Kisah Seram Wajah Mayat Bertukar Hitam



Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di sebuah hospital kerajaan di Selangor. Semoga dapat kita ambil iktibar dan tauladan


Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening


Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa

Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu, wajah jenazah semakin hitam

Selepas lima minit berlalu, barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik mayat berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya.. “Apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam?” Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi. Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.. ”Ustaz,” kata wanita itu. “Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya.” kata wanita berkenaan dengan lembut

Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya. “Betulkah ini mayat anak mak cik?”tanya saya. “Mak cik rasa betul.. Tapi kulitnya putih.” “Makcik lihatlah betul-betul.” kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat

Tiba di luar saya bertanya kepadanya. “Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?” tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu.”Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu, saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. ” kata saya untuk menggertaknya
Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, “Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik

 Tapi..” tambah wanita itu lagi “apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang, anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan.” kata wanita tersebut. Jawapannya itu memeranjatkan saya

Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam. Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang. Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap. Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya

Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam

Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, “Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang.”
Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, “Orang tua mana pula?” katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya, tuturannya serta pakaiannya. “Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi.. emaknya dah meninggal lima tahun lalu!” Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi ‘apakah’ yang datang menemui saya pagi itu? Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah ‘sesuatu’ yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya

Sumber: Fb Himpunan Cerita-Cerita Hantu, Fantasi Dan Cinta


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.seramshit.com/2021/04/muka-mayat-bertukar-hitam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Seram Pelajar Perempuan Ditindih Lembaga Hitam

Kisah Seram Pelajar Perempuan Ditindih Lembaga Hitam

papar berkaitan - pada 29/4/2021 - jumlah : 945 hits
Kenapa Pelajar Perempuan Selalu Di Tindih Lembaga Hitam Kisah seram penuh misteri ni telah dikongsikan oleh Anis bekas pelajar UiTM Shah Alam Kisah ini merupakan kisah benar di mana beliau telah di ganggu oleh lembaga hitam dan di tindih ol...
Borak Sini Habis Sini Bersama Zaidi Anwari Kisah Alam Ghaib Seram Bila Dia Dikatakan Klon Hazami

Borak Sini Habis Sini Bersama Zaidi Anwari Kisah Alam Ghaib Seram Bila Dia Dikatakan Klon Hazami

papar berkaitan - pada 24/4/2021 - jumlah : 285 hits
You can also follow me here Portal https www budiey com IG https instagram com budiey Twitter http twitter com budiey Facebook http facebook com BudieyDotCom Youtube http youtube com budieychannel Vlog https www youtube com channel
Kisah Seram Saka Tak Bertuan Dari Indonesia

Kisah Seram Saka Tak Bertuan Dari Indonesia

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 656 hits
Assalamualaikum dan selamat sejahtera Aku ada satu kisah yg seram bg aku Bukan aku jee tapi hampir kesemua family sebelah papa aku Kisah ni kira2 dua tahun yg lepas dan kejadian berlaku di kg Aku ada sorang pakcik ni tapi sekarang dia dah a...
Seram Dan Bersejarah 6 Museum Ini Menyimpan Kisah Tragis Zaman Penjajahan Berani Berkunjung

Seram Dan Bersejarah 6 Museum Ini Menyimpan Kisah Tragis Zaman Penjajahan Berani Berkunjung

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 292 hits
Ada penjara bawah tanah gerbong maut hingga benteng yang menjadi saksi bisu peristiwa tragis zaman penjajahan Seram tapi punya nilai edukasi dan sejarah
Kisah Seram Hutan Lipur Bukit Hijau Baling Kedah

Kisah Seram Hutan Lipur Bukit Hijau Baling Kedah

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 655 hits
Assalammualaikum Salam ramadhan dan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam yang hari ini dah mula berpuasa Harap masing masing teguhkan iman Jangan join geng undertaker bawa beg plastik hitam Dah tua tua memasing bawak bawak la insof si...
Kisah Seram Kamar 2414 Uitm Lendu

Kisah Seram Kamar 2414 Uitm Lendu

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 1706 hits
Okay aku nak kongsikan satu cerita dari girl nie yang mana aku rasa orang lain pun patut baca dari girl yang dalam gambar nie Okay bismillah Aku ada satu cerita tentang kamar 2414 Kolej Tun Fatimah UiTM Lendu Perak Spread this sebelum doran...
Kisah Seram Pekerja Hotel Di Genting Highlands Diganggu Lembaga Misteri

Kisah Seram Pekerja Hotel Di Genting Highlands Diganggu Lembaga Misteri

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 955 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar pembaca dan peminat kisah seram semua Kembaki lagi dalam episod terbaru Kisah Seram Apa Minggu Ini Salam Ramadhan dan selamat menjalankan ibadah puasa Walaupun bulan Ramadhan kisah seram masih a...
Kisah Ahli Sihir Muda Lee Jaewook Park Hyeeun Dilapor Bakal Terajui Drama Baru Garapan Hong S Sister

Kisah Ahli Sihir Muda Lee Jaewook Park Hyeeun Dilapor Bakal Terajui Drama Baru Garapan Hong S Sister

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 490 hits
Selepas Do Do Sol Sol La La Sol tamat ramai katanya yang dah rindu nak tengok Lee Jae wook kembali menghiasi skrin televisyen mereka Berita baik untuk anda kerana dikhabarkan bahawa lelaki itu telah dipilih untuk menjadi hero baru untuk dra...
Mendedahkan Wajah Hantu Covid 19 Di Kawasan Pedalaman Sarawak

Mendedahkan Wajah Hantu Covid 19 Di Kawasan Pedalaman Sarawak

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 398 hits
Masyarakat luar bandar di Sarawak memerlukan pendekatan berbeza dalam pendidikan kesihatan dan penyebaran maklumat mengenai virus dan cara melawannya Suasana perumahan di kawasan berbukit Kampung Sapit Padawan sebuah daerah pedalaman Kuchin...
Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini

Amboi Pandai Bodek Guna Lagu K Pop Ketika Lawatan Rasmi Di Korea Selatan Ig Pmx Raih Perhatian