Perut Lembu Jenis Khasiat Cara Basuh Dan Masak Paling Mudah


Perut lembu adalah antara bahagian yang sering menjadi rebutan setiap kali tibanya Hari Raya Aidiladha.
Walaupun tidak semua orang boleh terima rasa dan tekstur uniknya, perut lembu boleh diolah menjadi pelbagai hidangan yang menyelerakan seperti masak lemak, asam pedas dan sebagainya.
Juga merupakan sumber protein yang baik seperti daging lembu, mungkin sesetengah orang tak tahu bahawa perutnya juga mempunyai pelbagai khasiat untuk tubuh.
Sumber : Ahmad Humaizi Jenis Perut Lembu Perut lembu terdiri daripada empat bahagian yang berbeza dan mempunyai fungsi tersendiri dalam sistem pencernaan haiwan ini.
Empat bahagian tersebut adalah :
Retikulum : Mempunyai tekstur dan rupa seakan sarang lebah, bahagian perut ini juga dikenali sebagai honeycomb tripe. Bahagian ini dikatakan paling enak untuk dimakan kerana lembut dan mampu menyerap rasa hidangan.
Omasum : Bahagian perut ini juga dipanggil sebagai perut kitab (Book Tripe) kerana mempunyai struktur berlipat-lipat seperti helaian buku atau kitab. Berbanding retikulum, omasum dikatakan lebih liat dan memerlukan tempoh yang lebih lama untuk dimasak.
Rumen : Dikenali dengan nama lain seperti perut tuala atau Blanket Tripe, bahagian perut dengan permukaan halus dan ‘berbulu’ ini pula sering ditemui dalam hidangan sup.
Abomasum : Juga mempunyai tekstur yang halus, abomasum digelar sebagai Reed Tripe atau perut masam.
Khasiat Sumber Protein Yang Baik
100 gram daripada bahagian lembu ini mampu membekalkan sehingga 12 gram protein, menjadikan ia sesuai untuk dimakan bagi membina otot dan meningkatkan kesihatan secara menyeluruh.
Kaya Vitamin B12
Siapa sangka perut lembu mempunyai khasiat vitamin B12 yang tinggi? Vitamin ini memainkan peranan penting dalam sistem saraf tubuh, membantu meningkatkan metabolisma dan membantu dalam penghasilan sel darah merah serta DNA yang sihat.
Menyokong Sistem Pertahanan Tubuh
Perut haiwan ini juga mengandungi kebaikan selenium, iaitu salah satu elemen yang menyokong sistem pertahanan badan.
Pada masa yang sama, ia juga membantu melindungi tubuh dengan mencegah keradangan serta stres oksidatif.
Baik Untuk Kesihatan Tulang
Turut diperkaya dengan fosforus dan zat besi, perut lembu turut berpotensi dalam menyokong kesihatan tulang serta gigi.
Fosforus serta kalsium memainkan peranan dalam membina serta membaiki pembentukan tulang. Sementara itu, zat besi pula menyokong perkembangan tisu tulang secara sihat.
Makan Perut Secara Memadai Walaupun perut mempunyai banyak khasiat, namun ia juga perlu diambil secara berpada-pada khususnya bagi yang mempunyai masalah kesihatan.
Ini disebabkan oleh kandungan kolesterol yang agak tinggi dalam perut lembu.
Selain itu, teksturnya yang kenyal dan liat juga mungkin tidak sesuai bagi sesetengah golongan seperti kanak-kanak dan warga emas.
Oleh itu, anda perlulah berhati-hati ketika sediakan hidangan perut di rumah. Mungkin anda boleh sediakannya dalam potongan kecil dan direbus sehingga lembut supaya ia lebih mudah dihadam.
Cara Bersihkan Perut Ada kalanya, sesetengah orang mengelak untuk masak perut lembu kerana baunya busuk, warnanya pula hitam dan susah untuk basuh.
Sebenarnya, ada cara bersihkan perut yang boleh dicuba menggunakan kapur makan. Ayuh kita ikuti cara-caranya.
Letakkan perut ke dalam bekas. Rendamkannya di dalam air yang bercampur kapur makan dan biarkan selama 15 minit. Kemudian, basuh perut dengan menggunakan pisau seperti video di bawah. Hasilnya, kotoran dan warna hitam pada perut hilang dengan mudah. Yang tinggal hanya perut putih bersih yang sedia untuk dimasak. Sumber : Facebook Zarini Jaafar Cara Masak / Rebus Perut Supaya Lembut Untuk merebus perut, caranya juga mudah.
Potong kecil perut yang telah dibersihkan dan masukkan ke dalam periuk. Masukkan air dan letakkan serai yang telah diketuk, lada hitam dan bawang merah yang telah dihiris. Anda juga boleh gunakan pressure cooker untuk lembutkan perut dengan lebih pantas. Perut sedia untuk dinikmati bersama kuah air asam atau dimasak mengikut resepi cita rasa masing-masing. Siapa sangka perut mempunyai pelbagai kandungan nutrisi yang bermanfaat untuk tubuh? Bila anda sudah tahu cara untuk membasuh dan merebusnya, anda juga boleh sediakan masakan perut yang enak di rumah. Selamat mencuba!
Sumber : Healthline, Facebook Ini Sains Beb, Facebook Zarini Jaafar


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/perut-lembu/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=perut-lembu

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
11 Cara Membuat Perut Sixpack Cepat Dan Mudah

11 Cara Membuat Perut Sixpack Cepat Dan Mudah

papar berkaitan - pada 21/6/2024 - jumlah : 160 hits
Cara membuat perut sixpack cepat dan mudah Apakah anda menginginkan perut anda menjadi sixpack atau cara membentuk otot perut menjadi sixpack Tentunya itu semua keinginan bagi para pria agar lebih gagah dan maco disini kami akan memberikan ...
Tips Berkemas Cara Mudah Dan Efektif

Tips Berkemas Cara Mudah Dan Efektif

papar berkaitan - pada 25/6/2024 - jumlah : 100 hits
Tip yang boleh dicuba oleh mereka yang mahu mencari jalan lebih singkat mudah dan efektif dalam memastikan rumah mereka sentiasa bersih dan tersusun 1 Selalu berlaku apabila kita mengangkat sampah untuk dibuang terdapat koyakan kecil yang m...
Cara Menukar Saldo Paypal Menjadi Gopay Dengan Mudah Di Starpaypal

Cara Menukar Saldo Paypal Menjadi Gopay Dengan Mudah Di Starpaypal

papar berkaitan - pada 1/7/2024 - jumlah : 187 hits
BloggerBorneo com Pengguna paypal sekarang pasti tidak asing dengan pencairan dollar paypal ke Wallet salah satunya menggunakan Gopay Gopay merupakan salah satu metode pembayaran dan transaksi online yang banyak digunakan masyarakat Indones...
700 Macam Jenis Phobia Ciri Ciri Gejala Penyebab Cara Mengatasi

700 Macam Jenis Phobia Ciri Ciri Gejala Penyebab Cara Mengatasi

papar berkaitan - pada 21/6/2024 - jumlah : 172 hits
Macam jenis phobia ciri ciri gejala penyebab amp cara mengatasi nbsp Terdapat daftar nama nama phobia fobia aneh dan unik di dunia fobia nbsp bukan hanya trypophobia nbsp saja yang banyak dialami terhadap sebagian orang Bahkan negara lain j...
Viral Tips Beli Rumah Yang Betul Dan Cara Tahu Jenis Saiz Rumah

Viral Tips Beli Rumah Yang Betul Dan Cara Tahu Jenis Saiz Rumah

papar berkaitan - pada 21/6/2024 - jumlah : 271 hits
Tips Beli Rumah Membeli rumah adalah salah satu keputusan terbesar dalam hidup seseorang Selain faktor kewangan banyak aspek lain yang perlu dipertimbangkan untuk memastikan rumah yang dibeli sesuai dengan keperluan dan kehendak kita Artike...
10 Jenis Penyakit Kulit Paling Berbahaya Dan Mematikan Di Dunia

10 Jenis Penyakit Kulit Paling Berbahaya Dan Mematikan Di Dunia

papar berkaitan - pada 21/6/2024 - jumlah : 164 hits
Jenis penyakit kulit paling berbahaya dan mematikan di dunia Dalam kesempatan ini kami akan berbagai mengenai beberapa penyakit kulit yang cukup di takuti oleh banyaknya orang karena mereka percaya bahwa penyakit merupakan salah satu menjad...
Register Gx Bank Cara Mudah Dapat Duit

Register Gx Bank Cara Mudah Dapat Duit

papar berkaitan - pada 14/6/2024 - jumlah : 327 hits
Apa itu GX Bank GX Bank merupakan bank digital pertama di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan perbankan secara dalam talian tanpa cawangan fizikal Ia diasaskan oleh Grab dan Singtel dengan matlamat untuk memberikan akses perbankan yang l...
Cara Basuh Bantal Busuk Anak Dengan Betul Supaya Tidak Rosak

Cara Basuh Bantal Busuk Anak Dengan Betul Supaya Tidak Rosak

papar berkaitan - pada 17/6/2024 - jumlah : 132 hits
Sebagai objek yang bersentuhan langsung dengan kita hampir setiap hari sudah tentu bantal perlu dibersihkan secara berkala Bantal termasuk sarungnya sangat terdedah kepada pelbagai kesan seperti air liur peluh kulat dan sebagainya Maka cara...
Bidan Kongsi Cara Atasi Masalah Perut Buncit Selepas Bersalin

Bidan Kongsi Cara Atasi Masalah Perut Buncit Selepas Bersalin

papar berkaitan - pada 2/7/2024 - jumlah : 113 hits
Bidan kongsi cara atasi masalah selepas Masalah perut buncit dan menggelebeh antara masalah yang merunsingkan ibu ibu selepas Belum lagi dengan kesan stretch mark dan selulit pada kawasan tersebut yang boleh menjejaskan keyakinan diri Bidan...
Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini

Amboi Pandai Bodek Guna Lagu K Pop Ketika Lawatan Rasmi Di Korea Selatan Ig Pmx Raih Perhatian