Kitchen Cabinet Dah Dapat Tarikh Pasang Bila Julia
Masih ingat lagi cerita Kitchen Cabinet (KC) juju tempoh hari? Kalau lupa boleh flash back klik → SINI
Cerita bab dapur memang kesukaan sesiapa je lah, tak semestinya kaum wanita je monopoli, kaum lelaki pun tak terkecuali tau. Malah mereka lebih nampak apa yang pelik di KC berbanding kita wanita yang gilakan warna dan design semata.
HAHA... aku lah tu.
Selain meterial dan service aku paling tekankan, perkara ketiga ialah warna!
Of course mata seorang wanita aku sangat suka warna yang boleh buat mata ni hari-hari nak pandang benda cantik.
Warna pilihan? Nanti dah siap juju kongsikan ye.
Barulah surprise...
Sekarang nak sembang pasal kesinambungan cerita kc idaman juju.
Dah dapat tarikh pasang tau tak. Laju gila lah konsultan ni buat kerja, dari pertama kali jumpa sampai kali ketiga jumpa pinda sana sini pelan 3D drawing lagi dia semua okey.
Siap nasihat dekat kami tau.
Kena cerita dekat saya, semua yang ada dalam hati. Jangan simpan.
Sebab "Kitchen is the heart of the home" gituuuu...
Well spesis macam aku ni, korang sedia maklumlah ye. Suka berterus terang bila melibatkan duit sendiri keluar. Hahaha, yelah kita yang nak khidmat dia, mestilah kita cakap je apa yang idea dan fungsi sesuatu kc kita nak.
Tapi aku ni suka kc yang simple, warranty lama dan mudah akses tu je.
Tak ada lah teknologi sana sini sangat, janji berbaloi duit poket dengan material dia.
Service kena power kalau tak ini pun salah satu sebab aku pun tak jadi deal kalau banyak cekadak sangat.
Mesti ramai nak tau aku dengan suami deal dengan siapa dan branch mana?
Boleh tak aku simpan dulu?
Sebab aku nak diorang pasang semua sampai habis dan aku guna sendiri beberapa hari baru aku info ye. Sebab tak adil lah review awal tapi kualiti sebenar depan mata tak tau.
Tengok kat show room dengan pasang di rumah pun kena hati-hati nak rekemen pun. Sebab mungkin tang aku okey je, sampai kat korang lain pulak kang aku jugak korang nak salahkan...masa ni aku sekeh baru tau hahaha.
Jadi sabar !
Tempoh PKPB, masa ini suami dah set temujanji kali kedua. Aku decide nak pi show room diorang. Kali pertama jumpa konsultan ni terus datang ke rumah ukur size dapur dan buat quotation, tapi aku tak ada masa tu sebab bekerja.
Pertama kali datang show room kc ni, fuhyoooooo. 😱😱😱Dari jauh nampak gah sangat. Dua tingkat show room kc perghhh! Masa ni dah mula teruja sebab keyakinan dah mula bertandang. Kalau tak asyiklah tak berapa yakin, betul ke, betul ke ini pilihan juju.
Uiii, benda yang melibatkan pitih ribuan ringgit ni jangan buat main ye kawan-kawan. Kita kena rasa sangsi sikit. Jangan mudah percaya dengan kata janji manis madu lebah semua tu lah.
Sebab aku ni jenis suka jumpa face to face. Sebab aku boleh baca perwatakkan seseorang sama ada dia jujur atau sebaliknya. Paling penting, aku sejenis manusia bukan mudah kata YES hahaha....asyik No je manjang.
Fikir juta kali sebelum buat keputusan, macam pilihan loan bank nak beli rumah lah... fikir pro and cons.
Sebab baik buruk kita akan dapat. Tak semua indah, yang tak indah tu macam mana kau nak cover makan tahun?
Ada caranya...Yes akan muncul bila kau rasa sikap seseorang yang deal dengan kau dalam keadaan bersungguh-sungguh. Bukan nak duit kau saje... ingat eh, ayat memujuk untuk nak duit kau, kau boleh rasa lah weh...itu kau kena lalui pengalaman. Baru kau kenal hati orang.
By the way, dua tingkat atas bawah konsultan yang sama ye (bukan passing orang lain urus aku). Kat sini dia berjaya tackle aku 50%.
Lagi 50%?Teruskan membaca.
Material KC juju
Bila bercakap pasal material semua orang suka. Bila cakap soal harga, semua orang lari hahahahaha.
Alahhh, jangan nak tipu lah. Korang pun sama kan, tapi aku ada caranya. Berkat menabung lama dalam ASB, setiap tahun aku boleh tuai bonus dan dividen dalam jumlah yang cukup memberangsangkan, wpun ada turun naik dividen tapi cukup alhamdulilah, boleh bayar hasil saving sendiri je.
Di sinilah aku bebas boleh pilih material. Konsultan ini suggest dekat suami dan juju pilihan 4G design. Material yang lagi high end tak masuk dalam senarai, tak nak membazir tu je.
Ini sisipan invois final kc juju. Bab ceraian harga ada kerahsiaan ye, yang itu aku tak boleh lah kongsikan. Harap maklum.
Bukan aku add on pun invoice ni, memang pakej datang macam ini libat size dapur sedia ada, buat apa nak fikir lebih. Harga dengan material memang jauh beza lah dengan mana-mana branch aku pi tau. Serius banyak beza. Maksud aku, bila buat full wardrobe kitchen sampai siling boleh dapat harga jauh murah sekali dengan dinding tambahan, aku tak pusing belakang 10 ribu kali dah haha.
HAFELE soft hingesSoft door kc memang popular bagi kebanyakkan kc kat Malaysia. Kalau dapat buatan HAFELE fuiii, korang boleh rasa perbezaan nyata, sentuh sikit je dia tutup sendiri. Tak payah nak hard sangat tutup laci. Nak tonton buatan HAFELE?
KLIK 👉 Sini
Anti LipasNampak kelebihan di nombor [9], kc anti lipas. Walaupun rumah baru, tak nampak lagi lipas, tapi untuk jangka masa panjang mesti lipas nak menyelit betul tak?
Jadinya cadangan juju, dapur kabinet anti lipas ni perlu. Sebab juju pernah pakai dapur memula kahwin kat rumah sewa jenis kayu. Lipas buat sarang dalam tu beranak pinak uiii, penat nak spray baigon tapi bahaya kan spray ni dalam gerobok.
Lepas spray pun nanti datang balik minggu depan, gitulah. Sebab lipas memang suka sangat duduk dekat material chipboard. Kalau tempat korang memang banyak lipas, aku galak jenis dapur macam ini.
Body KC
Kelebihan kalau kita deal dengan konsultan kc yang ada show room, kita boleh sentuh dan rasa tekstur body kc. Apa yang kita nampak dan lihat, itu yang kita rasa bila ia di install di rumah nanti.
Kalau tengok dalam gambar sahaja dari awal sampai akhir, perasaan untuk tambah nilai 50% kepada 51% belum tentu nak capai. Sebab manusia memang sifat lahiriah dia suka tengok depan mata seboleh-bolehnya kan.
Di sebabkan siling dapur rumah juju jenis tinggi, walaupun dah buat plaster siling untuk rendahkan maka keputusan nak full height kc diperlukan.
I need more ruang penyimpanan sebenarnya berbanding nak tambah gadget dapur yang jenis build in. Sebab ruang dan saiz kc rumah kami sangat kecil ya, kena hati-hati bila nak add on atau slash sesuatu idea. Terkadang salah slash itu yang baik untuk kita tau tak.
Jadinya oven dan microwave build in memang kami slash,
Idea awal ada tau, tapi di sebabkan aku tak rajin nak membaking maka nya baik jujur dengan diri sendiri bukan ikut trend atau ikut orang.
Guna gadget mudah alih lebih buat ruang kami kelihatan luas.
Sebab aku dah ada air fryer & pressure cooker.
Dua gadget ini sudah memadai setakat nak panggang ayam, buat muffin dan kek untuk famili sendiri makan.
Kalau korang jenis suka part membaking dipersilakan beli build in oven okey. Sebab korang tahu korang rajin tahap mana.
Selain dua gadget berkenaan, aku ada periuk nasi dan kettle. Jadinya ada 4 jenis gadget yang aku kena sorokkan. Tak suka bersusun atas kc, sebab kc aku berada di kedudukan pertama selepas buka pintu masuk utama.
Jadinya aku nak selepas memasak, semua 4 jenis gadget ini di simpan dalam laci khas (heavy duty). Laci ini telah di ukur ikut ketinggian gadget dapur juju sedia ada. Paling tinggi ialah pressure cooker.
Aku ada tanya, 4 jenis gadget dapur ini boleh ke menampung beban dalam satu laci?
Tak rosak ke hinges door dia?
Katanya, pinggan ceramic yang banyak di susun dalam laci lebih berat berbanding gadget ni semua. Jadi aku kembali senyum setelah puas dapat jawapan.
Ini pilihan body kc, ada kategori warna biasa hingga ke tekstur kayu tau. Aku suka tekstur body kc bila pegang dengan tangan ada efek kayu, jadi bila berada di dapur kan kita mesti rasa panas, mata akan jadi sejuk bila terpandang efek kayu. Terasa macam duduk dalam kawasan pepokok je hehe.
Untuk material body kc 4G glass door, aku pilih corak Grand Oak.
Masa ini konsultan sendiri suruh aku berdiri di cahaya natural, bukan cahaya lampu plaster siling. Dia nak aku betul-betul lihat tekstur asal tu sebelum ambil keputusan untuk buat pemilihan.
Tekstur design bookletWarna KC
Fuhhh....kat sini ada bermacam jenis percanggahan aku dan suami. Suami nak warna ini, aku pulak suka warna ini. Haaaaaaaaaa tengok hahaha kan aku dah kata. Bila sampai tang warna boleh bergaduh ooo...tapi kami tak ada lah bergaduh pun cuma main-main isyarat mata depan konsultan ni.
Masa ini kami semua dah penuh dengan info kc, memang aku setuju sangat !
Cara dia jelaskan kat aku semua satu persatu dia cerita termasuk kelebihan dan keburukan. Sebab ada idea yang aku kasi tak sesuai dan tak relevan tau, dia bagi jawapan jujur supaya aku takkan tanya dah di kemudian hari hihi.
Okey, pasal warna.
Suami nak 1 ton warna.
Aku mulanya nak 1 ton warna tau, tapi bila tengok kat show room ni ada guna 2 ton warna haaa mula dah beralih idea hahahahahahaha.
Susahnya libat warna weh...serius, kali ketiga dia datang ke rumah baru kami buat keputusan warna berkenaan. Sebab aku dan suami memang setuju warna berkenaan. Tengok warna lain tetap lah terpandang warna itu juga. Ye wakkkkk, tu namanya dah jatuh cinta.
Deposit kc
Masa ini baru lepas buat bayaran deposit dulu, selebihnya nanti dia akan datang untuk ukur kali ketiga baru buat full payment.
Woww terus full payment ke wak?😜
Awak tak takut ke kena tipu?
Yakin tu sebab T&C diorang tetapkan, lagi satu buat aku yakin sebab diorang ada ISO syarikat dan berlesen serta banyak review pelanggan sebelum ni berlanggan dengan diorang sejak dulu lagi, kira dah lama mereka bertapak tau bukan baru-baru je.
Ye lah mana nak lari kan. Bila ada lesen dan ISO kita yakin mereka buat kerja mereka. Kalau tak buat, kita buat diorang hahahahaha. Doalah semoga dipermudahkan jalan juju okey. Amin.
Gambar kenangan dengan konsultan beruniform khas di hari kedua perjumpaan, kalau baca entry terdahulu makan masa berjam lamanya berbincang. Serius dia tak rushing langsung, tak ada terkejar-kejar nak melayan kami. Kira 3 kali jumpa, 3 kali kita rasa puas hati. Alhamdulilah, syukur.
Aku assume seperti dibawah:service excellent, free 3D design, very good consultation, answers all your question,advise you what to do, don't & have,common kitchen styles design.Gambar hari ketiga, yelah meja makan rumah juju ni dia datang. Finalize dan ada some design di masukkan. Baru dia submit second 3D drawing dekat kami melalui email dan invois bayaran yang telah dijelaskan.Yes !
Beberapa hari lepas tu, terima mesej...
Hi, Greetings from .....
Please be informed that your cabinet installation was scheduled on 10 & 11 June 2020. Our installer team will be arrive approximately @ 11.30am.
Please refer to Invoice & Revised 3D Design Drawings that we had emailed to you.
Thank you for ...... Regards,KC Designer
Tak sabarnya, hari-hari menunggu hari itu tiba. Dah la waktu tu juju tengah bekerja haha tak dapat lah tengok live, mungkin waktu lunch hour kot aku balik jap tengok sebab dekat dengan pejabat hehe.
Mesti sekarang tengah proses dekat kilang, haishhhhhhhhh cepatlah masa, nak tidur dekat dapur haha. Nanti i update lagi okey. 💗
Don't wanna miss a thing?
Baca tips beli rumah dan deko rumah selanjutnya: 👉 Beli rumah tanpa rekod CCRIS 👉 Rumah undercons atau rumah siap👉 Tips beli rumah pertama 👉 Terjah dua warehouse lagi jimat 👉 Part 1 | Kunci rumah pertama julia 👉 Part 2 | Singki dapur idaman👉 Part 3 | Plaster siling minimalis
👉 Part 4 | Kitchen cabinet dah tempah👉 Part 5 | Kitchen Installation
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.juliajohari.com/2020/05/kitchen-cabinet-dah-dapat-tarikh-pasang.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+WithJulia+%28With+Julia...%29