Kl East Mall Semarakkan Bulan Ramadan Dengan Kempen Didedikasi Untuk Kanak Kanak Autisme
KL EAST MALL SEMARAKKAN BULAN RAMADAN DENGAN KEMPEN DIDEDIKASI UNTUK KANAK-KANAK AUTISME | Assalamualaikum... Baru-baru ini telah berlangsungnya KL East Mall semarakkan bulan Ramadan dengan kempen didedikasi untuk kanak-kanak Autisme.
Bersempena dengan kesucian dan keindahan bulan Ramadan itu lahir dari amalan refleksi diri, meluangkan masa berkualiti bersama keluarga, serta berbuat baik kepada masyarakat. Menyemarakkan ketiga-tiga nilai murni ini, KL East Mall, sebuah pusat membeli belah milik penuh Sime Darby Property mengambil inisiatif untuk membantu dan menyumbang kepada Yayasan Pendidikan Insani melalui kempen Hari Raya Aidilfitri pertamanya.
INSANI merupakan pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang menyediakan penjagaan pencegahan awal, terapi serta pendidikan kepada 50 orang kanak-kanak autism yang berasal dari keluarga berpendapatan rendah.
KL East Mall memulakan kempen indahnya Syawal Kemeriahan Dirai dengan menyasarkan kutipan minima RM50,009 untuk kanak-kanak dan keluarga di bawah yayasan tersebut. Mulai sekarang sehingga 16 Mei, pembeli dapat bersama menyokong usaha ini dengan menyumbangkan minimum RM10 dan berpeluang untuk mewarna kepingan suai gambar daripada sebuah karya seni yang besar yang akan dihadiahkan kepada Yayasan. Pembeli juga boleh menyumbang sebanyak minimum RM35 dan menerima beg toye eksklusif yang direka oleh jenama fesyen Malaysia, Fiziwoo dengan kerjasama chef terkenal Datuk Redzuan Ismail, yang lebih dikenali sebagai Chef Wan.
Selain itu, Habib yang secara rasminya telah membuka cawangannya di KL East Mall, turut berjanji untuk menyumbang 100% hasil jualan 300 kepingan emas tulen edisi terhad bernilai RM118 setiap satu kepada INSANI.
Mengambil kesempatan pelancaran Tanggungjawab Sosial Koporat KL East Mall ini, Datuk Chef Wan dan Fiziwoo juga memberikan sumbangan kepada INSANI sebagai permulaan inisiatif amal ini.
Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby Property, Dato' Azmir Merican berkata, "Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) melaporkan kira-kira 9,000 kanak-kanak dilahirkan dengan autisme pada setiap tahun di Malaysia. Jumlah tersebut sangat tinggi, namun kesedaran mengenai perkara ini masih rendah. Autisme merupakan salah satu gangguan perkembangan kanak-kanak yang paling cepat berkembang dan mesti suarakan di platform yang lebih luas.
"Kesedaran mengenai autism dapat ditingkatkan hanya dengan menyuarakannya. Sebagai pemaju hartanah yang bertanggungjawab, Sime Darby Property berperanan secara aktif menganjurkan beberapa inisiatif berkaitan dengan usaha ini. Kami berbangga mengadakan kempen ini yang memberi tumpuan kepada sebuah komuniti yang telah lama diketepikan.
KL East Mall bertujuan untuk mengumpul dana dan meningkatkan kesedaran mengenai autisme melalui kempen ini, serta mewujudkan ruang untuk organisasi seperti INSANI untuk berkongsi kepakaran berkaitan penjagaan serta rawatan buat individu yang mengalami gangguan perkembangan seperti autism. Ketahui lebih lanjut mengenai INSANI, autisme dan kempen ini di Kaunter Informasi G1.
Sebagai persiapan bagi sumbangan perayaan Hari Raya Aidilfitri, KL East Mall telah menghias indah atrium dengan bunga anggerik gergasi serta dekorasi batik dan anyaman tradisional. Pembeli boleh melangkah ke ruang pentas hadapan untuk bergambar bersama anggerik gergasi atau melihat pemandangan taman anggerik dari gazebo tradisional yang disediakan.
Sepanjang tempoh kempen, pembeli juga boleh menebus barangan* seperti sampul raya hijau eksklusif apabila mereka membelanjakan RM60 ke atas dalam satu resit dan pinggan premium bagi perbelanjaan minimum RM 200 tidak lebih dua resit.
Dapatkan maklumat terkini mengenai aktiviti di KL East Mall di
Website | Facebook | Instagram
Boleh juga menggunakan aplikasi mobil KL East Mall yang tersedia untuk dimuat turun melalui App Stores dan Google Play.
* Sementara stok masih ada. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.cikash.com/2021/04/kl-east-mall-semarakkan-bulan-ramadan-dengan-kempen-didedikasi-untuk-kanak-kanak-autisme.html