Kisah Jalan Kaki Balik Dari Sekolah 2
Kisah jalan kaki balik dari sekolah 2
OK sambung balik citer hari tu. Itu kisah di Pendang, kali ni sambung di Selama, Kedah. Mesti korang hairan kan tiba tiba pi Selama pulak. Yelah ayah aku kerja kerajaan, dia selalu berpindah randah, so automatik anak dia pun bertukar sekolah la jugak.
Duduk di rumah kuarters kerajaan di Selama Kedah tetapi aku belajar di Selama Perak. Sebabnya aliran tidak sama. So hari hari menyeberangi sempadan Kedah dan Perak la aku. Sekolah petang maknanya balik petang la jawabnya. Tetapi aku selalu tertinggal bas (bas biasa bukan bas sekolah). Yelah nak jalan kaki dari sekolah ke station bas pun lebih kurang 2km atau lebih. Bila aku sampai, last bas kadang tu dah jalan. So berjalan la pulak dalam 9km(mungkin lebih sebab aku x ingat jarak sebenar) lagi.
Sampai dirumah lebih kurang 8 lebih sebab time aku sampai berita sedang berlangsung di televisyen. Memang letih lesu. Ada jugak sekali tu kerani ayah aku tumpangkan aku sebab dia amik adik dia di sekolah. Laluan aku balik tu boleh tahan la kena lalu depan rumah mak Rafidah Aziz (aku pun tak tau betui ka tak) kena lalu jambatan sempadan kedua dua negeri. Seram jugak setiap kali lalu berdekatan hutan tepi tu banyak bangkai ular yang kena langgar kenderaan yang lalu lalang.
Setelah beberapa waktu akhir nya aku dihadiahkan sebuah basikal. Ye legalah sikit. Tahun selepas itu aku masuk asrama sebab orang tua aku berpindah ke Kuala Lumpur. Adik aku pulak masuk asrama penuh diKulim, kiranya untuk tengok tengok kan adik aku jugak la..
OK la aku tamat kan dulu kisah ini.. Wassalam
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://darkesspresso.blogspot.com/2018/11/kisah-jalan-kaki-balik-dari-sekolah-2.html