Kisah Kanak Kanak Yang Dibesarkan Oleh Binatang
Oxana Malaya, Membesar Bersama AnjingIni adalah sebuah kisah yang Berlaku pada tahun 1991, Sebuah kisah yang tragis bila Oxana Malaya yang berasal dari ukraine, ditemui di dalam rumah anjing keluarga yang terletak di luar rumah. Pihak polis telah menemui Oxana di luar rumah sementera ibu bapa oxana yang kedua duanya kaki botol berada di dalam rumah. Akibat diabaikan, Hampir setiap hari oxana akan pergi ke dalam rumah anjing bersama sama dengan anjing keluarga dan mereka akan tidur bersama sama. Untuk 5 tahun kemudian hampir setiap hari dia akan tidur bersama anjing keluraga, oxana yang tidak mempunyai banyak interaksi dengan manusia biasa selain kedua ibu bapanya mula berkelakuan seperti seekor anjing, dia berjalan dengan merangkak, hanya memakan daging mentah, mengonggong dan mengerang seperti seekor anjing
Apabila diselamatkan oxana tidak boleh bercakap dan hanya mengonggong, Setelah diselematkan, mengambil masa bertahun tahun lamannya untuk melatih oxana bersifat seorang manusia semula, dia ditempatkan di institusi untuk kanak kanak mental dan menghabiskan masanya menjaga binatang di klinik. Pada hari ini oxana berumur 32 tahun
Marina Chapman, Dibesarkan Oleh MonyetMarina Chapman yang berasal dari columbia telah diculik semasa dia berumur 5 tahun, apa yang tragis dia telah dintinggalkan di dalam hutan dan dibiarkan berseorangan. Marina Kemudian Ditemui oleh sekumpulan monyet capuchin, sejenis spesis monyet yang bijak. Selama 5 tahun marina dibesarkan oleh kumpulan monyet ini, dia berjalan seperti monyet, makan, berkomunikasi dan bersosial seperti seekor monyet
Setelah menghabiskan masa bertahun tahun hidup dengan monyet, Marina ditemui oleh pemburu, pemburu2 tersebut telah menghantar Marina ke geraja dan dilatih untuk membesar sebagai seorang manusia biasa sehinggalah dia berkahwin dan mempunyai dua orang anak, dia juga menulis sebuah buku menceritakan pengalamannya dengan kumpulan monyet buku dengan tajuk The Girl with no namem The incredible story of a girl raised by monkeys
Lyokha, Dibesarkan oleh SerigalaKisah ini dilaporkan pada tahun 2007 dahulu, bila penduduk kampung di russia tengah menemui seorang budak di kawasan hutan daerah Kaluga sedang tidur di sarang serigala bersama sekumpulan serigala di dalam kawasan yang sejuk. Pihak polis segera dipanggil dan mereka bergegas datang menyelamatkan kanak kanak tersebut. Apabila diselamatkan pula dia mengerang dan menggigit mereka pihak polis. Dia kemudian dibawa ke hospital di Moscow, menurut pihak polis kanak-kanak tersebut di dalam lingkungan 10 tahun berkemungkinan lebih tua disebabkan tubuh badannya yang tidak membesar
Dia mempunyai kuku yang panjang ciri ciri seekor serigala, pihak hospital memandikan kanak kanka tersebut dan memberikan nama lyokha. Namun begitu kurang 24 jam diselamatkan lokhya melarikan diri dari hospital dan menjadi buruan polis. Menurut pihak polis lokhya merbahaya kerana dia akan menggigit manusia yang lain dan berkelakuan seperti seekor serigala. Pihak polis tidak dapat menjejaki lokhya polis percaya dia kembali kepada kelaurga serigalanya jauh di dalam hutan
Rochom Pngieng, Dibesarkan oleh MonyetIni adalah kanak-kanak yang bernama rochom pngieng berasal dari kawasan terpencil yang terletak di Cambodia. Penduduk kampung berasa pelik bila mereka menemui bekalan makanan mereka hilang secara misteri. Apabila ditangkap dia telah dibawa ke kampung yang berdekatan. Ayah rochom yang masih berada di dlaam kampung tersebut mengenali rochom melalui parut. Rochom hilang secara misteri semasa dia berumur 8 tahun dan tinggal di dalam hutan selama 20 tahun
Rochom berkelakuan seperti seekor monyet, keluarganya cuba untuk memulihkan Rochom tetapi gagal, dia tidak boleh berkomunikasi, tidak mahu memakai baju dan beberapa kali cuba untuk melepaskan diri masuk ke dalam hutan. Tidak sehingga pada tahun 2010 dia berjaya melarikan diri dari rumah kelaurganya dan tidak lagi ditemui sehingga hari ini. - KupikupigoVanya Yudin, Dibesarkan Oleh BurungPada umur 8 tahun, vanya yudin ditemui di dalam sangkar burung di sebuah apartment kecil di russia. Malang bagi vanya bila ibunya melayan vanya sebagai seekor binatang peliharannya bukan sabagai seorang anak. Disebabkan membesar dikelilingi oleh burung, vanya kemudian mewarisi ciri ciri seekor burung, dia akan bersiul seperti seekor burung, bercangkung, berjalann seperti burung dan juga bersiul seperti seekor burung. Vanya Tidak mempunyai interaksi dengan manusia vanya tidak boleh bercakap
Walaupun vanya tidak pernah diseksa ataupun dibiarkan kelaparan oleh ibunya, tetap tiada interaksi diantara mereka apatah lagi dibiarkan di dalam keadaan sedemikian. Vanya diselamatkan dari ibunya dan diletakkan di bawah badan penjagaan kanak-kanak. Ibunya hilang hak terhadap vanya pada tahun 2008 dan vanya telah diletakkan di dalam unit pemulihan sikoligi
Active Search Results Search Engine
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.adajew.net/2019/08/kisah-kanak-kanak-yang-dibesarkan-oleh.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+adajewnet+%28ADAJEW+DOT+NET%29