Kisah Malaikat Buat Silap Menghakimi Pemuda Yang Telah Membunuh 99 Orang


Kisah Malaikat Buat Silap Menghakimi Pemuda Yang Telah Membunuh 99 Orang | 
Setiap yang bergelar manusia pasti pernah melakukan kesilapan dan adalah menjadi tugas kita supaya selalu bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah SWT. Bercerita tentang taubat ini, terdapat sebuah kisah mengenai seorang lelaki daripada kalangan umat terdahulu yang telah membunuh seramai 99 (sembilan puluh sembilan) orang manusia.
Daripada Abu Said al-Khudri r.a., bahawa Nabiyullah SAW bersabda:
“Sebelum zaman kamu ini, pernah ada seorang lelaki yang telah membunuh seramai 99 (sembilan puluh Sembilan) orang manusia, kemudian dia bertanyakan mengenai perkara itu kepada seorang yang paling alim pada zaman itu. Selepas ditunjukkan kepadanya seorang rahib (pendeta). Dia pun berjumpa rahib tersebut.
Dia memberitahu: “Aku telah membunuh seramai sembilan puluh sembilan orang manusia, adakah taubatku masih diterima?”
Rahib tersebut menjawab: “Tidak!”
Mendengar jawapan itu, dia tidak puas hati, terus naik marah lalu membunuh rahib tersebut dan genaplah jumlah seratus orang manusia yang telah dibunuhnya.
Namun niatnya ingin bertaubat tetap teguh. Tanpa putus asa dia mencari lagi seseorang yang paling alim pada zaman itu. Kemudian lalu ditunjukkan kepadanya seorang yang alim, dia terus berjumpa orang alim tersebut dan berkata: “Aku telah membunuh seramai seratus orang manusia. Adakah taubatku masih diterima?”

Orang alim tersebut menjawab: “Ya! Siapakah yang menghalang seseorang dari bertaubat?”
“Sekarang, pergilah kamu ke tempat ini dan ini, kerana di sana terdapat ramai orang yang beribadah kepada Allah. Kamu beribadatlah kepada Allah bersama mereka dan jangan pulang ke tempat kamu kerana tempatmu itu adalah tempat yang teruk.”sambung orang alim itu lagi.
Lelaki tersebut beredar menuju ke tempat yang dinyatakan. Ketika berada di pertengahan jalan, tiba-tiba maut datang menjemputnya dan dia pun meninggal dunia.
Melihat kejadian itu, menyebabkan Malaikat pembawa rahmat dan Malaikat Azab (malaikat yang ditugaskan menyeksa) bertelingkah mengenainya.
Malaikat Rahmat berkata: “Dia datang dalam keadaan sudah bertaubat dan menghadapkan hatinya secara ikhlas kepada Allah.”
Manakala Malaikat Azab pula berkata: “Benar, namun dia tidak pernah melakukan kebaikan.”
Lalu datanglah malaikat lain yang menyerupakan dirinya dalam bentuk manusia. Lalu dia menjadikan dirinya sebagai pemisah antara malaikat-malaikat yang berselisih tadi, iaitu dijadikan hakim pemutusnya untuk mengadili pertengkaran mereka dan untuk menetapkan mana yang betul.
Malaikat itu berkata, “Kalau begitu, ukurlah jarak kamu. Jarak di antara dua tempat, dari sini ke tempat yang ditinggalkan lelaki ini dan ke tempat yang hendak ditujunya; ke tempat mana yang lebih dekat, bererti dialah yang berhak ke atas orang ini.”
Kedua-dua malaikat tersebut lalu sama-sama mengukur dan setelah di ukur, ternyata mereka dapati kedudukan mayat lelaki tersebut lebih hampir dengan tempat tujuannya untuk melaksanakan taubat iaitu tempat yang dihuni oleh orang-orang soleh, beerti ia termasuk di kalangan mereka. Maka akhirnya, lelaki tersebut berhak diambil oleh Malaikat Rahmat.”
(Hadis Riwayat Muttafaq Alaih)
 
Dalam sebuah riwayat yang sahih lain disebutkan: “Orang tersebut lebih dekat hanya sejengkal saja pada kawasan yang baik itu, iaitu yang hendak didatangi, maka dijadikanlah dia termasuk golongan penduduknya.”
Sebuah riwayat dalam kitab sahih juga menyebut;
“Allah Ta’ala lalu mewahyukan kepada tanah yang ini (tempat asalnya) supaya engkau menjauhinya dan kepada tanah yang ini (tempat yang hendak dituju) supaya engkau mendekatinya (maksudnya supaya tanah asalnya itu memanjang sehingga kalau diukur akan menjadi jauh, sementara tanah yang dituju itu menyusut sehingga kalau diukur menjadi dekat jaraknya).” Kemudian firmanNya: “Ukurlah antara keduanya.”Malaikat-malaikat itu mendapatkannya bahawa kepada yang ini (yang dituju) adalah lebih dekat hanya sejengkal saja jaraknya. Maka orang itupun diampunilah dosa-dosanya.”
Dalam riwayat lain lagi disebutkan: “Orang tersebut bergerak (amat susah payah kerana hendak mati) dengan dadanya ke arah tempat yang dituju itu.”
 
Keterangan:
Huraian hadis ini menjelaskan mengenai betapa pentingnya memiliki ilmu pengetahuan dalam selok-belok agama, apabila dibandingkan dengan terus beribadah atau menghukum tanpa mengetahui bagaimana yang sepatutnya dilakukan. Juga menjelaskan keutamaan ‘uzlah atau mengasingkan diri dalam keadaan masyarakat yang boleh dikatakan rosak binasa dan kemaksiatan serta kemungkaran muncul di mana-mana, hatta dalam keluarga sendiri pun.
Tidak diragukan lagi bahawa pintu taubat sentiasa terbuka kepada sesiapa saja yang ingin bertaubat selagi masih belum tiba kiamat. Tidak kira sebesar mana dosa kita, walaupun telah ramai orang yang menjadi mangsa; Seperti taubat pembunuh, jika dia benar-benar ikhlas bertaubat kepada Allah dengan ‘Taubat Nasuha’, taubatnya tetap akan diterima.
“Sesiapa yang bertaubat kepada Allah sebelum matahari terbit dari arah barat, nescaya Allah akan menerima taubatnya.”   (Hadis Riwayat Muslim)
 
Thabit bin Qurrah berkata: “Kerehatan badan bergantung kepada kurangnya makan. Kerehatan jiwa bergantung kepada kurangnya melakukan dosa. Kerehatan lidah bergantung kepada kurangnya bercakap. Dosa bagi hati umpama racun bagi badan.”
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
 
Even Angels Make Mistakes – Dr. MAZA

 


The post Kisah Malaikat Buat Silap Menghakimi Pemuda Yang Telah Membunuh 99 Orang appeared first on masterlatif.com.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://masterlatif.com/kisah-malaikat-buat-silap-menghakimi-pemuda-yang-telah-membunuh-99-orang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaikat Pun Boleh Buat Silap

Malaikat Pun Boleh Buat Silap

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 649 hits
Sifat malaikat sentiasa patuh perintah Allah SWT Setiap tugas dilakukan dengan tepat dan memenuhi apa yang telah diarakahkan oleh Allah Bagaimana boleh ada perumpamaan Malaikat pun kadang kala melakukan kesilapan Kalau malaikat melakukan ke...
Malaikat Buat Silap Dusuki Syor Tun Mahathir Bertaubat

Malaikat Buat Silap Dusuki Syor Tun Mahathir Bertaubat

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 1521 hits
Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Selangor Ahmad Dusuki Abd Rani menegaskan ALLAH mencipta malaikat tidak pandai membuat silap Setakat saya belajar ini tak pernah lah jumpa malaikat buat silap ALLAH ciptakan malaikat tidak pandai membuat salah...
Video Malaikat Pun Buat Silap Kata Perdana Menteri

Video Malaikat Pun Buat Silap Kata Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 399 hits
Adalah perkara normal apabila kerajaan Pakatan Harapan membuat pusingan U bersabit beberapa keputusan atau dasar yang telah dibuat kata Tun Dr Mahathir Mohamad Malah Perdana Menteri itu menyamakan pemimpin Pakatan Harapan dengan malaikat ya...
Malaikat Pun Buat Silap Mahathir

Malaikat Pun Buat Silap Mahathir

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 453 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan Pakatan Harapan bukanlah sempurna sehingga tidak melakukan sebarang kesilapan Menurut Perdana Menteri sebagaimana malaikat yang ada kalanya boleh melakukan kesilapan jadi bukanlah sesuatu yang mustah...
Dr Ahmad Sanusi Beri Penjelasan Kenyataan Kontroversi Tun M Malaikat Pun Boleh Buat Silap

Dr Ahmad Sanusi Beri Penjelasan Kenyataan Kontroversi Tun M Malaikat Pun Boleh Buat Silap

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 799 hits
Malaikat Tidak Melakukan Kesilapan 1 Dalam aqidah Islam jumhur ulama menegaskan bahawa para Malaikat itu tidak melakukan kesilapan Pandangan ini dinyatakan oleh al Qadi Iyyad dan Al Imam al Suyuti Mereka berhujah dengan dua ayat daripada al...
Malaikat Pun Boleh Buat Silap Tun Mahathir

Malaikat Pun Boleh Buat Silap Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 441 hits
Malaikat Pun Boleh Buat Silap Tun Mahathir We are not perfected people Although most of us are angels but even angels sometimes make mistakes Ini peribahasa English Boleh diterjemah juga sebagai Walau sealim mana kamu pasti ada silap juga V...
Malaikat Buat Silap Nabi Tak Tunai Janji Kenapa Ada Yang Gila Lompat Untuk Bersama Kelompok Begini

Malaikat Buat Silap Nabi Tak Tunai Janji Kenapa Ada Yang Gila Lompat Untuk Bersama Kelompok Begini

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 599 hits
Pelbagai kenyataan tidak masuk akal diluahkan oleh pemimpin Pakatan Sebelum ini PM Tun Mahathir menyebut Malaikat pun buat silap Kali ini Menteri Wilayah Khalid Samad buat kenyataan gila mengatakan Nabi pun tak tunai janji Melihat kepada ke...
200 Pemuda Upahan Kena Ambil Iktibar

200 Pemuda Upahan Kena Ambil Iktibar

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 302 hits
Ini untuk 200 individu yang berada di sana Bab ini orang Melayu kena didik budak2 ni Nak jadi upahan atau gengster kena ada ilmu Matematik utk buat perkiraan betul atau tidak apa aku buat ni Kira balik berbaloikah duit upah dgn pergeseran y...
Segerakan Pendakwaan Kes Kematian Adib Pemuda Umno

Segerakan Pendakwaan Kes Kematian Adib Pemuda Umno

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 317 hits
KUALA LUMPUR Pemuda UMNO merakamkan ucapan takziah atas kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim akibat dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman USJ25 Subang Jaya 27 November lalu Ketua pergerakan itu Datuk Dr Asyraf Wajdi D...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation