Giat Main Bola Sepak Berbasikal Tapi Kena Serangan Jantung


LAKUKAN SENAMAN: Encik Shaiful Irwan, 43 tahun, mengalami serangan jantung tahun lalu. Selepas menjalani rawatan, beliau berusaha membina semula kekuatan serta staminanya menerusi sesi-sesi fisioterapi. - Foto ihsan SHAIFUL IRWAN
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)

SEKALI pandang, tiada siapa yang menyangka bahawa Encik Shaiful Irwan, 43 tahun, terselamat daripada satu serangan jantung.

Padahal sebelum itu beliau mampu menggelecek bola di padang sambil berlari dengan tenang.


Apatah lagi beliau juga aktif dalam sukan lain seperti bola lantai, selain berbasikal secara kerap serta giat berjalan pantas dan berkayak.

Namun, di sebalik gaya hidup aktif yang diamalkannya sebelum ini, kakitangan awam berusia 43 tahun itu tetap diserang penyakit jantung.

Menceritakan kisahnya menerusi e-mel kepada Berita Harian, Encik Shaiful berkata beliau berada di rumah pada 26 Jun tahun lalu ketika tempoh Pemutus Litar (CB) apabila serangan itu berlaku.

"Saya berada di rumah dan sedang mengadakan perbincangan dalam talian apabila saya tiba-tiba berasa tidak selesa, peluh sejuk dan dada terasa ketat.

"Saya pun periksa tekanan darah dan mendapati bacaannya agak tinggi.


"Dengan segera saya hubungi ambulans yang membawa saya ke hospital dan kemudian saya dialihkan ke teater pembedahan selepas disahkan menghidap serangan jantung.

"Saya dirawat dan dimasukkan ke wad selama lima hari."

Menerusi temu ramahnya yang disiarkan dalam laman Yayasan Jantung Singapura (SHF), Encik Shaiful berkata akibat sekatan Covid-19, kegiatan hariannya lebih tertumpu kepada melakukan kerja rumah dan bekerja dari rumah.

"Kita semua terpaksa duduk di rumah dan kegiatan dihadkan kepada membeli barangan dapur sahaja.

"Saya percaya gaya hidup yang tidak aktif selama tiga bulan semasa CB mungkin mencetuskan serangan jantung itu.

"Ini memandangkan saya tidak dapat banyak peluang untuk bersenam dan hanya makan sajian yang agak berat," katanya.


Menurut laman itu lagi, semasa di hospital Encik Shaiful telah menjalani pembedahan angioplasti dan prosedur stent.

Selepas dibenarkan pulang beliau ternyata bimbang akan kesihatannya dan kemampuannya untuk bersukan seperti dahulu.

Menurut laman itu lagi, Encik Shaiful telah menjalani pemulihan - pertama di hospital dan kemudian di Pusat Kesejahteraan Jantung Yayasan Jantung Singapura.

Rakan-rakannya telah memberi galakan kepadanya agar membina keyakinan dan tahap kecergasannya agar beliau dapat menikmati kegiatan bersukan secara selamat sekali lagi.

"Saya telah berehat daripada kegiatan bersukan selama tiga bulan lamanya sambil saya teruskan sesi fisioterapi," katanya.

Encik Shaiful kemudian telah membina semula kekuatan serta staminanya menerusi sesi-sesi fisioterapi.

Beliau juga terus mendapatkan nasihat pakar fisioterapi berkaitan senaman menguatkan jantung yang sesuai buat dirinya.


Salah seorang pakar fisioterapi di SHF dikatakan terus memantau kegiatan mingguannya serta kadar jantungnya secara mingguan.

"Sebelum kembali berbasikal, saya periksa dengan pakar fisioterapi tentang jarak yang sesuai dan kadar jantung yang patut dikekalkan.

"Saya juga dapatkan nasihat daripada pakar jantung di hospital tentang tahap kemajuan jantung saya dan jenis senaman yang boleh saya teruskan," katanya.

Kini Encik Shaiful berbasikal secara lebih aktif termasuk mengayuh sejauh 300 kilometer dalam tempoh 30 hari yang dihabiskannya sekitar Februari atau Mac lalu.

Tidak cukup dengan itu beliau kini turut bermain bola sepak dan berkayak.

Pada masa yang sama, beliau turut peka akan dietnya dan memastikan beliau amalkan diet seimbang dalam kehidupan hariannya.

"Saya telah berhenti menyertai sukan berpasukan akibat langkah berjaga-jaga yang diperketat pada masa ini, tapi tetap berbasikal secara kerap.


"Kini saya berbasikal sehingga tiga kali seminggu meliputi jarak antara 15 dengan 30 kilometer.

"Baru-baru ini saya mula menjadi sukarelawan sebagai pembimbing bola sepak di sebuah Rumah Kebajikan Lelaki Muslim setiap Ahad dengan membimbing sekumpulan kecil pemain dan menyertai mereka dalam kegiatan berlari anak.

"Saya rasa faktor utama yang membantu dalam pemulihan saya adalah sokongan orang di sekeliling, minda yang positif serta mendapatkan nasihat profesional," tambahnya.

SOURCE: BH

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://penyakit-sifar.blogspot.com/2021/10/giat-main-bola-sepak-berbasikal-tapi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dayah Bakar Kongsi Momen Anak Main Bola Dengan Baba Comel Awal Awal Dah Gelak Macam Mana Nak Main

Dayah Bakar Kongsi Momen Anak Main Bola Dengan Baba Comel Awal Awal Dah Gelak Macam Mana Nak Main

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 289 hits
Pengacara yang dikenali ramai Dayah Bakar yang telah menetap di Canberra Australia bersama suami dan anak kecilnya dilihat sering berkongsi video2 indah buat tatapan para pengikut di laman Instagramnya Sebelum ini Dayah berjauhan dengan sua...
Keseruan Main Agen Judi Bola Dan Poken Online

Keseruan Main Agen Judi Bola Dan Poken Online

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 199 hits
Selain menyuguhkan banyak keuntungan besar di agen judi sbobet dan poker Anda juga bisa menemukan keseruan yang tak kalah menarik Ya judi bola dan poker online cukup populer dan menjadi bulanan saat ini Banyak pemain yang lebih memilih untu...
Order Stoking Bola Tapi Dapat Bra Lagi Teruk Syarikat Pakaian Tidak Layan Aduannya

Order Stoking Bola Tapi Dapat Bra Lagi Teruk Syarikat Pakaian Tidak Layan Aduannya

papar berkaitan - pada 24/10/2021 - jumlah : 165 hits
Order Stoking Bola Tapi Dapat Bra Lagi Teruk Syarikat Pakaian Tidak Layan Aduannya SEORANG lelaki terkejut apabila mendapati stoking yang dibelinya secara atas talian digantikan dengan sehelai bra Al kisahnya lelaki berkenaan memesan sepasa...
Kiko Insa Sukses Sebagai Agen Bola Sepak Mempunyai 37 Pemain Seluruh Dunia

Kiko Insa Sukses Sebagai Agen Bola Sepak Mempunyai 37 Pemain Seluruh Dunia

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 302 hits
instagram kiko insa Eksklusif Kiko Insa Buat Dua Kerja Sebagai Pemain Dan Ejen Bola Sepak Francisco Insa Bohigues atau digelar sebagai Kiko Insa Nama ini cukup dikenali dalam kalangan peminat bola sepak tempatan kerana beliau pernah menyaru...
3 Pihak Perkukuh Kerjasama Pelan Pembangunan Dna Bola Sepak Sabah

3 Pihak Perkukuh Kerjasama Pelan Pembangunan Dna Bola Sepak Sabah

papar berkaitan - pada 10/10/2021 - jumlah : 322 hits
Azman bersama David dan Omar mewakili SAFA dalam perbincangan dengan MSN KOTA KINABALU Pelan pembangunan bola sepak yang melibatkan 3 pihak iaitu Persatuan Bola Sepak Sabah Majlis Sukan Negeri Sabah dan Majlis Sukan Negara dijangka dapat di...
Apakah Bola Sepak Malaysia Lebih Dihargai Selepas Kita Jadi Juara Aff Suzuki 2021

Apakah Bola Sepak Malaysia Lebih Dihargai Selepas Kita Jadi Juara Aff Suzuki 2021

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 302 hits
Kejuaraan AFF Suzuki 2010 Berjaya Ubah Landskap Bola Sepak Negara Bola sepak Malaysia Tampak lebih dihargai selepas jadi juara Dalam satu temubual eksklusif di rancangan bola mamak tempoh hari Shahrom Kalam telah berkongsi serba serbi menge...
Pendaki Maut Akibat Serangan Jantung Di Gunung Lambak

Pendaki Maut Akibat Serangan Jantung Di Gunung Lambak

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 273 hits
Pendaki maut akibat serangan jantung di Gunung Lambak KLUANG Seorang pendaki warga tempatan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung di Gunung Lambak dekat sini tengah hari tadi Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kluang N...
Sepak Bola Liga Tarkam Kembali Bangkit

Sepak Bola Liga Tarkam Kembali Bangkit

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 232 hits
Sepak Bola Liga Tarkam Kembali Bangkit Meredanya kasus Covid 19 membuat kegiatan sosial warga kembali bergeliat salah satunya adalah turnamen sepak bola antar kampung atau yang lebih dikenal dengan Liga Tarkam di Desa Ragajaya Bojong Gede
8 Tips Membeli Mobil Bekas Yang Ramah Kantong Tapi Kualitasnya Ok

8 Tips Membeli Mobil Bekas Yang Ramah Kantong Tapi Kualitasnya Ok

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 223 hits
Beli mobil bekas yang nggak harus bolak balik masuk bengkel karena perawatan Bisa
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya