Diplomasi Strategik Malaysia Dorong As Kurangkan Tarif Kepada 19 Peratus Miti


Diplomasi Strategik Malaysia Dorong AS Kurangkan Tarif Kepada 19 Peratus – MITI
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) –– Keputusan Amerika Syarikat (AS) mengurangkan tarif ke atas eksport Malaysia kepada 19 peratus daripada 25 peratus merupakan satu pencapaian penting dalam proses rundingan Malaysia yang amat menyeluruh dan sistematik, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
MITI menjelaskan paling utama, pendirian Malaysia tidak berganjak bagi pelbagai perkara dalam rangkuman ‘garisan merah’, dan kadar tarif 19 peratus telah dicapai tanpa mengkompromi kedaulatan negara untuk melaksanakan dasar penting hagi menyokong kestabilan dan pertumbuhan sosiokonomi negara.
“Keberhasilan positif ini berikutan sesi libat urus berterusan antara kedua-dua kerajaan melalui pelbagai platform dua hala dan mencerminkan tahap saling melengkapi yang tinggi antara Malaysia-AS dalam sektor perdagangan dan pelaburan selama lebih 60 tahun,” jelas MITI dalam kenyataan pada Jumaat.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata keputusan AS itu mencerminkan hubungan ekonomi yang kukuh dan berkekalan antara kedua-dua negara.
“Ia juga mencerminkan kredibiliti Malaysia sebagai rakan kongsi perdagangan dan pelaburan yang boleh dipercayai,” katanya dalam kenyataan yang sama. Beliau berkata MITI akan terus bekerjasama rapat dengan pihak berkepentingan untuk memaksimumkan peluang daripada kadar tarif terbaru itu, didorong oleh momentum kukuh berdasarkan kadar pelaksanaan secara konsisten melebihi 85 peratus pelaburan yang diluluskan, projek infrastruktur yang sedang dilaksanakan, serta inisiatif pembangunan negara yang berimpak besar.
“Kita kekal komited untuk mempertahankan kepentingan perdagangan Malaysia sambil memupuk perkongsian yang saling menguntungkan dengan pelbagai ekonomi utama, terrmasuk AS. Malaysia juga akan meneruskan strategi reformasi industri dan kepelhagaian pasaran bagi menyokong pertumbuhan negara,” katanya.
MITI memaklumkan kadar 19 peratus itu secara kasarnya adalah setara dengan kadar tarif negara lain di rantau Asia Tenggara.
Rundingan tarif antara Malaysia dan AS bermula pada 6 Mei dan telah tamat secara rasmi pada 31 Julai, 2025, menurutnya.
Kementerian itu menjelaskan pihaknya juga telah bekerjasama rapat dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan agensi lain dalam menilai kesan daripada tahap tarif yang berbeza terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.
BACA: Washington Kenakan Tarif 19 Peratus Ke Atas Malaysia, Empat Negara ASEAN Lain  “Dalam menguruskan kesan tarif sehanyak 19 peratus ini, MITI akan terus bekerjasama dengan kementerian dan agensi yang berkaitan untuk mengurangkan kesannya terhadap eksport
“MITI akan menggalakkan pengeksport memanfaatkan sepenuhnya 18 perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai Malaysia, serta mempelbagaikan lagi dan mengembangkan pasaran eksport masing-masing,” tambah kementerian itu.
Selain itu MITI akan meneruskan program reformasi industri, seperti yang ditetapkan oleh dasar utama seperti Pelan Induk Perindustrian baharu (NIMP) 2030, Strategi Pelaburan Hijau serta Strategi Semikonduktor Nasional (NSS) untuk membantu syarikat Malaysia meningkatkan kecekapan, menerapkan automasi dan meningkatkan produktiviti secara keseluruhan.
“MITI akan meneroka pelbagai pendekatan untuk terus menyokong syarikat Malaysia, terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS), dalam menyesuai dengan kadar asas tarif yang baharu,” jelas MITI.
Mengenai prospek ekonomi global, MITI mengakui sejak Mac 2025, ekonomi global dihimpit oleh pelbagai cabaran termasuk perubahan dasar perdagangan, ketidakpastian tarif, dan ketegangan geopolitik yang semakin meningkat.
“Sebagai ekonomi perdagangan yang terbuka, prospek pertumbuhan Malaysia berkait rapat dengan risiko luaran ini.
“Bagaimanapun, MITI sentiasa menekankan bahawa Malaysia menghadapi risiko dan cabaran ini dari kedudukan yang kukuh dan berdaya tahan, memandangkan permintaan domestik kekal kukuh, berkat sokongan dasar berterusan serta reformasi industri dan ekonomi yang telah mengekalkan penglibatan swasta,” tambah kementerian itu.
Dalam beberapa bulan akan datang, MITI, serta kementerian dan agensi yang berkaitan akan menjalankan program jangkauan secara bersasar mengenai pelaksanaan kadar tarif yang baharu ke atas eksport Malaysia ke pasaran AS.
Sumber: BERNAMA
The post Diplomasi Strategik Malaysia Dorong AS Kurangkan Tarif Kepada 19 Peratus – MITI appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/01/diplomasi-strategik-malaysia-dorong-as-kurangkan-tarif-kepada-19-peratus-miti/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Washington Kenakan Tarif 19 Peratus Ke Atas Malaysia Empat Negara Asean Lain

Washington Kenakan Tarif 19 Peratus Ke Atas Malaysia Empat Negara Asean Lain

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 144 hits
Washington Kenakan Tarif 19 Peratus Ke Atas Malaysia Empat Negara ASEAN Lain KUALA LUMPUR 1 Ogos Malaysia berserta empat lagi negara anggota ASEAN dikenakan tarif sebanyak 19 peratus oleh Amerika Syarikat berkuat kuasa pada hari ini Menerus...
Malaysia Beli Boeing Tak Sepadan Dengan Diskaun 6 Tarif

Malaysia Beli Boeing Tak Sepadan Dengan Diskaun 6 Tarif

papar berkaitan - pada 2/8/2025 - jumlah : 160 hits
Ezreen Muhaize1 Malaysia komited untuk membeli 30 buah pesawat Boeing dengan nilai USD9 5 bilion 2 Tapi kena tahu RM40 bilion ini bukan perlu dibayar kepada Boeing pada tahun 2026 secara sekaligus 3 Boeing mampu menghantar secara purata 40 ...
Pembelian Pesawat Boeing Bukan Pembaziran Tapi Strategi Kurangkan Tarif Tengku Zafrul

Pembelian Pesawat Boeing Bukan Pembaziran Tapi Strategi Kurangkan Tarif Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 3/8/2025 - jumlah : 188 hits
KUALA LUMPUR Pembelian pesawat Boeing oleh Malaysia Aviation Group bukanlah pembaziran wang cukai rakyat sebaliknya merupakan keputusan perniagaan strategik yang dirancang lebih awal dan dibiayai menggunakan dana syarikat kata Menteri Pelab...
Malaysia Terus Kukuhkan Diplomasi Serantau Trump Hargai Peranan Malaysia

Malaysia Terus Kukuhkan Diplomasi Serantau Trump Hargai Peranan Malaysia

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 225 hits
KUALA LUMPUR 31 Julai Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim hari ini memaklumkan bahawa beliau berbicara melalui telefon awal pagi tadi dengan Presiden Amerika Syarikat Donald J Trump berhubung hubungan diplomatik serta perdagangan antara...
Identiti 6 Rakyat Malaysia Ditahan Di Kemboja Sudah Dikenal Pasti Pdrm

Identiti 6 Rakyat Malaysia Ditahan Di Kemboja Sudah Dikenal Pasti Pdrm

papar berkaitan - pada 24/7/2025 - jumlah : 182 hits
Identiti 6 rakyat Malaysia ditahan di Kemboja sudah dikenal pasti PDRM Datuk Hussein Omar Khan Foto NSTP KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia mengenal pasti identiti enam rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Kemboja kerana disyaki cuba...
Hebahan Pendaftaran Anak Merdeka Malaysia

Hebahan Pendaftaran Anak Merdeka Malaysia

papar berkaitan - pada 24/7/2025 - jumlah : 207 hits
Assalamualaikum wbt Adakah awak atau anak anak atau saudara mara yang lahir pada 31 Ogos atau 16 September Jom daftarkan diri awak sekarang untuk berpeluang meraikan Anak Merdeka Malaysia bersama Arkib Negara Malaysia Pendaftaran kini dibuk...
Top 10 Lokasi Glamping Di Malaysia Harga Kelebihan

Top 10 Lokasi Glamping Di Malaysia Harga Kelebihan

papar berkaitan - pada 24/7/2025 - jumlah : 274 hits
Top 10 Lokasi Glamping Di Malaysia Harga Kelebihan Glamping gabungan perkataan glamorous dan camping adalah salah satu trend percutian yang agak popular di Malaysia Terutamanya bagi mereka yang ingin merasai suasana ala ala perkhemahan teta...
Banjir Besar Pakistan Penduduk Sepanjang Sungai Sutlej Diarah Pindah Serta Merta

Beli Kopi Cafe Mesra Di Stesen Minyak Petronas Desaru

Aktiviti Kunjungan Hormat Ketua Aktivis Ppim Ke Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan Ppim 21 08 2025

Tiga Lelaki Ditahan Curi Kabel Rempuh Kenderaan Ketika Cuba Larikan Diri

Drama Rumah Tanpa Luka

Makan Malam Lewat Di Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly

Harapan Yang Hidup Hati Yang Sabar

Lg Brings Ai Powered Comfort To Malaysian Homes With Lg Ai Air


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Yummy Bbq Pit Beef Recipe

Kumpulan Bahtera Lancar Album Debut Aura Cintaku

The Noor Eau De Parfum Symphony Of Scents

Speed Read A Moto Morini Str Sport By Biltwell And More

Saksi Sahkan Cek Rm250 000 Milik Nexuscorp

Check In Tunamaya Beach Spa Resort Desaru Tengah Malam