Ujian Akhir Dapati Vaksin Pfizer 95 Peratus Berkesan Tiada Isu Keselamatan
Raja Hisyam Raja Zaid, Saraya Mia

Vaksin  berkenaan didapati berkesan untuk mencegah jangkitan termasuk bagi  warga emas, malah tiada isu keselamatan yang serius. -Reuters UJIAN Klinikal Fasa Tiga bagi vaksin COVID-19 Pfizer telah menunjukkan kesan yang sangat positif dengan 95 peratus keberkesanan
 Keputusan  siri ujian menunjukkan vaksin berkenaan berkesan untuk mencegah  jangkitan termasuk bagi warga emas, malah tiada isu keselamatan yang  serius
 Daripada  keputusan ujian itu, syarikat berkenaan yakin vaksin itu mampu  bertindak aktif dengan cukup berkesan melawan virus COVID-19
 “Keberkesanannya  adalah sangat konsisten bagi setiap lapisan usia, bangsa dan etnik.  Tindak balas keberkesanan (vaksin berkenaan) yang diperolehi membabitkan  orang dewasa yang berusia 65 tahun ke atas adalah lebih 94 peratus,”  kata Pfizer dalam satu kenyataan bersama rakan kongsi Jerman, BioNTech  pada Rabu
 Pfizer  berkata, pihaknya akan memohon kelulusan untuk penggunaan vaksin  berkenaan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika  Syarikat (AS) serta badan berkaitan di peringkat global dalam masa  terdekat
 "Data ini akan diserahkan kepada badan pengawalseliaan lain juga di seluruh dunia,” kata kenyataan itu
 Sementara  itu, Ketua Pegawai Eksekutif BioNTech, Dr Ugur Sahin yang juga pengasas  bersama syarikat berkenaan,  berpendapat vaksin itu perlu digunakan  dengan segera kerana menjadi satu-satunya vaksin paling efektif kesannya  ketika ini
 “Vaksin tersebut telah  menunjukkan keputusan kadar perlindungan sangat berkesan dan sesuai  untuk semua peringkat umur. Ia adalah yang paling berkesan untuk  mengawal jangkitan wabak ketika ini," katanya
 Pada  9 November lalu, Pfizer telah mengumumkan bahawa hasil ujian vaksin  yang dijalankannya menunjukkan tahap keberkesanan sehingga 90 peratus  namun masih enggan berpuas hati dan mahu menjalankan ujian tambahan
 Ujian Klinikal Fasa Tiga vaksin berkenaan bermula pada 27 Julai lalu di mana telah membabitkan 43,661 sukarelawan
 FDA  sebelum ini mengatakan bahawa ia memerlukan pengawasan selama  sekurang-kurangnya dua bulan terhadap semua sukarelawan terbabit selepas  menerima vaksin ujian tersebut
 Selain Pfizer, Moderna pada Isnin mengumumkan vaksin buatan mereka yang juga jenis vaksin mRNA, adalah 94.5 peratus berkesan
 Pemaju  vaksin Rusia, Sputnik V turut melaporkan vaksin mereka sudah berada  pada tahap akhir ujian klinikal dengan hasil keberkesanan vaksin 92  peratus 
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/11/ujian-akhir-dapati-vaksin-pfizer-95.html