Kisah Kena Hukum Dengan Cikgu Masa Sekolah
Masa bersekolah dulu terutama masa sekolah rendah,aku ni memang kategori malas buat homework.Kalau aku nak buat aku cuma akan buat dalam kelas ja. Adakalanya aku datang awal baru lah aku buat kerja sekolah. Entahla mungkin ini ciri-ciri genius yang khusus untuk aku kot? Kelas aku dulu masa form 5 dulu banyak yang genius,ada yang duduk kelas pusing pen ja ,ada yang masuk untuk beberapa subjek yang dia minat sahaja .Tapi bila exam memang score la.
Okla abaikanla kisah-kisah genius tu,mungkin suatu hari kalau aku rasa nak tulis bab tu bolehla aku cerita lebih lanjut.Kali ini cuma nak cerita hukuman yang pernah aku terima masa bersekolah dulu.
Kisah 1, masa aku darjah lima, cikgu kelas aku pernah mengangkat aku nak gantung dekat kipas.Sebelah tangan ja dia angkat yelah darjah 5 berat pun berapa kilo ja. Aku tak pasti kesalahan apa tetapi mungkin sebab aku tak bawak buku kot time tu. Bila dia angkat tiba-tiba bunyi prakk..dia pun tanya bunyi apa tu? Aku pun jawab tak tahu cikgu. Bila dah letak balik baru aku tau seluar aku koyak !!
Kisah 2,masa aku darjah enam .Suatu hari cikgu kelas aku bertanyakan dekat seorang budak ini ada bawak tak cili burung.Budak tu kata ada. Pastu cikgu aku pun cakapla dalam kelas ini ada seorang tu tak pernah buat kerja rumah yang saya bagi..siap sebbut nama aku lagi.Aku pun mengaku jela. Aku dipanggil kedepan lalu disuruh gigit cili burung tu tapi jangan telan tapi letak bawah lidah. Aku pun akur jela. Disuruh duduk mula hingus mula meleleh keluar..kalau tak percaya korang boleh try k.
Kisah 3,masa aku form one. Setiap kali aku lalu makmal sains sahaja ada satu cikgu ni panggil aku.Suruh teka nama dia . Mana la aku tau dia bukan mengajar aku pun.akibatnya aku disuruh pumping. Buat jela serratus kali. Pastu aku pun dah malas nak lalu dah bila nak ke kantin. Bila aku dah tau nama sajala aku lalu .Dia pun panggil suruh teka nama dia. Aku pun jawabla..SALAH ! cikgu tu suruh aku tanya sorang budak pompuan tu. Amboi siap kena panggil datuk professor la bagai (bukannya dia ada title apa pun). Cibai la itu cikgu. Ya turun lagi serratus kali..
Kisah 4, form one jugak. Aku disebat dipunggung seratus kali. Siap kena pilih nak rotan camna tebal ka sedang ka atau yang nipis. Puncanya sebab aku tak buat karangan manik yang gantung kat pintu. Ala macam karangan siput kecik kecik berjurai tu. Satu karangan 10 rotan, minimum 10 karangan kena buat,So aku tak buat kena la 10x10 = 100. Perrhh..berbirat beb..ada jugak kena pukul kat tangan dah macam lipan pulak design dia.
Walaupun macam-macam hukuman aku kena ,tak der la pulak aku nak sabotaj pancitkan tayar kereta ka apa.Entah mungkin sebab aku sendiri semulajadi kuat dan dayatahan aku tu kategori boleh tahan jugakla. Kalau korang baca kisah ke 3 tu ,aku pun tak paham kenapalah cikgu tu dok buli aku. Mungkin dia Nampak aku ganas kot. Akibat perbuatan cikgu ni ,ramai yang nak jadi geng aku..yelah budak jahat kan nampak cool je kan..betui tak?
Tapi tula nampak je jahat bila periksa ok ja. Aku maintain je dapat no 2 dalam kedudukan semua kelas. Tiap-tiap tahun macam tu je.Nantilah ,yang tu cerita lain kali la ye.
Ok hingga jumpa lagi..
P/s : lepas ini aku tak bercerita ikut kronologi lagi, yelah aku bercerita kisah aku masa kecil untuk memudahkan korang memahami karekter aku dan sedikit sebanyak aku sengaja share benda-benda yang ada lucu,sedih dan sebagainya..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://darkesspresso.blogspot.com/2018/12/kisah-kena-hukum-dengan-cikgu-masa.html