Kisah Misteri Keranda Seorang Pelakon Mencari Jalan Pulang Ke Tanah Kelahirannya



CHARLES Coghlan dilahirkan di Pulau Prince Edward, di pesisiran pantai timur Kanada pada 1841 dalam keluarga pendatang Ireland yang miskin. Sebaik mencecah usia persekolahan, jiran Coghlan mengutip sumbangan untuk menghantarnya bersekolah di England.
Coghlan menunjukkan kecemerlangan ketika di bangku sekolah dan berjaya melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat ijazah. Dia, bagaimanapun menaikkan kemarahan bapanya apabila menyuarakan hasratnya menjadi pelakon.

Bapanya yang menentang keras keinginan itu memberi kata dua kepada Coghlan - lupakan bidang lakonan atau jangan menjejakkan kaki lagi di rumah mereka. Coghlan memilih untuk meneruskan cita-citanya, meninggalkan rumah dan berjanji tidak akan kembali ke Pulau Prince Edward lagi.
Coghlan nyata membuat pilihan kerjaya tepat kerana menjadi pelakon berjaya, dengan lakonannya selalu mendapat pujian penonton.
Satu hari, Coghlan melawat seorang tukang tilik dan wanita gipsi itu memberitahu sesuatu yang membuatkan Coghlan amat mengingatinya. Dia berkata: “Charles, awak akan menjadi amat terkenal tetapi akan meninggal dunia di kemuncak kemasyhuran. Roh awak tidak akan tenang sehingga awak dikembalikan ke tanah kelahiran awak.”Coghlan amat terganggu dan kagum dengan ramalan itu, dan kerap mengulangi perkara itu kepada rakannya dalam setiap perbualan tetapi mereka menyifatkan ia karut.
Petanda awal ramalan tukang tilik itu menjadi kenyataan ialah pada 1898 apabila Coghlan meninggal dunia secara tiba-tiba di atas pentas ketika melakonkan watak Hamlet di Galveston, Texas. Ketika itu, lakonan Coghlan mendapat pujian hebat pengkritik teater dan memang benar, dia meninggal dunia pada kemuncak kemasyhurannya.
Minggu berikutnya, Coghlan dikebumikan di tanah perkuburan Galveston. Dua tahun kemudian, taufan dahsyat melanda Galveston dan mengorbankan 6,000 orang serta memusnahkan tanah perkuburan tempat Coghlan disemadikan.
Pagi berikutnya, pihak berkuasa mendapati beberapa keranda dihanyutkan oleh taufan itu ke laut dan salah satu keranda itu mengandungi mayat Coghlan. Apabila keluarga Coghlan dimaklumkan mengenai tragedi berkenaan, mereka menawarkan ganjaran lumayan kepada sesiapa saja yang berjaya menemui keranda itu tetapi tiada siapa tampil berbuat demikian.Pada Oktober 1908, kira-kira lapan tahun selepas taufan melanda Galveston, beberapa nelayan di Pulau Prince Edward menemui sebuah keranda besar terapung dipukul ombak ke pantai kepulauan itu. Menurut kepingan perak yang terlekat padanya, ia adalah keranda Charles Coghlan yang hilang sekian lama.
Keranda itu melakukan perjalanan beribu-ribu kilometer dari tanah perkuburan Galveston untuk tiba di tanah kelahiran Coghlan, seperti yang diramalkan tukang tilik 10 tahun sebelum itu.
Sehingga kini ia kekal sebagai misteri dan menjadi salah satu daripada cerita benar paling pelik dalam sejarah.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://coffeecakehorror.blogspot.com/2019/07/kisah-misteri-keranda-seorang-pelakon.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gambar Terbaru Set Penggambaran Black Widow Mungkin Dedahkan Watak Misteri Pelakon Florence Pugh

Gambar Terbaru Set Penggambaran Black Widow Mungkin Dedahkan Watak Misteri Pelakon Florence Pugh

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 747 hits
Sejak bintang filem Midsommar Florence Pugh menyertai barisan pelakon filem Black Widow banyak spekulasi peminat tentang watak misteri yang bakal dilakonkan aktres tersebut Spekulasi yang paling popular adalah watak Yelena Belova karakter k...
Filem Akira Arahan Taika Waititi Kini Sedang Mencari Pelakon Berketurunan Asia Jepun

Filem Akira Arahan Taika Waititi Kini Sedang Mencari Pelakon Berketurunan Asia Jepun

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 447 hits
Nampaknya peminat peminat manga anime Akira tidak perlu risau mengenai masalah whitewashing dalam filem live action Akira terbitan Warner Bros Menurut senarai casting call yang dikeluarkan laman Backstage com Warner Bros kini sedang mencari...
Kisah Haru Seorang Ayah Yang Anyamkan Tas Dari Tali Rafia Karena Tak Mampu Belikan Anaknya Tas Baru

Kisah Haru Seorang Ayah Yang Anyamkan Tas Dari Tali Rafia Karena Tak Mampu Belikan Anaknya Tas Baru

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 515 hits
Banyak orang bilang kasih ibu sepanjang masa tapi di sisi lain ada juga kasih ayah yang tak memiliki celah Sosok ayah memiliki peran yang sama penting dengan sosok ibu Baik ayah ataupun ibu status mereka sebagai orang tua membuat mereka men...
Dengan Perasaan Takut Aku Terus Sikat Rambut Dia Kisah Seram Sewaktu Memotong Rambut Wanita Misteri

Dengan Perasaan Takut Aku Terus Sikat Rambut Dia Kisah Seram Sewaktu Memotong Rambut Wanita Misteri

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 1266 hits
Ceritanya bermula begini satu hari sedang aku kemas kemas barang salon untuk disimpan Dalam Aku asyik mengemas barang tiba tiba loceng pintu berbunyi Ada customer di luar Wajahnya menunduk memandang lantai Masa aku buka pintu untuk menjempu...
Cik Nak Pergi Mana Kisah Misteri Yang Menyelubungi Bangunan Kondominium Highland Towers

Cik Nak Pergi Mana Kisah Misteri Yang Menyelubungi Bangunan Kondominium Highland Towers

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 1848 hits
Tragedi Highland Towers merupakan tragedi satu dari 3 blok kondominuim di Taman Hillview Ulu Klang Selangor pada 11 Disember 1993 Tragedi tersebut adalah satu satunya tragedi bangunan runtuhan yang pertama dan terburuk setelah Malaysia menc...
Dari Seorang Guru Jadi Raja Permaisuri Agong Ini Kisah Tuanku Siti Bainun Yang Ramai Tak Tahu

Dari Seorang Guru Jadi Raja Permaisuri Agong Ini Kisah Tuanku Siti Bainun Yang Ramai Tak Tahu

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 606 hits
Ibarat hikayat lagenda kisah luar biasa umpama seorang Cinderella yang dilamar oleh putera raja ternyata menjadi realiti Siapa sangka dari seorang rakyat biasa wanita hebat ini diangkat menjadi seorang pemaisuri Peroleh kehidupan diimpikan ...
Didakwa Ghaib Selepas Basuh Pinggan Kisah Misteri Kehilangan Fatimah 19 Tahun Lalu Masih Jadi Tanda Tanya

Didakwa Ghaib Selepas Basuh Pinggan Kisah Misteri Kehilangan Fatimah 19 Tahun Lalu Masih Jadi Tanda Tanya

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 475 hits
Hampir empat bulan beliau menghilang tanpa jejak Bagaimana keadaannya Di mana lokasinya Apa khabarnya Tiada siapa yang tahu Hanya harapan doa dan usaha pencarian yang masih tersisa Mohammad Ashraf yang lenyap pada 23 Mac 2019 lalu ketika me...
Kisah Heroik Seorang Ibu Selamatkan Dua Anaknya Saat Perahu Tenggelam

Kisah Heroik Seorang Ibu Selamatkan Dua Anaknya Saat Perahu Tenggelam

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 236 hits
Juraida meneteskan air matanya mengingat kembali perjuangannya menyelamatkan dua buah hatinya setelah perahu bermotor yang ditumpangi mereka kandas di tengah sungai perairan Desa Mega Timur Kecamatan Sungai Ambawang Kabupaten Kubu Raya Kali...
Firearms Possession And Regulations In Malaysia Public Safety Must Remain A Priority

Patung Dewa Murugan Tertinggi Di Dunia Terletak Di Batu Caves

Ditahan Isa Kerana Mahu Serang Orang Islam

Setia Alam Shooter Opens Fire On Janitor After Request To Relocate His Belongings

Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Developer Avoids Jail Over Rm9 5mil Illicit Payment In Mara Inc S Aussie Property Deal

Sains Pembungkusan Terbiodegradasi Perspektif Dari Rantaian Bekalan Mampan

Curi Beg Tangan Jenama Produk Kecantikan Pasangan Kekasih Dipenjara 44 Hari


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Kempen Keselamatan Dalam Talian Anjuran Mcmc Disambut Para Baik Ibu Bapa

Top Marketing Strategies For Buzz

Larian Hari Wilayah Persekutuan 2025

Tapak Niaga Berhawa Dingin Rm13 Sehari Di Expo Raya Galaxy Mall Ampang Anjuran Ppim Ehailing Fm 11 02 2025

10 Gambaran Teknologi Masa Hadapan Oleh Orang Di Era Dulu Kala

Cara Mohon Biasiswa Yang Di Pertuan Agong