Kisah Seorang Janda Dan Sebiji Terung


Di Damsyiq (Dimascus) terdapat sebuah masjid besar yang diberi nama Masjid at-Taubah. Ia merupakan sebuah masjid yang diberkati, indah dan mendamaikan. Tapak masjid itu asalnya sebuah gedung tempat berlaku segala macam maksiat.

Gambar hiasan

Pada kurun ke 7 Hijriah, seorang raja yang memerintah ketika itu membeli gedung tersebut, meruntuhkan dan membina di atas tapaknya sebuah masjid.

Lebih kurang 70 tahun lalu, di masjid itu terdapat seorang syeikh atau mahaguru yang alim mendidik umat Islam di kampung itu. Namanya Syeikh Saleem as-Suyuti. Dia sangat dihormati oleh penduduk setempat. Mereka menjadikannya tempat rujukan dalam semua urusan sama ada urusan dunia atau akhirat.

Di masjid itu juga terdapat seorang murid yang sangat miskin tetapi terkenal dengan kemuliaan akhlak dan budi pekerti yang luhur. Dia tinggal di sebuah bilik yang terdapat di dalam masjid.

Suatu ketika, dia diserang kelaparan yang tidak mampu ditahan kerana sudah dua hari tidak menjamah makanan dan tidak ada wang langsung untuk membeli makanan. Masuk hari ke tiga, dia rasa seolah-olah dia akan mati kebuluran. Lalu dia berfikir apa yang patut dilakukan.

Pada pendapatnya, keadaannya telah sampai ke tahap darurat yang mengharuskannya memakan bangkai atau mencuri sekadar yang diperlukan. Maka dia memilih untuk mencuri.

Masjid itu terletak di sebuah kampung di mana kedudukan rumahnya rapat-rapat dan bumbungnya bersambung antara satu sama lain. Seseorang boleh berjalan meniti dari bumbung ke bumbung bermula dari awal kampung sehingga ke hujungnya.

Si miskin tadi memanjat bumbung masjid dan meniti bumbung-bumbung rumah untuk mencari makanan.

Apabila dia terpandang wanita di dalam rumah, dia akan segera menjaga mata dan menjauhkan diri dari rumah itu.

Akhirnya dia ternampak sebuah rumah yang kosong dan terhidu bau makanan yang menyelerakan.

Perasaan lapar yang menguasai dirinya menjadikan bau makanan itu bagaikan magnet yang menarik-nariknya dengan kuat agar mengambilnya. Lalu dia melompat dari bumbung memasuki rumah tersebut. Dia terus ke dapur dan membuka periuk.

Didapati di dalam periuk itu beberapa biji terung yang telah dimasak, lalu dia mengambil sebiji. Kerana kelaparan yang teramat sangat, dia tidak menghiraukan kepanasan terung yang baru dimasak, lantas terus menggigitnya.

Ketika hampir-hampir menelan terung itu tiba-tiba akalnya yang dipenuhi ilmu agama yang dituntutnya selama ini di masjid menyergahnya!

Hatinya berbisik, "Aku berlindung dengan Allah! Aku seorang penuntut yang tinggal di dalam masjid, kemudian aku menceroboh masuk ke dalam rumah orang dan mencuri makanan yang ada di dalamnya?"

Dia rasa terlalu besar dosa yang telah dilakukan. Dia amat menyesal dan beristighfar. Terung yang telah digigit itu dikembalikan di tempatnya. Dia segera keluar dari rumah itu dan terus kembali ke masjid.

Ketika itu Syeikh sedang mengajar, lalu dia duduk di dalam halaqah bersama murid-murid lain. Namun kelaparan yang mencengkam dirinya menjadikan dia tidak dapat memberi tumpuan pada pengajaran Syeikh dan tidak faham apa yang didengarnya.

Setelah sesi pengajian tamat, semua murid-murid beredar dari halaqah. Tiba-tiba muncul seorang wanita dalam keadaan berselubung menutup seluruh tubuh seperti kelaziman wanita-wanita di kampong itu. Wanita itu berkata sesuatu kepada Syeikh, tetapi murid itu tidak mendengar apa yang dikatakannya.

Syeikh memandang sekeliling. Dia tidak nampak ada orang lain di dalam masjid selain murid yang miskin itu.

Syeikh memanggilnya dan bertanya, adakah kamu telah berkahwin? Dia menjawab, tidak!

Syeikh bertanya, adakah kamu ingin berkahwin? Dia diam.

Syeikh bertanya sekali lagi, adakah kamu ingin berkahwin?

Dia menjawab dengan jujur bahawa dia tidak mempunyai wang untuk membeli sesuap makanan untuk dirinya, maka untuk apa dia hendak berkahwin?

Syeikh berkata kepadanya bahawa wanita ini kematian suami. Dia orang asing di sini. Dia juga tiada sesiapa lagi di dunia ini kecuali seorang bapa saudara yang telah tua dan miskin yang tinggal bersama dengannya.

Syeikh menunjukkan ke arah seorang lelaki tua yang duduk di sebuah sudut halaqah. Syeikh berkata lagi bahawa wanita ini telah mewarisi rumah dan harta peninggalan suaminya.

Dia mahu berkahwin mengikut sunnah Allah dan Rasul supaya dia tidak bersendiriann kerana dibimbangi akan menjadi tumpuan orang-orang jahat serta pergaulan yang haram. Jadi, adakah kamu mahu menikahinya?

Murid itu terus menjawab, ya!

Syeikh berpaling ke arah wanita itu dan bertanya, mahukah kamu menerimanya?

Wanita itu menjawab, ya!

Maka Syeikh memanggil bapa saudaranya dan dua orang saksi. Syeikh menikahkan mereka berdua dan membayar maskahwin bagi pihak muridnya.

Setelah selesai aqad, Syeikh berkata kepada muridnya, pimpinlah tangannya. Wanita itu memegang tangan suaminya dan membawanya pulang ke rumah.

Setelah memasuki rumah, dia membuka kelubung yang menutupi mukanya, barulah murid itu dapat melihat wajah isterinya yang muda dan jelita.

Dia juga amat terkejut kerana rumah itu adalah rumah yang dia masuki sebentar tadi dan telah mencuri makanan daripada dapurnya.

Isteri bertanya kepada suaminya, adakah kamu telah makan? Dia menjawab, ya!

Dia membuka periuk dan melihat terung yang telah digigit. Dia berkata dengan hairan, siapa yang masuk ke dalam rumah dan menggigit terung?

Murid itupun menangis sambil menceritakan apa yang telah berlaku.

Isterinya berkata, inilah hasil amanah. Kamu menjauhkan diri dari terung yang haram, maka Allah berikan kamu rumah serta tuannya sekali dengan halal.

Diceritakan oleh Syeikh Ali at-Tantawi di dalam Muzakkiratnya dan dia berkata bahawa kisah ini benar-benar berlaku dan beliau kenal semua individu yang terlibat di dalam kisah tersebut.

Pengajarannya, Tinggalkan Yang Haram Allah SWT bagi Yang Halal!

BACA INI JUGA:
10 Bahasa Tubuh Wanita Yang Membuat Lelaki TergodaTak Habis-habis Kisah Janda Kaya Yang Kehausan
-SENTIASAPANAS.COM



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2013/11/kisah-seorang-janda-dan-sebiji-terung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semua Tahu Aliff Macam Mana Jangan Salahkan Saya Janda Anak Seorang

Semua Tahu Aliff Macam Mana Jangan Salahkan Saya Janda Anak Seorang

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 2055 hits
Akibat penularan gambar gambar panas dengan Aliff Aziz gadis bernama Meri Meifina tampil mempertahankan diri Jelas Meri gambar terbabit adalah gambar lama ketika mereka di kelab malam dan tak perlu diperbesarkan Terima kasih kerana viralkan...
Kisah Seorang Eksekutif Bank Dan Anak Yatim

Kisah Seorang Eksekutif Bank Dan Anak Yatim

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 272 hits
Assalamualaikum wr wb Sahabatku rahimakumullah Seorang Eksekutif Bank dari sebuah Bank Asing ternama sedang berada dipuncak karir yang rasanya apapun bisa ia peroleh dengan uang dan jabatan yang ia miliki saat itu Dunia telah berada dalam g...
Bermainlah Di Syurga Ibu Reda Seorang Kembar Pergi Dulu Perkongsiannya Di Pa Matv

Bermainlah Di Syurga Ibu Reda Seorang Kembar Pergi Dulu Perkongsiannya Di Pa Matv

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 237 hits
Asalnya ada dua anak di dalam kandungan kembarnya Namun yang mampu didakap kini hanya seorang kerana seorang lagi sudah pun berada di syurga Segalanya sudah ditentukan Allah Perkongsian Puan Maizatunnajuwa daripada rancangan TV episod 8 Uji...
Sprm Tahan Seorang Lagi Anggota Turut Panggil Pengarah Jpj Pulau Pinang

Sprm Tahan Seorang Lagi Anggota Turut Panggil Pengarah Jpj Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 527 hits
PULAU PINANG 7 Mei Ketua Pembantu Penguat Kuasa Gred KP22 menjadi pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan negeri terbaharu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bersabit kes rasuah lori kebal Pegawai berusia 52 tahun itu hadir ke i...
Pelukis China Hasilkan Lukisan Seorang Wanita Hidup Jerawat Helaian Rambut Bulu Baju Semua Nampak

Pelukis China Hasilkan Lukisan Seorang Wanita Hidup Jerawat Helaian Rambut Bulu Baju Semua Nampak

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 926 hits
Pelukis China Hasilkan Lukisan Seorang Wanita Hidup Jerawat Helaian Rambut Bulu Baju Semua Nampak Individu yang dianugerahkan dengan bakat seni yang kreatif memang unik dan luar biasa
Saya Memerlukan Seorang Suami Gara Gara Mak Bising Tak Kahwin Gadis All Out Iklankan Diri Cari Jodoh

Saya Memerlukan Seorang Suami Gara Gara Mak Bising Tak Kahwin Gadis All Out Iklankan Diri Cari Jodoh

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 564 hits
Saya Memerlukan Seorang Suami Gara Gara Mak Bising Tak Kahwin Gadis all out Iklankan Diri cari jodoh Serik dipertemukan dengan lelaki miang di aplikasi Tinder seorang gadis beralih ke platform Twitter dalam usahanya mencari jodoh secara ata...
Seorang Terduga Teroris Di Bekasi Merupakan Atlet Karate

Seorang Terduga Teroris Di Bekasi Merupakan Atlet Karate

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 271 hits
Densus 88 Antiteror Polri menangkap terduga teroris seorang remaja berusia 18 tahun berinisial YM Dia ditangkap di kawasan Rawalumbu Kota Bekasi Rabu malam YM disebut merupakan atlet Karate berprestasi
Dua Dua Sekali Marah Anak Takut Sekejap Lebih Baik Seorang Tegas Seorang Lembut

Dua Dua Sekali Marah Anak Takut Sekejap Lebih Baik Seorang Tegas Seorang Lembut

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 342 hits
Ibu marah cari ayah Ayah marah cari ibu Biasa berlaku kan Apa respon kita sebagai ibu dan ayah Keadaan ini selalu berlaku pada anak anak untuk mereka dapat perlindungan atas kesalahan yang dilakukan Sekali sekala bertegas dengan anak perlu ...
Suami Yang Macho Takkan Biar Isteri Seorang Diri Penat Apa Salahnya Tolong Sikit Sikit

Suami Yang Macho Takkan Biar Isteri Seorang Diri Penat Apa Salahnya Tolong Sikit Sikit

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 502 hits
Suami yang macho ialah suami yang rajin membantu tidak membiarkan isteri kepenatan seorang diri Bermula dari pagi hingga ke tengah malam tiada hentinya kerja seorang ibu menguruskan anak rumah tangga dan keluarga Badan akan berganda ganda p...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kenapa Berat Badan Bertambah Selepas Melahirkan Anak

Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini