Kjri Johor Bahru Cadangkan Hospital Malaysia Ambil Alih Jururawat Indonesia


KJRI Johor Bahru Cadangkan Hospital Malaysia Ambil Alih Jururawat Indonesia
JOHOR BAHRU, 5 Ogos (Bernama) — Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) Johor Bahru mencadangkan satu kerjasama strategik dengan hospital di Malaysia bagi membolehkan jururawat dari Indonesia berkhidmat di negara ini sekali gus menangani isu kekurangan tenaga kerja dalam sektor perubatan.
Konsul Jeneral Republik Indonesia di Johor Bahru Sigit S. Widiyanto berkata langkah itu merupakan situasi menang-menang memandangkan ketika ini kira-kira 70 peratus pesakit antarabangsa di negara ini berasal dari Indonesia.
Beliau optimis langkah ini akan memberi manfaat dua hala kerana Malaysia berdepan kekurangan tenaga kesihatan termasuk jururawat manakala Indonesia mempunyai lebihan tenaga kerja dalam bidang itu.
“Mungkin di Johor, Melaka, kemudian di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, hampir semuanya mencatatkan purata 70 peratus pesakit adalah rakyat Indonesia. Beberapa hospital di Sabah juga, saya dimaklumkan perkara yang sama.
“Oleh itu, sudah tentu ia akan menjadi situasi menang-menang sekiranya lebih ramai jururawat kami dapat bekerja di sini. Dari segi komunikasi, tiada masalah kerana saling memahami. Dari segi peluang, begitu juga dari segi budaya,” katanya dalam temu bual dengan Bernama baru-baru ini.
Sebelum ini, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata hospital utama di Johor Bahru kini sedang berdepan krisis kekurangan tenaga kerja kesihatan yang serius dan kritikal, menyaksikan seorang jururawat terpaksa menguruskan lebih 10 hingga 14 pesakit dalam satu syif, berbanding nisbah ideal 1:6 atau maksimum 1:8.
Sigit berkata pihaknya ketika ini telah memulakan kerjasama peringkat negeri dengan sebuah hospital di Johor, termasuk melaksanakan proses pengambilan calon sebelum mengemukakannya kepada pihak berkuasa di Kuala Lumpur untuk kelulusan.
BACA: Indonesia Larang Kibar Bendera One Piece Secara Sembarangan Menjelang Hari Merdeka “Ini memerlukan kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Lembaga Jururawat Malaysia dan pihak berkepentingan lain. Namun, kami mencuba kerana selama ini belum pernah dilakukan,” katanya.
Beliau berkata jururawat dari Indonesia kini sudah diiktiraf di banyak negara termasuk Singapura, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jepun, Australia dan Jerman, membuktikan mereka berkemampuan untuk berkhidmat di Malaysia.
“Kalau jururawat Indonesia boleh bekerja di negara tersebut tentu mereka juga boleh bekerja di Malaysia. Secara ASEAN, negara anggota juga telah bersetuju bahawa jururawat adalah antara profesion terbuka yang boleh berpindah negara. Tentu perlu ada penyesuaian kemahiran dan lain-lain mengikut peraturan sedia ada, namun itu bukan masalah besar,” katanya.
Beliau berkata pihaknya turut merancang untuk memfokuskan pengambilan jururawat dari Kepulauan Riau dan Riau sebagai usaha permulaan untuk menempatkan tenaga kerja bidang kesihatan itu di hospital Malaysia.
Langkah itu diambil kerana faktor kedekatan geografi dan persamaan budaya, selain ramai pesakit dari kawasan berkenaan mendapatkan rawatan di negeri seperti Johor dan Melaka.
“Kita tak perlu jauh-jauh, kita penuhi keperluan kita sendiri. Kalau nanti secara nasional boleh dilaksanakan tentu lebih bagus tapi untuk sekarang kita fokus Kepulauan Riau dahulu,” katanya.
Beliau berkata di Tanjung Pinang, Kepulauan Riau, terdapat institusi pengajian kesihatan iaitu Sekolah Tinggi Ilmu Kesehatan dan Politeknik Kesehatan milik Kementerian Kesihatan Indonesia, yang boleh menjadi antara sumber utama calon jururawat.
“Kami sudah berbincang dengan sekolah kesihatan di sini untuk mewujudkan program ‘sandwic’, iaitu kurikulum akan digabungkan bagi membolehkan lulusan di Indonesia menyambung pengajian enam bulan di Malaysia sebelum berkhidmat di sini,” katanya.
Sigit optimis kaedah ini dapat melahirkan tenaga jururawat yang bukan sahaja memenuhi kelayakan profesional malah mampu menyesuaikan diri dari segi bahasa dan budaya setempat.
KJRI Johor Bahru merekodkan kira-kira 130,210 warganegara Indonesia menetap di wilayah kerjanya yang meliputi Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang.
Sumber: Bernama
The post KJRI Johor Bahru Cadangkan Hospital Malaysia Ambil Alih Jururawat Indonesia appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/05/kjri-johor-bahru-cadangkan-hospital-malaysia-ambil-alih-jururawat-indonesia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kjri Cadang Jururawat Indonesia Isi Kekosongan Di Hospital Malaysia

Kjri Cadang Jururawat Indonesia Isi Kekosongan Di Hospital Malaysia

papar berkaitan - pada 5/8/2025 - jumlah : 184 hits
JOHOR BAHRU Konsulat Jeneral Republik Indonesia Johor Bahru mencadangkan satu kerjasama strategik dengan hospital di Malaysia bagi membolehkan jururawat dari Indonesia berkhidmat di negara ini sekali gus menangani isu kekurangan tenaga kerj...
Berakhirnya Rundingan Tahunan Malaysia Indonesia

Berakhirnya Rundingan Tahunan Malaysia Indonesia

papar berkaitan - pada 30/7/2025 - jumlah : 138 hits
Berakhir sudah Rundingan Tahunan ke 13 antara Malaysia dan Indonesia yang terakhir kali diadakan pada 2017 satu jarak masa yang agak lama bagi kedua dua negara dalam memperhalusi isu isu serantau terkait dua jiran serumpun itu Dapat diperha...
Malaysia Catat 76 Penggunaan Internet Mudah Alih Tapi Jurang Masih Ketara

Malaysia Catat 76 Penggunaan Internet Mudah Alih Tapi Jurang Masih Ketara

papar berkaitan - pada 23/7/2025 - jumlah : 197 hits
Malaysia mencatat kemajuan positif dalam penggunaan internet mudah alih namun beberapa cabaran masih perlu diatasi terutamanya apabila dibandingkan dengan negara jiran seperti Singapura dan Indonesia Berdasarkan data daripada GSMA Intellige...
Kajian Pengambilan Jururawat Indonesia Mesti Lindungi Kepentingan Awam Dzulkefly

Kajian Pengambilan Jururawat Indonesia Mesti Lindungi Kepentingan Awam Dzulkefly

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 144 hits
Kajian Pengambilan Jururawat Indonesia Mesti Lindungi Kepentingan Awam Dzulkefly KUALA LUMPUR Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan sebarang hasil kajian mengenai pengambilan jururawat dari Indonesia mesti mengambil kir...
Ambil Jururawat Indonesia

Ambil Jururawat Indonesia

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 112 hits
Katanya langkah ini boleh bantu hospital Malaysia yang kekurangan jururawat Baca berita penuh dalam komen
Airasia Adds Pontianak Flights To Malaysia Indonesia Network

Airasia Adds Pontianak Flights To Malaysia Indonesia Network

papar berkaitan - pada 3/8/2025 - jumlah : 155 hits
New Malaysia Pontianak Flights Launching This September via AirAsia Heads up wanderlusters AirAsia is launching two direct routes to Pontianak West Kalimantan from both Kuala Lumpur and Kuching starting 12 September 2025 If you re planning ...
After Singaporeans Only Claim Johor Bahru Council Lists All Car Washes As High Risk Activity

After Singaporeans Only Claim Johor Bahru Council Lists All Car Washes As High Risk Activity

papar berkaitan - pada 8/8/2025 - jumlah : 159 hits
Johor Bahru Mayor Datuk Mohd Haffiz Ahmad attends a council meeting on July 30 20225 Datuk Bandar Johor Bahru Facebook picKUALA LUMPUR Aug 8 The Johor Bahru City Council has reclassified all car wash centres in its jurisdiction as high risk...
Johor Regent To Attend Singapore S 60th National Day Parade Alongside Regional Leaders

Johor Regent To Attend Singapore S 60th National Day Parade Alongside Regional Leaders

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 162 hits
The Regent of Johor Tunku Mahkota Ismail will attend Singapore s 60th National Day Parade at the Padang on Saturday Picture via FacebookSINGAPORE Aug 8 The Regent of Johor Tunku Mahkota Ismail will attend Singapore s 60th National Day Parad...
No Tsunami Threat To Malaysia After Russia Quake

No Tsunami Threat To Malaysia After Russia Quake

papar berkaitan - pada 30/7/2025 - jumlah : 147 hits
This image courtesy of the National Oceanic and Atmospheric Administration s Tsunami Warning System shows tsunami warnings advisories watches and threats after an 8 7 earthquake hit off of Russia s far east on Wednesday AFP PICKUALA LUMPUR ...
Selamat Hari Kebangsaan Malaysia 2025 Yang Ke 68

Gara Gara Mulut Celupar Rumah Ahmad Sahroni Jadi Sasaran Amukan Rakyat Patung Iron Man Rm120 000 Turut Dijarah

Beli Putu Bambu Juriah Di Ayer Hitam

Kemalangan Maut Babitkan Jurutera Elektrik Pemandu Lori Tangki Direman

Kemerdekaan Yang Bermakna Salam Kemerdekaan 2025

Joseph Dresa Nyewa Pintu Besi Chord

Hiburan Penyanyi Wanita Jual Gambar B Gel Terdesak Nak Bayar Hutang Kad Kredit Rm300k Ditawar Rm4600 Untuk Satu Gambar

Gol Tunggal Ifedayo Lonjak Ktrw


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Selidik Sebelum Kahwin Bukan Setakat Hati Tapi Juga Poket

Merdeka Dalam Jiwa

Turning Life S Transitions Into Opportunities With Trusted Estate Sales Services

Zara Qairina Amp Syamsul Haris Dua Kubur Digali Semula Demi Keadilan Tak Pernah Terjadi

Ucapan Panglima Tentera Udara Ketika Ketuai Terbang Lintas Buat Ramai Meremang

Polis Thailand Tahan Rakyat Malaysia Bawa Senjata Api Ratusan Peluru