Kajian Pengambilan Jururawat Indonesia Mesti Lindungi Kepentingan Awam Dzulkefly


Kajian Pengambilan Jururawat Indonesia Mesti Lindungi Kepentingan Awam – Dzulkefly
KUALA LUMPUR, (Bernama) — Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan sebarang hasil kajian mengenai pengambilan jururawat dari Indonesia mesti mengambil kira kepentingan rakyat, kebajikan petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dan keberkesanan terhadap sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan negara.
Beliau berkata kementerian akan memberikan kerjasama penuh kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam melaksanakan kajian itu yang telah dicadangkan oleh Suruhanjaya Perkhidamatan Awam (SPA) susulan cadangan daripada Konsul Jeneral Republik Indonesia di Johor Bahru, Sigit S. Widiyanto.
“Ketika ini, KKM akan terus berusaha untuk mengatasi kekurangan jururawat melalui pendekatan pelbagai strategi seperti dinyatakan sebelum ini. Diakui bahawa tiada penyelesaian segera untuk mengatasi keadaan yang boleh dikatakan meruncing ini,” katanya menerusi hantaran di X hari ini.
Beliau berkata kekurangan jururawat diburukkan oleh beberapa faktor, antaranya penggantungan pengambilan pelatih baharu di Institut Latihan KKM (ILKKM) selama dua tahun semasa pandemik COVID-19 dan moratorium terhadap program kejururawatan swasta yang hanya ditamatkan pada tahun lepas.
Ketika pelancaran Karnival Kerjaya MADANI SPA 2025 di Putrajaya, Pengerusi SPA Datuk Seri Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus berkata kajian menyeluruh perlu dilakukan sebelum sebarang cadangan atau dasar membabitkan pengambilan jururawat dari Indonesia di hospital kerajaan dilaksanakan.
Cadangan itu mendapat perhatian selepas kerajaan Johor melalui Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam sekitar negeri  Ling Tian Soon, secara terbuka mengalu-alukan cadangan bagi kerjasama strategik dengan Indonesia untuk menangani kekurangan jururawat di Malaysia, terutama di negeri itu.
Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi sebelum ini turut memaklumkan hospital utama di Johor Bahru berdepan masalah kekurangan tenaga kerja kesihatan yang serius dan kritikal, sebagai contoh seorang jururawat terpaksa mengurus lebih 10 hingga 14 pesakit bagi setiap syif, berbanding nisbah ideal iaitu 1:6 atau maksimum 1:8.
Sumber: BERNAMA
 
The post Kajian Pengambilan Jururawat Indonesia Mesti Lindungi Kepentingan Awam – Dzulkefly appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/12/kajian-pengambilan-jururawat-indonesia-mesti-lindungi-kepentingan-awam-dzulkefly/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kjri Cadang Jururawat Indonesia Isi Kekosongan Di Hospital Malaysia

Kjri Cadang Jururawat Indonesia Isi Kekosongan Di Hospital Malaysia

papar berkaitan - pada 5/8/2025 - jumlah : 307 hits
JOHOR BAHRU Konsulat Jeneral Republik Indonesia Johor Bahru mencadangkan satu kerjasama strategik dengan hospital di Malaysia bagi membolehkan jururawat dari Indonesia berkhidmat di negara ini sekali gus menangani isu kekurangan tenaga kerj...
Ambil Jururawat Indonesia

Ambil Jururawat Indonesia

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 180 hits
Katanya langkah ini boleh bantu hospital Malaysia yang kekurangan jururawat Baca berita penuh dalam komen
Kjri Johor Bahru Cadangkan Hospital Malaysia Ambil Alih Jururawat Indonesia

Kjri Johor Bahru Cadangkan Hospital Malaysia Ambil Alih Jururawat Indonesia

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 315 hits
KJRI Johor Bahru Cadangkan Hospital Malaysia Ambil Alih Jururawat Indonesia JOHOR BAHRU 5 Ogos Konsulat Jeneral Republik Indonesia Johor Bahru mencadangkan satu kerjasama strategik dengan hospital di Malaysia bagi membolehkan jururawat dari...
Hadiah Pengiktirafan Akademik Penjawat Awam

Hadiah Pengiktirafan Akademik Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 16/8/2025 - jumlah : 1354 hits
HADIAH PENGIKTIRAFAN AKADEMIK iaitu Insentif Kewangan untuk Pegawai Awam yang memulakan dan menamatkan pengajian dengan perbelanjaan sendiri telah diumumkan oleh Perdana Menteri dalam Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Kali Ke 20 pada ...
Polis Mohon Orang Awam Bantu Siasatan Kejadian Anjing Disiat

Polis Mohon Orang Awam Bantu Siasatan Kejadian Anjing Disiat

papar berkaitan - pada 18/8/2025 - jumlah : 359 hits
Polis Mohon Orang Awam Bantu Siasatan Kejadian Anjing Disiat MELAKA Polis memohon orang awam membantu siasatan kejadian seekor anjing disiat kulit pada badan dan kepala hidup hidup di kawasan perindustrian Krubong di sini yang turut tular d...
Insentif Untuk Kakitangan Awam Lagi

Insentif Untuk Kakitangan Awam Lagi

papar berkaitan - pada 16/8/2025 - jumlah : 240 hits
Di Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Kali Ke 20 sebentar tadi saya umumkan beberapa insentif dan inisiatif sebagai sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan MADANI memperkukuh perkhidmatan awam Ini juga sebagai tanda penghargaan k...
Pengkhianat Melayu Penjawat Awam Paling Ramai Ditahan Terima Rasuah Dalam 10 Tahun Lalu

Pengkhianat Melayu Penjawat Awam Paling Ramai Ditahan Terima Rasuah Dalam 10 Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 16/8/2025 - jumlah : 540 hits
HarapandailySejak tahun 2015 sehingga 30 Jun 2025 jumlah tangkapan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana menerima rasuah ialah 4 896 orang manakala jumlah tangkapan kerana menerima rasuah ialah 1 689 orang Pecahan pemberi rasua...
Lagi Berita Baik Buat Penjawat Awam Ribuan Anggota Atm Bakal Nikmati Insentif Berasaskan Prestasi

Lagi Berita Baik Buat Penjawat Awam Ribuan Anggota Atm Bakal Nikmati Insentif Berasaskan Prestasi

papar berkaitan - pada 16/8/2025 - jumlah : 260 hits
HarapandailyAugust 15 2025Ribuan Anggota Lain lain Pangkat Angkatan Tentera Malaysia bakal menikmati insentif berasaskan prestasi berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026 Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan bersetuju memperl...
Kereta Breakdown Tepi Jalan Waktu Hujan Lebat

Jenna Ortega S Legs And Feet In Tights 34

Selangor Mb In Firing Line For Seeing Bandar Utama School Murder Tragedy From Racial Lenses

Mcmc Warns Against Sharing Content On School Stabbing

Gempa Bumi Lemah Landa Keningau Sabah Pagi Tadi

Prepaid Sah Laku 365 Hari

Penggunaan Ayat Call To Action Dalam Kempen Pemasaran Beserta Contoh

Airports Refuse To Show Video Of Kristi Noem Blaming Democrats For Shutdown


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Belajar Flutter Bagi Pengembang Native

Kelantan Curi Buku Perpustakaan Sorok Dalam Baju

8 Latest Trends Shaping Native App Development Services In 2026

Jasa Konsultan Dan Sertifikasi Dapur Mbg Panduan Lengkap Untuk Dapur Sehat Dan Aman

Detik Awal Sebelum Puting Beliung Mengganas Di Sijangkang Dirakam Penduduk

Tentera Israel Serbu Wilayah Selatan Syria