Kes Pertama Koronavirus Di Malaysia Tiga Warga China Kini Di Hospital Sungai Buloh


Kes pertama koronavirus di Malaysia, tiga warga China kini dirawat di Hospital Sungai Buloh! Kementerian Kesihatan mengesahkan tiga warga China yang memasuki Malaysia melalui Johor disahkan positif koronavirus (2019-nCoV).
Baca:Kulit ‘Flawless’ Dengan Hanya Guna Produk dari Watson’s dan Guardian saja, lagi jimat dan selamat!

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kesemua mangsa terdiri daripada seorang wanita warga emas berusia 66 tahun serta dua cucunya masing-masing 11 dan dua tahun.
Menurut beliau, kesemua mereka merupakan ahli keluarga terdekat kepada kes pertama yang berlaku di Singapura.
“Saringan awal mendapati mereka tidak demam dan tidak mempunyai sebarang gejala jangkitan. Sampel klinikal seterusnya telah diambil dalam kalangan kontak tersebut untuk menjalani ujian pengesanan dan selanjutnya pengesahan 2019-nCoV di MKAK (Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan) Sungai Buloh.
“Kesemua kontak tersebut seterusnya telah diletakkan di bawah Perintah Pemantauan dan Pengasingan oleh JKN Johor sementara menunggu keputusan ujian yang dijalankan ke atas mereka.
“Untuk makluman, tiga kes yang dikesan positif melalui ujian yang dijalankan oleh MKAK adalah isteri dan dua orang cucu kepada kes pertama di Singapura.
 

“Mereka kini dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh bagi menerima rawatan selanjutnya dan kesemuanya berada dalam keadaan stabil. Manakala lain-lain kontak yang dikesan adalah negatif bagi 2019-nCoV,” katanya dalam sidang media di kementeriannya pada Sabtu.
Sementara itu, Dr Dzulkefly berkata kerajaan akan membincangkan langkah seterusnya terutama berkenaan cadangan menyekat kemasukan pelancong dari China ke negara ini.
Dalam masa sama, beliau berkata, Kementerian Kesihatan juga telah mengaktifkan pasukan Rapid Response Team (RRT) dan Rapid Assessment Team (RAT) bagi menjalankan aktiviti pengesanan kontak di lapangan.
“Semua anggota kesihatan diingatkan untuk memberikan perhatian serius terhadap pemakaian peralatan perlindungan diri (PPE) yang betul serta mengamalkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan infeksi yang optimum pada setiap masa.
“Saringan pesakit di semua fasiliti kesihatan perlu dilaksanakan dengan teliti, bagi memastikan kes yang memenuhi akan dirujuk bagi menjalani penyiasatan selanjutnya. 

“Kejadian wabak jangkitan ini dipandang serius oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, justeru suatu tatacara mengenainya yang melibatkan fasiliti kesihatan awam dan swasta telah dikeluarkan baru-baru ini.
“Tatacara ini akan digunakan sebagai rujukan kepada semua anggota kesihatan di lapangan bagi mengesan, mengendali dan menguruskan individu yang disyaki dijangkiti 2019-nCoV,” kata beliau lagi.
Sumber: Astro Awani
The post Kes Pertama koronavirus di Malaysia, tiga warga China kini di Hospital Sungai Buloh! appeared first on Apakes.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/kes-pertama-koronavirus-di-malaysia-tiga-warga-china-kini-dirawat-di-hospital-sungai-buloh/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Pertama Di Uae 4 Warga China Dipercayai Dijangkiti Koronavirus

Kes Pertama Di Uae 4 Warga China Dipercayai Dijangkiti Koronavirus

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 360 hits
Menurut Kementerian Kesihatan UAE Empat anggota keluarga yang tiba dari Wuhan telah dijangkiti koronavirus dan menjadikan ia kes pertama di Timur Tengah Keluarga tersebut dikatakan telah tiba di negara itu pada 16 Januari Menurut pegawai ke...
Kes Koronavirus Pertama Di Malaysia Kkm Aktifkan 2 Pasukannya Kesan Aktiviti Di Lapangan

Kes Koronavirus Pertama Di Malaysia Kkm Aktifkan 2 Pasukannya Kesan Aktiviti Di Lapangan

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 455 hits
Susulan pengesahan tiga warga China di Malaysia disahkan positif koronavirus rakyat Malaysia mula menyuarakan kebimbangan masing masing kerana mengesyaki tiga warga China itu telah berhubung secara langsung dengan warga tempatan dalam perja...
Tiga Kes Koronavirus Di Malaysia

Tiga Kes Koronavirus Di Malaysia

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 399 hits
KAKITANGAN perubatan merawat pesakit koronavirus di China FOTO AFPBERNAMATIGA warga China yang di kuarantin di Johor Bahru Johor disahkan positif bagi koronavirus kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad Mereka adalah ahli kelua...
3 Kes Positif Malaysia Antara 14 Negara Kini Dikesan Ada Laporan Jangkitan Koronavirus

3 Kes Positif Malaysia Antara 14 Negara Kini Dikesan Ada Laporan Jangkitan Koronavirus

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 378 hits
Susulan daripada pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kesihatan Malaysia hari ini Malaysia telah disenaraikan dalam senarai negara yang mempunyai kes jangkitan koronavirus bersama dengan 13 negara lain di seluruh dunia Confirmed coronavirus ...
Koronavirus 14 Warga Hubei China Cuba Masuk Malaysia Dihantar Balik Ke Negara Asal

Koronavirus 14 Warga Hubei China Cuba Masuk Malaysia Dihantar Balik Ke Negara Asal

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 342 hits
KUALA LUMPUR Seramai 14 pengunjung dari wilayah Hubei China yang cuba mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur berjaya dikesan dan dihalang oleh Jabatan Imigresen Malaysia pada Selasa lalu ujar Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muh...
Kkm Sahkan Tiga Lagi Warga China Disyaki Dijangkiti Koronavirus

Kkm Sahkan Tiga Lagi Warga China Disyaki Dijangkiti Koronavirus

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 333 hits
Sehingga tengah hari ini tiga kes baharu yang disyaki 2019 Novel Koronavirus sedang menunggu keputusan ujian makmal Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata ketiga tiga kes baharu berkenaan diterima dalam tempoh 24 jam Loadin...
Empat Kes Pertama Disyaki Koronavirus Di Malaysia Dikesan Ketua Pengarah Kesihatan

Empat Kes Pertama Disyaki Koronavirus Di Malaysia Dikesan Ketua Pengarah Kesihatan

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 605 hits
Empat kes yang disyaki merupakan jangkitan coronavirus baharu yang dikenali sebagai 2019 nCoV telah dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia baru baru ini Dua kes yang disyaki tersebut adalah dari Selangor dan dua kes lagi disyaki d...
Koronavirus 039 Doakan Kami 039 Kata Doktor Hospital Sungai Buloh

Koronavirus 039 Doakan Kami 039 Kata Doktor Hospital Sungai Buloh

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 455 hits
Seorang wanita memakai penutup muka ketika melintasi pengimbas haba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 21 Januari 2020 Foto ReutersKUALA LUMPUR 27 Jan Ekoran masalah koronavirus yang kini merebak ke Malaysia seorang doktor menzah
Korea Selatan Digemparkan Kes Pertama Koronavirus Misteri Dari China Tahap Amaran Dinaikkan

Korea Selatan Digemparkan Kes Pertama Koronavirus Misteri Dari China Tahap Amaran Dinaikkan

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 351 hits
SEOUL 20 Jan Kes pertama koronavirus dilaporkan dikesan di Korea Selatan di tengah tengah kebimbangan wabak penyakit itu merebak ke China dan Asia lapor agensi berita Yonhap Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea Selatan seoran...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Wee Barking Up The Wrong Tree

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


From Christopher Wray

Amalan Paling Minima Mendapatkan Lailatul Qadar

Yang Nilai Baik Dan Buruk Itu Dari Allah Bukan Dari Manusia

Oh Baju Melayu

First Blog Post

Pra Pesanan Samsung Ai Tv Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai Rm140 000