Kjri Cadang Jururawat Indonesia Isi Kekosongan Di Hospital Malaysia



JOHOR BAHRU – Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) Johor Bahru mencadangkan satu kerjasama strategik dengan hospital di Malaysia bagi membolehkan jururawat dari Indonesia berkhidmat di negara ini sekali gus menangani isu kekurangan tenaga kerja dalam sektor perubatan.
Konsul Jeneral Republik Indonesia di Johor Bahru, Sigit S. Widiyanto berkata, langkah itu merupakan situasi menang-menang memandangkan ketika ini kira-kira 70 peratus pesakit antarabangsa di negara ini berasal dari Indonesia.
Beliau optimis langkah ini akan memberi manfaat dua hala kerana Malaysia berdepan kekurangan tenaga kesihatan termasuk jururawat manakala Indonesia mempunyai lebihan tenaga kerja dalam bidang itu.
“Mungkin di Johor, Melaka, kemudian di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, hampir semuanya mencatatkan purata 70 peratus pesakit adalah rakyat Indonesia. Beberapa hospital di Sabah juga, saya dimaklumkan perkara yang sama.
“Oleh itu, sudah tentu ia akan menjadi situasi menang-menang sekiranya lebih ramai jururawat kami dapat bekerja di sini. Dari segi komunikasi, tiada masalah kerana saling memahami. Dari segi peluang, begitu juga dari segi budaya,” katanya dalam temu bual dengan Bernama baru-baru ini.
Sebelum ini, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, hospital utama di Johor Bahru kini sedang berdepan krisis kekurangan tenaga kerja kesihatan yang serius dan kritikal, menyaksikan seorang jururawat terpaksa menguruskan lebih 10 hingga 14 pesakit dalam satu syif, berbanding nisbah ideal 1:6 atau maksimum 1:8.
Sigit berkata, pihaknya ketika ini telah memulakan kerjasama peringkat negeri dengan sebuah hospital di Johor, termasuk melaksanakan proses pengambilan calon sebelum mengemukakannya kepada pihak berkuasa di Kuala Lumpur untuk kelulusan.
“Ini memerlukan kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Lembaga Jururawat Malaysia dan pihak berkepentingan lain. Namun, kami mencuba kerana selama ini belum pernah dilakukan,” katanya.
Beliau berkata, jururawat dari Indonesia kini sudah diiktiraf di banyak negara termasuk Singapura, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jepun, Australia dan Jerman, membuktikan mereka berkemampuan untuk berkhidmat di Malaysia.
“Kalau jururawat Indonesia boleh bekerja di negara tersebut tentu mereka juga boleh bekerja di Malaysia. Secara ASEAN, negara anggota juga telah bersetuju bahawa jururawat adalah antara profesion terbuka yang boleh berpindah negara. Tentu perlu ada penyesuaian kemahiran dan lain-lain mengikut peraturan sedia ada, namun itu bukan masalah besar,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya turut merancang untuk memfokuskan pengambilan jururawat dari Kepulauan Riau dan Riau sebagai usaha permulaan untuk menempatkan tenaga kerja bidang kesihatan itu di hospital Malaysia.
Langkah itu diambil kerana faktor kedekatan geografi dan persamaan budaya, selain ramai pesakit dari kawasan berkenaan mendapatkan rawatan di negeri seperti Johor dan Melaka.
“Kita tak perlu jauh-jauh, kita penuhi keperluan kita sendiri. Kalau nanti secara nasional boleh dilaksanakan tentu lebih bagus tapi untuk sekarang kita fokus Kepulauan Riau dahulu,” katanya.
Beliau berkata di Tanjung Pinang, Kepulauan Riau, terdapat institusi pengajian kesihatan iaitu Sekolah Tinggi Ilmu Kesehatan dan Politeknik Kesehatan milik Kementerian Kesihatan Indonesia yang boleh menjadi antara sumber utama calon jururawat.
“Kami sudah berbincang dengan sekolah kesihatan di sini untuk mewujudkan program ‘sandwic’ iaitu kurikulum akan digabungkan bagi membolehkan lulusan di Indonesia menyambung pengajian enam bulan di Malaysia sebelum berkhidmat di sini,” katanya.
Sigit optimis kaedah ini dapat melahirkan tenaga jururawat yang bukan sahaja memenuhi kelayakan profesional malah mampu menyesuaikan diri dari segi bahasa dan budaya setempat.
KJRI Johor Bahru merekodkan kira-kira 130,210 warganegara Indonesia menetap di wilayah kerjanya yang meliputi Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang.
Sumber : BERNAMA



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2025/08/05/kjri-cadang-jururawat-indonesia-isi-kekosongan-di-hospital-malaysia/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kjri-cadang-jururawat-indonesia-isi-ke

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kjri Johor Bahru Cadangkan Hospital Malaysia Ambil Alih Jururawat Indonesia

Kjri Johor Bahru Cadangkan Hospital Malaysia Ambil Alih Jururawat Indonesia

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 119 hits
KJRI Johor Bahru Cadangkan Hospital Malaysia Ambil Alih Jururawat Indonesia JOHOR BAHRU 5 Ogos Konsulat Jeneral Republik Indonesia Johor Bahru mencadangkan satu kerjasama strategik dengan hospital di Malaysia bagi membolehkan jururawat dari...
Kajian Pengambilan Jururawat Indonesia Mesti Lindungi Kepentingan Awam Dzulkefly

Kajian Pengambilan Jururawat Indonesia Mesti Lindungi Kepentingan Awam Dzulkefly

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 141 hits
Kajian Pengambilan Jururawat Indonesia Mesti Lindungi Kepentingan Awam Dzulkefly KUALA LUMPUR Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan sebarang hasil kajian mengenai pengambilan jururawat dari Indonesia mesti mengambil kir...
Berakhirnya Rundingan Tahunan Malaysia Indonesia

Berakhirnya Rundingan Tahunan Malaysia Indonesia

papar berkaitan - pada 30/7/2025 - jumlah : 130 hits
Berakhir sudah Rundingan Tahunan ke 13 antara Malaysia dan Indonesia yang terakhir kali diadakan pada 2017 satu jarak masa yang agak lama bagi kedua dua negara dalam memperhalusi isu isu serantau terkait dua jiran serumpun itu Dapat diperha...
Ambil Jururawat Indonesia

Ambil Jururawat Indonesia

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 103 hits
Katanya langkah ini boleh bantu hospital Malaysia yang kekurangan jururawat Baca berita penuh dalam komen
Airasia Adds Pontianak Flights To Malaysia Indonesia Network

Airasia Adds Pontianak Flights To Malaysia Indonesia Network

papar berkaitan - pada 3/8/2025 - jumlah : 148 hits
New Malaysia Pontianak Flights Launching This September via AirAsia Heads up wanderlusters AirAsia is launching two direct routes to Pontianak West Kalimantan from both Kuala Lumpur and Kuching starting 12 September 2025 If you re planning ...
Washington Kenakan Tarif 19 Peratus Ke Atas Malaysia Empat Negara Asean Lain

Washington Kenakan Tarif 19 Peratus Ke Atas Malaysia Empat Negara Asean Lain

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 143 hits
Washington Kenakan Tarif 19 Peratus Ke Atas Malaysia Empat Negara ASEAN Lain KUALA LUMPUR 1 Ogos Malaysia berserta empat lagi negara anggota ASEAN dikenakan tarif sebanyak 19 peratus oleh Amerika Syarikat berkuat kuasa pada hari ini Menerus...
Diplomasi Strategik Malaysia Dorong As Kurangkan Tarif Kepada 19 Peratus Miti

Diplomasi Strategik Malaysia Dorong As Kurangkan Tarif Kepada 19 Peratus Miti

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 179 hits
Diplomasi Strategik Malaysia Dorong AS Kurangkan Tarif Kepada 19 Peratus MITI KUALA LUMPUR 1 Ogos Keputusan Amerika Syarikat mengurangkan tarif ke atas eksport Malaysia kepada 19 peratus daripada 25 peratus merupakan satu pencapaian penting...
Cambodia Agrees To Continued Border Talks In Malaysia

Cambodia Agrees To Continued Border Talks In Malaysia

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 130 hits
The meeting was originally slated to be held in Phnom Penh but changed venues at Thailand s request Prime Minister Anwar Ibrahim at a press conference with Cambodian prime minister Hun Manet and Thailand s acting prime minister Phumtham Wec...
Banjir Besar Pakistan Penduduk Sepanjang Sungai Sutlej Diarah Pindah Serta Merta

Delicious Healthy Ground Turkey Zucchini Recipes

Aktiviti Kunjungan Hormat Ketua Aktivis Ppim Ke Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan Ppim 21 08 2025

Tiga Lelaki Ditahan Curi Kabel Rempuh Kenderaan Ketika Cuba Larikan Diri

Makan Malam Lewat Di Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly

Drama Rumah Tanpa Luka

Harapan Yang Hidup Hati Yang Sabar

Beli Kopi Cafe Mesra Di Stesen Minyak Petronas Desaru


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pelancong Israel Lunyai Dibelasah Penghuni Resort

Jawatan Presiden Fam Bakal Bertukar

My Chemical Romance Mama Chord

Lg Brings Ai Powered Comfort To Malaysian Homes With Lg Ai Air

Mr D I Y S Invites Malaysians To Celebrate Merdeka With Bersama Satu Bazaar

Thunderstorm Warning Until 2am For Kl Putrajaya Selangor And 5 Other States