Dari Seorang Guru Jadi Raja Permaisuri Agong Ini Kisah Tuanku Siti Bainun Yang Ramai Tak Tahu


Ibarat hikayat lagenda, kisah luar biasa umpama seorang Cinderella yang dilamar oleh putera raja ternyata menjadi realiti. Siapa sangka dari seorang rakyat biasa, wanita hebat ini diangkat menjadi seorang pemaisuri. Peroleh kehidupan diimpikan setiap wanita, sudah pasti orangnya pun bukan calang-calang.
Cukup dikenali, bukan sahaja di negara berdaulat ini malah di luar negara namanya sentiasa disebut-sebut. Semua institusi pendidikan mahupun kesihatan dinamakan sempenanya, cukup bermakna dan betapa hebatnya entiti disebalik nama ini.
Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali dilahirkan pada 7 November 1932 di Pulau Pinang. Baginda merupakan Raja Permaisuri Agong ke 9 serta Raja Permaisuri Perak ke 34. Tuanku Siti Bainun merupakan puteri kepada ayahanda dan ibunda yang bernama Mohd Ali bin Man dan Che Putih, serta mempunyai adik-beradik 7 orang. Raja Permaisuri Tuanku Bainun menerima pendidikan awal di Sekolah Perempuan St. George’s, Pulau Pinang dan baginda kemudiannya melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Kirkby, Liverpool di Britain daripada tahun 1952 hingga tahun 1954.
Baginda mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajarannya ke Maktab Perguruan Kirkby, Liverpool, England kerana ketika itu pada tahun 1952, kerajaan Persekutuan Tanah Melayu menghantar dan membiayai sekumpulan pelajar untuk berminat untuk menjadi pendidik.
Di England, mereka akan dilatih untuk menjadi seorang guru untuk berkhidmat untuk bangsa dan negara sekembalinya ke tan ah air nanti. Ketika berada di Maktab Kirkby, Tuanku Bainun merupakan seorang pelajar yang cemerlang dan sangat aktif dalam kegiatan pelajar. Berada di negara orang membuatkan baginda lebih berdikari.
Sebagai seorang anak gadis yang aktif dalam bidang sukan, baginda merupakan salah seorang ahli kumpulan hoki Maktab Kirkby. Latar belakang keluarga yang berdisiplin membuatkan baginda disenangi oleh rakan-rakan yang berbilang bangsa yang turut sama menuntut di England.
Kisah kehidupan Tuanku Bainun berubah apabila baginda mengikuti rombongan maktab perguruan ke London. Sewaktu ketibaan rombongan pelajar Kirkby di Lapangan Terbang Heathrow, London pada tahun 1952, mereka telah disambut oleh sekumpulan pelajar Tanah Melayu yang belajar di sana.
Salah seorang daripadanya ialah putera raja dari Negeri Perak iaitu Yang Amat Mulia Raja Azlan Shah Ibni Sultan Yussuf Izzuddin iaitu putera bongsu Sultan Perak yang ketika itu sedang belajar di Universiti Nottingham. Pertemuan baginda dengan Raja Azlan Shah membenihkan cinta pandang pertama yang akhirnya membibitkan rasa cinta di antara keduanya.
Baginda Tuanku Bainun mendirikan mahligai rumah tangga dengan Sultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzudin Shah (ketika itu bergelar Raja Azlan) pada tahun 1955. Sultan Azlan pada ketika itu merupakan seorang Majistret di Kuala Lumpur. Tuanku Bainun kemudiannya meneruskan kerjayanya sebagai guru, kembali mengajar di sekolahnya terdahulu. Tuanku Bainun dikurniakan lima cahaya mata yang comel dua orang Putera dan tiga orang Puteri.
Baginda Tuanku Bainun menjadi guru selama 22 tahun dan mengajar dengan penuh cemerlang dibeberapa sekolah di Kuala Lumpur, Seremban, Raub, Taiping dan Kuantan. Sebagai menghargai sumbangan baginda kepada masyarakat dan bidang pendidikan, Liverpool John Moores University telah memberi penghormatan dan dianugerahkan kepada Tuanku Bainun iaitu anugerah “A Fellow of Liverpool John Moores University”.
Pada tahun 1960 hingga 1962, baginda telah mengambil cuti rehat tanpa gaji. Dalam tempoh ini, baginda melahirkan 2 orang puteri iaitu Raja Eleena Binti Raja Azlan Shah pada 3 April 1960 dan puteri bongsu Raja Yong Sofia Binti Raja Azlan Shah dilahirkan pada 24 Jun 1961.
Pada tahun 1963, pasangan yang mempunyai 5 orang cahaya mata ini kembali ke Kuala Lumpur. Baginda kembali berkhidmat di Sekolah Seri Ampang, Jalan Ampang sehingga persaraannya.
Jawatan terakhir sepanjang menjadi pengajar ialah Penolong Kanan Sekolah Seri Ampang. Baginda kemudiannya mengambil keputusan untuk bersara awal pada tahun 1979 setelah 22 tahun mengajar. Baginda berusia 47 tahun ketika itu dan merupakan isteri kepada Hakim Besar Malaya Tan Sri Raja Azlan Shah.
Dengan tentuan Allah, pada tahun 1984, Sultan Perak Sultan Idris Shah II telah mangkat. DYTM Raja Azlan Shah kemudiannya dilantik sebagai Sultan Perak ke 34 dan serentak dengan itu, Tuanku Bainun yang pada ketika itu bergelar Che Puan Besar Bainun dimashyurkan sebagai Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun dan baginda ketika itu berusia 52 tahun.
Siapa sangka tuah seorang pendidik yang kemudiannya bergelar Raja Permaisuri. Kemudian pada tahun 1989, DYMM Paduka Seri Sultan Perak dipilih dan ditabalkan oleh Majlis Raja-Raja Melayu sebagai DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke 9, dan DYMM Tuanku Bainun turut ditabalkan sebagai DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke 9.
Setelah tamat tempoh bersemayam lima tahun di Istana Negara, pada tahun 1993 baginda berdua kembali ke negeri Perak Darul Ridzuan. Baginda merupakan rakyat jelata yang pertama dilantik sebagai Raja Permaisuri Agong.
Baginda Tuanku Bainun duduk bersemayam di atas takhta negeri Perak sebagai Raja Permaisuri Perak sehinggalah kemangkatan Sultan Azlan Shah yang telah mencuri hatinya suatu ketika dahulu.
Sultan Azlan mangkat pada 28 Mei 2014 pada usia 86 tahun, setelah 59 tahun hidup bersama kekasih hatinya Tuanku Bainun. Dewan Negara Negeri Perak telah mengurniakan gelaran Raja Permaisuri kepada Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali dengan bergelar Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali oleh Sultan Perak ke 35, Sultan Nazrin Muizuddin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah yang juga anakanda sulung baginda berikutan kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Al-Ghafarullahu-lah pada 28 Mei 2014.
Tuanku Bainun sangat gemar akan bunga dan telah mendapat penghormatan apabila tiga jenis bunga orkid dinamakan sempena baginda iaitu Orkid Chiritiera (Chtra) Permaisuri Bainun, Orkid Dendrobium (Den) Tuanku Bainun dan Orkid Renantanda (Rntda) Tuanku Bainun. Hospital besar Ipoh Perak juga ditukarkan namanya ke nama Hospital Raja Permaisuri Bainun.
Baginda juga merupakan penaung kepada beberapa organisasi dan persatuan amal di Perak, iaitu Persatuan Bola Keranjang Wanita Perak, Persatuan Badminton Wanita Perak, Pergerakan Pandu Puteri, Persatuan Hoki Wanita Perak dan PERKIM.
Sehingga kini baginda sangat mengambil berat mengenai rakyat. Semoga Allah merahmati serta mengurniakan kesihatan dan panjangkan umur baginda Tuanku Bainun.
Sumber : Orang Perak 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/07/01/dari-seorang-guru-jadi-raja-permaisuri-agong-ini-kisah-tuanku-siti-bainun-yang-ramai-tak-tahu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Kenapa Helang Di Gelar Raja Segala Burung

Kisah Kenapa Helang Di Gelar Raja Segala Burung

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 1790 hits
Pada usia 40 tahun burung helang perlu membuat keputusan samada akan mati pada usia itu atau ingin terus hidup dan untuk terus hidup lebih lama burung ini perlu menyeksa dirinya terlebih dahulu Bukan kerja mudah Dalam proses itu burung hela...
Kenangan Manis Penyulam Keringkam Permaisuri Agong

Kenangan Manis Penyulam Keringkam Permaisuri Agong

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 340 hits
KUCHING 4 Julai Semasa Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah melawat bandar raya ini April lepas baginda dilihat memeluk erat seorang wanita warga emas membuatkan ramai yang berada di Kompleks Mahkamah Lama di sini ...
Permaisuri Agong Mohon Maaf Makan Durian Guna Camca Dipuji Ramai

Permaisuri Agong Mohon Maaf Makan Durian Guna Camca Dipuji Ramai

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 713 hits
Provided by Malay Mail Sdn Bhd Tun Azizah Aminah Maimunah Iskandariah makan durian menggunakan sudu dan garpu Foto ihsan Twitter Che Aminah SayangKUALA LUMPUR 5 Julai Permaisuri Agong menunjukkan kesantunannya dengan memohon maaf kepada ora...
Kisah Misteri Keranda Seorang Pelakon Mencari Jalan Pulang Ke Tanah Kelahirannya

Kisah Misteri Keranda Seorang Pelakon Mencari Jalan Pulang Ke Tanah Kelahirannya

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 874 hits
CHARLES Coghlan dilahirkan di Pulau Prince Edward di pesisiran pantai timur Kanada pada 1841 dalam keluarga pendatang Ireland yang miskin Sebaik mencecah usia persekolahan jiran Coghlan mengutip sumbangan untuk menghantarnya bersekolah di E...
Kisah Haru Seorang Ayah Yang Anyamkan Tas Dari Tali Rafia Karena Tak Mampu Belikan Anaknya Tas Baru

Kisah Haru Seorang Ayah Yang Anyamkan Tas Dari Tali Rafia Karena Tak Mampu Belikan Anaknya Tas Baru

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 500 hits
Banyak orang bilang kasih ibu sepanjang masa tapi di sisi lain ada juga kasih ayah yang tak memiliki celah Sosok ayah memiliki peran yang sama penting dengan sosok ibu Baik ayah ataupun ibu status mereka sebagai orang tua membuat mereka men...
Takkan Kau Nak Kahwin Dengan Shuib Siti Sarah Kongsi Kisah Awal Perkenalannya Dengan Shuib

Takkan Kau Nak Kahwin Dengan Shuib Siti Sarah Kongsi Kisah Awal Perkenalannya Dengan Shuib

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 501 hits
Takkan Kau Nak Kahwin Dengan Shuib Siti Sarah kongsi kisah awal perkenalannya dengan Shuib Siti Sarah melalui Instagramnya semalam telah memuat naik gambar di awal perkenalannya dengan Shuib yang menarik perhatian netizen Malah kapsyen yang...
Kisah Guru Honorer Yang Dipecat Karena Berusaha Bongkar Pungli Di Tempatnya Mengajar

Kisah Guru Honorer Yang Dipecat Karena Berusaha Bongkar Pungli Di Tempatnya Mengajar

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 274 hits
Pungli alias pungutan liar memang telah mendarah daging di berbagai lapisan masyarakat Indonesia Bahkan hal tersebut juga merambah hingga ke ranah pendidikan Seperti yang baru baru ini terjadi di Tangerang seorang guru honorer bernama Rusmi...
Kisah Heroik Seorang Ibu Selamatkan Dua Anaknya Saat Perahu Tenggelam

Kisah Heroik Seorang Ibu Selamatkan Dua Anaknya Saat Perahu Tenggelam

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 227 hits
Juraida meneteskan air matanya mengingat kembali perjuangannya menyelamatkan dua buah hatinya setelah perahu bermotor yang ditumpangi mereka kandas di tengah sungai perairan Desa Mega Timur Kecamatan Sungai Ambawang Kabupaten Kubu Raya Kali...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Makan Steamboat Dapat Henna Free


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage