Ada Tali Dilehernya Cikgu Kongsi Kisah Pelajar Tahun 1 Dalam Ujian Berat Cuba Bunuh Diri


Kemurungan dan ideasi membunuh diri bukanlah satu perkara gurauan. Pada 13 Mei lalu, seorang remaja perempuan berusia 16 tahun maut akibat terjun dari tingkat tiga bangunan rumah kedai bagi merealisasikan hasil undian di Instagram yang majoritinya menyokong hasrat remaja tersebut untuk mati.
Jika tidak mampu berkata perkara baik, diam. Dengan empati, anda mungkin menyelamatkan satu nyawa.
Dalam Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2015, seramai satu pertiga daripada rakyat Malaysia dijangka mengalami kemurungan, peningkatan sebanyak 29.2 peratus berbanding pada tahun 2006.
Selain itu, World Health Organization (WHO) menganggarkan seramai 300 juta penduduk dunia berpotensi mengalami masalah tekanan mental jika ia tidak dibendung pada masa sekarang.
Gambar hiasan. (Imej: Kids Helpline Australia) Dalam satu laporan terbaru oleh NBC News memetik hasil kajian pada 2017, sebanyak 21% peningkatan kes bunuh diri melibatkan remaja lelaki di Amerika berbanding tahun sebelumnya. Statistik ini menunjukkan bahawa tekanan mental ini tidak asing lagi dalam kalangan anak muda, tidak terkecuali negara kita.
Baru-baru ini, tular perkongsian seorang guru, AdbShukrie tentang cubaan seorang pelajar darjah satu untuk membunuh diri. Menurut guru berkenaan, ketika dia memasuki kelas tersebut sebagai guru ganti, para pelajar kecoh memberitahunya terdapat seorang rakan mereka yang ingn membunuh diri. Dia kemudiannya menghampiri pelajar tersebut yang menangis di sudut kelas, bersedia untuk mencederakan diri sendiri.
Berikut perkongsian AdbShukrie setelah memujuk murid berkenaan untuk membatalkan niatnya.
Aku tanya dia, kenapa dia buat macam tu. Bila tau kenapa sumpah aku rasa nak menangis. 
Dia kata, “Saya nak jumpa mak ayah saya, cikgu.” Aku pelik, kenapa bunuh diri nak jumpa mak ayah. Kemudian ada seorang budak kata, “Mak ayah dia dah meninggal cikgu. Dia nak mak ayah dia ja.”
Budak tu berhenti menangis. Tapi dia pandang lantai je. Sumpah aku nak menangis masa tu juga tadi. 
Aku tahan air mata, peluk dia dan bawa dia ke meja guru. Aku taknak nanti dia nangis lagi.
Aku tanya dia duduk dengan siapa. Dia kata tinggal dengan makcik dia. Aku katakan pada dia,
“Jangan sedih, makcik kan ada. Sayang makcik kan?” Dia angguk.
Sedih betul dia kecil lagi dah kena uji macam tu. Aku hampir hilang kata-kata dalam kelas tu tadi. Doakan dia kekal kuat ya.
Jangan lupa hargai dan tunjukkan kasih sayang kepada ibu bapa kalian. Ada orang yang betul-betul mahu bersama ibu bapa, tapi mereka telah pergi selamanya.
Satu lagi aku nak pesan, 
“Jangan sesekali dekati orang yang ingin membunuh diri dengan kemarahan. Aku tahu apa budak tu rasa, sebab itu aku dekati dia dengan perlahan, berbual dan cuba memahami dia. Kalau marah-marah sebab suicidal, dia akan terus tertekan dan benci untuk hidup.”

Pagi tadi relief kelas darjah satu. Masuk masuk kelas kecoh kejap ramai ramai students cakap ada sorang student ni nak bunuh diri.
Kat sudut kelas, ada sorang budak laki duduk menangis. Aku pergi kat dia, ada tali halus di leher. Dia dah ikat ketat nak jerut leher sendiri.
— Stone (@Adbshukrie) June 17, 2019

Sumber: Adbshukrie, NBC News


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/06/19/ada-tali-dilehernya-cikgu-kongsi-kisah-berdepan-pelajar-tahun-1-cuba-bunuh-diri-sebab-nak-jumpa-ibubapa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mak Ayah Dia Dah Meninggal Cikgu Murid Tahun Satu Cuba Jerut Leher Sendiri Sebab Mahu Jumpa Ibu Bapanya

Mak Ayah Dia Dah Meninggal Cikgu Murid Tahun Satu Cuba Jerut Leher Sendiri Sebab Mahu Jumpa Ibu Bapanya

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 661 hits
The ReporterKehilangan orang yang disayangi sangat sukar untuk diterima lebih lebih lagi kehilangan kedua ibu bapa Jika sudah mampu sudah dewasa dan mampu berdikari kehilangan itu sedikit sebanyak dapat diterima tetapi jika kehilangan itu d...
Pelajar Nak Bunuh Diri Dalam Kelas Sebab Rindu Ibu Bapa

Pelajar Nak Bunuh Diri Dalam Kelas Sebab Rindu Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 408 hits
Siapa sangka suasana hari biasa persekolahan bertukar menjadi huru hara terkejut dan sebak apabila seorang pelajar dikatakan mahu membunuh diri Seorang cikgu berkongsi dekat detik di mana salah seorang anak murid dia hampir menjerut leherny...
Perkongsian Whatsapp Group Pelajar Tahun 5 Edisi Geleng Kepala

Perkongsian Whatsapp Group Pelajar Tahun 5 Edisi Geleng Kepala

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 446 hits
Al kisah anak saya tiada gadget atau phone sendiri Frankly speaking saya memang tak beri anak saya phone memandangkan belum ada keperluan mendesak Jadi bulan lalu dia request untuk guna phone saya bagi membolehkannya sertai WhatsApp rakan s...
Pelajar Wanita Iran Berusia 11 Tahun Berjaya Tewaskan Einstein Hawking

Pelajar Wanita Iran Berusia 11 Tahun Berjaya Tewaskan Einstein Hawking

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 267 hits
Pelajar Sekolah Tinggi Aylesbury Tara Sharifi telah memecahkan ujian MENSA dengan skor minda tertinggi Ujian tersebut mempunyai tanda aras yang khusus iaitu 140 Genius Dia mengambilnya di Oxford dan mengejutkan semua orang di sana Skornya i...
Masuk Icu Baru Tahu Ada Jangkitan Kuman Nampak Aktif Ibu Ini Kongsi Kisah Hilang Cahaya Mata Menjelang Syawal

Masuk Icu Baru Tahu Ada Jangkitan Kuman Nampak Aktif Ibu Ini Kongsi Kisah Hilang Cahaya Mata Menjelang Syawal

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 443 hits
Hati ibu mana yang tidak hancur apabila anak yang disayangi kembali ke pangkuan Ilahi Pasti setiap telatah si anak sering bermain di mata mengenangkan hari hari yang berlalu tanpanya di sisi Seorang pengguna Facebook mengimbau kembali memor...
Polisi Ternate Diduga Bunuh Diri Gunakan Senjata Api Laras Pendek

Polisi Ternate Diduga Bunuh Diri Gunakan Senjata Api Laras Pendek

papar berkaitan - pada 9/6/2019 - jumlah : 338 hits
Seorang polisi berinisial RS berpangkat ipda yang bertugas di Polres Ternate diduga bunuh diri di rumah kontrakannya Dari hasil identifikasi RS diduga bunuh diri menggunakan senjata api laras pendek jenis sig sauer
Hospital Jb Kecoh Wanita Bunuh Diri Kerana A Rahman Hassan

Hospital Jb Kecoh Wanita Bunuh Diri Kerana A Rahman Hassan

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 494 hits
Hospital JB Kecoh Wanita Bunuh Diri Kerana A Rahman HassanBELASUNGKAWA
Cepatnya Kau Kencing Tak Nak Aku Temankan Ke Hihihi Kisah Seram Pelajar Uitm Ketika Di Tandas Jam 3 Pagi

Cepatnya Kau Kencing Tak Nak Aku Temankan Ke Hihihi Kisah Seram Pelajar Uitm Ketika Di Tandas Jam 3 Pagi

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 1113 hits
Nama aku Ira Aku merupakan mahasiswi UiTM Tapi aku tak nak bagitahulah UiTM mana Terpaksa dirahsiakan atas sebab sebab tertentu Kisah ini merupakan pengalaman aku yang tak mungkin aku lupakan Nak kata seram atau tidak itu terpulanglah kepad...
Apa Agenda Mereka Mengapa Ktm Perlu Ditukar Tetapi Nama Penjajah Kekal Mekar

Terkini Syarat Baharu Masuk Ke Thailand

Dua Anak Jiran Dibunuh Kerana Memancing Kolam Keluarga

World Bank Forecasts 3 9 Growth For Malaysia

Doa Robithoh Arab Latin Dan Artinya

Techcrunch Mobility Slate S New Ev Truck And Tesla S Competing Realities Revealed

Dua Lelaki Dikenakan Denda Kerana Mengganggu Ketenteraman Awam Di Festival Songkran Bandar Utama Mall

Dap And Pkr S Missing Indian Leaders In Ayer Kuning By Election A Cause For Concern


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Melamun Mana Lagi

Bn Menang Besar

Elderly Woman Killed In Hit And Run Accident At Traffic Light

Rm20 Million Spent On Kl Tower Repairs Upgrades

Madani Wins Ayer Kuning But Psm Makes Waves While Pn S Pig Agenda Fails

Aktiviti Rumah Terbuka Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia Ppim 25 04 2025