Kisah Seram Hutan Lipur Bukit Hijau Baling Kedah


KISAH SERAM HUTAN LIPUR BUKIT HIJAU BALING KEDAH.  Assalammualaikum.. Salam ramadhan dan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam yang hari ini dah mula berpuasa. Harap masing masing teguhkan iman.. Jangan join geng undertaker bawa beg plastik hitam. Dah tua tua memasing bawak bawak la insof sikit. Bukan lama pun nak menahan lapar dan dahaga tu. Sekarang ni pun waktu berlalu sangat singkat. Tup tup dah pukul 7 petang. Rugi tau kalau tak ada sebab musabab tak berpuasa hangpa ponteng puasa. Jadi berpuasalah anda sebelum anda di puasakan.



Hari pertama puasa dah buka gelanggang cerita seram katanya. Kau dah kenapa?? Yelah.. rasa macam lama segmen seram serik lekatlekit tak menghiasi blog ni. Mesti ramai rindu kan? Cerita seram yang di tulis menjadi tak seram untuk bacaan peminat cerita seram tapi penakut. Memang dari awal den terjebak menulis kisah seram kat blog ni kisah seram yang den tulis lebih berkonsepkan seram santai. 
Dok layan tiktok tetiba ternampak satu content yang share kisah seram yang berlaku di hutan lipur bukit hijau, Baling kedah. Sebab orang kedah pernah juga kesitu tapi yang seram dia air terjun dia selain tinggi.. arus dia deras. Memang seram juga la. Tapi yang di kongsikan kat TikTok tu bukan kisah seram air terjun tiruk ke apa.. Tapi ada kejadian mistik yang berlaku kat situ. Cerita ni katanya di ceritakan balik oleh penyelia tempat tu.
Kat dalam hutan lipur bukit hijau ni banyak chalet tapi chalet chalet lain tak ada special sangat. Sekadar chalet biasa yang tak menarik untuk diceritakan. Tapi chalet Nombor 16 ni katanya paling misteri nusantara sebabnya di dakwa ada penunggu. Penunggu yang di maksudkan bukan la tukang jaga chalet yer.. satgi ada yang tak tau pulak. Penunggu ni gelaran kepada makhluk ghaib yang menghuni sesuatu tempat & suka declare tu tempat dia. 
Alkisah bermulahlah kisah.. Ada 4 orang datang ke hutan lipur bukit hijau dan minta untuk menginap kat chalet nombor 16 ni. Tapi penyelia kat situ dah cuba halang tapi biasa la dasar manusia ada batu duduk atas kepala dia nak juga menginap kat situ. Tak tau la pasai apa. Views cantik ke.. lokasi strategik ke.. Tak di ceritakan apa yang special chalet nombor 16 ni. Dah depa ketegaq (degil) nak juga duduk situ, penyelia tu bagi je la. Lantak pi la kat hang kan. Jangan cakap abang tak payung pulak kalau berlaku perkara tak di ingini. Tapi bersyarat la.. jangan pulak dok buat benda tak senonoh kat situ. Tak penunggu.. Takut penumbuk pulak naik kemuka. kekekeke
Pada pukul 4 pagi hari itu.. sang penyelia membuat ronda ronda kotaraya dalam hutan lipur tersebut. Alangkah terkejutnya beliau.. Kira tahap terkejut tu lebih dari terkejut beruk juga la bila nampak geng geng yang degil nak check in kat chalet nombor 16 tu tidur di kaki tangga. Dia mula syak depa ni mesti dok buat benda tak senonoh ni dalam hutan. Tapi tak pulak di ceritakan apa depa buat sampai tidur di kaki tangga. Yang pasti pagi tu juga depa check out. Confirm la ada sesuatu yang berlaku kepada mereka tu cuma tu la tak di cerita pulak apa kejadiannya. Kena sakat dengan penunggu ke? kena lempang dengan langsuir ke? Atau kena hempap dengan hantu raya.. Wallahualam.



Tapi untuk mengukuhkan lagi tempat tu menyeramkan.. Pernah berlaku kejadian ada pengunjung dengar suara mengilai dari chalet nombor 16. Tu mesti cik ponti tak pun kak lang. Yang juara mengilai ni antara dua minah tu je. Yang lain lain jarang la nak mengilai tak ketahuan hala dalam hutan rimba. ye dak??
Macam den cerita dari awal tempat tu memang agak bahaya bagi saya la.. sebab air dia deras kan. Dari tahun 1991 sehingga 2013 ada lebih kurang 16 kes kematian berlaku di hutan lipur bukit hijau.
Hutan ni kita sedia maklum la kan.. tempat jin. So tak pelik la kalau orang kata ada penunggu ke apa.. Semua tu gelaran pada makhluk makhluk ghaib.
Moral of the story.. Bulan puasa ni yang kena ikat cuma iblis bukan jin so hangpa jangan pelik kalau masih ada berlaku gangguan gangguan mistik. Tapi jangan salahkan jin kalau hangpa tetiba jadi geng undertaker masuk semak bawa beg plastik hitam. Tu bukan salah jin tapi salah hangpa sendiri perangai mengalahkan jin.
Pada hangpa yang ada akaun tiktok nak baca lebih banyak lagi kisah seram boleh follow akaun tiktok di bawah yer.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.lekatlekit.com/2021/04/kisah-seram-hutan-lipur-bukit-hijau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Seram Pekerja Hotel Di Genting Highlands Diganggu Lembaga Misteri

Kisah Seram Pekerja Hotel Di Genting Highlands Diganggu Lembaga Misteri

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 967 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar pembaca dan peminat kisah seram semua Kembaki lagi dalam episod terbaru Kisah Seram Apa Minggu Ini Salam Ramadhan dan selamat menjalankan ibadah puasa Walaupun bulan Ramadhan kisah seram masih a...
Kedah P Pinang Perlu Wujud Dana Lindungi Hutan Ulu Muda Kata Kumpulan Ngo

Kedah P Pinang Perlu Wujud Dana Lindungi Hutan Ulu Muda Kata Kumpulan Ngo

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 235 hits
Kumpulan NGO berkata Hutan Simpan Ulu Mudah di Kedah terus terancam berikutan kegiatan pembukaan hutan pembalakan dan perlombongan dan perlu diteliti secara serius GEORGE TOWN Gabungan pertubuhan bukan kerajaan hari ini menggesa kerajaan Ke...
Video Kisah Seram Legenda Di Malaysia Yang Popular Era 90an

Video Kisah Seram Legenda Di Malaysia Yang Popular Era 90an

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 365 hits
Ke mana sahaja di pelusuk dunia anda pergi pasti setiap daripadanya mempunyai kisah kisah legenda yang tersendiri Dan salah satunya tentulah kisah legenda seram yang disebarkan dari turun temurun Kisah kisah legenda seram atau hantu kebiasa...
Kisah Seram Misteri Wanita Ganggu Percutian Sekeluarga Di Kuala Lumpur

Kisah Seram Misteri Wanita Ganggu Percutian Sekeluarga Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 561 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar buat semua pembaca dan kembali lagi dalam rancangan Kisah Seram Apa Minggu Ini Alhamdulillah episod pertama untuk bulan April ini adalah satu perkongsian di Facebook yang sudah lama hampir 8 tah...
Bukit Sapu Tangan

Bukit Sapu Tangan

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 676 hits
Lokasi Bukit Sapu Tangan Aktiviti Menyusuri Hutan MendakiAlamat Bandar Bukit Raja 40170 Shah Alam Selangor Waktu Pendakian 8 20 pagi 12 10 tengah hari Tahap Kesukaran Senang Ke Susah Tarikh Lawatan 08 April 2021 Bukit Sapu Tangan menjadi lo...
Geng 24 Bukit Raja Guna Wang Pengaruh Umpan Pelajar Jadi Ahli Kata Polis

Geng 24 Bukit Raja Guna Wang Pengaruh Umpan Pelajar Jadi Ahli Kata Polis

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 302 hits
April 9 2021 Ketua Polis Selangor Arjunaidi Mohamed menunjukkan gambar ahli Geng 24 Bukit Raja yang masih diburu polis SHAH ALAM Geng 24 Bukit Raja menggunakan kemewahan wang ringgit perlindungan pengaruh dan kuasa sebagai umpan untuk merek...
Covid 19 Pandemic Indirectly Reduced Terrorism Threats Bukit Aman

Covid 19 Pandemic Indirectly Reduced Terrorism Threats Bukit Aman

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 274 hits
The spread of the Covid 19 outbreak has indirectly helped reduce terrorism threats in the country said Bukit Aman Special Branch Counter Terrorism Division principal assistant director Normah Ishak She said that since the police began imple...
Enggan Pindah Penguat Kuasa Musnah Kebun Di Bukit Tinggi

Enggan Pindah Penguat Kuasa Musnah Kebun Di Bukit Tinggi

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 161 hits
Dengan bantuan pemimpin MCA operasi pemusnahan pada 2017 tak berlaku BUKIT TINGGI Kira kira 100 orang pegawai penguatkuasa dari Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Jabatan Tanah Pahang serta polis menjalankan operasi pemusnahan tanah ke...
Terkini Sidang Media Khas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Dan Ketua Polis Johor

Terkini Sidang Media Khas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Dan Ketua Polis Johor

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 241 hits
Ikuti secara langsung sidang media khas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Huzir Mohamed dan Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay AWANIterkini HapusCOVID19 SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub con...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias