam menjalani kehidupan mereka.
Kenalkan Anak Dengan Alam Semulajadi
Salah satu cara untuk mengajar anak dalam suasana yang menyeronokkan adalah dengan membawa mereka mengenal alam semulajadi. Banyak kemahiran yang dapat dirangsang apabila anak-anak dibawa bermain di luar rumah.
Sumber foto: www.shutterstock.com Banyak cara untuk mendedahkan anak dengan alam semulajadi, sama ada dibawa berkhemah atau berpiknik di tepi pantai mahupun air terjun. Ketika berada di sana, ambil peluang untuk buat anak lebih kenal dengan persekitaran mereka.
Bagusnya Belajar Dengan Alam!
Mengajar anak bukan sekadar dari segi akademik semata-mata, tetapi pendidikan moral paling utama. Dengan memperkenalkan alam semulajadi pada anak, ia sebenarnya dapat membantu perkembangan mereka dari segi intelektual, emosi, sosial, rohani dan fizikal.
Selain itu, anak-anak akan lebih kreatif dan mempunyai kemahiran berfikir yang luas kerana perkembangan intelektual dirangsang ketika mereka bermain di luar rumah. Kemahiran kognitif anak juga dapat dirangsang dengan baik apabila berada dalam persekitaran natural. Anak-anak juga akan mempunya tahap fokus yang lebih tinggi!
Prestasi Akademik Meningkat & Bagus Untuk Penglihatan
Anak-anak yang banyak belajar melalui alam sekitar sebenarnya didapati mempunyai peningkatan akademik. Antara subjek yang dikuasai anak adalah seperti sains, pendidikan moral, seni, bahasa dan matematik.
Sumber foto: www.shutterstock.com Lebih bagus lagi, sering terdedah dengan keredupan alam semulajadi dapat membantu kesihatan serta fokus mata ke tahap yang lebih baik. Anak-anak yang banyak berada di luar rumah juga lebih pandai bersosial dan mempunyai kemahiran komunikasi yang lebih baik.
Pergi Zoo Galak Anak Belajar
Bukan sekadar lawatan kosong, sebenarnya membawa anak ke zoo juga dapat membantu mereka mengurangkan stres dan memperbaiki disiplin diri. Dikelilingi kawasan zoo yang mendamaikan serta dapat mengenal pelbagai jenis haiwan sebenarnya dapat menambah pengetahuan anak dalam pelbagai aspek.
Jika mama papa mahu bawa anak merehatkan minda sambil belajar tentang pelbagai spesis haiwan, bawalah mereka ke Zoo Melaka & Taman Burung. Memang best, macam-macam ada!
Telah dianugerahkan sebagai Zoo Mesra Keluarga Pilihan Pa&Ma bagi Jenama Pilihan Pa&Ma 2022, tahniah!

Kenali Zoo Melaka & Taman Burung
Zoo Melaka telah ditubuhkan sejak 1963 di bawah kelolaan Kerajaan Negeri Melaka dan telah diswastakan pada awal 2013 dengan nama baharu Zoo Melaka & Night Safari.

 
Mempunyai keluasan 54 ekar, ia merupakan zoo kedua terbesar di Malaysia. Pada Oktober 2018 Zoo di bawah Pegurusan Jabatan Zoo & Taman Burung Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya ini telah ditransformasi dengan konsep pameran haiwan terbuka bagi memperkasakan program pendidikan hidupan liar serta program pemerhatian untuk pembiakan haiwan untuk menjadikan zoo ini sebagai kawasan rekreasi.

Night Safari pula memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat sendiri haiwan nokturnal dalam habitatnya. Di Zoo Melaka & Taman Burung, bukan sekadar ‘lihat kosong’ tetapi merupakan proses pembelajaran tentang kehidupan liar dengan pelbagai program sesuai untuk murid sekolah, pelajar universiti serta syarikat korporat antaranya Zootrooper, Zoomanji dan Zoolunter.

Waktu operasi bermula jam 10.00 pagi – 5.00 petang (Isnin-Khamis) manakala untuk Jumaat-Ahad dan cuti sekolah serta cuti umum pula pada jam 9.00 pagi – 6.00 petang. Night Safari pula bermula jam 8.00 malam – 11.00 malam dan akan ditutup sekiranya hari hujan.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman Facebook zoomelakaofficial atau laman Instagram zoomelakaofficial atau hubungi 06-2323900
The post Seronok Belajar Tentang Alam, Bawa Anak Berseronok Di Zoo Melaka & Taman Burung appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/seronok-belajar-tentang-alam-bawa-anak-berseronok-di-zoo-melaka-taman-burung/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bercuti Tanpa Bawa Pembantu Awal Ashaari Belajar Erti Sabar Dan Kenal Mood Anak Anak

Bercuti Tanpa Bawa Pembantu Awal Ashaari Belajar Erti Sabar Dan Kenal Mood Anak Anak

papar berkaitan - pada 28/12/2022 - jumlah : 275 hits
PELAKON dan pengacara Awal Ashaari berkongsi pengalaman menjaga dua orang cahaya matanya ketika bercuti ke luar negara tanpa kehadiran pembantu Awal atau Ahmad Awaluddin Ashaari 41 berkata kehidupan tanpa pembantu banyak mengajar dia tentan...
Tak Perlu Rimas Bawa Anak Sekali Masuk Dapur Banyak Anak Boleh Belajar

Tak Perlu Rimas Bawa Anak Sekali Masuk Dapur Banyak Anak Boleh Belajar

papar berkaitan - pada 29/12/2022 - jumlah : 261 hits
Kita rasa kerja kita jadi lambat bila bawa anak sekali masuk dapur Kerja memasak yang sepatutnya cepat jadi lambat gara gara bantuan anak Salah tu Dalam kita mendidik anak ada baiknya kita bawa anak sekali untuk meneroka apa yang ada diseke...
Jangan Down Kalau Tak Mampu Bawa Anak Bercuti Anak Hanya Nak Kita Layan Mereka

Jangan Down Kalau Tak Mampu Bawa Anak Bercuti Anak Hanya Nak Kita Layan Mereka

papar berkaitan - pada 31/12/2022 - jumlah : 210 hits
Ibu bapa mana yang tak teringin membawa anak bercuti dan berjalan jalan Namun tak semua diberi nikmat kewangan yang mencukupi Namun bagi anak anak cuti mereka lebih bermakna dengan kehadiran dan perhatian dari ibu bapa Itu lebih seronok Jan...
Baru Nak Seronok Pengunjung Hampa Taman Tema Air Terima Notis Operasi Tanpa Lesen

Baru Nak Seronok Pengunjung Hampa Taman Tema Air Terima Notis Operasi Tanpa Lesen

papar berkaitan - pada 28/12/2022 - jumlah : 167 hits
Sejak pagi tadi tular beberapa video memaparkan ramai kecewa apabila sebuah taman tema air terletak di Kepala Batas Pulau Pinang telah ditutup secara tiba tiba sehingga membuatkan mereka pulang dengan kehampaan Menerusi hantaran dikongsikan...
Kim Hyesoo Seronok Luangkan Waktu Bersama Anak Anak Dari Under The Queen S Umbrella

Kim Hyesoo Seronok Luangkan Waktu Bersama Anak Anak Dari Under The Queen S Umbrella

papar berkaitan - pada 29/12/2022 - jumlah : 179 hits
Meskipun Under the Queen s Umbrella sudah lama tamat pelakon pelakon dari drama berkenaan nampaknya masih rapat sehingga kini ARTIKEL BERKAITAN Terbaru pada 29 Disember Kim Hye soo telah berkongsi beberapa foto dan video di laman Instagram ...
Masih Harga Berbaloi Tiket Masuk Ke Zoo Negara Cipta Memori Indah Bersama Anak Anak

Masih Harga Berbaloi Tiket Masuk Ke Zoo Negara Cipta Memori Indah Bersama Anak Anak

papar berkaitan - pada 9/1/2023 - jumlah : 282 hits
Pengalaman bersama anak anak dan suami pergi ke Zoo Negara Ikutkan saya tidak mahu pergi ke Zoo Negara apabila memikirkan harga tiket masuk ke Zoo Negara yang agak mahal bagi saya yang kurang berkemampuan Namun lain pula jadinya semuanya ti...
Beri Ruang Isteri Me Time Suami Tak Kisah Bawa Anak Main Badminton Siap Dukung

Beri Ruang Isteri Me Time Suami Tak Kisah Bawa Anak Main Badminton Siap Dukung

papar berkaitan - pada 30/12/2022 - jumlah : 260 hits
Menjadi seorang ibu bukanlah kerja yang mudah Menguruskan keluarga menyediakan segela keperluan suami dan anak anak sememangnya meletihkan Sesekali perlu juga recharge tenaga dapat rehat sekejap pun dah puas hati Dapat suami yang sentiasa b...
Kami Tak Berhenti Berusaha Asyik Diasak Soalan Tentang Anak Zulin Aziz Mohon Doakan Yang Terbaik

Kami Tak Berhenti Berusaha Asyik Diasak Soalan Tentang Anak Zulin Aziz Mohon Doakan Yang Terbaik

papar berkaitan - pada 22/12/2022 - jumlah : 148 hits
Setiap pasangan berkahwin semestinya menginginkan kehadiran cahaya mata bagi menyerikan lagi kehidupan sebagai sebuah keluarga Akan tetapi tidak semua pasangan diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata var currentUrlTwo window location ho...
Tapir Sesat Di Tingkat 5 Parkir Hotel Dibawa Ke Zoo Melaka

Tapir Sesat Di Tingkat 5 Parkir Hotel Dibawa Ke Zoo Melaka

papar berkaitan - pada 2/1/2023 - jumlah : 180 hits
Seekor tapir sesat di sebuah hotel di Banda Hilir Melaka hari ini MELAKA Seekor tapir dianggarkan seberat 250 hingga 290kg yang ditemui sesat di tingkat lima kawasan parkir di sebuah hotel di Banda Hilir ditangkap dan dipindahkan ke Zoo Mel...
Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide

Hiburan Tular Video Wanita Halau Jemaah Lelaki Dari Surau Ahli Jawatankuasa Tampil Beri Penjelasan Si Perakam Bukan Ajk

Tanda Bacaan Gula Dalam Darah Tidak Normal Ambil Tahu Elak Diabetes

Lynas Rare Earths Production S Role In Global Order

Yasser Atak Wanie Sidik Teruna Dara Idaman Chord

The Italian Job A 1974 Harley Davidson Sx250 Flat Tracker By Fuchs

Autoimmune Disease

American Airlines Flights Snarled By Computer Glitch


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Iklan Jawatan Kosong Perpustakaan Desa Perpustakaan Negara Malaysia

Our Real Boss Sebenarnya Bank Ya Bank

Pengalaman Tukar Skrin Retak Samsung S23 Ultra

Anak Sulung Daddy Rasa Macam Daddy Dah Tak Sayang Dia Lagi Luahan Anak Fizo Omar Raih Perhatian Netizen

Bayi Lelaki Dijumpai Tepi Jalan Berhampiran Masjid

Menerima Dan Menggunakan Dana Politik Untuk Tujuan Politik Bukan Kesalahan