Kisah Seram Misteri Dua Jenis Hantu Datang Mengganggu


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar kepada semua peminat kisah seram dan misteri? kembali lagi dalam rancangan 'Kisah Seram Apa Minggu Ini?'. Baiklah, kisah kali ini merupakan sebuah kisah yang cukup misteri dan seram, perkongsian oleh Ben Jamalley di facebook. Kisah ini aku rasa tahap misteri dan seramnya agak tinggi. Kalau tak berapa nak berani, bolehlah baca di waktu siang, tapi kalau rasa macam teringin nak seram-seram, bolehlah baca di waktu malam. Apa-apapun selamat membaca


KISAH SERAM :  MISTERI DUA JENIS HANTU DATANG MENGGANGGU
Kisah ini berlaku ketika aku sudah  menghabiskan pengajian  ijazahku. Sementara menunggu kerja melamarku, aku balik ke kampungku di pekan T, Pulau Pinang untuk menghabiskan cuti yang tidak pasti berapa panjangnya. 
Di kampung kami masa itu ada dua orang budak yang sangat nakal. Seorang bernama Matt, seorang lagi bernama Ei. Kedua-dua mereka ketika itu masih di darjah enam sekolah rendah. Budak berdua yang berjiran ini suka merayau waktu malam. Ibu bapa selalu pening kepala kerana takut perkara buruk berlaku ke atas anak-anak mereka

Aku pernah tanya kedua budak itu, tak takut ke selalu keluar malam? Mana tau terjumpa hantu jembalang ke, jin ke, cik ponti ke? 
Mereka kata tak takut, kerana kata mereka hantu pun takut dengan mereka

"Takut apa. Kalau jumpa hantu, kami buat ulam jaa," kata Ei sambil disahut oleh ketawa besar Matt

Amboi... depa cakap besar nooo, kata aku dalam hati

Kebetulan dekat rumah aku ada sebatang pokok durian yang buahnya selalu menjadi. Walaupun cuma sebatang pokok, tetapi setiap kali tiba musim durian jenuh juga kami makan durian. Bukan sahaja keluarga, malah kadang-kadang ayah aku sampai pernah buat kenduri pulut durian untuk semua jiran sekampung. Begitulah banyaknya buah durian yang dihasilkan pokok itu

Satu malam Jumaat, Matt dan Ei keluar malam seperti biasa. Ketika aku sedang mengutip buah durian yang luruh lepas waktu Maghrib, mereka melintas di depan aku dengan basikal mountain bike mereka

"Jaga-jaga keluaq malam, malam ni malam Jumaat!" aku cuba menakut-nakutkan mereka


"Malam apa pun sama ja. Kalau jumpa hantu kami nak masuk depa dalam botoi, kami jual boleh jadi kaya!" sambut Matt sambil gelak besar

Lepas mengutip beberapa biji durian yang luruh, aku masuk semula ke dalam rumah. Dalam hati aku masih teringat dua orang budak nakal itu. Betul ke depa tak takut hantu? Kalau malam ni hantu muncul amacam

Kira-kira pukul 10.30 malam aku keluar rumah. "Nak suluh buah durian," aku beritahu adik perempuanku, Nor

Kira-kira pukul 11.00 malam, ketika mak, ayah dan adik-adik aku bersiap-siap untuk tidur, mereka terkejut besar apabila mendengar suara budak-budak menjerit di luar rumah. Suara jeritan budak-budak itu sangat kuat. Mujur juga tinggal di rumah kampung yang jarak setiap rumah lebih dari 10 meter. Kalau tinggal di rumah teres mesti terkejut satu taman dengan suara jeritan sekuat itu

"Hantu... hantu... tolonggggg... hantu!!!" terdengar jeritan diikuti bunyi ketukan kuat bertalu-talu di luar pintu rumah kami

Ayah aku cepat-cepat membuka pintu. Kelihatan Matt dan Ei berada di depan pintu. Dengan terketar-ketar kedua-dua mereka melompat masuk ke dalam rumah kami dengan wajah pucat lesi. 
Matt yang menggigil seluruh tubuh tiba-tiba jatuh atas lantai rumah. Pengsan! 
Ei pula tidak mampu bercakap, hanya tubuhnya terketar-ketar menyebut, "hantu... hantu... hantu..." berulang kali. Peluh dingin membasahi wajah mereka berdua

Dengan bantuan ayah, akhirnya Matt pulih daripada pengsan. Ei pula perlahan-lahan sudah boleh bercakap semula

"Awat..apa yang jadi kat hangpa sampai jadi macam ni?" tanya ayah kepada Mat dan Ei selepas melihat semangat kedua-duanya telah beransur pulih

 "Ada hantu di perdu pokok durian tu..," terang Ei

"Macam mana rupa hantu tu?" balas ayah

"Hantu tu pakai telekung putih. Dia bongkok sikit, tangan pegang tongkat..," jawab Matt pula terketar-ketar

"Bukan hantu kot," ayah aku cuba tenangkan mereka. "Kot ada pakaian orang tersangkut kat pokok tu.""Hantu...yang pakai telekung tu memang hantu". Ei masih cuba meyakinkan ayah apa yang dilihatnya

 "Dia terlompat-lompat macam hantu cerita filem Cina, suara pula mengilai-ngilai."  
"Hantu telekung tu tinggi orang biasa jaa. Tapi di belakang hantu telekung tu ada satu hantu lagi. Hantu kedua tu sangat tinggi, semua badan dia hitam legam," Matt menyampuk

 "Tinggi mana hantu tu Matt?" tanya ayah lagi

 "Tinggi 10 kaki kot!"

Tinggi 10 kaki...tingginya hantu tu. Kalau 10 kaki, maknanya 3 meter lebih? Mana ada manusia di planet bumi tingginya 3 meter lebih


Sebenarnya semua dialog antara Matt dan Ei dengan ayah aku itu diceritakan balik kepadaku oleh adik perempuan aku, Nor. Ketika kejadian  Matt dan Ei menyerbu rumah kami, aku berada di luar rumah kerana baru selesai membuat suatu “operasi khas”

Malam itu ayah aku terpaksa menghantar dua budak itu balik ke rumah ibu bapa mereka, sebab mereka sendiri tidak berani balik bersendirian ke rumah kerana takut disergah hantu telekung dan hantu tinggi itu sekali lagi

Ketika ayah sudah keluar rumah menghantar dua orang budak itu, aku masuk ke dalam rumah

Tiba-tiba adikku Nor terperasan sesuatu yang aku pegang
 "Apa dalam plastik tu, Abang Caq?"
 "Buah durian," jawab aku cepat-cepat ke dapur

Nor mengekori aku dan tiba-tiba dia merampas beg plastik tersebut

"Patutlah tadi orang cari kain telekung nak solat tak jumpa, rupa-rupanya Abang Caq yang ambik ya? Abang Caq la rupanya yang jadi hantu telekung usik Matt dan Ei? Kesian kat depa, sampai ada yang pengsan!" kata Nor sambil ketawa kuat

"Jangan bagitau ayah nooo... nanti Abang Caq kena bedal!" pesan aku kepada Nor

"Tapi Abang Caq dok usik budak berdua tu dengan sapa? Sapa kawan Abang Caq yang kat belakang Abang Caq tu?"
"Kawan? Kawan mana pulak? Tak dak kawan aihhh..Abang Caq sorang-sorang jaa yang pi usik depa." "Haa..Mat dan Eii kata ada hantu panjang di belakang Abang Caq. Depa kata hantu tu berbulu tebai, hitam. Hantu di belakang tu sangat tinggi."
"Hantu panjang di belakang Abang Caq? Mana ada? Tinggi mana hantu panjang yang depa nampak tu?" 
"Depa kata tingginya 10 kaki. Sapa kawan Abang Caq yang tinggi 10 kaki yang dok di belakang Abang Caq tu?"
"Mana ada kawan Abang Caq tinggi 10 kaki?". Tiba-tiba bulu tengkukku rasa meremang. Entah-entah..
Aku pernah dengar daripada orang tua-tua kampung kami tentang cerita hantu panjang yang digelar sebagai 'hantu galah'. Kononnya hantu galah ini hitam berbulu tebal dan sangat tinggi, setinggi galah yang kait pokok kelapa tu. Biasanya hantu galah ini ditemui berdekatan dengan kawasan hutan belukar

Tak kan hantu galah tu tersesat dari hutan dan masuk ke kampung kami untuk membantu aku mengenakan budak berdua tu pula? 
Patutlah masa aku sedang menahan ketawa melihat dua orang budak itu terjerit-jerit di depan tangga rumahku, ketika itu seperti ada suara orang batuk-batuk di belakang, rupanya memang ada sesuatu dibelakangku! Aku pula ketika itu tidak terfikir untuk melihat milik siapa suara yang terbatuk di belakangku kerana fokusku lebih terarah hendak melihat gelagat budak berdua yang sedang aku kenakan itu

Esoknya pecah cerita satu kampung di bawah pokok durian dekat rumah aku ada hantu. Hantu pertama memakai telekung putih sambil terlompat-lompat. Hantu kedua pula tinggi dan hitam berbulu. 
Akibat terkejut 'hantu pokok durian' itu Matt demam selama seminggu, manakala Ei seperti lemah semangat dan tidak berani keluar malam lagi

Apa pun, peristiwa itu membawa kesan baik kepada Matt dan Ei kerana lepas itu mereka berdua tidak berani keluar malam lagi. Ia sangat menggembirakan kedua ibu bapa mereka. Tentu kedua ibu bapa Matt dan Ei berterima kasih kepada kedua-dua hantu itu yang telah berjaya memulihkan perangai negatif anak-anak mereka. 
Cuma aku sahaja yang masih tertanya-tanya hingga kini siapa gerangan lembaga hitam tinggi di belakang aku itu? Benarkah dia hantu galah? 
Apa pun aku bersyukur aku tidak menerima gangguan daripada hantu galah itu. Mungkin kerana dia ingat kami satu geng kot? Kalau aku dirasuknya pecahlah tembelangku yang nak mengenakan dua orang budak nakal tu. 
SEKIAN

Rujukan : Kelab Cerita Hantu Malaysia [Ben Jamalley (Jeff Hamz)]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2021/10/kisah-seram-misteri-dua-jenis-hantu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jenis Tak Kisah Main Belanja Je Bila Ada Anak Kena Hidup Sederhana Elak Pembaziran

Jenis Tak Kisah Main Belanja Je Bila Ada Anak Kena Hidup Sederhana Elak Pembaziran

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 295 hits
Hidup kita semasa bujang sama sekali berbeza bila sudah berkahwin dan punya anak Bila sahaja melangkah ke alam perkahwinan dan bila anak dilahirkan terlalu banyak perbelanjaan yang kita perlu dahulukan untuk anak anak dan keluarga Jadi ada ...
Seram Kisah Pengantin Hidup Dan Mati

Seram Kisah Pengantin Hidup Dan Mati

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 193 hits
Ni kisah pengantin satu idop satu mati copy paste dari email jangan tengok kalau takut Alkisah mcm ni ceritanya Tulisan ini awalnya ditulis dalam bahasa Cina Kemudianditerjemahkan ke dalam bahasa Inggris Seorang guru sejarah melakukan riset...
Tiga Jenis Gadget Senaman Perlu Beli Suntik Komitmen Kesungguhan Dan Disiplin Semasa Workout Aku Kisah Berat Badan

Tiga Jenis Gadget Senaman Perlu Beli Suntik Komitmen Kesungguhan Dan Disiplin Semasa Workout Aku Kisah Berat Badan

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 525 hits
Bila 3 baby bergabung Amazfit Sudio T2 SkechersRasa puas sangat workout lewat petang lepas balik kerja 1 SkechersGoWalk6 yang latest sekarang memang padu Bantu 100 lutut juju dari injured dan elak kaki melecet saat lakukan senaman berjalan ...
Buasir Otak Tv Jenis Jenis Alasan Datang Lambat Ke Sekolah

Buasir Otak Tv Jenis Jenis Alasan Datang Lambat Ke Sekolah

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 362 hits
Bila pelajar hadir lewat telat ke sekolah ada aja alasannya yang kadang kadangnya tak masuk akal Jom tonton animasi ini
Kisah Seram Pelajar Universiti Tempatan Diganggu Jelmaan Wanita

Kisah Seram Pelajar Universiti Tempatan Diganggu Jelmaan Wanita

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 192 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah kali ini kita bertemu lagi untuk rancangan Kisah Seram Apa Minggu Ini Baiklah kisah kali ini merupakan sebuah nukilan Naziera Afandi sebuah kisah s...
Demokrat Harap Pilpres 2024 Tidak Hanya Diikuti Dua Paslon

Demokrat Harap Pilpres 2024 Tidak Hanya Diikuti Dua Paslon

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 193 hits
Deputi Badan Pemenangan Pemilu DPP Partai Demokrat Kamhar Lakumani berharap Pilpres 2024 tak hanya menghadirkan dua poros di mana hanya ada dua pasangan calon Alasannya proses politik yang mengakibatkan terbelahnya masyarakat seperti pada P...
Dua Kesilapan Besar Ramai Lakukan Apabila Memulakan Bisnes Secara Online

Dua Kesilapan Besar Ramai Lakukan Apabila Memulakan Bisnes Secara Online

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 323 hits
Dah lama saya tak kongsikan beberapa tips mengenai berniaga online ni Hari ini saya nak kongsikan perkara penting khususnya untuk mereka yang mencari peluang untuk menjalankan perniagaan online Al maklumlah sejak pandemik melanda ini ramai ...
Lirik Ma Dua Penawa Nelsi Marten

Lirik Ma Dua Penawa Nelsi Marten

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 247 hits
tempon kasisolan tatang sikundunan kadasipakaboro mesannanganapa senga mo dukatanan penammu rendengtang susi tonna dolona gaumu kaborotangku kapang tongan kaborokuma dua penawa ko iko rendenglendu mepandingan tu mintu penggauranmumu pesalai...
Dua Tahun Menanti Siti Badriah Umumkan Kabar Kehamilannya Masih Nggak Percaya

Dua Tahun Menanti Siti Badriah Umumkan Kabar Kehamilannya Masih Nggak Percaya

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 298 hits
Sempat dicibir karena tak kunjung hamil hingga membuatnya depresi Sibad pun tak henti hentinya mengucap syukur atas karunia Tuhan yang satu ini
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba