Sprm Tahan Seorang Lagi Anggota Turut Panggil Pengarah Jpj Pulau Pinang




PULAU PINANG 7 Mei - Ketua Pembantu Penguat Kuasa Gred KP22 menjadi pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri terbaharu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersabit kes rasuah lori kebal.

Pegawai berusia 52 tahun itu hadir ke ibu pejabat SPRM di sini kira-kira pukul 10 pagi tadi untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan kes berkenaan.


Difahamkan, pegawai berkenaan hadir dalam keadaan belum sembuh sepenuhnya daripada kecederaan selepas dilaporkan terbabit dalam kemalangan jalan raya bulan lalu.


Malah, dia juga sepatutnya hadir memberi keterangan bersama seramai 21 pegawai JPJ yang ditahan dalam fasa ketiga bulan lalu, namun diberi pengecualian ekoran terlibat dalam kemalangan itu.


Menurut sumber SPRM, pegawai itu ketika ini sedang diambil keterangan namun djangka dibebaskan hari ini.

“Pegawai berkenaan sebelum ini dikecualikan hadir memberi keterangan kepada SPRM kerana masih dalam tempoh cuti sakit dan dia dijangka dibebaskan petang ini,” demikian menurut sumber berkenaan.

Sementara itu, sumber berkenaan memberitahu, SPRM semalam turut memanggil Pengarah JPJ negeri, Mohamat Johari Mat Nor untuk diambil keterangan sebagai saksi di ibu pejabat SPRM di sini.

Buat masa ini, tambahnya, SPRM tidak bercadang memanggil mana-mana bekas pengarah JPJ negeri yang lain bagi membantu siasatan.

Sejak terbongkarnya kes rasuah membabitkan lori kebal di negeri ini itu awal bulan lalu, SPRM sehingga kini telah menahan seramai 80 individu dengan lebih 70 daripada mereka merupakan penguat kuasa JPJ negeri.

Turut ditahan ialah bekas anggota Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan orang awam terdiri daripada proksi, tonto dan pemilik syarikat lori terlibat.

Daripada jumlah itu juga, seramai 31 penguat kuasa JPJ dibenarkan ditahan reman selama seminggu dalam tiga fasa bagi membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Kesemua mereka ditahan bagi membantu siasatan berhubung kegiatan rasuah melindungi pemandu-pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan raya khususnya membawa lebih muatan di sekitar negeri ini.

Semua penguat kuasa JPJ gred 19 hingga 32 itu dipercayai menerima bayaran bulanan sebanyak RM10,000 sebulan dan sehingga kini jumlah terkumpul bagi kesemua wang rasuah tersebut sudah melebihi RM140,000. - UTUSAN ONLINE

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/05/sprm-tahan-seorang-lagi-anggota-turut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tujuh Pegawai Dan Anggota Polis Ipd Pekan Di Tahan Sprm

Tujuh Pegawai Dan Anggota Polis Ipd Pekan Di Tahan Sprm

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 535 hits
KUANTAN Seorang pegawai polis berpangkat inspektor bersama enam anggota polis berpangkat lans koperal dan koperal dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia semalam Pengarah ...
Jpj Pulau Pinang Lelong 100 Kenderaan Bernilai Rm2 3 Juta

Jpj Pulau Pinang Lelong 100 Kenderaan Bernilai Rm2 3 Juta

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 1000 hits
Acara lelongan awam oleh Jabatan Pengangkutan Jalan di pejabatnya di sini mendapat sambutan hangat apabila kira kira 570 orang awam hadir bagi membuat bidaan hari ini Daripada lelongan 100 buah kenderaan sita pelbagai jenis itu sebanyak RM2...
Sprm Tahan Timbalan Pengarah Jabatan Dbkl

Sprm Tahan Timbalan Pengarah Jabatan Dbkl

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 535 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan seorang timbalan pengarah jabatan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di sebuah hotel di Kuala Lumupur pagi tadi kerana disyaki terbabit dengan kesalahan rasuah Difahamkan lelaki itu ditahan kerana...
Wanita Punca Kegiatan Rasuah Pegawai Jpj Pulau Pinang Terbongkar

Wanita Punca Kegiatan Rasuah Pegawai Jpj Pulau Pinang Terbongkar

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 481 hits
Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan Pulau Pinang yang disyaki terlibat dalam kegiatan rasuah boleh menyalahkan seorang wanita yang terluka kerana menyebabkan mereka berdepan masalah dengan undang undang kata sumber yang rapat dengan penyiasa...
Berbuka Puasa Di Restoran Umi Dan Top View Restaurant Lounge The Top Pulau Pinang

Berbuka Puasa Di Restoran Umi Dan Top View Restaurant Lounge The Top Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 1058 hits
Hello pembaca kesayangan Kali ini Misz ella bawakan kisah dari puncak tertinggi di Pulau Pinang iaitu The Top yang terletak di Bangunan KOMTAR Georgetown Pulau Pinang Bersempena dengan bulan Ramadan dua restoran di The Top telah bersedia un...
Laparpo Cafe Tempat Makan Best Di Pulau Pinang

Laparpo Cafe Tempat Makan Best Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 1668 hits
LAPARPO CAFE TEMPAT MAKAN BEST DI PULAU PINANG Hi korang Sebelum masuk Ramadan Al Kareem ni biarlah El share dulu tempat makan best di Pulau Pinang Manalah tau kut korang boleh plan berbuka kat sinikan Yang bercuti ke Penang boleh singgah O...
Asri Anak Pulau Pinang Mustahil Beliau Tak Tahu Kecuali Fakta Diputarbelitkan

Asri Anak Pulau Pinang Mustahil Beliau Tak Tahu Kecuali Fakta Diputarbelitkan

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 368 hits
Guan Eng akan bertemu Dr Asri jelaskan hakikat DAP martabat IslamPada 5 Mei 2019oleh PENTADBIRAhli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim menegaskan bahawa DAP menghormati kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan seperti yang termaktub d...
Pas Gesa Pulau Pinang Gubal Akta Halang Sebar Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam

Pas Gesa Pulau Pinang Gubal Akta Halang Sebar Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 405 hits
Wakil tunggal PAS di Pulau Pinang semalam meminta kerajaan negeri menggubal undang undang bagi menghalang penyebaran agama bukan Islam kepada orang Islam Mohd Yusni Mat Piah berkata cadangan enakmen itu amat diperlukan memandang beberapa in...
Monolog Jiwa Menunggu Antara Bertahan Dan Menyerah

Lirik Lagu Sesaat Aina Abdul

Hutang Oh Hutang Peningnya Aku

Bayi Kembar Isteri Arwah Masdeh Rosmin Debaran Saat Kelahiran Cucu

Strawberry Manis

Ayam Goreng Berempah Dan Bab Sedekah Penghapus Dosa

Senarai Filem Tahun 2026

Makluman Gempa Bumi Lemah Di Perairan Batu Pahat Johor Pada 27 September 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


17 Tahun Menghilang Kumpulan X Factor Kembali Reunion Buat Peminat Teruja Helok Helok Walaupun Dah Berusia

Didakwa Tak Bayar Hutang Intan Najuwa Razman Razmi Beri Respon Henti Buli Kami Nak Kami Bun H Diri Ke

Tmj Mengulas Isu Fam Dan Fifa

Pemuda Tempuh Perjalanan Lebih Lapan Jam Demi Segulung Ijazah

Izz Wan Demo Ore Comey Chord

Canopy House By Studio Mk27 A White Prism Suspended In Brazil S Atlantic Forest