Kisah Seram Kamar 2414 Uitm Lendu



Okay aku nak kongsikan satu cerita dari girl nie yang mana aku rasa orang lain pun patut baca. dari girl yang dalam gambar nie. Okay bismillah


Aku ada satu cerita tentang kamar 2414 , Kolej Tun Fatimah , UiTM Lendu, Perak . Spread this sebelum dorang terkejut beruk sebab ' member ' baru


Aku batch 2014-2016 , course AD ( FAME ) dekat Lendu . part 1 & 2 , Kolej Hamzah . Part 3&4 Kolej Tun Puteri . Aku part 5 , Tun Fatimah . And aku memang sampai part 5 sebab aku tak ada internship

Masa awal part 5 , kitorang masuk seminggu awal sebab ada study trip ke Perak . Konon cari ilham untuk final semester . Then aku tumpang barang² dekat bilik member and separuh dekat rumah pakngah aku . So lepas tuu gerak pergi Perak

Balik jew dari Perak , member² ajak aku tidur bilik dorang . Tapi aku tak nak . Sebab aku dapat tahu aku punya bilik besar . Aku angkut semua barang² aku dibantu oleh bffs sebab aku nak juga masuk bilik tuu malam tuu ! Tak nak tunggu lama

And masa bffs dah habis tolong , aku pula hantar dorang balik bilik masing² . Aku sorang hadap balik bilik aku lepas tuu . Lupa nak cakap , bilik aku tuu TINGKAT 4 , bilik 2ND LAST , depan bilik air . Depan bilik aku cuma dinding bilik air dan pintu

Masa aku nak naik bilik ( kolej masih kosong ) , gelap gila namatey . Lampu² jalan depan parking kolej jew ada . Demi Allah pertama kali aku tahu perasaan " chills " . Aku dengar orang panggil nama aku , " Del ! " ( nama dekat U )
Kau bayangkanlah aku sorang masa tuu wei . Kawan² aku dekat bilik dorang lah kan . Then aku toleh belakang . Aku sahut ! Aku masa tuu fikir kawan aku . Demi Allah aku tak fikir benda tuu lagi . Aku sahut , " woii ! raklu .!! " then aku naik tangga

Ada dekat level last sekali , siling dia berlubang . Masa aku lalu bawah tuu , aku rasa ada benda hembus angin dari atas tuu . Aku masa tuu baru seminggu beli phone baru . Speaker fresh lagi . Aku buka ayat² suci . Aku letak phone dalam mug ( bagi lagi kuat )
Aku start mengemas bilik . Gambar bilik tuu ada dskat phone lama . Dia punya usang jangan cakap . Macam setahun tak ada orang tinggal . Lepas tuu aku kemas sampai pukul 4 atau 5 pagi macam tuu . Penat dia kemain sampai aku lelap atas simen
Masa tuu aku tak pasang cadar lagi sebab beg semua aku letak atas katil . Baju² barang² semua dah masuk almari . Then patutnya bilik aku , aku duduk berdua . Tapi kawan aku lagi sorang course TOURISM and dia ada INTERNSHIP

MAKNANYA ....... Aku duduk sorang the whole semester . Tapi aku suka ! Sebab sebelum nie aku duduk rumah anak yatim , bilik penuh . So impian aku nak duduk bilik besar tuu tercapai . Alhamdulillah dapat merasa . Tapi indahnya mesti ada yang BURUK

Then aku hidup macam biasa . Lepas seminggu , kolej mula penuh and bulan puasa pun bermula ..... Aku sedih sikit sebab tak ada member sanggup duduk bilik aku . Dorang kata bilik aku jauh , tinggi and dorang tak larat

Yew lah budak AD barang art banyak namatey sumpah aku kata . Ada yang takut terlebih squat masa tuu jiran² aku masih hambarudin bin sombongok so aku memang akan terperap sorang dalam bilik

Tengah² bulan puasa , heboh kes pukau lah santau lah rasuk lah sihir lah rompak lah dekat Lendu . ( siapa study situ tahu lah ) aku risau sebab aku tinggal sorang . So nanti apa² jadi , orang tak tahu . So start satu malam tuu , semua bermulaaa ...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM . Demi Allah semua yang korang akan baca , adalah benar sama sekali ...

Satu malam tuu , aku balik dari studio . Bulan puasa memang ramai tidur lambat sampai sahur . Aku jalan kaki dari studio , aku bawa dua beg . Kanan kiri bahu aku ada beg . Masa lalu dekat jambatan tasik Tun Fatimah ( korang mesti tahu ) , ada 'dia'' dia ' baling² daun² kering dekat kaki aku . Masa tuu area tasik gelap ! ( UiTM jimat ) . Aku rasa nak tersadung pun ada . (dia) panggil nama aku , " Del .. " . So masa tuu aku sure , yang panggil aku masa hari first aku naik kolej tuu

Aku telan air liur . Airmata bergenangan . Boyfriend tak ada nak mengadu . Allah saja dalam minda aku . Aku adukan risau pada Dia . Sampai jew tangga kecik dekat depan kolej TFH ( tun fatimah ) , aku rasa tali beg aku kena tarik

Aku cakap , " ishhh !! " then aku rentap beg , aku panjat tangga naik bilik dengan seluas luas kangkang . Selang 3 anak tangga . Sampai jew bilik aku , kunci jatuh . Terlepas dari tangan sebab beg aku pun dah senget masa tuu . Then aku bongkok

Masa aku bongkok , ada cahaya dari dalam bilik aku ( bawah pintu ) . Panas ! Seolah kau petik lighter dekat kulit . Aku ambil kunci , pandang kanan kiri then aku masuk bilik . Bilik aku bau hangus . Macam isi terbakar . Daging hangus

Aku letak beg . Aku tukar tudung . Aku buka surah ayat kursi . Sambil makan roti . Aku menangis masa tuu . Sumpah sedih . Jujur , aku tak ada mama ayah . Then tak ada member nak teman . Aku anak tunggal . Sunyi

Aku istighfar . Lepas tuu aku buat kerja aku then lelap . Aku tutup lampu . Sebab penakut aku pun , tak suka tidur dalam terang . Aku takut aku gila jew . Aku takut aku berhalusinasi . Jadi aku tak fikir sangat pasal . Aku cool

Then tiga malam sebelum balik raya , aku baring atas katil . Dengan bantal busuk . Aku bangun nak ambil milo , tiba tiba .... Bantal busuk aku tuu jenis gebu . Tapi dah lama and berlubang lubang . Aku dah jahit pun . But masa tuu , ada kekabu keluar

Kekabu tuu keluar dari bantal aku . Berterabur . Macam kau main pukul bantal . Tapi tak ada lah bulu ayam der . Aku pusing , aku ambil phone . Aku duduk atas kerusi . Aku pandang jew kekabu bantal aku berterabur
Masa tuu pukul 1.15 a.m. macam tuu . Aku layan group ws class and tanya siapa jew lagi ada kat kolej . Tak ramai dah . Aku call member aku dari luar . Minta tolong dorang bawa aku balik pergi Seremban , rumah anak yatim aku duduk tuu

Esok tuu member aku datang . Malam pukul 2 . Dia lepas masuk sebab PB memang tahu aku duduk rumah anak yatim . Tapi , sebelum dia sampai , aku tunggu dia sejam lebih dekat pondok . Pondok depan kolej . Depan tuu , tepi² tuu banyak pokok tinggi²

Then masa aku duduk , ada yaasin jatuh sebelah aku . Maybe ada orang selit dekat situ . Tapi dia jatuh right on time aku dengar bunyi burung . Pelik tapi siapa yang selalu overnight buat assignment dekat area Zon B , mesti tahu bunyi tuu . Pelik kan

Then member aku sampai . Aku balik seremban untuk raya dekat rumah anak yatim tuu . Lepas jew raya , aku balik ke bilik 2414 . Aku masuk bilik tuu . Masa tuu mata aku bengkak nangis sebab bantal busuk aku tertinggal . Aku tukar baju semua lah

Aku ambil pencuci , pergi basuh muka dekat bilik air . Masa aku masuk bilik air , ada . dalam bilik air hujung . Macam mana aku tahu ?? Sebab panas . Bilik air tuu punya tingkap tak mampu hilangkan rasa panas

Aku pergi basuh muka lalu depan bilik air tuu . Ada 3 paip wudhu . Satu tuu dah loose . Berikat dengan tali . Then aku hidup lah macam biasa . selalu main barang aku . Dia tarik cadar kuning aku and pakcik aku kata , memang suka kuning

And , siapa ingat kes AMIRA yang kena culik tuu ? Kan ada rakaman suara dia kan ??? Aku dengar masa tuu , sebelum kantoi dia tipu . Lepas aku dengar dia jerit² , pintu aku kena ketuk . 2 KALI SAHAJA . " Tuk tuk " . Macam tuu . Then aku cerita dekat group ws

Aku menangis cari gambar mama ayah aku . Aku peluk kain batik mama . Aku doa semoga tak ada orang buat jahat pada aku termasuk
Aku buka laptop . Aku nak pasang ayat kursi dengan surah al mulk . Demi Allah , lagu lain yang jalan . Lagu folder lain . Then aku berundur . Whatsapp dah banyak masuk sebab group kelas risaukan aku . Aku tak gerak langsung dari tepi katil

Phone aku tiba² offscreen . Blank hitam . Tak ada home tak ada apps . Laptop aku jammed . Aku cuba tekan² tapi tak ada effect . Demi Allah , macam yang lecturer aku kena dekat outdoor kem hari tuu , keyboard laptop aku tertekan sendiri . Sampai ada yang rosak

Aku duduk jew . Aku rasa dekat tepi pintu almari aku . Sebab aku rasa bahang dia . Panas macam duduk depan unggun api . Satu pesan aku , jangan lemah semangat . Aku bersyukur dia tak pernah tunjuk muka . Baru sebulan lebih masa tuu . Raya belum habis

Then laptop aku stop bising . Aku terus peluk laptop , aku capai yaasin . Aku nak baca , aku dengar suara kau nak tahu suara dia macam mana ? Kau ketap bibir . Kau bercakap . Aku baca Bismillahhirrahmanirrahim , ikut alunan tuu
Aku menangis sumpah . Slow² aku meniarap , aku mengiring menghadap tingkap aku baca yaasin sampai terlelap . Lepas dua minggu macam tuu , aku start balik bilik pukul 1-2 dari studio
Kali pertama aku balik bilik sorang lalu tepi tasik malam tuu pukul 1 lebih . Gelap tasik jangan cakap . Makin banyak setan . Aku teringat kes ' Puteri ' tasik tuu . Masa tuu dalam kepala nie semua jenis ada . And time tuu juga ajak main

Berterabur charcoal ( arang lukisan ) aku dekat tepi batu² tasik . KimK betul . Aku siap cangkung suluh pakai phone kutip . And korang , aku bukan FOREVER ALONE ehh . Aku ada kawan² . Cuma aku suka gerak sorang² . hmm . tarik baju aku dari belakang

Aku ingat sangkut drkat dahan ke ranting ke rumput ke . Mak aih . Memang pegang . Aku boleh rasa ' tarik ' tuu . Mulut aku bukan ayat kursi lagi dah . Alip bata sajim ha kho semua . Nasib tak kahak si . Aku suluh pun malu² jew . Nasib tak tersuluh jari . Aku nampak kain warna gold . Emas dia kena torchlight phone aku , Allahuakbar , kalah Poh Kong

Semua tahu ada pokok besar tinggi tepi tasik TF . Ada satu pokok nie macam dah mati . Tapi tak ada lah mati sangat . Ada bunyi derapan dahan , patah lah , berkuis lah . Aku sampai tersembam lah sebab nak cepat . Terus tak pandang belakang

ikut . Aku tahu . Aku pasti . Sebab ada dua orang budak perempuan suluh² aku masa aku lintas tangga kecik tuu . Budak² perempuan nie suka lepak court tuu . Lepas tuu aku naik bilik , mandi and bla blaa blaaa

Ada sekali tuu , budak² cuti . Cuti apa tak ingat . Aku tak balik . Sebab tak ada siapa dapat jemput . Pakcik makcik aku busy . Aku anak tunggal . Ada kakak tiri . Dia dah khwin and ada family . Aku tak suruh dia jemput . Sebab apa ? Wallahua'lam

Kau bayangkan , 4 malam aku sorang² dekat kolej . Gelap dia Allah jew yang tahu . Duit nak makan ? Kedai makan ? Jangan cakap . Semua tutup . PB pun tak tahu aku ada dalam tuu . Abang² and akak² degree zon lain . Makanan aku mula tinggal sikit . Aku mula banyak baring isi masa lapang , aku layan one piece . Start malam jumaat tuu ..

Pintu bilik aku special . Dari luar ada selak dengan tombol . Dari dalam pun ada selak dengan tombol pintu . Aku kunci pintu dari dalam . Masa tuu aku tengok One Piece episode 667 . Aku ingat ! Angin kuat nya ya Allah . Terasa kerdil aku sebagai mahluk Allah

Aku pun bangun buka langsir . Togel tingkap aku . Aku baring balik . Lepas tuu kau tahu tak , main dekat bilik sebelah bodoh betul lah . Mentang² aku buka lampu . Takut kantoi hodoh , main dekat bilik sebelah kanan aku . Lentang lentung almari budak tuu dibuat eh

Aku buka ayat kursi ( one piece tetap jalan beb ) . Aku ambil garam . Yup . Aku tak ada lah tinggi ilmu 'jengjeng' nie . Sikit jew . Garam tuu aku baca ayat kursi , 3Kul and aku salawat , aku letak sikit dekat lidah . Aku susun elok dekat bawah pintu

Lepas tuu nak tahu something , diam . Tak nak pula dia berdisko dekat bilik sebelah . Diam jew . Angin dah mula slow . Aku dapat call dari member . Aku jawab , tak dengar suara . Aku hello banyak kali kalah adele , member letak phone

Dia dengar bunyi berdesing . Dia tanya aku okay ke tak , aku tak cerita dekat dia . Aku kata line kut . Then aku tahu , dekat aku . Maybe dekat tingkap . Sebabnya , suka cakar cermin tingkap aku . Tapi aku tahu tak masuk . Dia ada dekat luar . Sebab tingkap aku ada satu pokok betul² dahan berhenti depan tingkap aku

Then aku pause One Piece , aku cucuk earphone , aku dengar surah Al Mulk sampai tidur . Malam kedua aku okay . tak ada masuk ke apa . Tapi garam aku hangus bawah pintu . Aku tak masuk bilik air siang tuu woi ! Seram

Petang tuu aku mandi lah jap . Macam orang yang betul² jimat air lah . Mesti Ayah Man sayang aku kalau dia tahu . Then masuk bilik . Malam tuu aku tidur awal sebab penat siapkan drawing siang tuu . Aku tidur awal dalam pukul 10 lebih and bangun pukul berapa tahu? Pukul 3 setengah mak weiii 3 setengah pagi buta nokharom . Nasib baik dah hari ahad . Mata aku segar ya Allah
Aku tengok lampu satu terbuka satu padam . setahu aku , aku tak tutup lampu masa tuu ( akhirnya ego tewas ) . ada . dekat hujung kaki aku . Aku tak nampak . Tapi kita boleh rasa kan ?? Aku yakin dengan Allah . Aku yakin mahluk Dia juga

tarik selimut kuning aku . Comforter aku koyak . Cutter ( pisau ) aku patah . Tepat pukul 4.10 am macam tuu , lepaskan selimut aku . dah tak nampak tegang . Tak ada bunyi besi kena seret atas lantai

Kalau lah kau faham derita jiwa aku masa tuu . Boleh gila . Wallahu ! Aku sorang wei ! Aku sorang , Ya Allah . Sunyi aku masa tuu . Aku minta ampun dekat Allah masa tuu . Berderai airmata mohon ampun segala silap . Betul orang kata , masa susah baru ingat Tuhan

Aku nekad , aku buka pintu bilik sambil peluk kain batik mama , aku sarung telekung , aku pergi hujung level , aku pasang lampu . Aku baca ayat kursi sambil menangis ya Allah . Phone aku entah ke mana , hingus aku entah ke mana . Aku jalan masuk bilik , aku duduk

Aku sandar dekat katil macam orang sengal . Aku jammed , mata bengkak . Kain batik mama penuh hingus aku . Pintu terbuka . ??? pun kesian tengok aku menangis . Kepala aku berdenyut . Aku termenung . Aku zikir sampai hari cerah

Ahad tuu aku tak makan tak minum . Aku tak sedar pun aku lapar . Aku buat kerja macam biasa . Aku lukis luffy . Malam ahad aku mula kembali macam biasa and isnin mula ramai balik . Tapi dekat level aku tak ramai pun cuma ada 2-3 orang jew

Aku mula busykan diri dengan kelas , studio . Aku pergi kelas pagi balik pukul 2-3 tumpang kawan naik kereta and ada satu malam tuu aku turun dari kereta dia , masa tuu dekat parking tanah merah , gula gula dari library lama tinjau kitorang

Gula gula muka hitam mata apa semua tak nampak sebab jauh . Gula gula dekat tangga kelas IDE tuu then dia bawah pokok . Allahuakbar . Aku hamba Dia yang hina , lemah , tak mampu alih mata . ( pocong ) tak gerak , tak loncat . stay

Kawan² aku tegur aku ' weh del ! asal do ?? ' and Fai , kawan aku dah pegang lengan aku ajak jalan balik . Aku tahu pandang aku , aku tahu pula tunggu aku balik . Bilik aku dengan bilik Fai tak jauh tapi aku tak suka tidur bilik orang

Aku fikir , Allah takkan saja biar aku susah kalau tahu aku tak mampu . Hilang mama ayah cukup pahit . So tak ada lah perit sangat . Malam demi malam aku telan sendiri . Aku nekad akan aku kongsikan rasa tuu . Allah tuu Maha Kuasa . Ada juga kawan² datang teman
Satu malam tuu , kawan aku selang 3 bilik datang nak teman , roomate dia punya kurang ajar biadap , kau tahu dia kata apa ??? Roomate dia kata " baik baik you hantu sundal semua dalam tuu karang you pula kena " tercengang aku . Hati nie hancur

Allahuakbar . Hina apa hamba macam tuu sekali ? Bilik nie bukan aku buat maksiat . Aku bukan bawa jantan . Malam tuu kawan aku tidur . Dia tidur sambil aku buka ayat ayat suci . Lagi berapa minggu nak tamat pengajian aku sambung buat drawing . lalu .

langgar sudu garfu aku . Aku pandang tingkap tak nampak tapi sudu tetap berlaga dengan garfu . Tangan aku pegang cadar , aku paksa diri bangun sebab masa tuu aku duduk atas lantai . Beratnya lutut nak lurus berdiri , Ya Allah

Aku sebut nama kawan aku dia tak dengar . Aku rasa tekak aku nak tercabut tapi dia tak dengar . Even aku tak dengar suara sendiri . Syahdunya aku rasa disaat tuu . Suasana sepi membisu . Ehemm . Aku menangis gila . Airmata jadi garam terus
Aku dah kejung dekat situ . Lutut melekat dengan lantai , bising sudu dengan garfu . Aku sebut Allah 3 kali tekak aku rasa mula relax . Lepas 15 minit Wawa ( kawan aku ) bangun . Dia tanya aku okay tak , aku kata aku okay . Padahal peluh dah sampai ke lantai and aku chill tak cerita dekat wawa sampai dua minggu sebelum final exhibition artschool Lendu bermula . Bismillahirrahmanirrahim
Satu malam yang aku rasa tuu lah yang terakhir kalinya usik aku . Group wasap semua tahu sebab aku menangis voicenote . Aku tidur sebab penat menempuh hari² final sangat tenat ya Allah . Aku dengar headphone pukul 2 lebih aku terjaga . Terjaga sebab dalam bilik aku . Dia ada dekat atas almari aku . Almari tuu ada dua . Satu berdepan katil aku atasnya kosong

Aku nampak gerak dekat dinding dari atas almari keluar tingkap . Tembus langsir terhalang segala cahaya dari luar tingkap . Aku menangis aku tak bangun buka lampu pun . Aku takut nampak dia . Aku terus mengiring belah kanan menghadap pintu bilik

Aku cabut headphone then aku dengar bunyi tombol pintu bilik dari hujung level seolah ada angin libas . Aku buka mata sebesar besarnya then pintu aku terbuka ! Aku heran . Aku siap kunci tombol dengan selak dari dalam bilik

Then aku bangun . Sumpah aku tak pusing belakang pandang tingkap aku tolak pintu slow slow sebab aku tak sanggup buatnya . Buatnya dia lintas depan pintu and singgah , aku rasa lengkap tiga beranak menghadap Ilahi . Aku terus tunduk and baring

Then aku pejam mata tanpa terbuka even sepintas cahaya dapat masuk . Aku pasang headphone and Demi Allah Quran Yaasin semua ... Kau cuba ketap bibir guna suara tekak , kau ikut alunan " Tabarakallaziii .. " sampai habis satu ayat tuu . Kau cuba lah

Aku punya nafas nie tersangkut sangkut tahan sebak . Aku voicenote suara menangis aku dekat ws group . Rasa hidup nie sebatang kara . Sebab pandangan aku kelam gila . Aku dengar aku nampak dekat pokok tuu . Bayang² dia seolah menutup seluruh tingkap aku

Allah , andai tuu ujian buat aku atas sifat aku yang kadang lupa Dia , aku selalu mengeluh aku sebatang kara , aku insaf malam tuu . Aku biar jew baca . Langsir aku dah seolah olah ada yang kibar² sampai aku nampak luar tingkap . Besi kekisi tingkap dicakar

Allah , satu demi satu bahagian selimut aku koyak seolah olah orang toreh dengan pisau tajam . Cutter aku berkarat tanpa sebab aku cuma ada Allah waktu tuu

Bffs aku yang tolong aku masa aku awal² masuk sem tuu semua hilang . Dorang gelar aku forever alone tapi aku sayang dorang . Aku tak lupa jasa dorang cuma waktu nafas aku tercongak kelangit , bukan sahabat bahkan musibat tiada lalu

Lepas 10 minit ikut alunan ayat suci , ketawa . Ketawanya seolah mengatup bibir , berbisik dekat telinga dan berdekah . Dekah yang kau rasa mulut dia berada sebelah telinga . Dalam headphone seolah dari tekak mata aku tak buka langsung

Sedangkan langit , bumi pun dengar rintihan aku . Tangan aku kejang , sejuk tapi kepala panas gila ya Allah and mula jauh sebab airmata aku mula mengalir teruk seolah kau bertemu antara dua muka . Mulut aku tak bersuara

Aku alih headphone aku picit telinga . Aku ketap bibir dalam hati , panjatkan segala rasa pada Allah . Jari² aku mula panas , dahi aku mula kering dari peluh . Pukul berapa entah aku dengar azan dari Kg Lendu , jalan Ayer Pa'Abas tuu

Aku tahu dah balik sarang dia tapi ada member kata bilik aku sebenarnya sarang . That's why masa aku lalu naik tangga , angin tuu berhembus kena tepat pada aku sampai anak² rambut aku terasa melekat dengan tengkuk . Hembusan tuu kuat . Sangat sejuk

Dan malam terakhir aku dekat sana , aku balik lewat petang tuu lepas kemas² barang dekat studio part 5 . Dah lah duit makan aku kena rembat sekeping rm50 , tuu duit aku last yang aku simpan sebulan . Sebab apa ? Sebab orang susah maka rasa sedar diri tuu ada

Aku balik bilik aku siap² lepas tuu call member yang dari rumah anak yatim tuu sebab aku dah tak ada sesen pun dalam purse masa tuu . Takut 'jalan' jew . Aku kemas² and lepas tuu aku mandi . Aku masuk bilik air yang tengah² yang selalu duduk , sebelah jew sebab siling tuu lompong

Aku syampu rambut and ada jew rambut senang gugur tapi rambut aku masa tuu astaghfirullahalazim macam satu kepala jatuh

Banyaknya sampai penuh penutup saluran air tuu . Aku tak pandang atas aku , aku terus buka pintu and pecut masuk bilik

Jam pukul 9 lebih nak ke 10 malam . Tengkuk aku macam sakit sangat . Aku mana ada salah tidur . Aku siap siap sambil buka One Piece movie Z . Kononnya nak sedapkan hati emm

Part nak sarung inner neck , ya Allah ujianMu sesungguhNya menguji keimanan . Kesan pakuk ( macam ada 2 biji merah ) di tengkuk . Menitis airmata sebab aku nampak kesan biru² mula naik . Jari aku pun ada kesan gores . Aku sedar tuu yang terakhir

Aku terus jew sarung shawl , aku whtsapp kawan² aku bagitahu aku nak balik and Fai tolong aku angkat barang sikit . Aku ada tinggalkan cadar aku warna kuning tuu dekat sana . Tak tahu ada lagi ke tak and aku tinggalkan sebungkus garam

Masa aku lalu dekat atas bukit tepi tempat bas , bilik aku gelap . Gelap yang sangat pekat hitamnya . Cuma satu , dekat pokok . Pokok tuu dahannya melendut seolah menampung sesuatu and ada dekat tangga IDE tuu . Tuu tempat dia . Ya , tempat DIA
Tuu pasal kamar 2414 and aku orangnya macam nie saja . Ada jew kawan cuma bersendirian jadi pilihan . Kalau korang batch aku dekat Lendu , akan perasan aku selalu jalan pakai parka dark blue sorang²

Sunyi nie bagi aku adalah pilihan kita . Aku salah pilih bffs yang akhirnya tinggalkan aku sorang² . Aku bersyukur alhamdulillah aku selamat habiskan pengajian even susah nauzubillah . Langit , bumi jadi saksi duka lara aku

Kisah kamar 2414 tuu akan selalu jadi pembakar semangat aku untuk teruskan hidup even gelap , kelam macam mana hidup nie . Satu pesan aku . Mak , Ayah , tuu lah satu satunya . Jangan berangan dapat ganti

Sebab dulu aku fikir mama ayah aku mesti boleh lindung aku dari hantu setan sebab dorang pun hantu . Sengal kan aku ? Apa pun guys kalau rasa lemah , jangan malu balik pada Allah . Bukan balik terus ehh

Kita selalu fikir kawan kawan tuu segalanya . Kawan kawan tuu lah baik buruk kita . Member lah suka duka kita tapi silap beb , akan tiba satu masa , kau dengan Dia , percaturan yang Dia atur tuu maha hebat , kau pun boleh rebah . Tapi dongaklah pada Dia

Okay sekian anak anak muda . Pejamkan mata semua . Opss , check phone dulu tengok last seen Mama Ayah korang pukul berapa . Kalau berjaga lagi , hantar jew emoji jangan kau nangis pula . Hareyy dorang dekat rumah kang
Sumber: Himpunan Cerita-Cerita Hant, Fantasi Dan Cinta



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.seramshit.com/2021/04/kamar-2414-uitm-lendu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Seram Wajah Mayat Bertukar Hitam

Kisah Seram Wajah Mayat Bertukar Hitam

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 624 hits
Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di sebuah hospital kerajaan di Selangor Semoga dapat kita ambil iktibar dan tauladan Lebih kurang jam 3 30 pagi saya menerima panggilan dari Hospital Tengku...
Borak Sini Habis Sini Bersama Zaidi Anwari Kisah Alam Ghaib Seram Bila Dia Dikatakan Klon Hazami

Borak Sini Habis Sini Bersama Zaidi Anwari Kisah Alam Ghaib Seram Bila Dia Dikatakan Klon Hazami

papar berkaitan - pada 24/4/2021 - jumlah : 285 hits
You can also follow me here Portal https www budiey com IG https instagram com budiey Twitter http twitter com budiey Facebook http facebook com BudieyDotCom Youtube http youtube com budieychannel Vlog https www youtube com channel
Kisah Seram Saka Tak Bertuan Dari Indonesia

Kisah Seram Saka Tak Bertuan Dari Indonesia

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 665 hits
Assalamualaikum dan selamat sejahtera Aku ada satu kisah yg seram bg aku Bukan aku jee tapi hampir kesemua family sebelah papa aku Kisah ni kira2 dua tahun yg lepas dan kejadian berlaku di kg Aku ada sorang pakcik ni tapi sekarang dia dah a...
Seram Dan Bersejarah 6 Museum Ini Menyimpan Kisah Tragis Zaman Penjajahan Berani Berkunjung

Seram Dan Bersejarah 6 Museum Ini Menyimpan Kisah Tragis Zaman Penjajahan Berani Berkunjung

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 296 hits
Ada penjara bawah tanah gerbong maut hingga benteng yang menjadi saksi bisu peristiwa tragis zaman penjajahan Seram tapi punya nilai edukasi dan sejarah
Kisah Seram Pekerja Hotel Di Genting Highlands Diganggu Lembaga Misteri

Kisah Seram Pekerja Hotel Di Genting Highlands Diganggu Lembaga Misteri

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 967 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar pembaca dan peminat kisah seram semua Kembaki lagi dalam episod terbaru Kisah Seram Apa Minggu Ini Salam Ramadhan dan selamat menjalankan ibadah puasa Walaupun bulan Ramadhan kisah seram masih a...
Kisah Seram Pelajar Perempuan Ditindih Lembaga Hitam

Kisah Seram Pelajar Perempuan Ditindih Lembaga Hitam

papar berkaitan - pada 29/4/2021 - jumlah : 950 hits
Kenapa Pelajar Perempuan Selalu Di Tindih Lembaga Hitam Kisah seram penuh misteri ni telah dikongsikan oleh Anis bekas pelajar UiTM Shah Alam Kisah ini merupakan kisah benar di mana beliau telah di ganggu oleh lembaga hitam dan di tindih ol...
Kisah Raja Muda Nak Cari Isteri

Kisah Raja Muda Nak Cari Isteri

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 467 hits
Gambar hiasan hasil carian Google Tersebutlah kisah seorang Raja Muda yang sangat tampan dan baik budi pekerti di sebuah negeri ingin beristeri Hajat itu disampaikan kepada ayahandanya serta menyerahkan kepada ayahandanya untuk mencarikan c...
6 Pekerjaan Yang Bikin Kaya Walau Kelihatan Nganggur Duduk Di Kamar Cuan Ngalir Terus

6 Pekerjaan Yang Bikin Kaya Walau Kelihatan Nganggur Duduk Di Kamar Cuan Ngalir Terus

papar berkaitan - pada 30/4/2021 - jumlah : 283 hits
Kemarin ada heboh ibu ibu yang curiga sama tetangganya yang kayak nganggur tapi banyak duit Menurut kamu gimana SoHip
Kisah Di Sebalik Keling

Kisah Di Sebalik Keling

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 350 hits
Baru baru ini muncul kembali isu istilah Keling dalam Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Istilah berkenaan yang digunakan di bawah definisi tambi sudah diubah kepada India dalam kamus versi dalam talian selenggaraan DBP susulan k...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord