Kkm Dipaksa Keluar Kenyataan Separuh Benar Isu Kompaun Khairuddin


Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok mempersoalkan apakah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dipaksa untuk mengeluarkan “kenyataan separuh benar” susulan kompaun RM1,000 yang dikenakakan terhadap Khairuddin Aman Razali kerana melanggar perintah kuarantin.
Katanya, ramai rakyat Malaysia yang terkejut dengan kenyataan KKM bahawa Menteri Perladangan, Perusahaan dan Komoditi itu telah dikenakan kompaun itu pada 7 Ogos lalu, dan dikatakan telah menjelaskan kompaun berkenaan.
Soal Kok, pelanggaran kuarantin itu dibangkitkan olehnya di Dewan Rakyat pada 18 Ogos lalu, namun selama ini Ketua Pengarah Kesihatan (KPK) Dr Noor Hisham Abdullah hanya berkata KKM sedang menyiasat perkara berkenaan.
“Kenapakah hari ini baru KKM memberitahu orang ramai bahawa kompaun telah dikeluarkan kepada beliau dan beliau telah menjelaskan denda tersebut?
“Memang tidak mungkin menteri dan KPK tidak tahu bahawa kompaun telah dikeluarkan pada 7 Ogos dan Khairuddin telah bayar denda itu, tetapi kena tunggu empat hari kemudian baru buat pengumuman,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Malah tambahnya, Khairuddin sendiri seharusnya memberitahu tentang bayaran kompaun RM1,000 ketika disoal pemberita, tetapi dia baru membuat pengumuman maaf dan pemotongan gajinya hari ini.
“Jadi, adalah jelas kenyataan KKM hari ini dan juga kompaun RM1,000 kepada menteri pada 7 Ogos 2020 dibuat atas arahan ataupun paksaan daripada pihak atasan, sama ada kabinet ataupun MKN (Majlis Keselamatan Negara),” kata Kok.
Kok turut mengungkit kenyataan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob pada 13 Ogos lalu, bahawa sesiapa yang didapati sengaja ingkar perintah kuarantin, tidak lagi akan dikenakan kompaun, tetapi akan terus dihadapkan ke mahkamah.
“Persoalannya ialah kenapakah semua pesalah dihadap ke mahkamah, tetapi menteri kabinet ini diberi layanan istimewa dengan penjelasan kompaun RM1,000 yang diundur tarikh (backdated).
“Sekali lagi, rakyat lihat layanan dua darjat berlaku dalam pelaksanaan perintah kawalan Covid-19. Kemarahan rakyat adalah jelas ditunjukkan dalam Facebook KKM,” katanya lagi.
Kok merupakan individu yang mula-mula membangkitkan pelanggaran kuarantin Khairuddin di Parlimen pada 18 Ogos, mendakwanya melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 selepas melakukan lawatan ke luar negara.
‘Kenapa tak dibawa ke mahkamah?’

Mengulas isu sama, peguam Haniff Khatri dalam satu klip video yang dimuat naik di Facebooknya menyorot bahawa sejak penguatkuasaan kuarantin kendiri 10 Jun lalu, ramai orang awam telah dibawa ke mahkamah.
Dia memetik beberapa kes seperti warga emas yang dihukum khidmat masyarakat selama dua bulan manakala menantunya dikenakan denda RM2,000; kes “wanita gelang pink” yang dikenakan denda sehari dan denda RM8,000; serta lelaki di Balik Pulau yang dideda RM2,500.
“Persoalannya, kenapa dalam kes Khairuddin ini, pihak pelaksana undang-undang walaupun terdapat laporan polis terhadapnya, tidak membawanya ke mahkamah? Kenapa ada perbezaan antara Khairuddin dengan orang awam?” soalnya.
Pada hematnya, berdasarkan keputusan mahkamah sebelum ini, sekiranya Khairuddin dihadapkan ke mahkamah, dia menjangkakan AJK PAS pusat itu akan dikenakan hukuman sama ada penjara lebih daripada setahun mahupun denda sekurang-kurangnya RM2,000.
“Jika hukuman tersebut dikenakan, maka Kharuddin sudah pastinya akan hilang kerusi sebagai ahli Dewan Rakyat,” katanya lagi.
“[…] Kalau perkara-perkara ini yang diambil kira (untuk tidak membawa kes Khairuddin ke mahkamah), maka memang kedaulatan undang-undang boleh dikatakan telah dicabul dan diperkosa,” katanya lagi.
Sementara itu, ketika dihubungi Malaysiakini, Haniff juga mempersoalkan sama ada kerajaan sebenarnya bersekongkol untuk tidak mendedahkan bahawa Khairuddin pulang dari luar negeri dan perlu dikuarantin, untuk membolehkannya hadir di Parlimen pada 13 Julai.
“Dia tidak pernah memakai gelang merah jambu itu, jadi mungkinkah kerajaan merancang supaya tiada orang sedar? Jika ia sebenarnya dirancang, ia merupakan penipuan besar terhadap parlimen,” katanya.
Persidangan 13 Julai adalah sesi pertama parlimen kali ini yang masih berlangsung.
Pada hari itu, kerajaan Perikatan Nasional memilih untuk menyingkirkan Mohd Ariff Md Yusof sebagai speaker Dewan Rakyat dan berjaya dengan 111 undi berbanding 109.
Untuk rekod, kuarantin kendiri digantikan dengan kuarantin wajib di pusat yang ditetapkan bermula 24 Julai.
Rosakkan imej KKM
Ahli Majlis Tertinggi Umno Puad Zarkashi pula melihat hukuman dua darjat oleh KKM itu akan menyebabkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak boleh diharap dan mengamalkan campur tangan politik.
“Peliknya, kenapa KKM pula yang double standard (dua darjat). Kenapa jumlah kompaun terlalu rendah dan amat tidak adil. Kenapa musnahkan jenama KKM yang sudah hebat,” soalnya dalam satu kenyataan.
Katanya, isu Khairuddin membabitkan dua isu besar, pertamanya melanggar peraturan kuarantin 14 hari bagi mereka yang baru pulang dari luar negara, dan keduanya jumlah kompaun yang disifatkan Puad sebagai “ikut suka hati aku”.
“Akhirnya kerajaan PN akan dituduh dua kali lima. Ada campur tangan politik dan tidak boleh diharap.
“Sebab itu jangan gunakan KKM untuk cover line (menyembunyikan kesalahan). Khairuddin patut didakwa di mahkamah,” katanya lagi.
Khairuddin yang merupakan anggota Parlimen Kuala Nerus dituduh melanggar perintah kuarantin 14 hari yang dikenakan terhadap sesiapa yang baru tiba dari luar negara, selepas pulang daripada lawatan ke Turki pada 7 Julai.
KKM dalam kenyataan hari ini memberitahu Khairuddin dikenakan kompaun RM1,000, setelah didapati bersalah menurut Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342).
Kompaun itu dikatakan dikenakan pada 7 Ogos lalu.
The post ‘KKM dipaksa keluar kenyataan separuh benar isu kompaun Khairuddin?’ appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/08/22/kkm-dipaksa-keluar-kenyataan-separuh-benar-isu-kompaun-khairuddin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kkm Kompaun Khairuddin Rm1 000

Kkm Kompaun Khairuddin Rm1 000

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 362 hits
PETALING JAYA Kementerian Kesihatan Malaysia mengeluarkan kompaun RM1 000 terhadap Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Mohd Khairuddin Aman Razali selepas didapati melakukan kesalahan bawah Peraturan Peraturan Pencegahan dan Pengawa...
Dr Khairuddin Dikenakan Kompaun Rm1 000 Oleh Kkm Kerana Langgar Sop Selepas Pulang Dari Luar Negara

Dr Khairuddin Dikenakan Kompaun Rm1 000 Oleh Kkm Kerana Langgar Sop Selepas Pulang Dari Luar Negara

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 339 hits
Berikutan kegagalan mematuhi arahan perintah kuarantin setelah pulang dari Turki pada 7 Ogos 2020 Menteri Perusahaan Ladang dan Komoditi Dr Khairuddin Aman Razali dilaporkan telah dikenakan kompaun sebanyak RM1 000 oleh Kementerian Kesihata...
Tunggu Kenyataan Kkm Khairuddin

Tunggu Kenyataan Kkm Khairuddin

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 219 hits
nbsp Gambar oleh Shafwan ZaidonKUALA TERENGGANU Tunggu kenyataan rasmi akan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Ne...
Kkm Double Standard Khairuddin Patut Didakwa Di Mahkamah Kata Puad Zarkashi

Kkm Double Standard Khairuddin Patut Didakwa Di Mahkamah Kata Puad Zarkashi

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 289 hits
Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi berkata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Mohd Khairuddin Aman Razali sepatutnya didakwa di mahkamah atas kesalahan melanggar perintah kuarantin selama 14 hari PETALING JAYA Ahli...
Isu Khairuddin Biar Pihak Berkuasa Jalankan Siasatan Pm

Isu Khairuddin Biar Pihak Berkuasa Jalankan Siasatan Pm

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 407 hits
Muhyiddin Yassin KUALA LUMPUR Selepas isu kuarantin membabitkan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali hangat ketika pembuka sesi pertanyaan dan jawab lisan di Dewan Rakyat Perdana Menteri Tan Sri M...
Istana Tepis Isu Reshuffle Kabinet Tidak Benar Kita Semua Terkejut

Istana Tepis Isu Reshuffle Kabinet Tidak Benar Kita Semua Terkejut

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 242 hits
Menteri Sekretaris Negara Pratikno menepis isu 18 menteri akan didepak yang diembuskan Indonesia Police Watch Pratikno menegaskan pemerintah sedang konsentrasi menghadapi krisis kesehatan dan ekonomi akibat pandemi COVID 19 Jadi kita semua ...
Polis Terima 27 Aduan Isu Khairuddin Ingkar Kuarantin Wajib

Polis Terima 27 Aduan Isu Khairuddin Ingkar Kuarantin Wajib

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 338 hits
MALAYSIAKINI Terdapat 27 laporan polis diterima di seluruh negara berhubung kegagalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Dr Khairuddin Aman Razali mematuhi perintah wajib kuarantin Covid 19 selepas pulang dari luar negara Justeru i...
Ini Kenyataan Hidayah Isteri Arwah Abam Berkenaan Isu Saman

Ini Kenyataan Hidayah Isteri Arwah Abam Berkenaan Isu Saman

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 422 hits
Kembali panas berkenaan isu melibatkan keluarga arwah Abam Bocey Kali ini isu saman menyaman antara balu Abam dan juga adik arwah iaitu Ali Puteh Nor Hidayah ditanya wartawan apa sebenarnya yang berlaku namun ibu tunggal ini lebih memilih u...
Kadar Kompaun Yang Dikenakan Terhadap Khairuddin Adalah Had Maksimum Berasingan Daripada Siasatan Pdrm

Kadar Kompaun Yang Dikenakan Terhadap Khairuddin Adalah Had Maksimum Berasingan Daripada Siasatan Pdrm

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 392 hits
Ramai yang tidak berpuas hati dengan kadar kompaun yang dikenakan terhadap Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang didapati melanggar perintah kuarantin selama 14 hari selepas pulang dari luar n...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Skill Up Steam Curator


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation