Kilang Longgok Lebih 700 Pekerja Asing Dalam Kontena


 Kumara Sabapatty 
LIHAT VIDEO DI SINI KAJANG – Inilah penghambaan moden!
“Bilik sempit umpama kandang kerbau, kotor dan berbau hancing”.
Itu reaksi Datuk Seri M. Saravanan yang terkejut selepas meninjau sendiri keadaan penginapan pekerja asing di sebuah kilang memproses sarung tangan di Batu 13 Cheras, Kajang pagi ini.
Serbuan itu dilakukan dengan kekuatan 60 anggota daripada Jawatankuasa Tindakan Kerja (JTK) Semenanjung Malaysia, Kementerian Kesihatan, Polis Diraja Malaysia dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).
Pemandangan di sekitar tempat penginapan pekerja asing sebuah kilang sarung tangan di Batu 13, Cheras Kajang, Selangor. foto AFFAN FAUZI,Menteri Sumber Manusia itu sedih apabila melihat kehidupan pekerja warga asing yang ‘dilonggokkan’ dalam dua kontena panjang pada ketinggian 1.5 meter yang dijadikan bilik.
Kontena yang sepatutnya menempatkan 100 orang sahaja tetapi dimuatkan seramai 751 orang.
“Saya amat sedih melihat keadaan ini. Kita pernah melihat penjajahan British dan selepas merdeka, warga kita bekerja di ladang-ladang getah jauh lebih baik kemudahan pennempatan perumahan dari penginapan pekerja asing di sini.
“Tetapi sekarang hampir lebih 60 tahun kita melihat keadaan jauh lebih teruk seperti kandang kerbau dan sebagai menteri, saya cukup malu,” katanya ketika ditemui media selepas menyertai serbuan mengejut itu.
Sebahagian pekerja kilang disoal siasat semasa operasi serbuan penginapan buruk pekerja asing sebuah kilang sarung tangan oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) di Batu 13, Cheras Kajang, Selangor. foto AFFAN FAUZI, Saravanan turut membayangkan jika berlaku kejadian buruk seperti kebakaran dalam kontena berkenaan,  pastinya semua pekerja di dalamnya akan terperangkap.
Katanya, walaupun industri sarung tangan getah merekodkan prestasi yang baik kerana mengaut keuntungan 400 kali ganda semasa pandemik Covid-19, malangnya pekerja-pekerja yang menjadi tulang belakang syarikat menerima layanan buruk.
“Saya tak pasti bagaimana pekerja-pekerja asing ini dapat hidup dalam suasana kotor dan sempit serta bahaya semata-mata untuk mendapatkan wang,” ujar beliau.
Saravanan melakukan tinjauan di luar kontena yang dijadikan penginapan pekerja asing di sebuah kilang sarung tangan di Batu 13, Cheras Kajang, Selangor. foto AFFAN FAUZI, Susulan serbuan itu, Jabatan Tenaga Kerja akan mengenakan tindakan mengikut Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446), yang mana majikan boleh dikenakan RM50,000 bagi setiap satu kesalahan.
Beliau turut menggesa semua pihak berkuasa tempatan di negara ini supaya mengenal pasti kejadian seumpama ini tanpa perlu menunggu serbuan atau operasi JTK.
Kepada majikan, Saravanan memberi amaran agar menyediakan penginapan yang sempurna kepada pekerja-pekerja bagi mengelakkan tindakan berat dikenakan ke atas mereka.
Para pekerja asing melakukan kerja-kerja penghasilan sarungtangan di sebuah kilang yang terletak di Batu 13, Cheras Kajang, Selangor. foto AFFAN FAUZI, ”Kalau majikan tak mampu memberi penginapan selesa jangan ambil pekerja asing. Ambil pekerja tempatan dengan bayar gaji RM2,000 hingga RM3,000 kerana mereka ada tempat tinggal sendiri,” ujarnya.
”Saya juga akan meminta syarikat kilang ini disenaraihitamkan daripada mendapatkan pekerja asing selepas ini. Mereka sama sekali tak boleh beri alasan kekangan kewangan sebagai alasan cuai memberi kebajikan dan penginapan pekerja,” tegasnya. – MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/12/kilang-longgok-lebih-700-pekerja-asing.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tindakan Keras Terhadap Majikan Jika Pekerja Asing Tak Jalani Ujian Covid 19

Tindakan Keras Terhadap Majikan Jika Pekerja Asing Tak Jalani Ujian Covid 19

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 300 hits
PETALING JAYA Tindakan keras akan diambil terhadap majikan jika pekerja asing mereka tidak menjalani saringan COVID 19 bermula 1 Januari kerana terdapat majikan gagal patuhi arahan kerajaan itu Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata tind...
Cerita Sebalik Berita Keadaan Penginapan Pekerja Asing

Cerita Sebalik Berita Keadaan Penginapan Pekerja Asing

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 257 hits
Wartawan Astro AWANI menceritakan kisah di sebalik sesuatu berita yang dilaporkan SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK ...
71 Pekerja Kilang Elektronik Ditahan Dalam Parti Liar

71 Pekerja Kilang Elektronik Ditahan Dalam Parti Liar

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 348 hits
Seramai 71 individu termasuk pekerja asing sebuah kilang elektronik yang berparti liar di sebuah kondominium mewah di Jalan Sultan Ismail di sini ditahan dalam serbuan awal pagi semalam Dalam serbuan kira kira 3 pagi oleh Bahagian Siasatan ...
Cara Memperoleh Work Permit Indonesia Bagi Pekerja Asing

Cara Memperoleh Work Permit Indonesia Bagi Pekerja Asing

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 326 hits
Agar dapat bekerja secara lega di Indonesia maka seorang warga asing membutuhkan keberadaan izin kerja atau work permit Indonesia Tanpa memiliki izin kerja yang sah dari pemerintah Indonesia maka seorang warga asing akan memperoleh denda se...
Sony Akan Tawarkan Xperia 5 Ii Berharga Rm4099 Lebih Awal Bermula Disember Ini

Sony Akan Tawarkan Xperia 5 Ii Berharga Rm4099 Lebih Awal Bermula Disember Ini

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 236 hits
Sony Malaysia pada awalnya menyasarkan penawaran telefon pintar mercu terbaru mereka Xperia 5 II pada bulan Januari 2021 akan datang Apa pun kini melalui kemaskini baru Sony mengatakan pengguna akan boleh menerima telefon pintar Xperia 5 II...
Lebih Ramah Lingkungan Pertamina Kenalkan Produk Refrigerant Baru Breezon Mc 32

Lebih Ramah Lingkungan Pertamina Kenalkan Produk Refrigerant Baru Breezon Mc 32

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 322 hits
General Manager Refinery Unit III Moh Hasan Efendi memaparkan bahwa Breezon MC 32 merupakan hasil dari buah pemikiran dan usaha pekerja muda Pertamina
Selagi Tak Tepuk Masih Tak Lelap Jangan Biasakan Latih Bayi Tidur Sendiri Lebih Awal

Selagi Tak Tepuk Masih Tak Lelap Jangan Biasakan Latih Bayi Tidur Sendiri Lebih Awal

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 296 hits
Tidur sememangnya cukup penting sebagai salah satu tumbesaran bayi Pun begitu mendodoikan bayi tidak mudah Penat mendodoi anak masih tak mahu tidur Ada waktunya bayi kecil kita perlu dibiarkan tidur sendiri supaya ia mudah terbiasa dengan k...
Bermain Kotor Lebih Baik Dari Beri Anak Main Gajet Anak Lebih Bijak Bila Meneroka Alam

Bermain Kotor Lebih Baik Dari Beri Anak Main Gajet Anak Lebih Bijak Bila Meneroka Alam

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 272 hits
Di saat anak anda sudah pandai berjalan akan tiba satu peringkat di mana si kecil akan meneroka setiap yang berada di sekeliling mereka Mereka akan melihat menyentuh menghidu mendengar dan merasa benda yang ada pada mereka Ketika peringkat ...
Hiburan Bakal Perlahankan Kegiatan Dunia Seni Diana Danielle Nak Luang Lebih Masa Dengan Anak

Hiburan Bakal Perlahankan Kegiatan Dunia Seni Diana Danielle Nak Luang Lebih Masa Dengan Anak

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 278 hits
Pelakon cantik Diana Danielle baru baru ini telah meluahkan hasrat apabila dia ingin memperlahankan karier seninya kerana ingin memberi sepenuh perhatian kepada anak anak dan keluarga Dia dilihat menulis tentang perkara itu menerusi akaun I...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Ismail Sabri Under Close Monitoring In Hospital

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Child Molester In Mosque Was Oku Netizens Think It Is No Excuse

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi