Kisah Misteri Restoran Adik Manja Di Kuantan Yang Kekal Misteri



Untuk Posting kali ini admin ingin berkongsi sebuah kisah misteri  berkaitan tentang "Misteri Restoran Adik Manja" yang diambil dari  salah sebuah blog seram terkenal yang ada di Malaysia iaitu Fiksyen Shasha. Pada mulanya agak sukar untuk mencari maklumat berkaitan restoran ini di Internet dan kebanyakan maklumat yang saya dapat adalah sama tetapi hanya blog sahaja berbeza. Tetapi demi pembaca yang di kasihi sekalian admin berjaya menjumpai salah satu cerita berkaitan "Restoran Adik Manja" ini yang cukup menarik perhatian admin dan ceritanya adalah berbeza dari blog-blog yang lain. Semoga perkongsian ini mendapat merungkai misteri restoran tersebut.
Sebelum memulakan cerita misterinya, sedikit pengenalan tentang " Restoran Adik Manja" yang anda harus ketahui. Restoran misteri yang diberi nama " Restoran Adik Manja" ini dipercayai telah dibina sejak awal tahun 90an lagi dan berada di lokasi bersebelahan dengan Jalan Gambang ( sebelah kiri ) menghala ke bandar Kuantan. Berdasarkan maklumat, restoran ini dikatakan mempunyai nama lain sebelum dimiliki oleh pemilik yang baharu. Akan tetapi, setelah baru sahaja beroperasi, atas sebab tertentu atau misteri , restoran tersebut telah ditinggalkan begitu sahaja sehingga kini tanpa ada pemilik yang baharu.  ( untuk pengetahuan pembaca restoran tersebut dah ada pemilik baharu sekarang dan telah pun beroperasi semula.)

Apa yang anehnya, restoran lain yang berdekatan rancak dalam perniagaan, dan tidak mustahil restoran ini kurang sesuai berlokasi di situ dan yang paling misteri, sehingga kita tidak ada lagi pemilik baharu untuk menerus perniagaan di restoran tersebut dan  keadaan restoran itu terus terbiar tanpa dirawat sama sekali.

Kisah Seram Cerita aku kali ni masih berkisar mengenai pengalaman aku sewaktu aku dan wan membuka kedai di mydin terengganu.
Waktu tu aku dengan wan bertolak dari Melaka lebih kurang jam 9.00 malam. perjalanan yang amat memenatkan kerana boleh dikata kan hampir setiap hari kami akan berulang alik dari melaka ke kuala terengganu, dan pulang semula dari kuala terengganu ke melaka.
Waktu bertolak dari melaka tu aku dan wan masih belum makan malam, jadi kami membuat keputusan untuk mencari kedai makan di area gambang atau pun kuantan.
Sepanjang perjalan pada hari tu semuanya berjalan dengan lancar dan alhamdulillah cuaca pada hari tu pun cerah.
Kami tiba di gambang lebih kurang jam 2.00 pagi, sampai saja di gambang kami terus berhenti di petronas gambang untuk membuang hajat masing masing. Selepas masing masing selesai membuang hajat, wan pun ajak aku turun ke arah kuantan untuk mencari kedai makan.
Tak berapa jauh dari petronas tu, aku nampak ada sebuah restoran. jadi aku dengan wan pun ambil keputusan untuk berhenti makan di restoran tersebut sebab dah dekat dengan pintu masuk tol gambang. Jadi tak perlulah kami nak pusing jauh jauh nanti.
Restoran tu terletak bersebelahan dengan sebuah rumah batu kecil(rumah tu tidak berpluster), dan dihadapan restoran dan rumah tersebut terdapat sebatang pokok besar.
Aku dan wan parking kereta kami dibawah pokok tersebut. Kami berjalan masuk kedalam restoran tersebut. Pelanggan pada ketika tu tidak ramai, cuma kami dan ada sekumpulan lagi yang duduk bersebelahan dengan meja kami. Mungkin jam 2.00 pagi agak lewat dan disebabkan itu juga pelanggan di kedai tu tidak berapa ramai.
Aku dan wan order menu yang sama iaitu nasi kerabu ayam dan juga nescafe tarik. Boleh tahan le rasa makanan kat situ, aku boleh kelaskan gred A juga le rasa makanan yang aku makan tu. Cuma apa yang kami pelik, kedai tu agak suram. Pekerja yang bekerja direstoran itu pun hanya duduk di dapur sahaja. Dan yang lebih pelik lagi, orang yang duduk di sebelah meja kami kelihatan berborak sesama sendiri tetapi kami langsung tidak dapat mendengar perbualan mereka walaupun keadaan di seseliling kami sunyi sepi. Sewaktu kami sedang menjamu selera ada le beberapa buah kereta berhenti untuk masuk ke restoran tersebut tetapi mereka meneruskan perjalanan.
Mungkin juga disebabkan keadaan kedai yang agak suram menyebabkan mereka tidak jadi untuk berhenti makan di restoran tersebut. Selepas membuat pembayaran, aku dan wan pun berjalan ke kereta dan ketika itulah aku terbaca papan tanda yang terletak dihadapan restoran berkenaan “Restoran Adik Manja”.
Sewaktu keluar dari kedai tu kami terpaksa membuat pusingan U untuk menuju ke arah tol gambang, sebelum membuat pusingan U tu, aku tertarik dengan satu papan tanda yang terletak di tepi jalan betul betul di tempat pusingan U tu.
"Ikut Rasa Binasa, Ikut Hati Mati, Ikut Jiwa Merana"
Aku cakap pada wan pandai orang yang membuat kata kata berkenaan, simple tapi berjaya menyampaikan mesej kepada pengguna jalan raya. Alhamdulillah perjalanan aku dan wan ke kuala terengganu berjalan dengan lancar dan kami pulang ke melaka pada keesokkan harinya.
2 hari selepas tu, aku dan wan ingin pergi semula ke kuala terengganu. Seperti kebiasaannya kami memulakan perjalanan dari melaka pada jam 9.00 malam dan kali ini kami sahaja tidak makan malam kerana aku dan wan rancang untuk singgah ke restoran adik manja untuk menjamu selera.
Kami sampai di gambang lebih kurang jam 2 pagi seperti kebiasaannya, singgah dulu di petronas untuk membuang hajat dan meneruskan perjalanan untuk ke restoran adik manja.
Tapi apa yang pelik kali ini, jauh perjalanan aku kali ni dari petronas tersebut, tapi satu restoran pun kami tak nampak. yang ada di kiri jalan yang sepatutnya terletaknya restoran adik manja tu hanya lah semak samun.
Aku dan wan mulai berasa pelik, seingat kami waktu kami keluar dari petronas tempoh hari, restoran adik manja hanya terletak lebih kurang 500 – 800 meter sahaja dari petronas tu. tapi kali ni, memang tak ada. Kami membuat pusingan U, untuk mencari semula restoran adik manja. Yang membuatkan kami bertambah pelik, pusingan U tu adalah pusingan U yang kami pusing sewaktu kami keluar dari restoran adik manja tempoh hari. Kami yakin kerana di pusingan U tu ada terletak papan tanda ikut rasa binasa, ikut hati mati, ikut jiwa merana.
Aku dan wan memang berasa amat pelik pada ketika tu, namun kami tetap tidak berputus asa untuk mencari restoran berkenaan, kami pusing semula menuju ke arah kuantan dan sampai semula ke pusingan U yang sama tetapi langsung kelibat restoran pun kami tidak nampak.
Selepas 3-4 kali kami berpusing disitu akhirnya aku dan wan bersetuju untuk menuju ke kuantan untuk mencari restoran lain untuk kami mengisi perut kami pada malam tu. Setelah hampir 15minit kami menuju ke arah kuantan, kami nampak restoran di sebelah kiri jalan dan yang paling menerujakan kami ialah restoran itu adalah restoran adik manja.
Aku dan wan membuat keputusan untuk berhenti di restoran tersebut dan memang pasti restoran tu juga adalah restoran yang sama kami berhenti untuk makan tempoh hari. Tapi yang menjadi persoalannya, kenapa kali ni kami berasa jauh untuk sampai ke restoran tersebut, padahal tempoh hari selepas keluar dari petronas hanya beberapa ratus meter sahaja kami dah sampai ke restoran tersebut. Keadaan direstoran masih sama, sebuah rumah yang terletak di sebelah restoran tu (oppsss lupa nak bagi tau tadi, dekat rumah tu ada beberapa orang lelaki duduk dekat luar rumah seperti sedang main dam haji. mereka memandang kami dengan pandangan yang tajam). Aku dan wan pun masuk dan makan menu kegemaran kami, nasi kerabu ayam dan nescafee tarik.
Keadaan dalam restoran tu masih sama seperti tempoh hari, pekerja duduk di dapur, tidak kedengaran orang bercakap cuma bezanya pada kali ni hanya aku dan wan sahaja yang makan dekat restoran tu. Orang lain tak ada, mungkin kerana lama kami berpusing untuk mencari restoran tersebut dan hari sudah semakin lewat, kerana itu lah tiada orang lain didalam restoran tersebut. seperti tempoh hari, ada 2 -3 biji kereta yang berhenti untuk makan di restoran tersebut tetapi tak jadi dan mereka meneruskan perjalanan.
Alhamdulillah tiada kejadian pelik yang berlaku, selepas makan kami meneruskan perjalanan ke kuala terengganu. Semuanya berjalan seperti yang kami rancang.
Cuma kalau semua pembaca ingat, untuk kisah sebelum ni. Kereta aku rosak dan kami mendapatkan bantuan dari anggota bomba dari balai bomba dan penyelamat indera mahkota iaitu syed.
Selepas syed membetulkan kereta aku, kami pun bergerak menuju ke persimpangan jabor untuk mengambil semula semua penumpang perempuan yang kami tinggalkan disana sewaktu kereta aku rosak (bagi yang tidak faham, boleh baca kisah sebelum ni "Kuala Terangganu Ke Melaka").
Syed beritahu kepada kami, tidak perlu masuk semula ke LPT2 kerana dari jabor kami boleh terus ke gambang menggunakan jalan dalam. Sewaktu kami ingin berpisah, syed ada sampaikan 1 pesanan.
Syed: bang kalau ikut jalan dalam ni, jangan berhenti di restoran adik manja
aku: kenapa pula syed
Syed: restoran tu sebenarnya dah lama tutup, cuma kalau orang luar lalu kawasan tu pasti akan nampak restoran tu buka seperti masih beroperasi.
Sewaktu tu aku dan wan dah tercengang, sebab sebelum syed sampai kan pesan ni kepada kami dah 2 kali kami berhenti makan disitu. Persoalanya kalau betul apa yang syed katakan ni, apa sebenarnya yang aku dan wan makan semasa kami berhenti disitu. Patut lah keadaan restoran tu suram sangat dan banyak kereta yang berhenti tetapi tidak jadi untuk makan di situ.
Sewaktu pulang sahaja ke Melaka, aku terus google berkenaan restoran adik manja tersebut dan dari situ pelbagai cerita seram dan mistik yang aku baca berkenaan restoran adik manja ni.
Bagaimanapun aku dan wan bersyukur kerana kami tidak mengalami sakit perut atau apa apa sakit walaupun dah 2 kali kami makan di restoran tersebut.
Cerita yang aku kongsikan ini adalah cerita sebenar dari pengalaman yang aku dan wan alami sepanjang travel kami dari melaka ke kuala terengganu.
Bagi pengusaha restoran adik manja, aku menyusun 10 jari memohon kemaafan, bukan niat untuk memburukkan reputasi perniagaan mereka, cuma aku berkongsi pengalaman yang aku lalui.
Aku sendiri pun tidak tau bangunan restoran adik manja ni masih wujud hingga sekarang atau pun tidak sebab dah lama tak lalu kat sana. Sekirannya ada orang baru yang mengambil alih restoran tersebut, aku harap pembaca semua jangan le boikot restoran tersebut, kesian pula pada peniaga tu nanti kerana cerita aku ni nanti, perniagaan mereka pula merosot.
Untuk kepastian sama ada restoran tu masih wujud lagi atau tidak, boleh lah bertanya kepada orang gambang atau kuantan.
sekian terima kasih.

( Admin mendapat beberapa maklumat daripada "warganet" Kuantan yang mengatakan " Restoran Adik Manja" telah pun mempunyai pemilik baharu dan telah beroperasi seperti biasa dengan nama baharu. Jadi jangan risaulah kalau makan kat sana nanti ye... ≧ω≦)
Sumber: Fiksyen Shasha


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://coffeecakearticle.blogspot.com/2019/06/kisah-misteri-restoran-adik-manja-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Misteri Urband Legend Hantu Kum Kum Yang Tular Di Era 80an Lalu

Kisah Misteri Urband Legend Hantu Kum Kum Yang Tular Di Era 80an Lalu

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 1788 hits
Pada suatu ketika dahulu hantu Kum Kum merupakan hantu yang paling digeruni oleh masyarakat Melayu Hantu ini juga pernah dikatakan pernah mengamuk dan menghantui kawasan perkampungan di negeri negeri tertentu terutamanya di Negeri Johor Asa...
Sarah Kami Nak Balik Kau Jangan Ikut Kisah Misteri Bermalam Di Rumah Kawan

Sarah Kami Nak Balik Kau Jangan Ikut Kisah Misteri Bermalam Di Rumah Kawan

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 784 hits
Assalamualaikum dan hai semua Nama aku Ayin Aku perempuan tau So hari ni aku nak cerita pasal pengalaman aku dengan kawan aku nama Akila masa kitorang tumpang tidur rumah sorang kawan kitorang Kisah dia takde la seram mana Tapi korang baca ...
Nak Sebenarnya Anak Makcik Tu Dah Mati Dua Bulan Sudah Aksiden Depan Upm Kisah Gadis Misteri Yang Menumpang Kereta Saya

Nak Sebenarnya Anak Makcik Tu Dah Mati Dua Bulan Sudah Aksiden Depan Upm Kisah Gadis Misteri Yang Menumpang Kereta Saya

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 1146 hits
Kejadian ini dikatakan berlaku pada tahun 1980 an Hari itu hari Sabtu Seperti biasa pada sebelah petang Mazlan akan bertolak dari KL balik ke kampung orang tuanya di Melaka Tetapi hari itu Mazlan bertolak lewat sedikit Dia bertolak ketika m...
Kisah Adik Ipar Celaka

Kisah Adik Ipar Celaka

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 2064 hits
Kisah adik ipar celakasekadar gambar hiasan kredit imej google comAdik ipar aku ni memang rapat dengan bini aku Rajin berwasap bagai Suatu benda yang aku meluat ialah bila berwasap mesti kutuk mak aku Bini aku pun dua kali lima Ada sekali t...
Kisah Adik Angkat Kekasih Masa Sekolah

Kisah Adik Angkat Kekasih Masa Sekolah

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 509 hits
Kisah adik angkat kekasih masa sekolah Masa aku sekolah menengah dulu aku ada adik angkat Dua orang Entah tiba tiba aku dapat surat dari budak form 3 masa tu aku form 5 Boleh tak saya nak jadi adik angkat Ha ha aku tak balas pun surat tu im...
Jamuan Raya Kelas Adik Tingkatan 1 Izzudin

Jamuan Raya Kelas Adik Tingkatan 1 Izzudin

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 910 hits
Bismillahhirahmannirrahim As Salam and greetings to dear readers Jamuan Raya Kelas Adik Tingkatan 1 Izzudin Pada 8 Syawal yang lalu kelas Adik iaitu kelas 1 Izzudin telah sepakat untuk membuat jamuan hari raya mereka Konsep jamuan adalah po...
Neelofa Akan Uruskan Kerjaya Adik

Neelofa Akan Uruskan Kerjaya Adik

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 438 hits
Mengikut jejak langkah kakaknya nama Ameera Khan kini semakin dikenali didalam industri tempatan Sebagai kakak Neelofa tegas meneliti sesuatu tawaran yang diberikan The post appeared first on
Ibu Bapa Ainul Terharu Tun M Sanggup Luang Masa Melawat Adik Ainul

Ibu Bapa Ainul Terharu Tun M Sanggup Luang Masa Melawat Adik Ainul

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 311 hits
Kisah hidup bayi bertuah Ainul Mardhiah yang menghidap ketumbuhan akibat Germ Cell Tumor di mulutnya ternyata mendapat perhatian daripada setiap lapisan masyarakat Lebih bermakna lagi Ainul menerima lawatan daripada tetamu istimewa iaitu pe...
Resepi Rendang Udang Adik Sa

Resepi Rendang Udang Adik Sa

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 554 hits
Hi korang Lama dah tak share resepi kat blog ni kan penuh citer personal sambut raya jer so hari ni kawan kawan semua SA nak share resepi rare dan jarang orang buat untuk juadah hari raya Tapi adik SA buat sebab husband dia x makan ayam and...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba