Kj Mohon Maaf Pelanggaran Sop Program Kerajaan


Oleh Ahmad Suhael Adnan Kaunter pembayaran saman ditutup pada Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (APM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) kerana melanggar SOP. - Foto NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memohon maaf kepada rakyat, berikutan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) pada program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia, Khamis lalu.
Pelanggaran SOP membabitkan penjarakan fizikal itu menyebabkan Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan kompaun maksimum RM1,000 Jumaat lalu, kepada Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (SEPADU) Jabatan Perdana Menteri yany menjadi penganjur program itu.
Khairy mengakui pelanggaran SOP pada majlis bagi meraikan kejayaan kerajaan dalam tempoh 100 hari pentadbiran itu, menjejaskan kredibiliti mesej dan saranan KKM berhubung pematuhan SOP.
Memberi jaminan kerajaan akan memastikan ia tidak berulang, beliau merayu supaya rakyat tidak mengikut kesilapan sama, sebaliknya tetap tegas dengan pematuhan SOP bagi memastikan pandemik itu berjaya dikawal.
"Saya sedar rakyat sedang marah disebabkan apa yang telah berlaku pada acara yang sepatutnya meraikan kejayan kerajaan.
"Namun, kekhilafan telah berlaku dengan beberapa insiden kesesakan yang saya sangat kesali.
"Kita minta maaf kepada rakyat tentang apa yang berlaku, tapi kita kena pandang ke hadapan. Kerajaan juga akan belajar daripada insiden yang berlaku dan kita akan buat lebih baik untuk masa akan datang.
"Tapi janganlah disebabkan kesilapan kami di pihak kerajaan, rakyat enggan patuh kepada SOP. Kita kena sentiasa sama-sama berjuang menentang pandemik ini," katanya.
Beliau berkata demikian pada program Bicara Naratif Khas di RTM1, malam ini.
Dalam pada itu, Khairy menegur SEPADU yang disifatkan lemah dan gagal dalam menjalankan tugas sepanjang menganjurkan program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia, antaranya menghantar mesej mengajak pengunjung beramai-ramai memeriahkan program berkenaan.
Bagi penganjuran program akan datang, Khairy menyarankan kerajaan menggunakan agensi atau kementerian yang sudah biasa menganjurkan acara besar seumpamanya, seperti Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).
"KKM tidak halang penganjuran kerana Kuala Lumpur dalam fasa empat Pelan Pemulihan Negara (PPN). Kita benarkan acara, majlis perkahwinan dan seumpamanya.
"Cuma, kena jaga SOP. Tidak timbul soal kenapa KKM tidak halang kerana ia memang dibenarkan, tapi kegagalan dari segi pelaksanaan," katanya.
Ditanya mengenai persepsi pemberian kompaun oleh KKM secara pilih kasih, Khairy menegaskan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka membuktikan kementerian tidak pilih bulu dalam menguatkuasakan peraturan dan memberikan kompaun.
Beliau mengakui dilihat sebagai 'budak jahat' pada PRN itu kerana memberi saman pada semua pihak yang melanggar peraturan, termasuk pemimpin daripada partinya sendiri.
"Penganjur program Tan Sri Muhyiddin Yassin kena RM20,000. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, presiden saya sendiri kena RM10,000. Datuk Ab Rauf Yusoh, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka kena RM10,000.
"PKR kena RM10,000. Penganjur program Datuk Seri Najib Razak dua kali kena RM4,000. Begitu juga penganjur program Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
"Dalam kumpulan (Whatsapp), adalah yang soal kenapa KKM berani sangat kompaun program Perdana Menteri sendiri, seolah-olah nak cucuk (provokasi).
"Tapi Perdana Menteri kata, kalau berlaku kesalahan, elok KKM dan KJ keluarkan kompaun. Saya lega sebab Perdana Menteri menyokong tindakan saya supaya tidak ada dua darjat, pilih kasih. Saya akan teruskan," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/kj-mohon-maaf-pelanggaran-sop-program.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Teruskan Program Pembangunan Francais Mikro Pm

Kerajaan Teruskan Program Pembangunan Francais Mikro Pm

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 112 hits
Kerajaan teruskan program pembangunan francais mikro PM KERAJAAN berhasrat meneruskan program pembangunan francais mikro dan mampu milik pada tahun hadapan di samping memastikan lebih ramai menerima manfaatnya terutama dari kumpulan B40 dan...
6079 Berita 757 Ppim Desak Kerajaan Kaji Semula Sop Berita 757 08 12 2021

6079 Berita 757 Ppim Desak Kerajaan Kaji Semula Sop Berita 757 08 12 2021

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 257 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa pihak kerajaan agar mengkaji semula penguatkuasaan prosedur operasi standard berhubung aktiviti keagamaan di masjid dan tempat solat seperti saf solat Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan PPIM h...
Gagal Patuh Sop Kkm Kompaun Penganjur Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia Rm1 000 Jer

Gagal Patuh Sop Kkm Kompaun Penganjur Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia Rm1 000 Jer

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 258 hits
Disebabkan gagal memastikan pematuhan penjarakan fizikal dan beberapa lagi peraturan SOP yang lain penganjur Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dikompaun RM1 000 mengikut Akta Pencegah...
Kerajaan Negeri Pahang Umumkan Belanjawan 2022 Dengan Anggaran Lebihan Rm5 79 Juta

Kerajaan Negeri Pahang Umumkan Belanjawan 2022 Dengan Anggaran Lebihan Rm5 79 Juta

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 163 hits
KUANTAN Kerajaan negeri Pahang pada Isnin membentangkan Belanjawan 2022 bertemakan Kemakmuran Negeri Manfaat Bersama Rakyat Sejahtera dengan anggaran lebihan RM5 79 juta Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata melalui B...
Kerajaan Negeri Pahang Akan Berikan Insentif Rm1 200 Seorang Kepada 8 000 Penjawat Awam

Kerajaan Negeri Pahang Akan Berikan Insentif Rm1 200 Seorang Kepada 8 000 Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 201 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang akan memberi insentif RM1 200 seorang kepada 8 000 penjawat awam membabitkan semua gred di negeri ini Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata insentif dengan peruntukan sebanyak RM9 6 juta...
Kerajaan Negeri Pahang Wujud Jawatankuasa Khas Penyelesaian Skim Tanah Rakyat

Kerajaan Negeri Pahang Wujud Jawatankuasa Khas Penyelesaian Skim Tanah Rakyat

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 182 hits
KUANTAN Pahang mewujudkan Jawatankuasa Khas Penyelesaian Skim Tanah Rakyat yang bertindak sebagai jawatankuasa khusus mempertimbangkan pemberimilikan tanah secara berperancangan di negeri ini Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Is...
Jom Himpun Kata Kerajaan Jangan Himpun Kata Kerajaan

Jom Himpun Kata Kerajaan Jangan Himpun Kata Kerajaan

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 169 hits
Diambil kira daripada tarikh 1 September 2021 hari ini 9 Disember 2021 ialah hari ke 100 kerajaan Ismail Sabri Yaakob yang menggelarnya pentadbiran Keluarga Malaysia Tarikh 1 September dilihat permulaan kerajaan pimpinan Ismail kerana mesyu...
Dah Ramai Yang Berhijrah Ke England Betapa Ruginya Malaysia Sebab Kerajaan Yang Ngok

Dah Ramai Yang Berhijrah Ke England Betapa Ruginya Malaysia Sebab Kerajaan Yang Ngok

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 157 hits
Tunggu keputusan Jemaah Menteri doktor kontrak tunda mogok hari ini December 8 2021 Doktor kontrak ketika kali pertama mengadakan mogok di seluruh negara pada 26 Julai PETALING JAYA Hartal Doktor Kontrak menunda mogok kedua di seluruh negar...
Kerajaan Tidak Berdiam Diri Isu Harga Barang Naik Pm

Kerajaan Tidak Berdiam Diri Isu Harga Barang Naik Pm

papar berkaitan - pada 12/12/2021 - jumlah : 168 hits
Ismail Sabri Yaakob KERAJAAN tidak berdiam diri isu peningkatan harga barangan walaupun ada kalanya ia di luar kawalan kerajaan disebabkan permintaan tinggi berbanding penawaran yang rendah di pasaran kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail ...
Imf Menyokong Prakiraan Pertumbuhan Kdnk Malaysia Pada 2024 Kepada 4 4

Yoursay Don T Let Little Napoleons Hold Nation To Ransom

Europe S War Jitters

Menu Cadangan Hidangan Rumah Terbuka Hari Raya

Sustainable Weekend Villa By Kanopea Architecture Studio And T3 Architects In Vietnam

Afidavit Zahid Mungkin Jejas Hubungan Dengan Anwar

Filem Sheriff

Senarai Wakil Piala Thomas Uber Cup Finals 2024 Chengdu



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Al Kisahnya Raya 2024

Pengasas Pbrs Joseph Kurup Meninggal Dunia

Manfaat Daun Kucai Untuk Kesihatan Yang Ramai Tak Tahu

Faisal Asahan Kau Bersalah Aku Mengalah Chord

Gugurnya Dosa Waktu Solat

Ai Team Subscribers April 18 2024