Kisah Seram Pelajar Universiti Tempatan Diganggu Jelmaan Wanita


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, kali ini kita bertemu lagi untuk rancangan "Kisah Seram Apa Minggu Ini?". Baiklah kisah kali ini merupakan sebuah nukilan Naziera Afandi, sebuah kisah seram ringkas tetapi cukup seram dan misteri. Nak tahu apa yang seram dan apa yang misteri? Jom sama-sama kita baca kisah seram ini

KISAH SERAM : PELAJAR UNIVERSITI TEMPATAN DIGANGGU JELMAAN WANITA
Hari itu, tanggal 25 September 2005, bermulalah kehidupan aku sebagai seorang pelajar di sebuah universiti terkemuka di utara Malaysia. Baru masuk hari pertama aku di minggu orientasi. Aku berkenalan dengan ramai pelajar lain, ada juga yang merupakan teman sebilik aku. Aku ni peramah orangnya

Bercerita tentag bilik, aku tiggal di dorm pelajar wanita yang menempatkan 8 orang pelajar di satu bilik. Fatihah, merupakan teman sekatilku. Dia tidur di katil bawah, manakala aku di katil atas. Bilik kami merupakan yang paling hujung dan paling jauh dari tandas

Nak dijadikan cerita, semasa pagi hari ketiga orientasi, aku dan Fatihah ada terserempak dengan makcik cleaner bernama Makcik Yah semasa hendak turun ke dewan. Makcik Yah tugasnya membersihkan blok kami dan juga blok hadapan pada setiap hari. Makcik Yah memang baik, hari pertama kami disitu sudah  banyak dia berikan nasihat dan ada juga sekali sekala belikan kami makanan dari kafe

"Asalamualaikum makcik, kami nak ke orientasi ni" sapa aku lembut

"Baiklah. Elok-elok jalan ya" pesan Makcik Yah

"Baik makcik!" kami kami serentak

"Eh lupa makcik nak pesan. Kamu nanti kalau nak pergi tandas waktu malam, eloklah berteman ya. Pesan pada rakan-rakan bilik kamu sekali"

"Kenapa pula makcik?"

"Saja makcik pesan, sebab kamu tu orang puan, eloklah berteman"

"Saya kalau nak kemana-mana memang berteman makcik, saya ni penakut orangnya" balas Fatihah sambil tersengih-sengih

"Eleh kau, aku tak payah berteman pun takpa. Rilek je sorang-sorang, nak takut apa" kata aku dengan riak

Makcik Yah hanya tersenyum melihat gelagat kami kemudian berlalu pergi. Kami juga tergesa-gesa ke dewan sambil berlari anak menandakan kami sudah lewat

Jam menunjukkan sudah jam 6 petang, orientasi sudah berakhir. Kami pulang ke bilik masing-masing untuk berehat sebelum ke masjid malam nanti  untuk solat isyak berjemaah. Sampai saja di bilik, Fatihah terus melabuhkan badannya ke katil

"Ah letihnya, aku rasa mengantuk ni. Nanti dah dekat waktu maghrib kejut aku ya" pesan Fatihah kepada kami rakan sebiliknya

Aku juga sempat berehat sebentar sebelum tiba-tiba perutku meragam. Salah makan mungkin. Aku bangun dan terus ke tandas. Hari sudah makin gelap dan hampir masuk waktu senja


BACA JUGA : Pemuda Kongsi Pengalaman Melihat Pontianak
Dalam perjalanan ke tandas tu, aku terserempak dengan Makcik Yah sekali lagi

"Makcik tak balik lagi ke?" soalku

"Belum. Kejap lagi makcik balik. Tadi makcik ada nampak kawan kamu Fatihah ke tandas seorang diri, tadi pagi aktanya dia tak berani ke tandas sorang-sorang, itu makcik tegok elok je. Laju pulak tu perginya, tak sempat makcik tegur"

"Fatihah? Oh, dia kat biliklah makcik" kataku sambil tergesa-gesa kerana sudah tidak tahan hendak ke tandas

"Okay makcik, saya pergi dulu"

Makcik Yah hanya memandangku pergi sambil tersenyum

Di tandas, ada beberapa orang pelajar. Bahkan semua tandas penuh. Aku terpaksa ke tandas hujung. Sebaik sahaja selesai urusanku, aku terdengar azan Maghrib berkumandang

'Fatihah tu entah dah bangun ke belum' detik hatiku

Aku keluar dari tandas hujung tu, terus ternampak susuk Fatihah di sinki paling hampir dengan pintu utama keluar tandas. Hanya kami berdua ada disitu

Aku langsung ke sinki berselang dua buah darinya untuk membasuh tangan

"Ha, aku ingatkan kau tidur lagi. Boleh pulak perut aku memulas tadi, sakit betul"

"Taklah, bangun dah. Aku cari jugak kau tadi, aku nak kau hantar aku balik rumah" Fatihah membalas

"Rumah apa pulak kau ni. Merepek je. Ni kau buat apa kat sini, mandi ke?"
"Aku gosok gigi"

"Gosok gigi?"
"Ya.. gosok.. gigi..." sambil perlahan-lahan  menoleh ke arah aku


BACA JUGA : Sekeluarga Diganggu Ketika Bercuti di Langkawi
Aku terpaku dan menggigil seluruh badan. Mulut fatihah terbelah dari telinga kiri ke telinga kanan. Giginya berdarah-darah. Tangannya pucat. Matanya memandang tepat ke anak mataku seolah-olah tidak mahu melepaskan aku. Aku hampir jatuh namun sempat memaut di sinki. Aku ingin keluar tetapi pintu tandas telah pun dihalang oleh lembaga itu

Aku berlari ke dalam bilik mandi dan menjerit sekuat-kuat hatiku. Selari dengan azan yang masih lagi berkumandang, makin kuat suara aku menjerit. Takut, nangis, pelbagai perasaan bercampur baur datang. Tidak pernah aku menjerit sekuat itu seumur hidupku. Sungguh aku sangat takut. Aku menangis semahunya

Tiba-tiba pintu bilik mandi diketuk berkali-kali;
"Ziera, buka! Kami ni," suara Fatihah dan rakan-rakan yag lain kedengaran

"TAK, kau hantu, pergi! Dasar syaitan!" aku cuba melawan suara tadi

"Ni aku lah, bukak pintu. Ustazah Hafizah ada sekali ni" suara Fatihah seolah-olah sebak dan ingin menangis

"Ya Ziera, saya ada disini. Buka pintu" jerit Ustazah Hafizah pula

Masing-masing seolah-olah sangat risau akan aku. perlahan-lahan aku membuka pintu, mereka sudah berada di hadapan aku bersedia untuk membantu

"Fatihah ni han han hantu ustazah, mulut dia ni terkoyak lusa tadi, darah, gosok gigi pastu tengok saya... pucat... saya takut" berterabur ayatku bila aku cuba menceritakan apa yang terjadi, sambil menangis

Ustazah segera memelukku dan menyebut nama-nama Allah dengan perlahan. Aku dibawa keluar, sambil keluar, aku sempat memandang sinki tempat Fatihah gosok gigi tadi, aku ternampak berus giginya masih ada disitu. Sekali lagi aku menjerit dan langsung pengsan

Tersedarnya aku, aku sudah berada di bilik dorm. Badanku masih menggigil. Sejuknya hanya Allah yang tahu. Aku segera bangun  untuk mencari Fatihah. Rupanya dia setia disisiku dari tadi

"Kau buat apa kat tandas tadi, baik kau cakap betul-betul, aku tak suka kena main macam ni!," tegasku

"Mana ada aku pergi tandas, tadi kan aku tidur. Bila dah nak masuk waktu maghrib baru Fiza kejut aku. Aku capai tuala nak bersiap-siap untuk mandi, masa tu lah kami semua dengar kau menjerit. Satu blok dengar kau jerit" jelas Fatihah

"Aku... a..ku..aku takut" terketar-ketar suaraku menahan sebak dan perasaan takut. Airmata tidak henti-henti berjurai dipipi. Perasaan ini tidak mungkin dapat aku jelaskan kepada sesiapa, hanya yang mengalaminya saja faham

Fatihah peluk aku dan minta aku beristghfar. Sesudah pelajar lain solat isyak, Ustaz Azman datang melawatku

"Saya datang bukan nak tanya awak nampak apa, saya tahu apa yang awak nampak. Cuma saya nak tanya, awak ada berbual atau  janjikan apa-apa ke dengan dia?" ujar Ustaz dengan penuh lembut

"Takda ustaz. Dia cuma ada cakap, dia nak saya hantar dia balik rumah, tapi saya tak faham maksudnya apa. Saya ingatkan Fatihah hanya bergurau."
"Baiklah saya faham. Soalan akhir saya, kamu ada terima atau ambil apa-apa barang yang bukan milik kamu semasa kamu sampai ke sini?"
"Takda ustaz" jawab aku lemah

"Eh Ziera, aku teringat sesuatu. Kau ingat tak kau ada cakap yang gelang batu Makcik Yah cantik, lepas tu Makcik Yah terus buka dan sarungkan kat tangan kau?" Fatihah mencelah

Sejujurnya aku masih belum berani hendak memandang wajah Fatihah, aku masih trauma

"Ya, betul apa yang Fatihah cakap tu ustaz, ni gelangnya" sambil aku menghulur tangan aku

"Allahuakbar, Makcik Yah mana pulak ni!" kata ustaz

Ala Makcik Yah cleaner tu" jawabku

"Lailahaillallah, Allah Maha Besar! Ziera, Fatihah, kamu dengar baik-baik ya, Makcik Yah yang kami sebutkan itu sudah meninggal dunia dua minggu sebelum kamu memulakan orientasi disini"

Sekali lagi, fikiran ku kosong. Aku termenung jauh seperti orang sudah hilang akal. Seperti sudah hilang kewarasan. Fatihah terduduk mendengarnya. Dia memandangku sambil bertanya-tanya, dengan siapa kita bual, apa benda dia bagi kita makan Ziera! Aku hanya berdiam. Sudah tidak ada perkataan mampu aku ucapkan. Aku lemah sangat. Aku hanya mahukan ibu bapa ku. Allahuakbar.

Ustaz segera mengambil gelang itu dan ingin memulangkan kepada keluarag arwah Makcik Yah

Malam itu juga, keluarga aku dan Fatihah datang untuk mengambil kami. Mujur keluarga kami tinggal tidak jauh. Aku sudah tidak ada hati untuk belajar dan tinggal disana.  Terlalu berat apa yang aku alami

Dalam perjalanan pulang ke rumah, aku menerima sms dari Fatihah yang tertulis;
"Terima kasih Ziera sudah menghantar aku pulang," dengan ber emoji senyum

TAMAT
SUMBER : Naziera Afandi

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2021/10/kisah-seram-pelajar-universiti-tempatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Profesor Pelajar Fakulti Perundangan Sbs Kongsi Pelakon Utama Why Oh Soojae

Kisah Profesor Pelajar Fakulti Perundangan Sbs Kongsi Pelakon Utama Why Oh Soojae

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 146 hits
Why Oh Soo jae ialah sebuah drama menceritakan mengenai seorang wanita yang melakukan kesilapan dalam hidup dan hidup berjaya dalam keadaan yang salah Selepas dia jatuh cinta dengan seorang lelaki muda dia mula mengubah jalan hidupnya dan b...
Nak Pegang Peluk Anak Sekejap Pun Tak Boleh Dituduh Curang Wanita Ini Tampil Cerita Kisah Sebenar

Nak Pegang Peluk Anak Sekejap Pun Tak Boleh Dituduh Curang Wanita Ini Tampil Cerita Kisah Sebenar

papar berkaitan - pada 10/10/2021 - jumlah : 508 hits
Tular satu perkongsian di Facebook apabila seorang wanita mendakwa sudah tiga tahun tidak berpeluang berjumpa anak sendiri Malah dia juga mengatakan dilarang berhubung melalui panggilan telefon atau Whatsapp Setelah hampir 3 tahun tak dapat...
Hiburan Hantar Sihir Kalau Tak Teman Video Call Wanita Dedah Group Chatting Seram Di Ig

Hiburan Hantar Sihir Kalau Tak Teman Video Call Wanita Dedah Group Chatting Seram Di Ig

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 223 hits
Baru baru ini tular di media sosial apabila seorang wanita mendedahkan bahawa dia telah memasuki sebuah kumpulan sembang yang menyeramkan di media sosial Instagram ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementCerita wanita tersebut group tersebut diperca...
Kisah Seram Gangguan Perempuan Tua Tepat Jam 12 Malam

Kisah Seram Gangguan Perempuan Tua Tepat Jam 12 Malam

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 290 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraSetelah sebulan tanpa sebarang episod kisah seram akhirnya rancangan Kisah Seram Apa Minggu Ini kembali bersiaran Kisah kali ini merupakan satu kisah menarik dimana sekeluarga bercuti di sebuah lokasi di T...
Seram Kisah Pengantin Hidup Dan Mati

Seram Kisah Pengantin Hidup Dan Mati

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 193 hits
Ni kisah pengantin satu idop satu mati copy paste dari email jangan tengok kalau takut Alkisah mcm ni ceritanya Tulisan ini awalnya ditulis dalam bahasa Cina Kemudianditerjemahkan ke dalam bahasa Inggris Seorang guru sejarah melakukan riset...
Hiburan Joy Revfa Seram Tengok Kes Libatkan Pendakwah Kongsi Tips Elak Wanita Tepis Godaan

Hiburan Joy Revfa Seram Tengok Kes Libatkan Pendakwah Kongsi Tips Elak Wanita Tepis Godaan

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 320 hits
Usahawan kosmetik terkenal Joy Revfa sebelum ini ada mendedahkan bahawa dia pernah diganggu lelaki yang menggelarkan diri mereka sebagai pendakwah dan ustaz ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementBerikutan itu Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah M...
Hiburan Bantu Pelajar Universiti Lariskan Produk Di Ig Niat Murni Pu Riz Raih Perhatian Peminat

Hiburan Bantu Pelajar Universiti Lariskan Produk Di Ig Niat Murni Pu Riz Raih Perhatian Peminat

papar berkaitan - pada 9/10/2021 - jumlah : 234 hits
Menerusi sebuah hantaran di Instagram Story suami kepada Neelofa Haris Ismail dilihat berbesar hati membantu seorang individu yang ingin mempromosikan perniagaan menjual gincu bibir secara maya ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementDifahamkan indi...
Perghh Tedia Parah Kenal Secara Atas Talian Wanita Perdaya Sugar Daddy Hingga Raih Jutaan Ringgit

Perghh Tedia Parah Kenal Secara Atas Talian Wanita Perdaya Sugar Daddy Hingga Raih Jutaan Ringgit

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 274 hits
Wanita itu mahu menggunakan wang yang diperoleh untuk mengejar impiannya sebagai pereka hiasan dalaman Foto Vagner Vidal Hyde News Pictures Ltd BUTA kerana cinta Mungkin itulah yang dapat digambarkan mengenai nasib Henry Sless 65 seorang pe...
Anda Peminat Makanan Korea Wanita Ini Kongsikan 12 Resipi Yang Diolah Ikut Tekak Melayu

Anda Peminat Makanan Korea Wanita Ini Kongsikan 12 Resipi Yang Diolah Ikut Tekak Melayu

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 237 hits
Ada peminat makanan Korea ke kat sini Sila angkat tangan Kalau anda teringin nak makanan Korea boleh buat sendiri mengikut resipi ini Peminat makanan Korea Aley Arif berkongsi resipi makanan makanan yang selalu dibuatnya apabila craving ter...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord