Selagi Tak Tepuk Masih Tak Lelap Jangan Biasakan Latih Bayi Tidur Sendiri Lebih Awal


Tidur sememangnya cukup penting sebagai salah satu tumbesaran bayi. Pun begitu mendodoikan bayi tidak mudah. Penat mendodoi, anak masih tak mahu tidur. Ada waktunya, bayi kecil kita perlu dibiarkan tidur sendiri supaya ia mudah terbiasa dengan keadaan ini.
Pelbagai cara sudah dicuba, tetapi si manja sukar untuk tidur tanpa disusukan atau didodoi sebelum tertidur. Ia pastinya menjadi satu masalah, lebih-lebih lagi jika ibu mengejar masa dan terpaksa melakukan pelbagai kerja lain.
Melatih anak tidur sendiri sebenarnya memerlukan teknik dan beberapa cara agar anak mudah terbiasa. Latihlah mereka untuk terbiasa dengan keadaan dan akhirnya apabila sudah biasa, bayi kecil kita akan tertidur dengan sendirinya.

Bawa masuk bilik awal
Perkara paling utama dalam melatih bayi tidur sendiri adalah dengan membawa si manja untuk masuk ke bilik tidur lebih awal daripada waktu tidur. Kaedah ini seolah-olah memberitahu si kecil bahawa sudah tiba masa untuk mereka tidur.
Jika anda mengamalkan cara tidurkan bayi ini, ia secara tidak langsung dapat membantu membiasakan si kecil dengan rutin tidur awal. Sebaiknya ketika di dalam bilik tidur, elakkan sebarang rangsangan yang membuatkan si kecil cergas seperti bunyi daripada televisyen yang kuat.
Rutin sejak kecil
Anda pasti pernah mendengar rungutan sesetengah ibu bapa yang anak mereka sukar tidur awal. Ini adalah disebabkan oleh kebiasaan sejak kecil untuk tidur lambat. Jadi untuk mengelakkan situasi seperti itu, anda harus menyedari kepentingan mendidik waktu tidur kepada anak sedari usia bayi lagi.
Lebih-lebih lagi bayi memerlukan masa tidur yang lebih lama berbanding individu dewasa. Cara tidurkan bayi terbaik adalah dengan melatih mereka melelapkan mata pada waktu yang sama setiap hari. Elakkan daripada melakukan sebarang aktiviti yang boleh merangsang kecergasan dan kecerdasan mereka sebelum tidur.

Rutin tidur konsisten
2 hingga 3 jam sebelum waktu tidur, anda amat disarankan untuk melakukan aktiviti yang tenang dan boleh merangsang otak si kecil untuk tidur. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan seperti memperdengarkan alunan zikir, bercerita, menyanyi atau sebarang perkara lain yang bersesuaian. Sebolehnya lakukan aktiviti yang sama setiap kali tiba waktu tidur.
Hindari aktiviti melibatkan gajet seperti televisyen atau gajet. Ia tidak membantu merangsang si manja untuk tidur, sebaliknya lebih menjadikan mereka cergas.
Elakkan gangguan ketika mengantuk
Biasanya apabila melihat bayi kelihatan mengantuk, apa yang anda lakukan? Membiarkannya atau mengusik mereka agar tidak tidur? Jika anda membiarkannya, ia adalah antara cara tidurkan bayi yang betul.
Apabila si manja tampak mulai lali dan hampir melelapkan mata, elakkan daripada terus bermain dengan mereka. Jika boleh, sebaik sahaja mereka kelihatan letih, bawalah si kecil ke dalam bilik yang sunyi dan tenang. Ini merupakan antara kaedah yang boleh dilakukan dalam melatih bayi tidur sendiri tanpa dipengaruhi oleh ibu bapa.

Kurangkan tabiat menyusu hingga tidur
Mendukung atau menyusukan bayi sehingga tertidur merupakan antara perkara yang sering dilakukan kebanyakan ibu bapa.
Jangan bimbang, ia tidak salah tetapi jika dilakukan secara berterusan, si kecil mungkin tidak dapat belajar untuk tidur dengan sendirinya. Jadi apabila bayi kelihatan hampir melelapkan mata atau keletihan, letakkan si manja di atas tilam untuk membolehkan dia menenangkan dirinya sebelum tertidur.
Sediakan ruang tidur yang selesa
Jika kita sebagai individu dewasa juga mahukan ruangan selesa untuk tidur, begitu jugalah keadaannya dengan si kecil. Sediakanlah ruangan tidur yang selesa dan tenang untuknya beradu dengan selesa sepanjang malam.
Hindari pencahayaan yang terlalu terang atau terlalu sejuk. Elakkan juga daripada memenuhi ruangan tidur si kecil dengan terlalu banyak barang mainan.

Jadikan waktu tidur sebagai keutamaan
Mesti ada yang bertanya kenapa waktu tidur si manja penting, bukan? Ia bukan sahaja waktu untuk melelapkan mata, bahkan ia juga adalah waktu untuk tumbesaran otak si manja.
Bukan sekadar itu, waktu tidur si manja juga adalah waktu untuk ibu berehat. Jika bayi sukar tidur, ia boleh menyebabkan wujudkan tekanan kepada ibu. Haaa…timbul masalah lain pula.
Melatih bayi tidur adalah perkara penting
Anda mungkin berasakan ia perkara yang tidak begitu penting untuk melatih si kecil tidur dengan sendiri. Tetapi percayalah semakin bayi anda meningkat besar, anda akan berasakan bahawa ia penting untuk mereka belajar tidur secara sendiri.
Jadi mulakan daripada awal, ia bukan sahaja penting untuk si kecil tetapi juga kepada ibu bapa kerana anda juga memerlukan rehat yang secukupnya.
Peluang Jadi Vendor di Baby Bazaar by Pa&Ma

Ada waktunya kita kesuntukan masa untuk mencari kelengkapan si comel. Tidak perlu waktu yang lama, membeli belahlah melalui atas talian yang lebih menjimatkan masa anda.
Pa&Ma ingin memperkenalkan portal barangan bayi dan ibu hamil yang baru, iaitu Baby Bazaar by Pa&Ma. Menerusi portal ini, ibu bapa tidak perlu gusar untuk mencari makanan atau kelengkapan buat si comel. Portal ini menjanjikan proses pembelian yang mudah dan barang akan terus dihantar ke rumah anda.
Bagi anda yang ingin menjual produk bayi, produk ibu atau servis berasaskan bayi dan ibu, inilah peluang anda untuk menjadi vendor di bazaar kami. Jom cepat-cepat sertai kami dengan melayari portal Baby Bazaar by Pa&Ma, babybazaar.my.
Jangan lepaskan peluang ini!
Artikel berkaitan: Niat Nak Tidurkan Anak, Sudahnya Mak Pun Tertidur Sekali, Ada Bahayanya!
Nak relaks, jom cuci mata di SINI.
Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents
The post Selagi Tak Tepuk Masih Tak Lelap, Jangan Biasakan, Latih Bayi Tidur Sendiri Lebih Awal! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/selagi-tak-tepuk-masih-tak-lelap-jangan-biasakan-latih-bayi-tidur-sendiri-lebih-awal/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tolong Jangan Over Excited Atau Pancut Awal Tapi Doakan Yg Terbaik

Tolong Jangan Over Excited Atau Pancut Awal Tapi Doakan Yg Terbaik

papar berkaitan - pada 13/12/2020 - jumlah : 229 hits
1 JIKA anda telah membaca apa yg saya tuliskan semalam dalam Artikel bertajuk KE MANA ARAH POLITIK PAKATAN HARAPAN mungkin anda akan perasan apa yg saya sentuh secara ringkas pada Perkara 4 dalam artikel itu Lihat Screenshot atau Link 2 Ser...
Lagi Awal Berkhatan Lagi Mudah Seeloknya 1 2 Hari Lepas Bayi Lahir

Lagi Awal Berkhatan Lagi Mudah Seeloknya 1 2 Hari Lepas Bayi Lahir

papar berkaitan - pada 13/12/2020 - jumlah : 487 hits
Sunat atau berkhatan adalah satu pembedahan memotong kulup pada bahagian alat kemaluan lelaki atau zakar Ia adalah satu amalan lama yang wajib bagi beberapa agama di seluruh dunia Pada hari ini sunat biasanya dilakukan atas sebab sebab agam...
Monetisasi Podcast Masih Sulit Blogging Masih Lebih Unggul Buat Cari Uang

Monetisasi Podcast Masih Sulit Blogging Masih Lebih Unggul Buat Cari Uang

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 316 hits
Podcast Monetization PODCAST kabarnya sedang ngehit di Indonesia Podcasting mulai marak Namun bagi podcaster yang bukan selebritas atau public figure masih sulit mendatangkan pendengar banyak dan menghasilkan uang dari podcast Monetisasi po...
Jangan Ingat Parti Sendiri Saja Kuat

Jangan Ingat Parti Sendiri Saja Kuat

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 253 hits
Hamdan TahaHari yang menarik buat saya hari ini berjumpa dua penyokong dan ahli pas yang berjawatan di peringkat kawasan dan negeri Dia kata kes perak ini menyebab kami ahli pas ni hilang kepercayaan pada umno Umno ni masih tak sedar bahawa...
Adakah Masih Disunatkan Akikah Pada Bayi Yang Meninggal Dunia

Adakah Masih Disunatkan Akikah Pada Bayi Yang Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 322 hits
Akikah merupakan salah satu hadiah terbesar daripada orang tua kepada anaknya dengan menyembelih haiwan ternakan tertentu Ia adalah sebagai salah satu tanda syukur kita di atas kelahiran anak Hukumnya adalah sunat dan ia merupakan perbuatan...
Pemimpin Umno Jangan Malukan Diri Sendiri

Pemimpin Umno Jangan Malukan Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 240 hits
Baca dan fahami semula prinsip dan perjuangan UMNO Paerjuangan parti perlu diutamakan bukannya perjuangan pemimpin atau perjuangan kepentingan pemimpin atau perjuangan memperalat parti Ku li kembali kepada perjuangan parti dan tidak begitu ...
Sony Akan Tawarkan Xperia 5 Ii Berharga Rm4099 Lebih Awal Bermula Disember Ini

Sony Akan Tawarkan Xperia 5 Ii Berharga Rm4099 Lebih Awal Bermula Disember Ini

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 221 hits
Sony Malaysia pada awalnya menyasarkan penawaran telefon pintar mercu terbaru mereka Xperia 5 II pada bulan Januari 2021 akan datang Apa pun kini melalui kemaskini baru Sony mengatakan pengguna akan boleh menerima telefon pintar Xperia 5 II...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Makan Steamboat Dapat Henna Free


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage