1mdb Amhari Akui Minat Jadi Pegawai Khas Najib




Datuk Amhari Efendi Nazaruddin seolah-olah ‘terperangkap’ dengan soalan yang dikemukan oleh peguam bela mengenai ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low pada prosiding 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini.
Perbicaraan skandal 1MDB dengan dakwaan penyewelengan dana sebanyak RM2.3 bilion juga dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah masuk hari ke-6 prosiding hari ini.
Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pasukan bela Najib mengasak saksi kelapan itu tentang perkenalan antara beliau dan Jho Low sebenarnya lebih awal daripada dakwaannya sebelum ini.
Shafee juga cuba mengaitkan jawatan pegawai khas yang disandangnya itu merupakan cadangan Jhow Low malah Amhari sendiri sebenarnya sangat berminat untuk menjadi pegawai khas Najib sejak awal lagi.
Amhari bagaimanapun menafikan cadangan-cadangan itu namun terpaksa mendedahkan beliau ada menghubungi Datuk Wan Ahmad Shihab Ismail Wan Ismail bertanyakan tentang kekosongan bagi jawatan pegawai khas setelah diasak beberapa kali.
Pada awalnya ketika Shafee bertanya adakah Wan Ahmad dan saksi belajar di sekolah yang sama dan adakah Amhari ada menghubungi pegawai khas Najib ketika itu, saksi ke-8 itu tidak bersetuju.
Bagaimanapun seketika selepas itu, Amhari sendiri secara sukarela mengakui beliau mengenali Wan Ahmad melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan menghubunginya untuk bertanyakan tentang kekosongan jawatan pegawai khas Najib.
Shafee: Jadi betullah cadangan saya, yang anda yang menghubungi Wan Ahmad dan melahirkan rasa minat untuk bekerja sebagai pegawai khas Najib?
Amhari: Biar saya bantu anda dengan beri penjelasan tentang perkara ini, boleh?
Shafee: Anda sememangnya tidak boleh bantu saya tetapi memang boleh beri penjelasan tentang cadangan saya.
Amhari: Saya memang berminat untuk bekerja di bawah Datuk Seri Najib Razak. Oleh itu, saya ada cuba untuk jawatan pegawai khas tetapi tidak berjaya. Saya hubungi Wan Ahmad tentang perkara itu namun katanya tidak ada kekosongan.
Shafee: Jadi anda yang cari Wan Ahmad untuk jawatan ini dan bukan sebaliknya?
Amhari: Ya. Betul.
Terdahulu, Shafee Abdullah juga ada memberi cadangan bahawa Amhari dan Jho Low sebenarnya sangat ‘bercita-cita tinggi’ dan saling mengenali lebih awal namun saksi tidak bersetuju.
Shafee juga meminta kepastian seandainya Jho Low telah menggunakan ‘kuasanya’ untuk mendapatkan Amhari jawatan pegawai khas dan ia juga mungkin antara sebab bagaimana Amhari mendapat tahu tentang pekerjaan itu terlebih dahulu sebelum pengesahan rasmi dilakukan.
Amhari tidak bersetuju namun tidak memberikan penjelasan lanjut.
Amhari juga memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak tahu adalah menjadi kesalahan untuk tidak mengisytiharkan AS$200,000 (RM808,000) yang dipinjamkan kepadanya oleh Jho Low bagi tujuan pembelian rumah di Kota Damansara.
Perbicaraan bersambung di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah. –MalaysiaGazette




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/09/10/1mdb-amhari-akui-minat-jadi-pegawai-khas-najib/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pegawai Khas Najib Akui Pertemuan Sulit Dengan Jho Low

Pegawai Khas Najib Akui Pertemuan Sulit Dengan Jho Low

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 427 hits
Pegawai Khas Najib akui pertemuan sulit dengan Jho LowOleh September 04 2019Biarpun sebelum ini bekas PM Najib Razak berkali kali menafikan kenal Jho Low atau usahawan Cina itu menguruskan kewangannya bekas Pegawai Khas Najib Datuk Amhari E...
Bekas Pegawai Khas Tertekan Najib Arah Ke China Selamatkan Hutang 1mdb

Bekas Pegawai Khas Tertekan Najib Arah Ke China Selamatkan Hutang 1mdb

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 387 hits
Bekas pegawai khas kepada Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau amat tertekan ketika diarahkan untuk pergi ke China bagi menjalankan tugas sulit menyelamatkan hutang 1Malaysia Development Berhad pada Jun 2016 Datuk ...
Najib 1mdb Trial Day 4 Defence Seeks More Time Before Cross Examining Amhari

Najib 1mdb Trial Day 4 Defence Seeks More Time Before Cross Examining Amhari

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 324 hits
The criminal trial of former prime minister Najib Abdul Razak involving the alleged abuse of power and laundering of 1MDB funds enters its fourth day at the High Court in Kuala Lumpur Malaysiakini brings you live reports of the proceedings ...
Najib 1ndb Trial Day 4 1mdb Trial More Explosive Reveals Expected From Amhari

Najib 1ndb Trial Day 4 1mdb Trial More Explosive Reveals Expected From Amhari

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 495 hits
The criminal trial of former prime minister Najib Abdul Razak involving the alleged abuse of power and laundering of 1MDB funds enters its third day at the High Court in Kuala Lumpur Malaysiakini brings you live reports of the proceedings S...
Bicara 1mdb Pegawai Najib Ke China Bimbang Keselamatan Diri

Bicara 1mdb Pegawai Najib Ke China Bimbang Keselamatan Diri

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 352 hits
Bicara 1MDB Pegawai Najib ke China bimbang keselamatan diriOleh September 05 2019Rahsia hubungan antara bekas PM Najib Razak Jho Low dan projek China untuk menyelamatkan skandal 1Malaysia Development Berhad mula didedahkan di Mahkamah Tingg...
1mdb Bukan Najib Tetapi Jho Low Beri Ancaman Kepada Saya Amhari

1mdb Bukan Najib Tetapi Jho Low Beri Ancaman Kepada Saya Amhari

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 476 hits
Datuk Amhari Efendi Nazaruddin saksi kelapan kes 1MDB yang membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur foto HAZROL ZAINAL KUALA LUMPUR Dua hari memberi keterangan Datuk Amhari Efendi Nazaru...
Kisah Rm 3 7 Juta Ke Akaun Bekas Pegawai Khas Najib

Kisah Rm 3 7 Juta Ke Akaun Bekas Pegawai Khas Najib

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 371 hits
Bekas pegawai khas Najib Razak hari ini menafikan bahawa AS 884 996 78 yang dimasukkan ke dalam akaun Bank BSI Switzerland beliau adalah ganjaran daripada ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho yang juga dikenali sebagai Jho Low Amhari E...
Duit 1mdb Lah Bro Saksi Imbas Bekas Pembantu Najib Hilang Sabar

Duit 1mdb Lah Bro Saksi Imbas Bekas Pembantu Najib Hilang Sabar

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 384 hits
KES 1MDB Selepas pertemuan dengan Perdana Menteri Najib Razak ketika itu bekas ketua setiausaha peribadinya Azmin Alias mencampakkan sekeping fail dan menjerit Duit 1MDB lah bro kata seorang saksi ketika mengimbas kejadian berkenaan Amhari ...
Ancaman Dari Jho Low Kenapa Tak Pernah Rujuk Tanya Najib Soal Shafee Kepada Amhari

Ancaman Dari Jho Low Kenapa Tak Pernah Rujuk Tanya Najib Soal Shafee Kepada Amhari

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 424 hits
1MDB Bukan Najib tetapi Jho Low beri ancaman kepada saya Amhari Dua hari memberi keterangan Datuk Amhari Efendi Nazaruddin beberapa kali menegaskan tentang senario di mana beliau berhadapan dengan ancaman dan tekanan sehinggga memaksanya be...
Importance Of Domain Valuation

Bazaar Wangsa Maju Draws Attention With Its Impressive Length

Study Warns Climate Change Will Lead To More City Fires

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April

Selamat Tinggal 0176076730

The New Evs From Bmw Will Outperform All Others On Range

6 Ciri Ciri Yang Dicari Lelaki Daripada Seorang Wanita

Nippon Sushi Dan Myviets Melancarkan Menu Istimewa Sempena Ramadan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perkara Perkara Yang Perlu Dikurangkan Apabila Usia Mencecah 50an

Betamek Berhad Melancarkan Pusat Penyelidikan Dan Pembangunan Rnd

Lirik Lagu Hari Lebaran Siti Nordiana

Saat Hilang Tong Gas Mu

Penerangan Jenis Jenis Ruam Panas Bayi Serta Dewasa Dan Cara Rawat Ruam Panas

Le Tour De Langkawi 2025 Tarikh Jadual Trek Perlumbaan