Kisah Rm 3 7 Juta Ke Akaun Bekas Pegawai Khas Najib


Bekas pegawai khas Najib Razak hari ini menafikan bahawa AS$884,996.78 (RM3.7 juta) yang dimasukkan ke dalam akaun Bank BSI Switzerland beliau adalah ganjaran daripada ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho, yang juga dikenali sebagai Jho Low.

Amhari Efendi Nazaruddin, 43, berkata demikian dalam pemeriksaan balas oleh peguam Najib - Muhammad Shafee Abdullah pada hari kelima perbicaraan bekas perdana menteri itu berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB ).

Saksi pendakwaan kelapan itu juga tidak bersetuju dengan cadangan peguam bela itu bahawa beliau menerima wang itu daripada Jho Low kerana beliau telah banyak menolong Jho Low selama beberapa tahun.

Saksi itu juga tidak bersetuju dengan cadangan Muhammad Shafee bahawa akaun Bank BSI Switzerland itu, yang didakwa dibuka untuk tujuan politik, hanyalah satu rekaan atau imaginasi semata-mata.

Muhammad Shafee: Dalam penyataan saksi kamu, kamu ada menyebut bahawa kamu perlu bekerjasama dengan Jho Low untuk membuka akaun kerana kamu ditekan dan kehidupan serta karier kamu terancam?

Amhari Efendi: Ya.

Muhammad Shafee: Mengikut pemahaman kamu, siapa orang yang akan mengancam kamu? Najib?

Amhari Efendi: PM (Najib) berkuasa, kehidupan tidak semestinya bermaksud'nyawa'... juga tekanan dalam pekerjaan sehari-hari. Dan saya pun tak tahu apa yang diterjemahkan oleh Jho Low kepada PM dan bos saya (Datuk Azlin Alias, yang pada masa itu adalah Ketua Setiausaha Sulit Najib )...Tetapi selepas Jho Low pergi, Datuk Azlin telah menasihati saya supaya mengikut arahan Jho Low untuk membuka akaun di luar negara.

Muhammad Shafee: Kamu rasa ancaman itu daripada Pejabat Perdana Menteri atau perdana menteri (Najib)?

Amhari Efendi: Bukan secara langsung daripada perdana menteri. Jho Low telah mendapat restu daripada Najib.

Muhammad Shafee: Itu apa didakwa Jho Low (kepada kamu dan Azlin). Tidakkah kamu merasakan bahawa ancaman itu adalah daripada bos kamu sendiri (Najib) dan disampaikan melalui Jho Low?

Amhari Efendi: Sepertimana yang dikatakan Azlin dalam perbincangan sulit, ancaman tersebut tidak datang secara langsung daripada perdana menteri, tetapi secara tidak langsung daripada perdana menteri.

Muhammad Shafee: Ia dari Jho Low? Saksi itu menjawab "Jho Low".

Saksi itu juga berkata beliau tidak mengesyaki apa-apa apabila Jho Low menyuruhnya membuka akaun di luar negara.

Amhari Efendi berkata beliau tidak ada bertanya kepada Najib sama ada perdana menteri itu ada memberi kuasa kepada Jho Low dalam perkara ini (membuka akaun).

Muhammad Shafee: Kamu tidak pernah sampaikan fakta ini kepada beliau, bahawa Jho Low telah menyuruh kamu membuka akaun, awak "bulat-bulat" percaya kepada Jho Low dan tidak sedikitpun berusaha untuk datang balik dan memberitahu bos kamu (Najib)?

Amhari Efendi: Saya tidak pernah melakukan demikian. Tapi saya ikut Datuk Azlin...Saya pegawai bawahan, tak semudah jumpa Najib pada masa itu. Jadi, memang tidak ada ruang nak jumpa Najib.

Amhari Efendi juga berkata akaun Bank BSI yang dibukanya di Singapura mengikut arahan Jho Low pada 2012 itu didaftarkan bawah syarikat tidak aktif (shell company).

Amhari Efendi berkata Aerosphere Ltd adalah didaftarkan bawah nama beliau dan beliau adalah pemegang saham tunggalnya.

Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya untuk menerima rasuah sebanyak RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan keempat-empat kesalahan itu di AmIslamic Bank Berhad, cawangan Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di Kuala Lumpur antara 24 Feb 2011 dan 19 Dis 2014, dan untuk 21 pertuduhan lagi, antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013, di tempat yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung.

MK

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2019/09/kisah-rm-37-juta-ke-akaun-bekas-pegawai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekas Pegawai Khas Tertekan Najib Arah Ke China Selamatkan Hutang 1mdb

Bekas Pegawai Khas Tertekan Najib Arah Ke China Selamatkan Hutang 1mdb

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 450 hits
Bekas pegawai khas kepada Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau amat tertekan ketika diarahkan untuk pergi ke China bagi menjalankan tugas sulit menyelamatkan hutang 1Malaysia Development Berhad pada Jun 2016 Datuk ...
Pegawai Khas Najib Akui Pertemuan Sulit Dengan Jho Low

Pegawai Khas Najib Akui Pertemuan Sulit Dengan Jho Low

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 502 hits
Pegawai Khas Najib akui pertemuan sulit dengan Jho LowOleh September 04 2019Biarpun sebelum ini bekas PM Najib Razak berkali kali menafikan kenal Jho Low atau usahawan Cina itu menguruskan kewangannya bekas Pegawai Khas Najib Datuk Amhari E...
1mdb Amhari Akui Minat Jadi Pegawai Khas Najib

1mdb Amhari Akui Minat Jadi Pegawai Khas Najib

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 585 hits
Datuk Amhari Efendi Nazaruddin seolah olah terperangkap dengan soalan yang dikemukan oleh peguam bela mengenai ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low pada prosiding 1Malaysia Development Berhad hari ini Perbicaraan skandal 1...
Saya Tertekan Masuk Masjid Dan Bekas Gengster Kongsi Kisah Bertemu Adam Sebelum Peluk Islam

Saya Tertekan Masuk Masjid Dan Bekas Gengster Kongsi Kisah Bertemu Adam Sebelum Peluk Islam

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 563 hits
Saya Tertekan Masuk Masjid Dan Bekas Gengster Kongsi Kisah bertemu Adam Sebelum Peluk Islam Seorang bekas ahli kumpulan kongsi gelap tidak menyangka pertemuannya dengan seorang individu bernama Adam di sebuah masjid di sini membuka jalan un...
Lhdn Saman Anak Perempuan Najib Tuntut Rm10 3 Juta

Lhdn Saman Anak Perempuan Najib Tuntut Rm10 3 Juta

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 641 hits
Bernama Selepas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan anak lelakinya Datuk Mohd Nazifuddin disaman Lembaga Hasil Dalam Negeri kini anak perempuannya pula diarah membayar RM10 3 juta cukai pendapatan yang tidak dibayar dari 20...
Duit 1mdb Lah Bro Saksi Imbas Bekas Pembantu Najib Hilang Sabar

Duit 1mdb Lah Bro Saksi Imbas Bekas Pembantu Najib Hilang Sabar

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 442 hits
KES 1MDB Selepas pertemuan dengan Perdana Menteri Najib Razak ketika itu bekas ketua setiausaha peribadinya Azmin Alias mencampakkan sekeping fail dan menjerit Duit 1MDB lah bro kata seorang saksi ketika mengimbas kejadian berkenaan Amhari ...
Bicara 1mdb Pegawai Najib Ke China Bimbang Keselamatan Diri

Bicara 1mdb Pegawai Najib Ke China Bimbang Keselamatan Diri

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 416 hits
Bicara 1MDB Pegawai Najib ke China bimbang keselamatan diriOleh September 05 2019Rahsia hubungan antara bekas PM Najib Razak Jho Low dan projek China untuk menyelamatkan skandal 1Malaysia Development Berhad mula didedahkan di Mahkamah Tingg...
Pegawai Cabuk Najib Pun Kaya Raya

Pegawai Cabuk Najib Pun Kaya Raya

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 678 hits
JELAPANG ingat mahu berehat dari menulis lebih lama lagi tetapi bila terbaca keterangan Pegawai Khas Najib Razak Amhari Effendi Nazaruddin di mahkamah terasa hendak menulis semula Bukan apa Pegawai cabuk macam Amhari ini pun hidup penuh kem...
Sumber Pegawai Kanan Sprm Dipindah Dalam Penstrukturan Semula

Sumber Pegawai Kanan Sprm Dipindah Dalam Penstrukturan Semula

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 240 hits
Beberapa pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah dipindahkan dari ibu pejabatnya di Putrajaya sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula kata sumber Malaysiakini difahamkan antara pegawai yang dipindahkan ialah mere...
Ultimate Best Beef Burger Recipe Uk Bbc Good Food

Firdaus Cerita Gunting Rambut

Wafiy Sempat Tolak 2 Kawan Ke Tepi Dengan Kaki Sebelum Hanyut Dan Lemas Nenek

Teruskan Bersabar Nona

Punca Guru Bersara Awal Yang Ramai Orang Tidak Tahu

Kalau Tak Boleh Menyenangkan Jangan Menyusahkan

Sarapan Pagi Sabtu Bersama Anak Anak

Cara Guna Touch N Go Ewallet Untuk Isi Petrol Budi95 Panduan Lengkap Mudah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Netizen Puji Rita Rudaini Tak Ikut Bergosip Isu Fattah Amin Amira Othman

Saya Pendosa Yang Cuba Jadi Lebih Baik Luahan Nora Danish Buat Ramai Tersentuh

Komik Epik Lagenda Hang Tuah Akan Diterbit

Masa Dia Buat Rawatan Serangan Jantung Datang Ameng Kongsi Keadaan A Aida Darah Beku Di Jantung Amp Paru Paru

Masalah Dadah Di Tanah Rancangan Felda Tumpu Usaha Benteras Tokan Bukan Sekadar Kutip Penagih Semata Mata

Amat Memalukan Fam 7 Pemain Warisan Digantung 12 Bulan Didenda Fifa