5 Kerugian Bagi Seorang Muslim Di Dalam Bulan Ramadan
5 kerugian bagi seorang muslim di dalam bulan Ramadan | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, Allah temukan kita sekali lagi dengan bulan yang penuh rahmat. Syukur alhamdulilah. Kita masih berpeluang berada di dalam bulan yang penuh dengan keampunan. Baik, melangkah masuk ke dalam bulan Ramadan 2021 ini, bagi seorang muslim, terdapat 5 kerugian jika mereka melakukan hal-hal ini.
Berada di dalam bulan Ramadan 2021 ini merupakan nikmat terbesar buat semua umat islam seluruh dunia. Dan kita di anjurkan untuk berbuat pahala sebanyak mungkin kerana ianya akan berganda di dalam bulan ini. Namun, kita sering terlupa, di dalam kebaikkan itu, jika tidak djaga dengan betul, bakal mendatangkan kerugian buat kita.
5 kerugian bagi seorang muslim di dalam bulan Ramadan #1. Bangun bersahur tapi tidak mendirikan solat sunat
Jika sebelum ini, “agak sukar” untuk kita menunaikan solat tahajud, tapi dengan datangnya bulan Ramadan 2021 ini, kita perlu bangun sahur. Di dalam waktu sahur itu sendiri terdapat pelbagai keberkatan. Dan tersangatlah rugi jika kita tidak menunaikan solat tahajud.
Solat tahajud sangat dikenali dengan “keberkatan doanya”. Dan di waktu ini juga kita tersangat dekat dengan Allah. Jadi, dah bangun awal pagi untuk siapkan sahur, jangan lupa solat tahajud sekali ya!
#2. Meninggalkan hari tanpa bersedekah
Dah bangun sahur, dah solat tahajud, jangan tidur! Baca quran dan berzikirlah sampai masuk waktu subuh. Dah solat sunat subuh dan solat subuh, jangan sesekali tinggalkan sedekah subuh. Nak kaya raya, jangan kedekut untuk bersedekah.
Sedekah RM1 pun tidak apa. Janji niat kita ikhlas untuk bersedekah. Dan jika sewaktu kita bersedekah itu, kena pada hari lailatul qadar, maka ketahuilah yang pahala sedekah itu akan digandakan Allah berlipat kali ganda, aminn.
#3. Menunggu waktu berbuka tapi tidak berdoa.
Bila dah lihat makanan sedap-sedap atas meja, mesti lupa nak berdoa kan? Doa mereka yang berpuasa ini makbul ya! Lebih-lebih lagi doa sebelum berbuka. Jadi, gunakan waktu “singkat” sebelum berbuka puasa itu untuk berdoa kepada Allah.
#4. Tidak baca Quran
Rugilah mereka yang mensia-siakan bulan Ramadan ini dengan tidak mengambil kesempatan untuk baca Al-quran. Alquran lah yang akan menjadi peneman kita kelak di alam kubur. Kalau mampu, khatamlah Al-quran di dalam bulan Ramadan ini. Jika tidak mampu, bacalah yang kita tahu (dan kalau boleh, belajarlah baca Al-quran).
Dan jika tidak tahu juga, cukuplah dengan pasang Ayat Alquran setiap hari. Pasanglah sehingga lengkap bacaan penuh Al-quran selama sebulan berpuasa. Agar dapat sedikit pahala kerana mendengar bacaan Al-quran.
#5. Tidur sepanjang hari.
Puasa? Tak makan? Lapar? Kemudian tidur sepanjang hari sebab nak tunggu waktu berbuka lama? Maka ketahuilah yang kamu termasuk dalam senarai 5 kerugian bagi seorang muslim di dalam bulan Ramadan.
Puasa sangat menyihatkan tubuh. Kalau zaman nabi dulu, mereka berperang. Zaman kita, tak kan lemah pula kan? Jadi jangan hanya tidur sepanjang hari. Malah bersemangatlah! Jadilah muslim yang hebat!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mrejoy.com/2021/04/5-kerugian-bagi-seorang-muslim-di-dalam.html