Sumber Pegawai Kanan Sprm Dipindah Dalam Penstrukturan Semula


Hariz Mohd 
   
Beberapa pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dipindahkan dari ibu pejabatnya di Putrajaya sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula, kata sumber.

Malaysiakini difahamkan antara pegawai yang dipindahkan ialah mereka yang bergred Jawatan Utama Sektor Awam (Jusa).

Sumber-sumber berkata, antara yang dipindahkan ialah pegawai integriti SPRM yang diletakkan di Felda, Norazlan Mohd Razali. Jawatan barunya ialah pengarah SPRM Johor.

Menurut sumber, arahan pemindahan rasmi Norazlan adalah untuknya menjalankan tugas sebagai ketua operasi di Johor dan pada masa sama terikat dengan Bahagian Khidmat Pengurusan di ibu pejabat SPRM.

"Ini kerana pangkatnya iaitu Jusa B jauh lebih tinggi berbanding apa yang sepatutnya bagi pengarah SPRM negeri," katanya.

Timbalan Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM Hishamuddin Hashim pula dipindahkan ke Pahang sebagai pengarah SPRM negeri.

Untuk rekod, Hishamuddin merupakan bekas pengarah SPRM Selangor dan menjadi pegawai penyiasat dalam siasatan terhadap pemimpin DAP Ean Yong Hian Wah, yang menyaksikan kematian pembantu Yong, Teoh Beng Hock, pada 2009.

Pauzan Ahmar, pegawai tadbir diplomatik (PTD) kerajaan yang memegang jawatan pengarah Bahagian Khidmat Perkhidmatan SPRM, akan dipindah ke Bahagian K-Ekonomi Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.

Sumber berkata lagi, perubahan ini turut menyaksikan dua lagi pegawai kanan dipindah ke Selangor dan Sarawak untuk menjadi timbalan pengarah negeri.

Mereka ialah Azlan Sarkawi dan Anuar Ismail. Pemindahan mereka - masing-masing ke Selangor dan Sarawak - berkuatkuasa hari ini.

Sebelum ini Azlan merupakan pengarah Bahagian Pengurusan Rekod dan Teknologi Maklumat, manakala Anuar difahamkan adalah orang ketiga dalam Bahagian Operasi Khas.

Menurut sumber, selain pemindahan Pauzan yang dibuat atas arahan Jabatan Perkhidmatan Awam, kesemua pemindahan lain di bawah arahan Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya.

Difahamkan dengan pemindahan ini, penyandang pengarah SPRM Pahang dan Johor dan timbalan pengarah SPRM Selangor dan Sarawak, akan dipindah ke jawatan dan tempat lain, termasuk ke ibu pejabat di Putrajaya.

Malaysiakini telah mengesahkan pemindahan ini dengan sejumlah sumber yang dipercayai dan mendapati Norazlan telah melapor diri di Johor semalam, manakala yang lain akan berbuat demikian esok.

Pauzan pula telah melapor diri di Kementerian Hal Ehwal Ekonomi pada 22 Ogos lalu, berdasarkan arahan pemindahannya.

Sebab di sebalik penstrukturan semula ini belum dapat dipastikan dan Malaysiakini masih berusaha mendapatkan maklum balas Latheefa berkenaannya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/09/sumber-pegawai-kanan-sprm-dipindah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Pulang Semula Barang Ikea Yang Dibeli Dan Dapat Cash Refund

Cara Pulang Semula Barang Ikea Yang Dibeli Dan Dapat Cash Refund

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 2087 hits
CARA PULANG SEMULA BARANG IKEA YANG DIBELI DAN DAPAT CASH REFUND Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini Al kisah minggu lepas sangat busy dengan urusan memasang kitchen cabinet yang sudah lama tertangguh Kitchen...
Asus Hadir Dengan Komputer Riba Menawarkan Panel Pada Kadar Segar Semula 300hz

Asus Hadir Dengan Komputer Riba Menawarkan Panel Pada Kadar Segar Semula 300hz

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 273 hits
Pada hari ini kita telah sedia melihat beberapa komputer riba yang hadir dengan penawaran panel paparan pada kadar segar semula 240Hz sekaligus menawarkan pengalaman yang lebih menarik melaluinya Terbaru Asus membawa ia setapak lagi kehadap...
Huawei P30 Pro Akan Dilancarkan Semula Dengan Warna Baharu Dan Menjalankan Android 10

Huawei P30 Pro Akan Dilancarkan Semula Dengan Warna Baharu Dan Menjalankan Android 10

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 354 hits
Hujung bulan lepas Warna ini adalah warna dwi tona seperti yang dilihat pada peranti peranti Pixel Jika Huawei bertanggungjawab mempopularkan penggunaan tri lensa Pixel pula bertanggungjawab mempopularkan peranti dengan warna dwi tona Huawe...
Dilema Ibu Cuti Pantang Mahu Bekerja Semula Anak Tolak Botol Demand Susu Segar

Dilema Ibu Cuti Pantang Mahu Bekerja Semula Anak Tolak Botol Demand Susu Segar

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 331 hits
Beberapa hari lalu Tasha Manshahar telah berkongsi sebuah video di laman Instagramnya disertai dengan kapsyen panjang menceritakan tentang pengalamannya untuk memperkenalkan botol kepada bayinya kerana akan mula bekerja tidak lama lagi Kata...
Nubia Red Magic 3s Bakal Hadir Dengan Skrin Kadar Segar Semula 90hz

Nubia Red Magic 3s Bakal Hadir Dengan Skrin Kadar Segar Semula 90hz

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 326 hits
Nubia Red Magic 3S bakal dilancarkan tidak lama lagi Tidak banyak informasi yang diperoleh mengenai peranti ini Tetapi siri Nubia Magic 3 adalah satu satunya peranti gaming murah yang mempunyai sistem penyejukan menggunakan kipas Peranti in...
Hilman Mahu Isu Semburit Dibongkar Semula

Hilman Mahu Isu Semburit Dibongkar Semula

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 304 hits
Wahai Hilman Mengapa nak salahkan Biro politik dlm isu video semburit Kisahnya Haziq mengaku beliau orangnya dalam video semburit tersebut dan Haziq sebut pasangannya adalah Azmin Azmin tidak mengaku Adakah kamu mahu parti menghukum Haziq a...
Jpj Akan Mula Menguatkuasakan Semula Undang Undang Seru Pandu Bermula 12 Oktober

Jpj Akan Mula Menguatkuasakan Semula Undang Undang Seru Pandu Bermula 12 Oktober

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 254 hits
Para pemandu seru pandu sepatutnya mendapatkan lesen PSV mereka pada 12 Julai sebelum mereka boleh memandu untuk perkhidmatan tersebut secara sah di jalan raya Pada hari pertama undang undang tersebut sepatutnya dikuatkuasakan ihak Kementer...
Kes Pasang Bendera Terbalik Pahang Kaji Semula Kompaun

Kes Pasang Bendera Terbalik Pahang Kaji Semula Kompaun

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 620 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang akan mengkaji semula kadar kompaun bagi kesalahan memasang bendera dalam keadaan tidak sempurna berikutan kadar sedia ada terlalu rendah Exco Perumahan dan Kerajaan negeri Abdul Rahim Muda berkata penelitian terperin...
Imej Pengolokan Realme Q Mengesahkan Yang Ia Hanyalah Realme 5 Pro Yang Dijenamakan Semula

Imej Pengolokan Realme Q Mengesahkan Yang Ia Hanyalah Realme 5 Pro Yang Dijenamakan Semula

papar berkaitan - pada 31/8/2019 - jumlah : 351 hits
Semalam telah kami laporkan yang Realme mengesahkan peranti baharu mereka Realme Q akan dijana dengan Snapdragon 712 Realme Q adalah peranti pertama dalam barisan produk Q dari Realme peranti apakah ini Baru baru ini Realme di Weibo telah m...
Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Happy Deepavali 2025

Peace No Excuse To Neglect Nation S Defence Says Pm

I Ve Already Told Cabinet Members Not To Appeal Says Ewon

Majlis Khatam Hafazan Perdana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ikan Paus Mati Dipenuhi Plastik Petanda Alam Kita Sedang Sakit

Kehilangan Itu Bukan Hukuman Tapi Latihan Untuk Kita Belajar Bergantung Hanya Pada Nya

Cara Untuk Jadi Lebih Matang

Safety Wins The Behind The Scenes Standards Keeping Moab Tours Secure

Sarawak Jalin Kerjasama Dengan Korea Selatan Bangun Cip Ai Dan Semikonduktor

Ahmad Jais Untuk Bungamu Lirik