Kiko Insa Sukses Sebagai Agen Bola Sepak Mempunyai 37 Pemain Seluruh Dunia


instagram kiko insa
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt) Eksklusif: Kiko Insa Buat Dua Kerja Sebagai Pemain Dan Ejen Bola Sepak Francisco Insa Bohigues atau digelar sebagai Kiko Insa. Nama ini cukup dikenali dalam kalangan peminat bola sepak tempatan kerana beliau pernah menyarung jersi skuad Harimau Malaya ketika dibawah bimbingan Nelo Vingada.

Bekas pertahanan tengah Harimau Malaya, Francisco Insa Bohigues atau digelar sebagai Kiko Insa kini bergelar agen bola sepak yang berjaya selepas beliau mengesahkan bahawa mempunyai 37 pemain dibawah seliaan syarikatnya, Insa Project Global Group.


Kiko, 33, sebelum ini pernah beraksi bersama beberapa kelab di Asia Tenggara seperti Arema, Bali United, Pahang dan JDT. Beliau mempunyai 4 kaps bersama skuad Harimau Malaya di mana beliau beraksi bagi perlawanan Kelayakan Piala Asia pada tahun 2017.

Selepas semakin berjaya sebagai agen bola sepak, beliau memutuskan untuk bersara dari aksi bola sepak. Selain sibuk menguruskan syarikatnya, beliau juga merupakan Koordinator Pencarian Bakat di JDT.


“Abang saya (Natxo Insa) dan saya telah bermain untuk pasukan kebangsaan Malaysia dan kami berbangga dengan perkara itu. Saya rasa ianya tidak begitu mustahak mebantu pemain negara mana pun kerana saya dan pasukan saya melihat banyak perlawanan setiap minggu dan apabila kami suka dengan corak permainannya, kami akan tandatanganinya”

Kiko juga menjelaskan bahawa kebanyakan pemain yang diambil adalah pemain kebangsaan, pemain berprofil tinggi Malaysia dan juga pemain muda berbakat dari Indonesia.

“Saya memiliki 37 pemain di bawah syarikat saya, dari pelbagai negara yang berbeza. Kebanyakan dari mereka ialah pemain kebangsaan, pemain terbaik kebangsaan Malaysia juga berada di bawah saya, dan juga pemain muda berbakat Indonesia” jelas beliau ketika ditemubual oleh pemilik instagram ahmed.reza_85.

Levy Madinda (Sabah FC)
Antara pemain berprofil tinggi yang berada di bawah seliaan syarikatnya ialah Carli De Murga (Terengganu FC), Liridon Krasniqi (Odisha FC), Mario Arques (Newcastle Jets), Shane Lowry (JDT) dan Levy Madinda (Sabah FC). Pemain muda berbakat dari Indonesia Syahrian Abimanyu yang kini beraksi bersama JDT turut berada di bawah syarikatnya.


Selain 37 pemain, Kiko juga ada merekrut jurulatih Risto Vidakovic yang berasal dari Bosnia. Risto kini membimbing Borneo FC dalam saingan Liga 1 Indonesia.

Kiko Insa yang kini berusia 31 tahun masih aktif sebagai pemain bola sepak dan mewakili JDT II dalam saingan Liga Premier musim 2020. Terbaharu, beliau menjadi ejen bola sepak dengan membawa masuk pemain dari Ghana, Emmanuel Oti Essigba ke pasukan Madura United dari Indonesia.

Ketika dihubungi, Kiko menjelaskan ini bukan kali pertama beliau menjadi seorang ejen. Sebelum ini, beliau pernah terlibat dalam beberapa perpindahan pemain ke pasukan Liga Malaysia dan Liga Indonesia.

“Saya telah melakukan ini cukup lama di Eropah, Thailand dan Malaysia. Malah, sebelum tiba di Indonesia, saya selalu jadi ejen atau perantara.

“Saya tetap pemain JDT, tapi saya juga melakukan itu. Saya suka apapun tentang bola sepak. Di masa depan, saya ingin menjadi ejen, jurulatih, atau pengurus. Itu perancangan saya,” jelasnya.


Selain itu, Emmanuel Oti juga bukanlah pemain pertamanya yang dibawa ke Indonesia. Malah, Kiko pernah membawa beberapa nama seperti Toni Mossi (Arema FC), Pablo Rodriguez (Mitra Kukar) hingga Fernando Rodriguez (bekas pemain Kedah).

Emmanuel Oti Essigba bersama agennya Kiko Insa memamerkan nomor punggung yang akan digunakannya bersama Madura United FC.

Oti nama punggung yang digunakan sekaligus nama panggilannya. pic.twitter.com/qNtMJfDOk2
— Madura United FC (@MaduraUnitedFC) January 3, 2020
“Tidak. Di Indonesia sebelum ini saya pernah menjadi orang tengah Mossi ke Arema FC dan Madura United. Juga Pablo Rodriguez di Madura dan ke Singapura,” ujar Kiko Insa.

“Fernando Rodriguez juga ketika ke Mitra Kukar dan Kedah FA. Dia adalah penjaring terbanyak Liga Malaysia 2019. Tahun 2015, saya juga menghantar Cristobal Marquez Crespo dan Jorge Gotor ke Mitra Kukar.

“Saya juga melakukan beberapa perpindahan ke Liga Malaysia, seperti Rufino Segovia ke Selangor FA dan Pablo Pallares ke Kedah FA,” tambahnya.

Ejen pemain import Selangor iaitu Rufino Segovia ialah Kiko Insa sendiri. FOTO: Selangor Kini
Walaupun sudah lama berkecimpung dalam dunia perpindahan pemain, Kiko menyasarkan untuk bersara daripada sukan bola sepak pada usia 36 tahun. Beliau juga merancang untuk mengambil lesen jurulatih dalam masa terdekat.

“Saya akan terus bermain. Saya kembali berlatih bersama JDT minggu depan. Saya sangat senang di sini dan berterima kasih kepada bos saya, Tunku Mahkota Johor (TMJ),” kata Kiko Insa.

“Saya akan bersara nanti ketika saya berusia 36 tahun, itu target saya. Saya juga akan mengikuti kursus kejurulatihan. Saya sedang belajar di rumah melalui online dengan Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF),” katanya.

SOURCE: Vocket FC , makanbola

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://obsesbola.blogspot.com/2021/10/kiko-insa-sukses-sebagai-agen-bola.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Giat Main Bola Sepak Berbasikal Tapi Kena Serangan Jantung

Giat Main Bola Sepak Berbasikal Tapi Kena Serangan Jantung

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 382 hits
LAKUKAN SENAMAN Encik Shaiful Irwan 43 tahun mengalami serangan jantung tahun lalu Selepas menjalani rawatan beliau berusaha membina semula kekuatan serta staminanya menerusi sesi sesi fisioterapi Foto ihsan SHAIFUL IRWAN SEKALI pandang tia...
Momen Menpora Sebut Fajar Dan Rian Sebagai Pemain Tunggal Putra Tuai Reaksi Dari Warganet

Momen Menpora Sebut Fajar Dan Rian Sebagai Pemain Tunggal Putra Tuai Reaksi Dari Warganet

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 163 hits
Banyak yang menyayangkan sikap seorang menteri tapi malah nggak kenal dengan orang yang mengharumkan Indonesia
Salah Pemain Terbaik Dunia Ketika Ini Klopp Video

Salah Pemain Terbaik Dunia Ketika Ini Klopp Video

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 217 hits
Salah Pemain Terbaik Dunia Ketika Ini Klopp JURGEN Klopp menegaskan Mohamed Salah adalah pemain terbaik di dunia ketika ini selepas mempamerkan prestasi luar biasa buat sekian kali dalam kemenangan 5 0 Liverpool ke atas Watford malam tadi S...
Merangkum Perjuangan Melawan Pandemi Di Seluruh Dunia 20 Foto Ini Nantinya Bakal Bersejarah

Merangkum Perjuangan Melawan Pandemi Di Seluruh Dunia 20 Foto Ini Nantinya Bakal Bersejarah

papar berkaitan - pada 9/10/2021 - jumlah : 273 hits
Jangan lengah pandemi belum musnah Sederet foto ini adalah bukti jika kita pernah melakukan semua perjuangan ini
3 Pihak Perkukuh Kerjasama Pelan Pembangunan Dna Bola Sepak Sabah

3 Pihak Perkukuh Kerjasama Pelan Pembangunan Dna Bola Sepak Sabah

papar berkaitan - pada 10/10/2021 - jumlah : 340 hits
Azman bersama David dan Omar mewakili SAFA dalam perbincangan dengan MSN KOTA KINABALU Pelan pembangunan bola sepak yang melibatkan 3 pihak iaitu Persatuan Bola Sepak Sabah Majlis Sukan Negeri Sabah dan Majlis Sukan Negara dijangka dapat di...
Terpalit Gosip Lagi Yg Entertainment Nafi Jisoo Blackpink Pemain Bola Son Heungmin Bercinta

Terpalit Gosip Lagi Yg Entertainment Nafi Jisoo Blackpink Pemain Bola Son Heungmin Bercinta

papar berkaitan - pada 10/10/2021 - jumlah : 282 hits
Tiada angin tiada ribut Jisoo BLACKPINK dan pemain bole Son Heung min sekali lagi terpalit dengan gosip percintaan Selepas berita itu berterbangan YG Entertainment yang menaungi kumpulan BLACKPINK telah mengeluarkan kenyataan rasmi bagi men...
Apakah Bola Sepak Malaysia Lebih Dihargai Selepas Kita Jadi Juara Aff Suzuki 2021

Apakah Bola Sepak Malaysia Lebih Dihargai Selepas Kita Jadi Juara Aff Suzuki 2021

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 311 hits
Kejuaraan AFF Suzuki 2010 Berjaya Ubah Landskap Bola Sepak Negara Bola sepak Malaysia Tampak lebih dihargai selepas jadi juara Dalam satu temubual eksklusif di rancangan bola mamak tempoh hari Shahrom Kalam telah berkongsi serba serbi menge...
Sepak Bola Liga Tarkam Kembali Bangkit

Sepak Bola Liga Tarkam Kembali Bangkit

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 244 hits
Sepak Bola Liga Tarkam Kembali Bangkit Meredanya kasus Covid 19 membuat kegiatan sosial warga kembali bergeliat salah satunya adalah turnamen sepak bola antar kampung atau yang lebih dikenal dengan Liga Tarkam di Desa Ragajaya Bojong Gede
Sepak Terjang Andhika Lady Sebagai Mua Dan Seorang Ibu Semangatnya Patut Ditiru

Sepak Terjang Andhika Lady Sebagai Mua Dan Seorang Ibu Semangatnya Patut Ditiru

papar berkaitan - pada 10/10/2021 - jumlah : 335 hits
Bahkan Lady pernah merias temannya menggunakan tepung dan arang lo dulu Hahahahaha
Asean S Economic Future Not A Decline But A Strategic Realignment Led By Malaysia

Nga Reports Scammers Using His Image For Dating Apps Financial Courses

Bunker Kecil Di Hanoi Semasa Perang Vietnam

Lirik Lagu Salahkan Aku Fimie Don

How True Is Muhyiddin S Claim That A Snap Election Will Be Called By The End Of 2025

Narsis Bila Dia Rasa Dunia Ni Dia Punya

It Just Gets Lower For Manchester United Fans Perodua Chairman Reveals It Rejected Club S Request For Sponsorship

Nenek Dapat Rm53 000 Selepas Terpijak Bawang


echo '';
AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis


Apa Jadi Kalau Trump Dan Elon Bergabung

Cuaca Panas Kering Hingga Mei 2025

Sejinjang Sayang

Hilangkan Dahaga Dengan Abc

Mana Milik Kita Kita Tidak Punya Apa Apa

Kia S Electric Future Teaser Images Of Three New Models