Semakan Tarikh Bayaran Bantuan Khas Aidilfitri Rm300 Untuk Peneroka Felda Felcra Risda
SEMAKAN & TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS AIDILFITRI RM300 UNTUK PENEROKA FELDA, FELCRA, RISDA
Terbaru, kerajaan mengumumkan Bantuan khas Aidilfitri RM300 untuk peneroka FELDA, FELCRA, RISDA sempena Hari Raya Aidilfitri 2020.
BACA : CARA TUNTUTAN INSENTIF PENGELUARAN GETAH(IPG)
Kerajaan setuju memberi Bantuan Khas Hari Raya Aidilfitri 2020 sebanyak RM300 seorang kepada peneroka FELDA, FELCRA dalam kategori B40 dan pekebun kecil RISDA bermula 18 Mei 2020.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, bantuan khas itu membabitkan anggaran peruntukan sebanyak RM148 juta.
SASARAN BANTUAN BANTUAN KHAS AIDILFITRI RM300 UNTUK PENEROKA FELDA, FELCRA, RISDA
Bantuan terbabit akan memberi manfaat kepada 113,000 peneroka FELDA, pengusaha FELCRA dalam kategori B40 (90,000) dan 292,000 pekebun kecil RISDA, iaitu pekebun yang mengusahakan tanah dengan keluasan tidak melebihi 2.5 hektar.
SEMAKAN & TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS AIDILFITRI RM300 UNTUK PENEROKA FELDA, FELCRA, RISDA
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN BANTUAN
Mengusahakan tanah dengan keluasan tidak melebihi 2.5 hektar
Berdaftar dengan agensi berikut FELDA, FELCRA, RISDA
TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN BANTUAN KHAS AIDILFITRI RM300 UNTUK PENEROKA FELDA, FELCRA, RISDA
Bermula 18 Mei 2020.
Jika pembayaran i-Lestari KWSP anda mempunyai masalah atau tidak berjaya masuk ke akaun anda, baca tentang KEMASKINI MAKLUMAT PEMBAYARAN i-LESTARI GAGAL DIKREDITKAN
RASIONAL BANTUAN BANTUAN KHAS AIDILFITRI RM300 UNTUK PENEROKA FELDA, FELCRA, RISDA
Kerajaan mengambil maklum kedudukan harga pasaran global komoditi seperti kelapa sawit dan getah, yang kian merosot disebabkan penularan wabak COVID-19.
Situasi ini secara langsung telah menjejaskan pendapatan hampir 500,000 peneroka, peserta dan pekebun kecil yang bernaung di bawah FELDA, RISDA dan FELCRA di seluruh negara.
Justeru, kerajaan berharap bantuan khas itu akan dapat meringankan beban warga agensi terbabit, terutamanya dalam persiapan menyambut Aidilfitri.
SEMAKAN BAYARAN BANTUAN BANTUAN KHAS AIDILFITRI RM300 UNTUK PENEROKA FELDA, FELCRA, RISDA
Anda yang layak boleh mula membuat semakan akaun bermula 18 Mei 2020 dan dibayar secara berperingkat mengikut bank yang didaftarkan sebagai peneroka FELDA, FELCRA, RISDA.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Peneroka FELDA, FELCRA, RISDA boleh mendapatkan maklumat lanjut dan sebarang pertayaan tentang BANTUAN KHAS AIDILFITRI RM300 daripada agensi yang berkaitan dengan anda seperti FELDA, FELCRA, RISDA.
The post SEMAKAN & TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS AIDILFITRI RM300 UNTUK PENEROKA FELDA, FELCRA, RISDA appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/semakan-tarikh-bayaran-bantuan-khas-aidilfitri-rm300-untuk-peneroka-felda-felcra-risda.html