Syukur Bahagia Kisah Ulang Tahun Perkahwinan Sa Yang Kedua



Assalamualaikum..


1 September sentiasa ada tempat untuk tarikh istimewa dalam hati SA dan suami. Tarikh inilah kami diijabkabulkan sebagai suami isteri pada tahun 2023. Tahun ini genaplah ulang tahun perkahwinan kami yang ke-2. Rasa macam baru je semalam lafaz akad nikah itu bergema di telinga..Masih segar dalam ingatan debarannya, senyum tawa keluarga dan segala doa yang mengiringi.

2 tahun sudah berlalu, dan hari ini kami menyambut ulang tahun perkahwinan kedua. Alhamdulillah, perjalanan 2 tahun ini bukan sekadar tentang cinta, tapi juga tentang belajar, memahami, dan saling melengkapi. Ada hari penuh ketawa, ada juga hari penuh cabaran. Namun setiap saat menjadikan kami lebih menghargai satu sama lain

SA masih ingat kenangan lucu di awal perkenalan…Suami mengorat SA di FB..berkawan sekejap terus Suami tanya SA sudah berpunya ke..SA kata SA dipunyai oleh Mak Abah SA. Terus Suami melamar..SA kata kalau sungguh naknkan SA..jumpalah Mak dan Abah..yang pasti suami sangat Gentleman..jumpa Mak Abah dan terus merisik SA. Perkanalan kami cukup singkat..hanya menyapa melalui FB terus ke jinjang pelamin. Detik-detik kecil seperti inilah yang membuatkan hidup berdua lebih indah


Jom kita throwback gambar nikah.


Sejurus selepas selesai akad nikah
Photoshoot di Taman Tasik Seremban sejurus selesai nikah


Majlis nikah yang sederhana tapi meriah...esoknya kami diraikan dalam majlis persandingan yang meriah dihadiri oleh sanak saudara kedua belah pihak, sahabat handai, kenalan blogger dan ramai lagi.


Tahun kedua ini mengajar SA banyak perkara betapa pentingnya komunikasi, sabar, dan rasa syukur. Cinta itu bukan sekadar kata-kata manis, tapi hadir dalam setiap usaha kecil kita untuk buat pasangan tersenyum setiap hari

Sempena ulang tahun kali ini, kami meraikannya dengan cara sederhana…suami bawak SA dan Dania dinner di Allson Klana Resort. Kadang-kadang bahagia itu datang dari momen ringkas yang kita kongsikan bersama.. kan

Doa SA untuk tahun-tahun mendatang adalah semoga rumah tangga kami terus dilimpahi kasih sayang dan rahmat Allah, semoga kami dapat melangkah bersama, mengharungi suka duka dengan tangan yang tetap saling menggenggam erat

Buat suami tercinta, terima kasih kerana menjadi teman hidup terbaik, pendengar setia, dan penenang jiwa. Semoga cinta ini terus mekar hingga ke syurga. ❤️
Dan buat semua pembaca yang turut singgah membaca kisah kecil kami ini, SA doakan kebahagiaan rumah tangga kita semua, semoga kasih sayang sentiasa bertambah dan hidup sentiasa dipenuhi keberkatan

Selamat ulang tahun perkahwinan buat kami, dan semoga lebih banyak kenangan indah menanti di hadapan

Love you husband...so much.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.suriaamanda.com/2025/09/syukur-bahagia-kisah-ulang-tahun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Melly Goeslaw Suami Bersanding Lagi Rai Ulang Tahun Perkahwinan Ke 30

Melly Goeslaw Suami Bersanding Lagi Rai Ulang Tahun Perkahwinan Ke 30

papar berkaitan - pada 20/8/2025 - jumlah : 508 hits
Original Content Ratu Muzik Indonesia Melly Goeslaw meluahkan rasa penuh syukur apabila dapat meraikan ulang tahun perkahwinan ke 30 bersama suami tercinta Anto Hoed Lebih istimewa pasangan ini kembali naik pelamin seakan akan pengantin bah...
Ucapan Doa Ulang Tahun

Ucapan Doa Ulang Tahun

papar berkaitan - pada 5/9/2025 - jumlah : 1709 hits
Assalamualaikum Walaupun kita bukan darah daging kasih dan doa tetap ikhlas mengiringi setiap langkah hidup abang Hari ini bukan sekadar tarikh kelahiran abang tapi juga tanda syukur kami kepada Allah kerana masih memberi peluang untuk meli...
Hamil Lagi Di Usia 58 Tahun Wanita Ini Selamat Lahirkan Anak Kedua Cara Ivf

Hamil Lagi Di Usia 58 Tahun Wanita Ini Selamat Lahirkan Anak Kedua Cara Ivf

papar berkaitan - pada 8/9/2025 - jumlah : 3156 hits
Pada usia di mana kebanyakan wanita sudah menumpukan kehidupan kepada anak anak yang meningkat dewasa atau cucu kisah seorang ibu yang masih mampu menimang cahaya mata sendiri benar benar mengagumkan Bayangkan pada usia 58 tahun masih diber...
Restoran Kakatoo Lancar Kad Ganjaran Wow Sempena Ulang Tahun Ke 12

Restoran Kakatoo Lancar Kad Ganjaran Wow Sempena Ulang Tahun Ke 12

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 2822 hits
Restoran Kakatoo Lancar Kad Ganjaran WOW Sempena Ulang Tahun Ke 12 Selamat ulang tahun yang ke 12 buat Restoran Kakatoo Sungguh istimewa sambutannya kali ini apabila Restoran Kakatoo bukan sahaja meraikan pencapaian 12 tahun dalam industri ...
Kombinasi Ulang Tahun Merdeka Realme Menawarkan Tawaran Masa Terhad Untuk Telefon Pintar Terlaris

Kombinasi Ulang Tahun Merdeka Realme Menawarkan Tawaran Masa Terhad Untuk Telefon Pintar Terlaris

papar berkaitan - pada 27/8/2025 - jumlah : 1593 hits
Kuala Lumpur Malaysia 26 Ogos 2025 realme Malaysia meraikan Pesta Peminat Ulang Tahun 828 seiring dengan Hari Kebangsaan dengan kempen promosi jualan eksklusif yang berlangsung dari 28 Ogos hingga 1 September Untuk masa terhad sahaja pemina...
Realme Bersedia Untuk Sambutan Ulang Tahun 828 Telefon 10 000mah Akan Hadir Banyak Lagi Bakal Diperkenalkan

Realme Bersedia Untuk Sambutan Ulang Tahun 828 Telefon 10 000mah Akan Hadir Banyak Lagi Bakal Diperkenalkan

papar berkaitan - pada 22/8/2025 - jumlah : 915 hits
Kuala Lumpur 22 Ogos 2025 Sebagai salah satu perintis terkemuka dalam inovasi realme sedang membuat persiapan untuk Sambutan Ulang Tahun 828 yang dinanti nantikan pada 27 Ogos yang akan mempamerkan dua teknologi terobosan yang menonjolkan k...
Kenaikan Yuran Tadika Selepas 3 Tahun Perlu Pemantauan Teliti Kata Ibu Bapa

Kenaikan Yuran Tadika Selepas 3 Tahun Perlu Pemantauan Teliti Kata Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 27/8/2025 - jumlah : 2008 hits
KPM menetapkan permohonan kenaikan yuran oleh pengusaha tadika swasta hanya boleh dikemuka selepas tiga tahun kadar terakhir diluluskan Naib Pengerusi Persatuan Tadika Malaysia Elvis Gan Kah Keng berkata realitinya mereka mengenakan bayaran...
Budak 3 Tahun Antara 3 Maut Dua Kenderaan Bertembung Di Rompin

Budak 3 Tahun Antara 3 Maut Dua Kenderaan Bertembung Di Rompin

papar berkaitan - pada 25/8/2025 - jumlah : 1103 hits
Budak 3 tahun antara 3 maut dua kenderaan bertembung di Rompin Kemalangan membabitkan dua kenderaan di Rompin menyebabkan tiga maut dan empat lagi cedera Foto ihsan bomba ROMPIN Tiga maut termasuk seorang kanak kanak perempuan manakala empa...
Kahlil Gibran In The Eyes Of Ibnu Arabi

The Prophet By Kahlil Gibran

Macc Chief Points To Nepal In Warning Against Graft

Imagine Rightist Akmal S Reaction If This Israeli Flag Display In Kelantan Is Re Enacted In Dap State

Penhaligon S Introduces The Cut A Bold New Chapter In Bespoke Perfumery

Tadarus Al Quran Di Masjid Nabawi Untuk Tokwan

Realme Game Of Thrones Limited Edition Rekaan Epik Prestasi Hebat

Hubungan Kaedah Green Dengan Supersimetri Kuantum Mudahnyabacajurnal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Humidifier Pintar Diffuser Terbaik Untuk Rumah Moden

Buasir Otak Tv Cara Buat Lagu Ai Guna Suno Live

Solat Ketika Rawatan Dialisis Bagaimana

Ingin Jadi Content Creator Yang Bagus

Blackout Memanjang

Kembali Ke D Tavern Steak Sedap Kenangan Lama