Kisah Adik Angkat Kekasih Masa Sekolah
Kisah adik angkat/kekasih masa sekolah
Masa aku sekolah menengah dulu aku ada adik angkat. Dua orang. Entah tiba tiba aku dapat surat dari budak form 3, masa tu aku form 5. Boleh tak saya nak jadi adik angkat? Ha ha aku tak balas pun surat tu.
imej : kedah flag
Tup tup semua orang dah tahu dia jadi adik angkat aku. Yang nombor dua pulak adala budak asrama ni tak semena kirim salam kat budak form 2 ni. Tup tup jadi adik angkat aku jugak! Masa aku sekolah menengah ni perasaan aku kat pompuan ni biasa biasa ja. Entahla aku kadang kadang tu tak dapat tangkap bila ada yang suka kat aku. Mungkin sebab naluri nak bercouple belum menjengah ke jiwa aku waktu itu.
Mungkin juga sebab aku duduk di asrama rajin belajar agama, so akhlak aku tak la macam budak sekolah zaman sekarang bercouple ke hulu ke hilir. OK sambung balik citer..
Penolong ketua kelas aku pun ada sekali tu tolong bayar macam macam kat aku, report kad la dan macam macam lagi bila aku tanya dia kata tak pe ikhlas. Dah lama tu baru aku terpikir sebenarnya dia syok kat aku sebenarnya.. Bodo jugak aku ni kan.. Tapi aku buat dono je la. Kalau ikutkan aku syok juga kat seorang budak dalam kelas aku ni. Tapi tak pernah try la sebab ada senior aku minat kat dia so aku tak suka kacau line.. Tapi ushar tu suatu kepastian la he he.
Suatu hari kedua dua adik angkat aku bergaduh dalam tandas.. kecoh juga la ada kawan pompuan sekelas bagi tau. Dia orang berebut aku la, masing2 mengaku aku ni kekasih diaorang walhal hari tu kata adik angkat je kan.. Aku pun tak pernah confirm pun nak jadi abang angkat diaorang.. Dua dua hantar surat nak undur diri suruh aku pilih yang seorang lagi. Aku tak balas pun surat diaorang yelah aku memang tak ada hati pun, walaupun kedua dua nya cantik sangat.
Rakan kelas pun ada yang tiba tiba buat serius, cakap pun kasar..rupanya diaorang ada hati kat adik angkat aku. Patutla pelik ja perangai. Sememangnya aku salah sorang budak lelaki yang femes walaupun aku tak bersukan. Selalunya budak yang main bola ni banyak yang femes.
Ikutkan banyak kisah awek sekolah yang minat kat aku.. Cukup la setakat ini.. Kang ada yang mencebik pulak.. Ha ha adios amigos!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://darkesspresso.blogspot.com/2018/12/kisah-adik-angkatkekasih-masa-sekolah.html