Saya Tertekan Masuk Masjid Dan Bekas Gengster Kongsi Kisah Bertemu Adam Sebelum Peluk Islam


“Saya Tertekan, Masuk Masjid Dan…” – Bekas Gengster Kongsi Kisah bertemu ‘Adam’, Sebelum Peluk Islam! Seorang bekas ahli kumpulan kongsi gelap tidak menyangka pertemuannya dengan seorang individu bernama ‘Adam’ di sebuah masjid, di sini ‘membuka jalan’ untuknya memeluk Islam biarpun sebelum ini tidak pernah terlintas untuk berbuat demikian.
Baca:IPU Catat Angka Meningkat Di Kuala Lumpur, Tiga Buah Negeri
Saya Tertekan, Masuk Masjid
Abdul Rahman Abdullah, 38, atau nama asalnya Chee Yin Wei berkata pertemuan singkat yang tidak dijangka itu berlaku sekitar Julai tahun lepas di mana ketika itu dia berada dalam keadaan tidak tentu arah disebabkan pelbagai masalah.
“Saya berasa sangat tertekan disebabkan masalah rumah tangga, masalah hutang dan masalah gengsterisme saya sehinggakan saya telah masuk ke perkarangan masjid itu sebelum tanpa dijangka bertemu dengan Adam.
Saya Ceritakan Masalah Saya
“Saya kemudian menceritakan masalah saya kepada Adam dan selepas itu dia pelawa saya ikut solat Asar pada waktu itu dan walau pun saya bukan Muslim saya setuju dan dia ajar saya berwuduk dan minta ikut pergerakan solat sahaja,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Katanya, sepanjang melakukan solat itu, hatinya berasa cukup tenang dan berasa sangat sebak terutama ketika bersujud kerana memikirkan perbuatan dan dosa yang pernah dilakukan sebelum ini sekaligus membuatkannya memasang niat untuk memeluk agama Islam.
Saya Tertekan, Masuk Islam Selepas Dua Minggu
Abdul Rahman yang sebelum ini juga pernah bekerja sebagai tukang masak di Singapura berkata dia kemudiannya membuat kajian dan memahami mengenai agama Islam sebelum bertindak memeluk agama itu dua minggu kemudian.
“Pada 7 Ogos tahun lepas saya pergi menemui seorang imam di sebuah masjid di Jalan Pegawai, di sini dan mengucap dua kalimah syahadah di hadapan ahli jawatankuasa masjid itu, Alhamdulillah saya bersyukur dipilih terima hidayah tidak ternilai ini,” katanya.
Ibu Menghantar Ke Masjid
Abdul Rahman yang berasal dari Tongkang Yard, di sini berkata pada mulanya ibunya tidak bersetuju dengan tindakannya memeluk Islam, namun selepas diberikan penjelasan ibunya dapat memahaminya dan kini sentiasa menghantarnya ke masjid setiap kali solat Jumaat.
“Walaupun dulu saya dipandang hebat, bengis dan hidup senang, namun saya tinggalkan semua itu dan memilih Islam sebagai pegangan akidah walaupun mulanya susah meneruskan hidup kerana ditinggalkan rakan dan saudara mara selepas bergelar Muslim,” katanya.
Abdul Rahman yang berkebolehan memasak kini mencari pendapatan dengan mengambil upah menyediakan hidangan bagi majlis kenduri dan jamuan untuk program-program yang dianjurkan agensi serta jabatan kerajaan.
Beliau juga adalah salah seorang daripada 5,800 saudara baharu yang berdaftar di negeri ini dan masih mengikuti pengajian di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Alor Setar dan beberapa pusat pengajian lain yang dikendalikan Majlis Agama Islam Kedah (MAIK).
Sumber: Astro Awani
The post “Saya Tertekan, Masuk Masjid Dan…” – Bekas Gengster Kongsi Kisah bertemu ‘Adam’, Sebelum Peluk Islam! appeared first on Apakes.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/saya-tertekan-masuk-masjid-dan-bekas-gengster-kongsi-kisah-bertemu-adam-sebelum-peluk-islam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiga Kali Dipenjara Bekas Gengster Peluk Islam Selepas Diajak Solat

Tiga Kali Dipenjara Bekas Gengster Peluk Islam Selepas Diajak Solat

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 462 hits
KETIKA hidup dibelenggu masalah kegiatan gengsterisme hutang dan rumah tangga seorang lelaki berketurunan Tionghua diberi hidayah untuk kembali kepada fitrah Chee Yin Wei 38 dari Taman Derga Jaya di Alor Setar berkata dia sangat bersyukur d...
Hadiahkan Banglo Mark Adam Harap Ibu Peluk Islam

Hadiahkan Banglo Mark Adam Harap Ibu Peluk Islam

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 401 hits
Berpegang pada janji yang dibuat pada suatu ketika dulu Mark Adam bersyukur akhirnya dapat menghadiahkan sebuah rumah banglo buat ibunya Kejutan itu The post appeared first on
Wanita Barat Ceritakan Bagaimana Dia Boleh Peluk Islam

Wanita Barat Ceritakan Bagaimana Dia Boleh Peluk Islam

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 459 hits
Siapa sangka pada mula niat hanya nak melakukan kajian tapi end up terus jatuh cinta dengan agama islam Gadis kelahiran Amerika Syarikat ni pada mulanya nak tahu macam mana Osama Laden menggunakan nama islam untuk melakukan keganasan kepada...
3 928 Orang Asli Peluk Islam Sejak 2008 Hingga Julai 2019

3 928 Orang Asli Peluk Islam Sejak 2008 Hingga Julai 2019

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 330 hits
PENGERUSI Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Pelajaran dan Kesihatan Pahang Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad melafazkan dua kalimah Syahadah diikuti oleh orang asli dari Rompin dalam Majlis Pengislaman dan Meraikan Saudara Baharu di Kompl...
Pas Sudah Tidak Boleh Lagi Diharap Tegakkan Islam Luah Bekas Pemimpin Akar Umbi Di Kelantan

Pas Sudah Tidak Boleh Lagi Diharap Tegakkan Islam Luah Bekas Pemimpin Akar Umbi Di Kelantan

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 418 hits
ZIKRI ABDULLAH Sikap kasar dan keras pemimpin Pas terhadap Umno suatu waktu dahulu dan sekarang cuba menyelamatkan parti itu adalah penyebab pemimpin utama Pas cawangan Lundang meninggalkan parti itu dan kini menyertai AMANAH Guru agama Ust...
Masjid Wadi Al Husein Saksi Sejarah Islam Di Thailand Abad Ke 17

Masjid Wadi Al Husein Saksi Sejarah Islam Di Thailand Abad Ke 17

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 358 hits
Masjid Wadi Al Husein adalah salah satu peninggalan sejarah penyebaran Islam di Thailand bagian Selatan tepatnya di Provinsi Narathiwat Masjid ini dibangun pada 1014 Hijriah Saat itu nama daerah ini masih di Teluk Manok kata Khatib Masjid W...
Ustadz Abdul Somad Ungkap Sosok Penghinanya Yang Kemudian Memilih Masuk Islam

Ustadz Abdul Somad Ungkap Sosok Penghinanya Yang Kemudian Memilih Masuk Islam

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 248 hits
Ustadz Abdul Somad menceritakan pada satu waktu dirinya diminta membuat video untuk aparat kepolisian Video yang diminta itu akan digunakan agar bisa menarik laporan terhadap seseorang Kalau tidak bisa video kata kata singkat untuk bapak Ka...
Merayau Ke Masjid Kampung Baru Dan Hospital Pakar Al Islam

Merayau Ke Masjid Kampung Baru Dan Hospital Pakar Al Islam

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 606 hits
Baru balik daripada Kampung Baru Medical Center Itu nama lamanya nama barunya Hospital Pakar al Islam Hospital ni terletak di seberang jalan menghadap Masjid Jamek Kampung Baru Tedi pergi ke sana sebab Mommy nak lawat kawan dia yang kematia...
Peluk Islam Selepas Hati Tersentuh Dengar Azan Berkumandang

Peluk Islam Selepas Hati Tersentuh Dengar Azan Berkumandang

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 312 hits
Hanya melalui azan Itu menjadi titik mula buat seorang warga emas berbangsa Cina menerima hidayah daripada ALLAH SWT seterusnya membawa kepada pengislamannya Riduan Chang Abdullah 60 berkata azan didengarinya setiap hari memberi sinar bahar...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut