Kisah Sebenar Tragedi Karamnya Kapal Tldm Kd Sri Perak Di Laut China Selatan


Masih ingatkah tentang tragedi tenggelamnya kapal TLDM KD SRI PERAK?
Bekas anggota tentera laut, Ismail bin Abd Aziz 54 tahun, menceritakan catatan pengalaman hidup mati di laut dan berharap suatu hari nanti beliau akan dapat membukukan kisah yang dilaluinya bersama teman seperjuangan yang terselamat semasa tragedi tersebut.
Bekas Laskar Kelas 1 itu membuka bicara bersama penulis dengan berkata pengalaman yang bermula pada tanggal 08 Jan 1984 adalah sesuatu yang tidak akan dilupakan sampai ke akhir hayat.
Walaupun meninggalkan dunia ketenteraan pada 1990 namun ismail atau lebih mesra dipanggil pak mail, setiap detik cemas semasa tenggelamnya kapal itu dan pengalaman 78 jam atas pelampung menanti bantuan tiba masih segar dalam ingatan ismail bagaikan baru saja berlaku. Sesekali dahinya berkerut apabila menceritakan saat-saat berhadapan dengan maut ditengah-tengah lautan luas yang terbentang tanpa ketepian.
HARI KEJADIAN
Pelayaran KD Sri Perak bermula 06 Jan 1984 daripada pangkalan TLDM Lumut belayar secara konvoi bersama KD Sri Trengganu dan KD Hang Tuah ke Labuan. Ismail adalah 29 anggota dan pegawai diatas kapal malang itu dan beliau bertugas sebagai anggota radio. 
Separuh daripada anak kapal KD Sri Perak adalah muka baru termasuk ismail yang melapurkan diri diatas kapal itu pada 25 Dis 1983. KD Sri Perak berada dalam keadaan baik untuk memulakan perjalanan selepas baru menjalani penyelenggaraan di limbungan Kuala Terengganu. Pada 7 jan, konvoi kapal singgah di pangkalan malaysia di woodland singapura untuk bermalam sebelum belayar ke labuan pada keesokannya bagi siri latihan untuk pegawai kadet baru TLDM. Namun ketika berada di laut cina selatan antara semenanjung dan sabah, sarawak KD Terengganu yang berada dibelakang KD Hang Tuah menghadapi masalah teknikal menyebabkan konvoi berpecah dua. KD Sri Perak yang berada paling belakang diarah menuju ke Labuan secara sendirian sementara KD Hang Tuah terpaksa mengiringi KD Sri Trengganu untuk mendapatkan bantuan. Ketika itu ombak kuat menghempas kapal hingga anak-anak kapal susah untuk beristirehat atau tidur serta jarak pemandangan yang terhad.
Akibat hempasan ombak yang terlalu kuat itulah dipercayai hatch atau penutup keselamatan atas geladak dihadapan kapal renggang menye- babkan air laut memasuki kapal sedikit demi sesikit katanya.
DETIK CEMAS
Ketika itu tiada siapapun yang menyedari air laut telah memasuki kapal dan sekitar 1630 ismail yang berada diburitan kapal dikejutkan dengan teriakan berkali-kali dari atas geladak yang meyuruh semuanya naik. Kapal berukuran kira-kira 30 meter panjang itu sudah mula tenggelam. Saya pergi kebahagian hadapan dan mendapati air telah naik sehingga paras betis. Saya kembali ke stesyen dan terus menghubungi stesen radio markas panglima armada namun tidak berhasil katanya.Pelbagai usaha dilakukan untuk memak- lumkan apa yang berlaku dan ismail turut mencuba membuat panggilan MAYDAY namun tetap tidak berhasil. Dengan dibantu ibrahim saya tetap cuba untuk berhubung menggunakan radio tetapi tiba-tiba radio GSB 800 kami senyap, kerdipan lampu pada radio terpadam dan radio itu tidak lagi berfungsi katanya.
Memandangkan haluan kapal semakin tengelam dan keadaan bertambah cemas, pemerintah kapal mengarahkan semua anak kapal berkumpul digeladak buritan dan pelbagai perasaan bermain dalam fikiran ismail pada masa itu. Menyedari kapal tidak lagi boleh diselamatkan anak kapal dan pegawai bersiap sedia menerima arahan selanjutnya daripada pemerintah kapal dan mereka diarahkan untuk membawa senjata masing-masing beserta peluru dengan 2 kelopak sahaja setiap anggota bagi kesiagaan mereka ketika berada di dalam pelampung keselamatan di tengah laut. Pegawai memerintah memaklum kan satu daripada dua pelampung penyelamat dibahagian haluan telah hilang dipukul ombak. Atas inisiatif laskar kanan bakar satiman dan laskar kelas 2 yang dikenali sebagai mokhti mereka memotong tali yang diikat pada pendakap dan mencam pakkan pelampung keselamatan ke laut. Haluan kapal ketika itu tenggelam 45 darjah menyebabkan ada anak kapal menggelongsor dan terpaksa berpaut pada mana-mana besi untuk menyelamatkan diri dan ada juga yang terjatuh kelaut. Ia berlaku terlalu pantas dan kami terpaksa terjun ke laut menyelamatkan diri. Pelampung penyelamat yang dicampakkan kelaut terbuka dengan baik dan kami terus  berenang menuju ke pelampung katanya yang sempat melihat kapal itu tenggelam sepenuhnya ditengah lautan pada kira-kira 1700pm.
SAAT SEDIH
Ismail berkata ketika berada dalam pelmpung mereka melihat tiga daripada rakan dalam air yang langsung tidak bergerak dan berkemungkinan meninggal semasa tergelongsor kedalam laut. Mereka ialah pegawai laksana mohd fuad, laskar kanan kelas 2 sharani 22 dan mokhtar amir nawi 20. Kami teramat sedih melihat mayat rakan yang terapung itu sambil menangis dan mendoakan agar mayat mereka ditemua serta roh mereka ditempatkan bersama orang yang beriman kami tidak dapat mengambil mayat mereka kerana muatan pelampung telah tidak mengizinkan. Keadaan ombak yang kuat dan tinggi menolak pelampung dengan kuat mengikut arah angin sehingga dalam beberapa minit sahaja ketiga-tiga rakan itu hilang dari pandangan. Bersyukur kerana kejadian itu berlaku pada petang kerana masih siang jika malam mungkin lebih ramai lagi yang menjadi korban katanya. Tetapi pelam pung penyelamat yang hanya boleh menampung 15 orang kini menampung 26 orang dalam keadaan berhimpit himpit dengan masing- masing berada dalam posisi yang sama sepanjang masa.
Peralatan survival yang terdapat dalam pelampung penyelamat itu seperti air tin, biskut, alat memancing dan beberapa bahan lagi di kongsi bersama-sama. Ketika itu air menjadi keperluan yang amat penting. Dengan jumlah yang ramai bekalan tak cukup jadi kami banyak bergantung kepada air hujan untuk diminum sepanjang 4 hari 3 malam ditengah lautan katanya....
HARI YANG PANJANG
Semasa terapung dilaut tanpa arah, masa berlalu dirasakan amat perlahan katanya. Pada malam pertama itu kami melihat satu cahaya terang jauh diufuk iaitu sebuah kapal dagang yang bergerak seakan menghampiri kami. Saya mengambil pistol kecemasan "Flare" untuk dinyalakan bagi menarik perhatian kapal selain rakan menjeri-jerit minta tolong. Tapi sebab alunan ombak kuat, ditambah kegelapan malam sukar bagi kapal itu melihat kami yang kecil dilautan yang luas dan kami hanya mampu melihat dengan kecewa kapal itu berlalu, " katanya. Masuk hari kedua dan ketiga ditengah lautan kekuatan hati mula tercabar dan  masing-masing mula merasa bimbang akan nasib yang bakal menimpa sekiranya bantuan tidak juga datang.
Dengan kaki yang kejang kerana tidak boleh bergerak dan berlunjur dalam keadaan berhimpit himpit itu serta tidur yang hanya sekadar melepaskan pedih di mata cukup mencabar emosi dan fikiran ketika itu. Bekalan makanan yang ada dipelampung juga semakin kehabisan. Masing-masing sudah mula bersuara meluah kan kebimbangan ada yg merintih meluahkan rasa sedih sekiranya ajal datang terutama yang telah ada keluarga. Smua itu sukar untuk diungkap kan ketika itu,"luahnya.
BANTUAN TIBA
Pada hari keempat, 11 jan mereka berdepan dengan masalah baru, pelampung itu semakin kekurangan angin mem buatkan perasaan bertambah bimbang.Menjelang tengah hari hujan sederhana lebat turun dan dengan air hujan itu ditadah untuk diminum. Selepas hujan berhenti, tiba-tiba mereka terdengar deruan enjin yang kuat diudara dan melihat sebuah pesawat jenis AP-3C ORION milik Tentera Udara Australia terbang rendah. Pesawat itu adalah daripada pasukan penyelamat yg terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat pasukan kami. Ismail berkata, beliau dan semua diatas pelampung melambai-lambaikan tangan ke arah kapalter bang itu dan ketika itu kegembiraan jelas terpampang pada raut wajah masing-masing malah ada yang menangis menjerit kesyu kuran termasuk dirinya.
Kapal terbang itu membuat satu pusingan dan kembali semula sambil melepaskan tembakan flare diempat penjuru pelampung kami untuk menandakan lokasi. Kemudian juruterbang membuat pusingan sekali lagi dan menjatuhkan bungkusan plastik berisi makanan dan minuman sebelum berlalu, katanya. Lebih kurang 1 jam kemudian, pada lebih kurang 1700pm, sebuah kapal dagang MV Thunderhead yang berada tidak jauh tiba untuk mengambil kesemua yang terselamat.
Beliau berkata ada antara anak kapal yang terpaksa dipapah naik keatas kapal kerana lemah dan kejang dikaki. Kesemua mereka kemudiannya diberi layanan dan makan minum diatas kapal itu sebelum mereka diambil pula oleh kapal KD Mahawangsa untuk diberikan bantuan sewajarnya. Keesokan harinya, 12 jan dua buah helikopter Nuri TUDM membawa mereka ke kuching sebelum menaiki pesawat Hercules C130 TUDM yang terbang ke ipoh. Mereka disambut oleh panglima tentera laut ketika itu Laksamana Madya Datuk Mohd Zain Mohd Salleh dan pegawai-pegawai kanan lain. Usaha mencari dan menyelamat  3 orang yang lemas dilautan terus dijalankan namun mereka gagal ditemui sehingga kini....
Demi sebuah kedaulatan negara ini kami rela berkorban demi mu malaysia....Copy and paste: Whatsapp Group Skot 139//80 Lumut

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://islamkuindah-sangat.blogspot.com/2019/12/kisah-sebenar-tragedi-karamnya-kapal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kualakurau Kapal Syarikat China Kena Sekatan As Elak Maritim Di Perak

Kualakurau Kapal Syarikat China Kena Sekatan As Elak Maritim Di Perak

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 380 hits
Sebuah kapal minyak yang data perkapalan menunjukkan ia diurus sebuah syarikat China yang dikenakan sekatan Amerika Syarikat enggan membenarkan pemeriksaan pihak berkuasa ketika berlabuh di perairan Malaysia kata agensi maritim Pengurus kom...
Penumpang Melahirkan Bayi Laki Laki Di Atas Kapal Laut

Penumpang Melahirkan Bayi Laki Laki Di Atas Kapal Laut

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 328 hits
Suryaningsih warga Surabaya Jawa Timur berhasil melahirkan bayi laki laki dengan selamat di atas kapal yang membawanya dari Bali ke Banyuwangi
Kapal Dagang Bersauh Tanpa Kebenaran Di Selatan Tanjung Penyusop Undang Bahaya

Kapal Dagang Bersauh Tanpa Kebenaran Di Selatan Tanjung Penyusop Undang Bahaya

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 219 hits
Astro Awani Gambar dari sumber APMM menunjukkan rupa kapal dagang dari Vietnam yang dilaporkan berlabuh tanpa kebenaran di perairan Kota Tinggi Foto APMM JOHOR BAHRU Sebuah kapal dagang dikesan bersauh di kawasan laluan utama kapal dagang y...
Lipi Minta Kkp Lindungi Benih Tuna Di Laut Selatan Jawa

Lipi Minta Kkp Lindungi Benih Tuna Di Laut Selatan Jawa

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 248 hits
Pelaksana Tugas Kepala Pusat Penelitian Laut Dalam Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia Nugroho Dwi Hartanto menjelaskan pihaknya menemukan perkembangan larva ikan tuna di laut Selatan Jawa Perkembangan tersebut ternyata berpotensi membantu m...
17 Tahun Kisah Trauma Akhirnya Aku Bongkar Kisah Sebenar Mengapa Aku Fobia Dengan Lelaki

17 Tahun Kisah Trauma Akhirnya Aku Bongkar Kisah Sebenar Mengapa Aku Fobia Dengan Lelaki

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 1291 hits
Salam readers Mohon admin approve post aku ni Sjk baca confession psl kes cabul ni aku dah tak boleh fokus exam esok Tak sangka kenangan buruk yg aku sangka aku dh lupa datang balik Seharian aku Menangis kt bilik Trauma tu Allah je tau Dah ...
Komik Kisah Kekejaman China Terhadap Etnik Uighur Buat Netizen Sebak

Komik Kisah Kekejaman China Terhadap Etnik Uighur Buat Netizen Sebak

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 769 hits
Baru baru ini Ohmedia ada melihat satu post di Twitter Osman Malek tentang kekejaman China terhadap seorang perempuan etnik Uighur yang bernama Mihrigul Tursun Ini kisah benar tau gais Haa korang bacalah komik dekat bawah ni Based on true s...
China Luncurkan Kapal Induk Buatan Dalam Negeri Pertama

China Luncurkan Kapal Induk Buatan Dalam Negeri Pertama

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 938 hits
Jakarta CNN Indonesia Angkatan Laut China meluncurkan kapal induk buatan dalam negeri yang pertama Shandong pada Selasa kemarin Selepas upacara kapal itu dilaporkan langsung diterjunkan di wilayah Laut China Selatan Sekitar 5 000 orang meng...
D Perapi Tebengau Tawarkan Hidangan Makanan Laut Segar

D Perapi Tebengau Tawarkan Hidangan Makanan Laut Segar

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 524 hits
D Perapi Tebengau Tawarkan Hidangan Makanan Laut Segar Hi korang Bulan lepas encik suami aka daddy pergi ride dengan kawan dia Destinasi yang dia pergi tak jauh pun Just kat Kuala Kedah Katanya nak pergi try Mee Udang di tempat viral iaitu ...
Tentera Laut Sahkan 2 Pegawai Dijangkiti Influenza A Keadaan Terkawal

Tentera Laut Sahkan 2 Pegawai Dijangkiti Influenza A Keadaan Terkawal

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 791 hits
KUALA LUMPUR Tentera laut mengesahkan 2 pegawainya yang bertugas di pangkalan Lumut Perak dijangkiti penyakit Influenza A Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut Diraja Malaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan keadaan itu ber...
Tattoos Raised And Itchy

Tattoos Portland Maine

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Jangan Risau Jika Tak Terkenal

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

Bila Pn Buat Pusingan U

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Lava168 1