Kisah Bilal Bin Rabah



Ini adalah makam Saiyidina BILAL bin Rabah atau nama lengkapnya Bilal bin Rabah Al-Habasyi dan beliau biasa dipanggil dengan gelaran Muadzzin Ar-Rasul. Saidina Bilal telah dilahirkan di Al-Sarah sekitar 43 tahun sebelum peristiwa hijrah. Ibunya bernama Hamamah merupakan seorang amah iaitu hamba perempuan yang berkulit hitam. Oleh yang demikian Bilal juga dipanggil oleh sebahagian masyarakatnya dengan panggilan Ibnu Al-Sauda’ yang bererti Anak Si Hitam

Beliau membesar di Ummul Qura (Mekah) dan menjadi hamba kepada salah seorang pembesar yang kafir. Sebaik sahaja terpancarnya sinar Islam di Mekah yang dibawa oleh Rasul yang agung dengan kalimah tauhid, Saidina Bilal adalah diantara orang yang terawal mengucap dua kalimah syahadah. Pada masa itu, yang terawal menerima Islam hanyalah Ummul Mukminin Khadijah Binti Khuwailid, Abu Bakar Al-Siddiq, Ali Bin Abi Talib, Ammar Bin Yasir beserta ibunya iaitu Sumaiyah, Sohaib Al-Rumi, dan Al-Miqdad Bin Al-Aswad

Apabila beliau mendengar Islam daripada risalah yang dibawa Rasulullah ﷺ, lalu beliau menemui Rasulullah ﷺ dan mengikrarkan dirinya memeluk agama Islam. Bukan sedikit kesakitan yang telah beliau alami, dan lebih ‘istimewa’ lagi ialah cubaan yang beliau terima tidak pernah dilalui oleh orang lain. Ketabahan beliau dan beberapa orang lagi dari golongan mustadh’afin (golongan lemah) tidak dapat ditandingi. Para pembesar Quraisy yang menyeksa mereka sebenarnya ingin memberikan ‘pengajaran’ kepada orang lain agar jangan sekali-kali mengambil risiko untuk mendekati Rasulullah ﷺ

Apabila matahari mencacak di langit, batu-batu di padang pasir juga telah membahang, dilucutkan pakaian yang menutupi tubuh mereka, kemudian dipakaikan pula dengan baju yang diperbuat daripada besi, lalu mereka dijemur di tengah-tengah terik mentari. Belakang tubuh mereka disebat dengan cemeti, dan disuruh pula agar mencemuh dan mengutuk Muhammad ﷺ

Sebahagian daripada golongan yang lemah dan tidak berdaya ini tidak mampu menanggung azab yang semakin berganda, menyebabkan mereka terpaksa juga mengutuk Nabi dalam keadaan kesal dan hati mereka masih lagi bergantung harap kepada Allah dan RasulNya. Akan tetapi Saidina Bilal tetap tidak berganjak. Jiwanya sudah diserahkan bulat-bulat kepada Allah azza wajalla

Orang yang bertanggungjawab menyeksa Bilal ini ialah Umaiyah Bin Khalaf bersama konco-konconya. Setiap sebatan mereka disambut oleh Bilal dengan kalimah “Ahad, Ahad” yang bermaksud “Esa, Esa”. Batu besar yang diletakkan di atas dada beliau juga diterima dengan kalimah “Ahad, Ahad”. Semakin dahsyat seksaan yang ‘dihadiahkan’, kalimah yang sama akan terpacul dari mulut beliau, “Ahad, Ahad”. Mereka memaksanya agar menyebut perkataan “Al-Laata dan Al-‘Uzza”, namun “Allah dan RasulNya” pula yang terbit dari bibirnya

Sebaik sahaja Allah SWT mengizinkan NabiNya untuk pergi berhijrah ke Madinah, Saidina Bilal turut menyertai hijrah ini walaupun hatinya sangat cinta dan sayangkan bumi Makkah yang mempunyai jutaan memori yang sukar dilupakan. Di Yathrib, beliau selamat daripada sebarang kejahatan Quraisy dan dapat meluangkan sepenuh masa untuk bersama-sama dengan kekasihnya Muhammad ﷺ. Ke mana jua Nabi bergerak, akan kelihatanlah susuk tubuh Bilal di samping baginda. Tatkala Nabi ﷺ mendirikan masjidnya di Madinah dan disyariatkan azan, Bilal adalah orang yang pertama melaungkan azan dalam sejarah Islam

Al-Najashi iaitu Raja Habsyah telah menghadiahkan kepada Rasulullah ﷺ tiga batang anak panah. Sebatang daripadanya disimpan oleh Rasulullah ﷺ sendiri, dan bakinya diberikan kepada Saidina Ali Bin Abi Talib dan Umar Al-Khattab. Tidak lama kemudian Rasulullah ﷺ telah memberikan anak panah itu kepada Saidina Bilal. Semenjak pemberian tersebut, Bilal terus menyimpan anak panah itu sepanjang hayatnya. Beliau akan membawanya ketika solat dua hari raya, solat isitisqa’ dan memacakkannya di hadapan beliau sekiranya mendirikan solat di luar masjid untuk dijadikan sebagai sutrah iaitu penghadang
Saidina Bilal turut terlibat dalam peperangan Badar dan telah melihat dengan mata kepalanya sendiri bagaimana Allah SWT mengotakan janjiNya dan menolong para tenteraNya. Beliau telah menyaksikan sendiri individu-individu yang terlibat dalam penyeksaan ke atas dirinya seperti Abu Jahal, Umaiyah Bin Khalaf dan lain-lain lagi putus nyawa mereka dengan pedang tentera muslimin

Ketika peristiwa pembukaan Kota Makkah, Rasulullah ﷺ telah mengajak tiga orang sahabat baginda untuk memasuki Ka’bah yang terdiri daripada Uthman Bin Tolhah selaku pemegang kunci-kunci Ka’bah yang mulia, Usamah Bin Zaid iaitu orang yang sangat dicintai oleh Rasulullah ﷺ, dan Bilal Bin Rabah selaku tukang azan baginda SAW. Rasulullah SAW telah memerintahkan Bilal agar menaiki Ka’bah dan melaungkan azan sebagai simbol kemenangan

Bilal terus konsisten menjadi tukang azan sepanjang hayat Rasulullah SAW. Bahkan baginda sendiri sering merindui suaranya yang pernah merasai penderitaan yang dahsyat sambil melaungkan kalimah “Ahad, Ahad”. Setelah Rasulullah ﷺ ‘berpindah’ kepada Temannya Yang Maha Tinggi, dan tibanya waktu solat, Bilal pun berdiri untuk melaungkan azan sedangkan ketika itu jasad Nabi ﷺ masih lagi berbalut dan belum dikebumikan. Apabila sampai pada ungkapan أشهد أن محمدا رسول الله , suaranya tersekat-sekat, sebak di dadanya berombak-ombak menyebabkan semua umat Islam yang ada ketika itu turut menitiskan air mata dan mereka tenggelam dalam kesedihan yang amat sangat

Beliau hanya melaungkan azan selama tiga hari sahaja selepas itu kerana setiap kali tiba pada kalimah أشهد أن محمدا رسول الله beliau akan menangis dan terus menangis. Oleh sebab itu, beliau telah meminta kebenaran daripada Khalifah Abu Bakar Al-Siddiq agar tidak lagi melaungkan azan kerana tidak sanggup lagi menahan kesedihan. Sekaligus memohon keizinan untuk menyertai jihad di jalan Allah dan melazimi perjuangan menentang musuh-musuh Allah di bumi Syam. Pada mulanya, Abu Bakar keberatan untuk memberikan keizinan tersebut kerana Bilal akan meninggalkan bumi Madinah, akan tetapi selepas mendengar kata-kata Bilal yang berbunyi, “Sekiranya dahulu tuan membeli saya untuk kepentingan diri tuan, maka tahanlah saya. Tetapi jika tuan telah membebaskan saya dahulu kerana Allah, maka biarkanlah saya menuju kepadaNya”, barulah diizinkannya

Setelah Bilal meninggalkan Madinah, beliau telah menetap di Daraiya berhampiran dengan Damsyiq. Semenjak itu, beliau tidak lagi melaungkan azan sehinggalah kedatangan Saidina Umar Al-Khattab ke bumi Syam dan bertemu dengan beliau sejak sekian lama tidak bersua. Umar sangat merindui sahabat nabi ini

Di Syam, para sahabat telah memujuk agar Bilal mengumandangkan azan di hadapan Umar. Maka apabila Bilal mula melaungkan azan, bercucuranlah air mata Umar dan hal yang sama juga berlaku kepada para sahabat sehingga basah lencun janggut mereka dengan air mata. Sesungguhnya Saidina Bilal telah membangkitkan kembali kerinduan mereka terhadap kenangan-kenangan indah di Madinah Al-Munawwarah bersama dengan Rasulullah ﷺ

Diakhir hayatnya perkataan-perkataan terakhir yang terpacul dari mulutnya dan diulang berkali-kali ialah, “Esok, aku akan bertemu dengan kekasih-kekasih... Muhammad dan para sahabatnya, esok aku akan bertemu dengan kekasih-kekasih... Muhammad dan para sahabatnya”

Demikianlah kisah hidup seorang sahabat Nabi SAW yang hebat peribadinya. Kasih dan cintanya kepada Allah dan RasulNya melebihi segala-galanya. Sungguhpun di awal diari kehidupannya bersama Islam melalui pelbagai onak duri yang tidak terperi, namun di akhir hayatnya kegembiraan dan kebahagiaan pula yang dinikmati
(Kreadit : Ustaz Dr Shauqi Othman)
Wallahu A'lam
HANYA KONGSISemoga Ianya Bermanfaat


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sideofmuslim.blogspot.com/2019/08/kisah-bilal-bin-rabah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Gempa Bumi Di Madinah Pada Masa Rasulullah Dan Umar Bin Khattab

Kisah Gempa Bumi Di Madinah Pada Masa Rasulullah Dan Umar Bin Khattab

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 462 hits
Menurut cerita dari Muhammad bin Abd al Malik bin Marwan bahwa dulu di zaman Rasulullah pernah terjadi gempa di Madinah Kemudian Rasulullah meletakkan tangannya ke atas tanah sembari berkata Tenanglah belum saatnya engkau datang Setelah itu...
Dia Suka Berkawan Cuma Kisah Adik Amra Qhadeeja Hidap Sindrom Jadi Tular Di Media Sosial

Dia Suka Berkawan Cuma Kisah Adik Amra Qhadeeja Hidap Sindrom Jadi Tular Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 408 hits
Nama Amra Qhadeeja mula tular di laman twitter dua hari lalu setelah seorang pengguna berkongsi mengenainya yang dikatakan menghidapi Sindrom Treacher Collin Ciapan yang mendapat lebih dari 20K ulang kicau itu telah membuka mata serta membe...
Viral Kisah Cinta Tki Korea Taiwan Ini Sosok Perempuan Di Balik Foto Cantik S

Viral Kisah Cinta Tki Korea Taiwan Ini Sosok Perempuan Di Balik Foto Cantik S

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 845 hits
Paras yang cantik nan menawan dari seorang wanita yang baru dikenal terkadang memang membuat pria kehilangan kewaspadaannya Baru baru ini tengah viral kisah cinta Yusuf seorang TKI Korea yang jatuh cinta dengan wanita berinisial S seorang T...
Kisah Hebat 60 Komando Vs 400 Komunis

Kisah Hebat 60 Komando Vs 400 Komunis

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 834 hits
Sempena bulan kemerdekaan ni Hati amat tersentuh dengan satu post facebook tentang kisah perjuangan pasukan keselamatan kita melawan komunis ketika dulu Betapa besar pengorbanan mereka untuk kita sayangnya sekarang anak muda kurang diberi p...
Kisah Kanak Kanak Yang Dibesarkan Oleh Binatang

Kisah Kanak Kanak Yang Dibesarkan Oleh Binatang

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 583 hits
Oxana Malaya Membesar Bersama AnjingIni adalah sebuah kisah yang Berlaku pada tahun 1991 Sebuah kisah yang tragis bila Oxana Malaya yang berasal dari ukraine ditemui di dalam rumah anjing keluarga yang terletak di luar rumah Pihak polis tel...
Kisah Karipap Ikea Turun Harga

Kisah Karipap Ikea Turun Harga

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 353 hits
Semalam ada duit seringgit beli karipap IKEA seringgit sebiji Hari ni
Kisah Sigit Yang Meninggalkan Istri Dan Anaknya Lalu Menjalin Asmara Dengan Perempuan Transgender

Kisah Sigit Yang Meninggalkan Istri Dan Anaknya Lalu Menjalin Asmara Dengan Perempuan Transgender

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 220 hits
Bagi sebagian besar orang keputusan Sigit ini sangat tidak lazim Dia memilih meninggalkan keluarga istri dan anaknya dan memilih hidup bersama seorang perempuan transgender Lebih dari itu Sigit bahkan ingin hubungan dia dan kekasihnya itu b...
60 Vs 400 Kisah Kehebatan The Great Escape Komando Malaysia Lawan Komunis Ramai Tak Tahu

60 Vs 400 Kisah Kehebatan The Great Escape Komando Malaysia Lawan Komunis Ramai Tak Tahu

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 981 hits
Keamanan yang kita kecapi hari ini adalah hasil daripada pengorbanan yang dilakukan oleh para pejuang negara menentang penjajah dan pasukan komunis Beberapa kisah perjuangan terutamanya menentang tentera Jepun dan pasukan komunis telah difi...
Oolong Tea Kelebihan Benefit Untuk Kesihatan Kuruskan Badan

Cara Semakan Baki Ptptn Online Tunggakan Terkini

Nanjing Qinhuai River Cruise Bertemu Pelajar Muslim Xinjiang Selamat Tinggal Nanjing

Umno Perlu Move On

Khasiat Bawang Merah Kepada Tubuh Badan Manusia

Pengalaman Ringkas Aku Beli Kripto

Apa Itu Menu Laminated Dan Kelebihannya

Fam Tingkatkan Kerjasama Strategik Dengan Ahli Gabungan Untuk Kemajuan Sukan Negara


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Target Simpanan 2026 Cara Tetapkan Matlamat Ikut Gaji

Tag Produk Fungsi Kepentingan Peranannya Dalam Branding

A Visual Timeline Of Moab S Landscape From Dawn To Dusk

Polis Tahan 85 Individu Dalam Serbuan Ops Dadu Mega Seluruh Negara

Ini Barulah Dianggap Seorang Ibu Tak Pernah Meminta Wang Selalu Mencari Kesalahan Menantu Prince Syed

Spotify Digoncang Serangan Terbesar 86 Juta Lagu Dicuri Dunia Muzik Bergegar