Kita Selalu Tak Adil Pada Anak Semua Nak Perfect Hinggakan Lupa Anak Masih Kecil


Didik anak mestilah mengikut umurnya. Ini kerana psikologi aras kematangan dan fikiran seseorang berbeza bergantung kepada usianya. Termasuklah berbeza dari segi jasmani, emosi dan rohani.
Anak yang berusia tujuh tahun ke bawah, hendaklah dididik dengan penuh kasih sayang, bagai menatang minyak yang penuh.
Jangan merotan atau terlalu tegas ketika peringkat umur sebegini. Contohnya, menengking atau memarahi anak yang menyepahka rumah atau tidak siapkan kerja rumah, sedangkan mereka baru berusia bawah enam tahun. Sepatutnya cara yang berlemah-lembut pada tempoh ini adalah lebih berkesan.
Tegur dan cakap elok-elok dengan pendekatan psikologi lagi berkesan daripada kita asyik ‘mendera’ emosi anak dengan sikap tidak adil kita pada anak.
Seperti yang dikongsikan oleh seorang ibu yang suka berkongsi ilmu keibubapaan, Puan Wawa Shauqi, kita sebagai ibu bapa selalu tak adil pada anak. Namun kita tak nampak kesilapan itu.
Kita selalu tak adil pada anak
Kita nak mereka jadi perfect bila melibatkan benda yang kita nak.
Nak anak lap air dengan sempurna,
Nak anak kemas katil dengan sempurna, nak anak belajar terus faham dengan sempurna.
Tapi bila anak nak jadi perfect;
Mereka juga yang kita marah.
Kita marah bila mereka merengek lego tercabut.
Kita marah bila mereka menangis kita potong sandwich dia senget.
Kita marah bila mereka sedih rambut yang kita sikat tak ikut macam yang mereka nak.
Kita lupa yang anak masih kecil.
Kita lupa masih banyak benda yang mereka perlu belajar.
Dan mereka banyak belajar dari kita.
Sedarlah anak-anak kita ini bukanlah robot yang boleh disuruh macam-macam dalam satu masa. Tambah lagi mereka juga masih kecil dan dalam proses untuk memahami erti kehidupan.
Jika setiap hari kita selalu bersikap seperti ini dengan megharapkan hasil terbaik sedangkan kita tak ajar dengan pendekatan berhemah, anak-anak kita akan akan sentiasa tidur berlinangan air mata.
Walaupun secara luaran kita tak nampak mereka menitiskan air mata, tapi dalamannya mereka sedih kenapa tidak mendapat layanan baik dan nasihat baik daripada ibu ayahnya ang sepatutnya menjadi pelindung.
Moga kita semua terus diberi kekuatan untuk menjadi ibu bapa yang adil dan anak-anak bangga dengan cara kita. Bagi yang sebelum ini dah ‘terlepas’, sama-samalah kita belajar ilmu keibubapaan. Masih ada waktu lagi untuk kita jadi ibu ayah terbaik buat anak-anak.
Jangan berterusan anak-anak jadi mangsa yang tak disengajakan. Mereka pun ada hati dan perasaan. Nak luah tak boleh, hanya memendam saja. Lama-lama risau ia akan jadi parut yang sukar untuk dilupakan dalam hati mereka.
Sumber: Wawa Shauqi
The post Kita Selalu Tak Adil Pada Anak. Semua Nak Perfect! Hinggakan Lupa Anak Masih Kecil appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kita-selalu-tak-adil-pada-anak-semua-nak-perfect-hinggakan-lupa-anak-masih-kecil/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Pukul Orang Kita Biar Sebab Masih Kecil Jangan Biasakan Nanti Dia Fikir Itu Okay

Anak Pukul Orang Kita Biar Sebab Masih Kecil Jangan Biasakan Nanti Dia Fikir Itu Okay

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 750 hits
Sesetengah anak mempunyai tabiat suka memukul Bukan saja dipukulnya orang lain tetapi ibu ayahnya juga dipukul apabila mahu melahirkan emosi marah dan tidak puas hati Artikel Lain Sekiranya perkara ini sering berlaku sehingga mempengaruhi t...
Anak Ada 4 Orang Semua Berjaya Kecuali Anak Ke 3 Selalu Ungkit Dia Sehingga Satu Hari

Anak Ada 4 Orang Semua Berjaya Kecuali Anak Ke 3 Selalu Ungkit Dia Sehingga Satu Hari

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 270 hits
Ayah yang tua ada 4 orang anak semua berjaya kecuali yang no 3 Kerja kilang je Selalu ungkit dia kata buat malu keluarga Sehinggalah satu hari Pandangan terhadap dia terus berubah Ya Allah Anak Ada 4 Orang Semua Berjaya Kecuali Anak Ke 3 Se...
Nak Ajar Anak Biar Dari Kecil Jangan Dah Besar Dia Buat Salah Sibuk Nak Marahkan

Nak Ajar Anak Biar Dari Kecil Jangan Dah Besar Dia Buat Salah Sibuk Nak Marahkan

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 383 hits
Tugas untuk membesarkan serta mendidik anak anak bukan mudah Setiap ibu ayah mempunyai pendekatan yang berbeza untuk membentuk sahsiah serta perwatakan anak Sepanjang tempoh tumbesaran mereka sangat penting untuk ibu ayah berada di sisi mer...
Nak Tau Tip Penting Untuk Ibu Yang Masih Menyusukan Anak Meh Baca Ni

Nak Tau Tip Penting Untuk Ibu Yang Masih Menyusukan Anak Meh Baca Ni

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 636 hits
NAK TAU TIP PENTING UNTUK IBU YANG MASIH MENYUSUKAN ANAK MEH BACA NI Setiap ibu yang melahirkan mesti punya keinginan untuk menyusukan anak secara eksklusif kan Maccam cikla anak sulung je menyusu lebih dari 2 tahun anak yang lain semua set...
Biarlah Anak Nak Main Lasak Sikit Panjat Sana Sini Bimbang Nanti Anak Jadi Penakut

Biarlah Anak Nak Main Lasak Sikit Panjat Sana Sini Bimbang Nanti Anak Jadi Penakut

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 610 hits
Anak jadi penakut tak lasak dan tak mahu buat itu ini sebenarnya bukan disebabkan oleh personaliti anak itu sendiri sebaliknya cara dan penyamapaian mak ayah yang membuatkan anak anak sejak kecil jadi penakut Sejak kecil lagi mak dan ayah s...
Nak Ke Tandas Pun Tak Sempat Anak Asyik Nak Melekat Rupa Rupanya Ini Yang Mereka Rasa

Nak Ke Tandas Pun Tak Sempat Anak Asyik Nak Melekat Rupa Rupanya Ini Yang Mereka Rasa

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 322 hits
Ada sesetengah ibu bapa yang gusar kerana anak mereka akan kerap meragam terutamanya jika ditinggalkan Baru saja nak bangun mulalah dia menangis macam dipukul Kadang kadang nak ke tandas pun jadi masalah Biasanya keadaan ini berlaku pada us...
Projek Pokok Hiasan Bajet Modal Kecil Senang Nak Jaga

Projek Pokok Hiasan Bajet Modal Kecil Senang Nak Jaga

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 973 hits
Sekarang ini nampaknya pokok hiasan sama ada dalam dan luar rumah semakin digilai Ya memang cantik dan rasa redup umpama penyejuk rumah Tengok daun hijau di setiap sudut rumah dapatlah rasa tenang sikit Namun bagi yang ada anak kecil nak ta...
Cek Fakta Tidak Benar Ribka Tjiptaning Mengakui Semua Anak Pki Gabung Pdip

Cek Fakta Tidak Benar Ribka Tjiptaning Mengakui Semua Anak Pki Gabung Pdip

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 243 hits
Klaim Ribka Tjiptaning yang mengakui semua anak PKI gabung PDIP adalah tidak benar Faktanya pernyataan Ribka sudah diubah Penyataan asli Ribka yakni anak anak eks anggota atau simpatisan PKI memberikan suaranya kepada PDIP dalam Pemilihan L...
Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

Pengeluaran Ssp Bsn Cara Syarat Perlu Dipatuhi

E Procurement Enhances Transparency In Public Funds Usage Says Azam

Happy Beday Sweetie

Crocodile Menace Intensifies As Sabah Rescue Team Battle Floods

Lirik Lagu Menunggu Giliran For Revenge Ft Elsa Japasal

Geng D U I T

High Eq For Entrepreneurial Success


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod One Cent Thief Season 2 Astro Sooka

Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir


Resipi Sos Steamboat Ala Sukiya Mudah Sedap

Membaca Sebagai Tonggak Pencapaian Dalam Kehidupan

Ahli Parlimen Ditahan Selepas Didakwa Lakukan Serangan Seksual

Empat Ditahan Dalangi 11 Kes Ragut

Majlis Ulama Umno Gesa Menteri Bukan Islam Lebih Berhati Hati

Dapat Sample Free Pampers Dewasa