Malaikat Buat Silap Dusuki Syor Tun Mahathir Bertaubat
Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Selangor, Ahmad Dusuki Abd Rani menegaskan ALLAH mencipta malaikat tidak pandai membuat silap.
“Setakat saya belajar ini, tak pernah lah jumpa malaikat buat silap. ALLAH ciptakan malaikat tidak pandai membuat salah dan silap.
“Sepatutnya yang buat sengaja salah silap ini ialah syaitan,” katanya melalui Instagram miliknya, hari ini.
Beliau berkongsi keratan akhbar yang melaporkan kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bertajuk ‘Malaikat pun buat silap’.
“Mungkin yang berkata-kata ini yang buat silap atau penterjemah buat silap yang disengajakan. Apabila kita tersilap atau sengaja maka beristighfarlah dan bertaubatlah.
“Ada pun yang tidak memohon ampun terhadap kesilapan itulah kesombongan. Mungkinkah itu sikap kesombongan?,” kata Dusuki yang pernah digantung tauliah oleh Majlis Agama Islam Selangor (Mais)
Semalam, Tun Mahathir dilaporkan mempertahankan kritikan terhadap kerajaannya yang dilabel sering membuat pusingan U dalam dasar dan manifestonya.
“Oh u-turn, kadang-kadang kita salah jalan, kita pusing balik tapi hanya bila perlu. Kami bukan orang yang sempurna.
“Walaupun sebahagian daripada kami malaikat, tapi malaikat pun buat salah. Jadi apabila malaikat buat silap, mereka patah balik,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden PH di ibu pejabat Bersatu, semalam.
Untuk rekod, Ahmad Dusuki Abd Rani yang juga anak saudara kepada Allahyarham Nik Aziz adalah antara individu yang terlibat dalam insiden menghalang Tun Mahathir menziarahi makam Almarhum pada Mei, 2018.
Nota Ana Ghoib: Perkara contoh amsalan perlambangan malaikat pun hendak dipertikaikan Ulama PAS yang begitu baik macam malaikat.
Firman Allah: Dan malaikat bertasbih dengan memuji Tuhannya serta memohon ampun bagi makhluk-makhluk yang ada di bumi. Ingatlah! Sesungguhnya Allah, Dia lah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. – (Asy-Syuura 42:5)
Menurut firman bahawa Malaikat Jibril itu berakal yang benar dan kesemua malaikat itu benar-benar takut akan Allah.
Apakah pemimpin ulama PAS itu berakal yang benar dalam urusan peribadi, politik juga KENEGARAAN mereka?
Siapa tahu malaikat di langit mendoakan keampunan untuk Mahathir, Najib, Anwar dan Hadi juga Dusuki sendiri atas kesilapan dan khilaf kalian.
Tapi itu khusus untuk mereka yang sedar mengaku bersalah dan berdosa namun tidak kepada para munafik yang tidak mengaku salah walau dalam apa juga hal sekalipun dialah yang paling baik, paling suci, paling Islam dan tinggi imannya.
Taktik orang politik agama dan mempolitikkan agama ini mudah sahaja hujahnya. Iaitu: Sila Taubat, Sila Kembali Ke Sejadah – namun bagi salah silap kawan kem sendiri mudahnya ‘Saya Puas Hati’. – Susunan risalah Berita Mimpi – Ana Ghoib
KLIK BACA: Ulama PAS doa pengundi PH jatuhkan kerajaan
KLIK BACA: Saya tolong orang Melayu, bukan memburukkan mereka – Tun Mahathir
KLIK BACA: Siapa Saadatul Nafisah ‘wanita berani’ dalam kes ubah laporan Audit 1MDB
KLIK BACA: “Saya turun jika himpunan ICERD tuntut pulang duit curi” – Tamrin Ghaffar
KLIK BACA: Dulu PAS bela Najib dan Umno, terlepas peluang bela TH, MARA dan Felda – Raja Bahrin
KLIK BACA: Kenapa Najib, Hisham tak tahu akibat perang Yaman basah darah Islam, soal Raja Bahrin
The post Malaikat buat silap, Dusuki syor Tun Mahathir bertaubat appeared first on Malaysian Review.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.malaysianreview.com/190733/malaikat-buat-silap-dusuki-syor-tun-mahathir-bertaubat/