Khasiat Dan Cara Makan Tuhau Ulam Tradisi Borneo


Pernahkah anda mendengar tentang tumbuhan yang bernama tuhau?
Mungkin ada yang tidak pernah mencubanya kerana ia kurang terkenal di Semenanjung Malaysia.
Tumbuhan dengan nama saintifik Etingera coccinea ini berasal dari Borneo dan tumbuh secara liar di hutan sekitar Sabah dan Sarawak khususnya berdekatan dengan paya dan tanah lembap.
Namun, atas permintaannya yang tinggi, sesetengah penduduk tempatan turut menanamnya di kawasan masing-masing.
Ciri-ciri pokoknya dikatakan hampir sama dengan kantan dari segi bentuk daun, batang dan ketinggiannya.
Sumber : Facebook Seri Cendikiawan Sumber : Facebook Marajun Condrad Apa yang membezakannya adalah bentuk bunga serta bau.
Mempunyai bau yang agak kuat dan rasa yang unik, tuhau merupakan ramuan bagi hidangan tradisional yang terkenal dalam kalangan Kadazan Dusun.
Baunya dikatakan kuat seperti sejenis serangga (kesing) atau seperti bau daun ketumbar.
Ia boleh dimakan secara mentah atau dijadikan hidangan sampingan seperti jeruk dan sambal.
Khasiat dan Kegunaan Secara Tradisional Sebuah kajian daripada Universiti Malaysia Sabah menunjukkan bahawa tumbuhan ini berpotensi untuk membekalkan khasiat antioksida untuk tubuh.
Jadi, tidak hairanlah mengapa ia sering digunakan secara tradisional dalam merawat pelbagai penyakit seperti sakit perut dan gastrik.
Dengan kandungan serat sebanyak 19.8 gram bagi setiap 100 gram tuhau, tumbuhan ini boleh dijadikan sumber serat yang baik bagi melancarkan sistem pencernaan dan bagi mengelakkan pelbagai penyakit berkaitan perut seperti sembelit dan kembung perut.
Meskipun kajian masih jarang bagi tumbuhan ini, ia dikatakan mempunyai potensi untuk mencuci darah yang kotor serta menstabilkan tekanan darah.
Ia juga didapati kaya dengan khasiat vitamin dan mineral seperti kalium dan vitamin B1.
Sejak dahulu, tuhau yang turut dikenali sebagai halia liar ini juga sering digunakan secara tradisional untuk merawat sakit perut.
Pucuk mudanya pula sering direndam di dalam air dan diletakkan di bahagian luka.
Wanita berpantang juga ada yang menggunakan tuhau untuk menghilangkan bau badan.
Terdapat beberapa kajian yang turut melaporkan bahawa tumbuhan ini mempunyai komponen antibakteria dan antikanser yang berpotensi untuk kesihatan tubuh.
Sumber : Facebook Facebook Cafe Toud Tokou Cara Makan Tuhau Umbut tuhau boleh dimakan mentah sebagai ulam dan dimakan bersama nasi. Ada juga yang menikmatinya bersama ikan masin dan lada putih mengikut cita rasa masing-masing.
Pada masa yang sama, ia juga sering dijadikan sebagai sambal ringkas dengan menghancurnya kemudian dicampur dengan cili padi, cuka, garam dan perahan air limau.
Ia juga sering disediakan sebagai jeruk dengan dihiris nipis kemudian direndam bersama garam dan cuka.
Sumber : Facebook Kilin n Family Corner Jeruknya juga sering dipadankan bersama satu lagi hidangan tradisional Borneo yang dikenali sebagai pinasakan iaitu juadah berasaskan ikan.  
Bagi anda yang ingin tahu bagaimana tuhau, anda boleh mendapatkannya dengan mudah secara atas talian.
Memang rugi untuk tidak mencubanya sendiri kerana jeruk tuhau juga telah diwartakan sebagai salah satu makanan warisan dalam Pengisytiharaan Objek Warisan 2024.
Sumber : Facebook Fiesta Original Sabahan, Journal of Tropical Biology and Conservation Universiti Malaysia Sabah, Antioxidant and antibacterial properties of tuhau (etungera punicae). Universiti Malaysia Sabah, News Straits Times
Baca Juga : Daun Kesum: Khasiat Pada Kesihatan & Cara Tanam Yang Betul


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/tuhau/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tuhau

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Atasi Masalah Lalat Banyak Di Dapur Meja Makan Letak Air Bancuhan Ini

Cara Atasi Masalah Lalat Banyak Di Dapur Meja Makan Letak Air Bancuhan Ini

papar berkaitan - pada 12/7/2024 - jumlah : 358 hits
Masalah lalat yang banyak di dapur dan meja makan memang merimaskan Nak letak makanan dan makan pun tak senang dibuatnya Salah satu cara untuk mengatasi masalah lalat ini adalah dengan membuat sendiri perangkap lalat Caranya dengan membuat ...
Cara Buat Pulut Kuah Durian Yang Bukan Saja Sedap Tapi Wangi Makan Dengan Gula Merah Lagi Ngam

Cara Buat Pulut Kuah Durian Yang Bukan Saja Sedap Tapi Wangi Makan Dengan Gula Merah Lagi Ngam

papar berkaitan - pada 2/7/2024 - jumlah : 133 hits
Menu pulut durian ini selalu dihidang bila tiba musim durian Walaupun nampak ringkas tapi hakikatnya ada juga yang belum tahu cara membuatnya Bagi yang mahu cuba menyediakan hidangan pulut durian ini boleh gunakan cara yang dikongsi oleh un...
Bagus Anak Suka Makan Telur Khasiat Banyak Terutama Untuk Otak

Bagus Anak Suka Makan Telur Khasiat Banyak Terutama Untuk Otak

papar berkaitan - pada 15/7/2024 - jumlah : 215 hits
Anak mana yang tak suka makan telur Tanpa ayam goreng nasi berlaukkan telur pun anak melompat suka Boleh bertambah makan nasi Telur bukan saja jadi kegemaran anak anak tetapi pelbagai peringkat usia Tapi ada juga ibu bapa yang risau jika an...
Cara Buat Serawa Kuinin Makan Sejuk Sejuk Sedap Sungguh

Cara Buat Serawa Kuinin Makan Sejuk Sejuk Sedap Sungguh

papar berkaitan - pada 28/6/2024 - jumlah : 338 hits
Biasa makan serawa durian tapi bagaimana pula serawai kuinin Kalau tak pernah menikmati serawa kuinin apa kata cuba buat sementara musim buah ini Serawa kuinin ini tak perlu dimasak dan paling sedap dimakan selepas disejukkan Cara buat sera...
Perut Lembu Jenis Khasiat Cara Basuh Dan Masak Paling Mudah

Perut Lembu Jenis Khasiat Cara Basuh Dan Masak Paling Mudah

papar berkaitan - pada 25/6/2024 - jumlah : 304 hits
Perut lembu adalah antara bahagian yang sering menjadi rebutan setiap kali tibanya Hari Raya Aidiladha Walaupun tidak semua orang boleh terima rasa dan tekstur uniknya perut lembu boleh diolah menjadi pelbagai hidangan yang menyelerakan sep...
Ulam Raja Khasiat Kandungan Nutrisi Dan Resepi Ringkas

Ulam Raja Khasiat Kandungan Nutrisi Dan Resepi Ringkas

papar berkaitan - pada 12/7/2024 - jumlah : 403 hits
Adakah anda sering makan ulam raja sebagai hidangan sampingan Sayuran ini merupakan salah satu ulam ulaman yang cukup popular di Malaysia Ulam dengan nama saintifik Cosmos caudatus ini mempunyai aroma serta rasa yang wangi dan unik Ini menj...
Madam Kwan Salah Satu Tempat Makan Yg Betul2 Mengamit Memori

Madam Kwan Salah Satu Tempat Makan Yg Betul2 Mengamit Memori

papar berkaitan - pada 10/7/2024 - jumlah : 244 hits
6 July 2024 Sabtu Pagi makcik dengan Daus sarapan pagi dekat Kami makan kenyang2 Tengahari boleh terus pergi Pavillion Damansara Terakhir Daus potong rambut dekat A cut above Pavillion Damansara 1 6 24 Pejam celik sebulan dah Daus tak poton...
Pedagang Cuanki Dan Tukang Parkir Di Bandung Mabuk Keroyok Warga Yang Lagi Asik Makan

Pedagang Cuanki Dan Tukang Parkir Di Bandung Mabuk Keroyok Warga Yang Lagi Asik Makan

papar berkaitan - pada 7/7/2024 - jumlah : 122 hits
Peristiwa tersebut terjadi pada Jumat dini hari di Jalan Diponegoro Kota Bandung itu terekam video dan viral di media sosial
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Bufet Ramadan 2025 Klana Beach Resort Port Dickson Merentasi Tradisi

Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini